Sunday, December 5, 2010

Pentingnya Ketuanan Melayu...


Kata Pemimpin - Pemimpin Umno, Rakyat tak perlu pertikaikan apa-apa saja yang dilakukan Umno asalkan Ketuanan Melayu Umno yang jaga !

Biarlah pemimpin-pemimpin Umno menyeleweng asalkan Ketuanan Melayu Umno yang jaga !

Biarlah satu demi satu hak dan tanah Melayu digadai Umno , asalkan Ketuanan Melayu Umno yang jaga !

Biarlah orang Melayu merempat , asalkan Ketuanan Melayu Umno yang jaga !

Biarlah orang Melayu hidup terseksa akibat kenaikan harga barang, asalkan Ketuanan Melayu Umno yang jaga !

Biarlah Pemimpin Umno bergelumang dengan dosa asalkan Ketuanan Melayu Umno yang jaga !

Begitulah pentingnya ketuanan Melayu pada tanggapan seluruh pemimpin - pemimpin Umno selama ini. Retorik menggunakan kepentingan bangsa dijaja selama mungkin, retorik kononnnya Umno pembela bangsa diusung kesana-sini dengan harapan bangsa Melayu terus mendokong dasar Umno.

Kepandaian pemimpin-pemimpin Umno bermain dengan isu ketuanan Melayu ini selama 50 tahun berhasil meletakan mereka dipersada kepimpinan negara. Kepercayaan sebahagian besar orang Melayu kepada Umno dan ketaksuban mereka keatas hak-hak orang Melayu telah membawa mereka kesatu keadaan yang amat menyedihkan. Malah kerana terus menerus mendokong perjuangan Umno yang menyimpang telah menyebabkan generasi muda sekarang ini bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Kepimpinan yang menjurus kearah kemodenan ynag melampau disamping mengenepikan nilai-nilai keislaman dalam memimpin negara telah menyebabkan keadaan dan keruntuhan akhlak serta institusi keagamaan yang amat serius.

Umumnya , hari ini orang Melayu boleh dikatakan terbahagi kepada 2 kelompok. Satu kelompok yang taksub akan kehilangan ketuanan Melayu (hasil kerjatangan Umno) dan menghadkan amalan keagamaan hanya pada ibadat khusus seperti sembahyang dan puasa, dan satu lagi melihat pentingnya Islam dimertabatkan dalam segala aspek kehidupan termasuklah kepimpinan dan bukan hanya tertumpu kepada asas - asas ibadat semata - mata.

Orang Melayu terus dijaja akan kehilangan hak-hak ketuanan Melayu mereka jika Pas dan Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negara. Kononnya , Pas tidak mungkin dapat membela kepentingan Melayu. Malah ditakutkan mereka-mereka ini dengan alasan Islam tidak dapat juga dipertahankan. Maka, berduyun-duyunlah orang-orang Melayu terutamanya golongan separuh abad menyokong Umno. Media-media Umno juga cerdik memainkan peranan mereka memburukkan Pas serta Pakatan Rakyat , sedangkan hakikatnya, Perlembagaan Malaysia secara khusus menyatakan hak dan agama Islam akan terus terjaga.