Thursday, December 31, 2009

Bengap.....




Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada 29 Disember 2009 yang lalu berkata SPR sedang meneliti secara serius cadangan untuk memanjangkan tempoh hari penamaan calon kepada 3 hari dan pada masa yang sama, tempoh bertenang juga dicadangkan kepada sehari berbanding dengan sekarang yang bermula tepat jam 12 malam hari pengundian. Cadangan kepada pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 ialah bertujuan bagi membendung kekecohan dan keganasan yang ditimbulkan oleh penyokong-penyokong parti bertanding.

Jika cadangan itu diluluskan di parlimen tahun hadapan , maka mereka yang melanggarnya boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 dan penjara tidak lebih setahun.

Bercakap kepada pemberita Pengerusi SPR berkata “Kita dapati sepanjang sembilan kali Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 Mac tahun lalu, para penyokong parti bertanding masih berdegil dengan terus menjalankan kerja meraih undi semasa hari pengundian.

“Padahal SPR sudah tetapkan mulai 12 tengah malam menjelang pengundian sehinggalah malam keputusan pilihan raya itu tidak dibenarkan langsung berbuat demikian.

“Justeru, menerusi pindaan ini nanti, selepas kempen, keesokannya belum ada pengundian lagi dan urusan itu (pembuangan undi) hanya akan dilaksanakan hari berikutnya,” kata beliau ketika dihubungi di sini.

SPR terbukti ingin menidakkan hak demokrasi yang sebenarnya, sepatutnya SPR berfikir mengenai cara yang terbaik untuk memperbetulkan keadaan ataupun membantu parti-parti yang bertanding, bukannya menarik hak mereka untuk meraih undi. Namapun pilihanraya, jadi tidak dapat tidak peraih-peraih undi, akan terus meraih undi hingga kesaat yang terakhir. Jadi untuk menarik hak-hak 'istimewa' peraih-peraih undi daripada menjalankan tugas mereka amat tidak professional dan kebudak-budakan. Bagi Pakatan Rakyat, meraih undi merupakan satu-satunya proses yang termampu dibuat mereka memandangkan saluran media dikawal oleh BN dan Pakatan Rakyat tidak mungkin diberikan peluang berbuat demikian. Walhal, BN yang mempunyai kuasa keatas media-media tersebut , terus menerus menggunakan saluran ini untuk meraih undi hingga kesaat-saat terakhir.

Berhubung pindaan dalam memanjangkan proses penamaan calon, Abdul Aziz berkata, ia bertujuan mengelakkan kekecohan ekoran pertembungan ribuan penyokong parti-parti bertanding yang datang serentak dan saling menunjukkan kekuatan.

“SPR sedang meneliti kemungkinan membenarkan calon sebuah parti berserta para penyokong mereka menyerahkan borang pencalonan pada sebelah pagi, satu lagi calon pada petangnya pula, manakala kalau ada lagi calon-calon lain, mereka akan berbuat demikian keesokannya dan begitulah seterusnya,” katanya

Jika ianya diluluskan , kita mungkin dapat melihat satu lagi sejarah tercipta dimana akan ada hari penamaan calon paling lama didunia. PRK Bukit Selambau awal tahun 2009 menyaksikan 15 calon bertanding, jika undang-undang ini diluluskan, besar kemungkinan akan ada hari penamaan calon sehingga seminggu jika keadaan seperti PRK Bukit Selambau terjadi.

Kalau di negara luar seperti di India, tempoh penamaan dan juga pilihanraya terpaksa mengambil masa berhari-hari disebabkan oleh kedaifan dari segi prasarana dan juga disebabkan oleh jumlah pengundi yang ramai. Namun, kita di Malaysia berhajat memanjangkan masa oleh kerana pasukan beruniform kita telah gagal menjalankan tugas mereka membendung kekecohan sewaktu pilihanraya. Amat malang sekali kerana kita mempunyai penjawat awam yang membuat penilaian berdasarkan hanya kepada faktor kekecohan sahaja tanpa mengambil kira lain-lain permasalahan yang timbul akibat dari tindakan ini seperti pembaziran masa dan tenaga kerja.

Ataupun ada muslihat tersendiri kerana kebaculan UMNO/BN bertembung secara lebih professional dengan Paktan Rakyat ???

Tuesday, December 29, 2009

Selamat Datang 2010....Bye Bye 2009

Tahun 2010 semakin menghampiri kita...dan tahun 2009 yang akan ditinggalkan terpalit beberapa sejarah hitam bagi negara yang kita cintai ini. Apakah tahun 2010 akan membawa perubahan dari segi keselesaan dan keadilan hidup kepada seluruh rakyat Malaysia ? Ataupun adakah tahun baru nanti rakyat akan lebih tertekan ?

Tahun 2009 yang akan melabuhkan tirainya bermula dengan kontroversi dan berakhir dengan kontroversi juga. Tahun 2009 bermula dengan 3 ekor katak Pakatan Rakyat di Perak bertindak keluar dari parti PKR dan DAP untuk menjadi Adun yang mesra BN sehinggakan terkuburnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Hingga kini, kita masih lagi menanti siapakah Menteri Besar Perak yang sah. Keaiban yang dilakukan UMNO/BN merampas kerajaan negeri yang dipilih rakyat terus menjadi polemik sehingga berlabuhnya tirai 2009 tanpa diketahui siapakah yang sebenarnya Menteri Besar yang sah. Walaupun pelbagai undang-undang sebelum ini dirobek BN sesuka hati mereka, rakyat masih berharap keadilan akan berpihak kepada rakyat untuk menentunya.

Segar dari kemenangan yang bersejarah Pakatan Rakyat dengan 5 buah negeri milik Pakatan Rakyat pada PRU 12 , tahun 2009 juga menyaksikan 9 pilihanraya kecil diadakan , 3 kerusi Parlimen dan selebihnya kerusi Dun. Keputusan pilihanraya kecil ini jelas menunjukkan rakyat masih lagi menolak BN apabila 7 daripada pilihanraya kecil tersebut memihak kepada Pakatan Rakyat. Kesan daripada momentum pilihanraya umum ke 12 yang lalu memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil tersebut.

Kematian yang mencetuskan kontroversi juga terjadi pada tahun 2009 ini, kes A Kugan yang mati semasa dalam tahanan polis dan kematian setiausaha politik kepada wakil rakyat dari DAP , Teoh Beng Hock semasa dalam tahanan SPRM juga masih menjadi tanda tanya sehingga kini. Kedua-dua kes tersebut telah sedikit sebanyak mencalar kredibiliti penjawat awam beruniform dan juga negara hasil daripada liputan yang meluas oleh media-media asing.

Tahun 2009 juga menyaksikan rating Malaysia dari segi rasuah menjunam lagi hasil kajian yang dikeluarkan oleh Transperancy International. Malaysia berada di tangga ke 47 jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara jiran kita Singapura yang berada di kelompok 10 negara paling kurang rasuah. Paling mendukacitakan kita adalah terbongkarnya kes rasuah berprofil tinggi iaitu skandal PKFZ yang berjaya meleburkan hampir 4 bilion ringgit wang rakyat. Selanjutnya, hasil daripada laporan ketua audit negara untuk tahun 2008 juga merentap kesabaran rakyat apabila laporan mendedahkan masih lagi terdapat penyelewengan dana kerajaan oleh badan berkanun kerajaan seperti pembelian komputer riba termahal dalam sejarah berharga RM 40,000 sebuah yang diberitakan dibeli oleh Kolej Tinggi Kemahiran Mara Balik Pulau.

Kerajaan Najib juga hampir ditumbangkan dipenghujung tahun 2009 apabila nyaris-nyaris belanjawan 2010 yang dibentangkan Najib tidak dapat diluluskan di Parlimen. Namun, BN boleh dikatakan bernasib baik kerana dapat mencapai kelebihan majoriti hanya 3 undi untuk meluluskan belanjawan tersebut. Kemelut pemerintahan Najib bersambung dengan episod duka yang tidak kurang hebat juga apabila skandal kehilangan 2 enjit jet F-5E yang berharga RM 50 juta dari depot simpanan peralatan TUDM semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan dahulu.

Tahun 2009 juga menyaksikan Najib dimalukan diluar negara oleh kerana kes kematian model Mongolia Altantunya Sariibu yang dikaitkan media asing dengan Najib dan Razak Baginda.

Diharap tahun 2010 nanti membawa lebih banyak kelebihan kepada gagasan Pakatan Rakyat yang mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan konvensyen pertama Pakatan Rakyat diawal Disember lepas. Dan tahun 2010 juga mungkin menyaksikan Pakatan Rakyat diluluskan penubuhannya oleh ROS sebgai satu gagasan alternatif kepada rakyat selain BN yang semakin tidak relevan ini.

Monday, December 28, 2009

Ahli-Ahli Pendesak....



Tahun 2009 hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk melabuhkan tirainya dan akan digantikan dengan tahun 2010...Bagi kita, pertukaran tahun menandakan semakin hari semakin hampir kita kepada kematian, pertukaran tahun bermakna umur kita semakin lanjut dan masa kita semakin suntuk untuk kita melakukan amalan soleh. Pun begitu, perjuangan harus diteruskan , penentangan kita menentang kezaliman pemerintah sekarang ini harus diteruskan.

Namun, baru-baru ini bertempat di perkarangan PAS Selangor, sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya. Kumpulan ini yang hampir berjumlah 20 orang sahaja mengaku mereka merupakan ahli Pas Selangor dan bertindak mengikut kehendak semasa agar PAS menilai kembali kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat yang kononnya tidak memberi apa-apa faedah langsung kepada Pas.

Kumpulan yang mendesak ini berkemungkinan besar didalangi pihak-pihak tertentu (UMNO) memandangkan keadaan PAS Selangor yang sedikit bergolak baru-baru ini. Mereka yang cuba melaga-lagakan PAS dengan DAP dan PKR akan terus memainkan pelbagai isu yang diada-adakan untuk menunjukkan kerapuhan ikatan Pakatan Rakyat. Walhal, PAS melalui Presiden Parti telah menyatakan pendirian PAS untuk terus bekerjasama bersama PKR dan DAP berganding bahu menentang segala bentuk kezaliman yang didalangi UMNO/BN.

Tidak dapat dinafikan lagi sejak kebelakangan ini, UMNO telah cuba pelbagai cara untuk menjatuhkan ikatan tali perpaduan Pakatan Rakyat. Terdahulu, taktik yang hampir serupa juga didalangi UMNO berlaku di Shah Alam, kumpulan perarakan kepala lembu berkesudahan dengan pelbagai tohmahan dilemparkan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dan memandangkan PAS sebuah parti yang menjadi tunjang Pakatan Rakyat negeri, UMNO dengan sisa-sisa perjuangan mereka yang ada telah kembali cuba menjolok rakyat mendesak PAS agar keluar dari Pakatan Rakyat. Apa yang cuba dibuat UMNO walaupun cuba dinafikan mereka telah dapat dihidu rakyat dari jauh lagi. Kelibat mereka yang bersam-sama berdemo tidak kelihatan langsung bercirikan ahli-ahli PAS, malah sepanduk yang mereka gunakan juga berbau perkauman dan lebih kepada ke'UMNO'an. Salah satu daripada sepanduk yang digunakan seperti 'SIAPA YANG AKAN MEMBELA NASIB MELAYU DAN ISLAM JIKA BUKAN ORANG MELAYU SENDIRI' lebih sinonim dengan UMNO.

UMNO mungkin berpendapat mereka akan berjaya dengan taktik kotor ini untuk mengheret rakyat kedalam perangkap mereka , namun rakyat bukannya dapat diperdaya dengan mudah. Rakyat semakin hari semakin sedar akan helah dan perancangan buruk oleh UMNO dan BN dan tidak mudah lagi untuk terpedaya dengan tohmahan mereka. Langkah UMNO ini mungkin juga bertujuan untuk cuba mengalih pandangan rakyat dari pelbagai isu yang melanda negara sekarang ini seperti kehilangan enjit jet F-5E , salah guna dana rakyat dan juga kemelut kepimpinan salah satu parti komponen BN iaitu MCA.

Mereka - mereka yang berdemo kelmarin lebih realistik jika dipanggil kumpulan yang 'TERDESAK'.

Saturday, December 26, 2009

Pulau Pinang Tanpa Umno...



Setelah hampir 2 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, perbezaan yang paling ketara sekali adalah dari segi kebebasan berdakwah oleh pendakwah-pendakwah bebas. Kalau dahulu, ruang untuk Ustaz-Ustaz berdakwah di masjid-masjid amat terbatas dan sentiasa dipantau, kini lebih banyak masjid di Pulau Pinang ini tanpa segan dan silu lagi mengatur program - program keagamaan tanpa disekat-sekat lagi.


SAY NO TO UMNO


Selepas 50 tahun, barulah masjid-masjid di Pulau Pinang kini bersama ahli jawatankuasa mereka mempunyai ruang dan peluang yang lebih terbuka untuk merancang pelbagai aktiviti-aktiviti yang dapat memantapkan lagi aqidah jemaah - jemaah di kawasan masing-masing. Barulah sekarang ini kita dapat melihat lebih banyak masjid-masjid aktif menganjurkan ceramah agama hampir setiap hari. Ustaz-ustaz yang berkelayakan tetapi yang dahulunya tidak dibenarkan berceramah atas alasan menentang kerajaan dengan ceramah mereka kini sibuk memenuhi jemputan dari ahli jawatankuasa qariah.

DAP sebagai peneraju pemerintahan Pulau Pinang pula mengambil sikap yang lebih terbuka berbanding pemerintahan yang lalu dibawah Gerakan, malah KM Lim Guan Eng menggalakkan aktiviti keagamaan hinggakan turut mengiktiraf golongan hufaz anak - anak negeri Pulau Pinang. Malah sekolah-sekolah agama diberi penguasaan penuh kepada ahli jawatankuasa mereka serta mendapat pengiktirafan dengan disalurkan dana oleh kerajaan negeri tanpa ditekan seperti sebelum ini.

Tarbiyyah Islamiyah untuk membentuk keperibadian mulia dikalangan penduduk lebih dititik beratkan oleh kerajaan negeri berbanding dimasa Umno dahulu. Kerajaan Negeri juga bertindak untuk mentadbir kearah perlaksanaan yang lebih adil berpandukan konsep dan cara pemerintahan kerajaan Umar Abdul Aziz. Kerajaan Pakatan Rakyat tanpa Umno di Pulau Pinang lebih berhemah dalam perbelanjaan mereka dan bersikap lebih telus dengan agihan kekayaan negeri kepada semua lapisan masyarakat. Hasil berjimat cermat serta ketelusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, Pulau Pinang mendapat pengiktirafan daripada Transperancy International sebagai sebuah negeri yang bersih daripada unsur-unsur rasuah dalam pentadbiran dan juga pemberian kontrak kerajaan yang telus dan terbuka.

Selanjutnya, Majlis Agama Islam Negeri pula akan mendapat Yang Dipertua yang baru bermula Januari nanti menggantikan Adun Permatang Berangan dari Umno, YB Shahbudin Yahya, yang rata-rata gagal dalam memertabatkan agama Islam dikalangan komponen BN di Pulau Pinang. Diharap YDP Majlis Agama Islam negeri yang baru iaitu Ustaz Elias Zakaria dapat memperkukuhkan lagi dan seiring dengan PAS bersama Pakatan Rakyat memertabatkan Islam di Pulau Pinang.

Sehubungan dengannya PAS haruslah mengambil kesempatan yang ada nanti untuk bergerak secara lebih tersusun dan efektif seiring dengan kehendak masyarakat Islam Pulau Pinang. PAS hendaklah dilihat sebagai peneraju dalam mencerminkan nilai - nilai Islam yang sebenarnya setelah kegagalan Umno sebelum ini. Walaupun kerusi YDP tidak menjadi hak mutlak PAS, namun ianya tidak sepatutnya menjadi batu penghalang yang besar untuk PAS bertindak sebagai pemacu kejayaan Islam di Pulau Pinang nanti .

Friday, December 25, 2009

Pakatan Rakyat..Langkah Seterusnya



Berkonvensyen pun sudah..berlogo pun sudah..malah bersatu pun sudah...jadi apa yang perlu Pakatan Rakyat lakukan adalah mengotakan segala janji yang diwar-warkan sebelum semasa di konvensyen. Apabila Professor Abu Hassan mendedahkan bahawa 400% pengundi muda yang berpihak kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu sudah bergerak meninggalkan Pakatan Rakyat, hampir tidak ada tindakan susulan untuk sekurang-kurangnya membuktikan kebenaran dakwaan tersebut. Pemimpin - pemimpin Pakatan Rakyat dilihat seolah-olah berpendapat keadaan adalah sebaliknya dan rakyat masih bersama Pakatan Rakyat.

Apakah percaturan ini tepat dan apakah benar telahan Pakatan Rakyat bahawa sebahagian besar pengundi masih lagi berpihak kepada mereka? Yang pastinya...Professor Abu Hassan merupakan seorang penganalisa politik yang terkenal di negara kita ini, maka andaian melalui pengamatan dan kajian beliau haruslah diambil perhatian secara serius oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Dan pemimpin-pemimpin diperingkat kawasan yang begitu hampir dengan pengundi perlu lebih aggresif menangani segala permasaalahan rakyat dikawasan mereka.



Momentum Pakatan Rakyat sejak PRU 12 yang lalu seakan-akan kendur sekarang ini. Ditambah pula dengan pelbagai insiden yang berkisar dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat sehinggakan ada pimpinan yang melompat parti. Kemelut kepimpinan terus melanda parti-parti komponen Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini. Malah ada dikalangan rakyat sudah mula berpendapat Pakatan Rakyat haruslah lebih bersikap professional dalam menjalin hubungan sesama pemimpin-pemimpin mereka. Seringkali rakyat dihidangkan dengan isu-isu kepimpinan yang remeh temeh dihangatkan pula dengan reaksi, komen-komen dan malah sidang akhbar yang menghentam sesama mereka. Lebih mendukacitakan ada komen-komen yang bertentangan seolah-olah tiada langsung perbincangan sesama mereka sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Segala kemelut ini seakan memberi hidangan yang lazat kepada BN untuk mengambil kesempatan mengeksploitasi segala kepincangan dalam hubungan Pakatan Rakyat dan menggunakannya untuk menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat hanya indah pada nama dan rakyat sekarang ini seolah-olah telah termakan hasutan BN ini. Jadi harapan rakyat, pimpinan Pakatan Rakyat haruslah bergerak untuk memperkasakan hubungan antara mereka agar rakyat kembali menyokong Pakatan Rakyat.

Kepimpinan Pakatan Rakyat harus mengorak langkah yang lebih jelas memperkasakan hubungan sesama mereka demi merealisasikan kejayaan melangkah ke Putrajaya. Rakyat mulai merasa bahang pilihanraya ke13selepas konvensyen Pakatan Rakyat berlangsung minggu lepas. Rakyat seolah-olah diberi nafas baru selepas konvensyen tersebut kerana buat pertama kalinya rakyat mempunyai gagasan alternatif kepada BN. Setelah 50 tahun merdeka rakyat buat pertama kalinya akan membuat satu pemilihan yang cukup kritikal pada PRU 13 nanti, samaada terus kekal dengan BN ataupun memberi peluang buat pertama kaliya kepada Pakatan Rakyat menerajui tampuk pemerintahan.

Jadi langkah Pakatan Rakyat seterusnya dalam masa 2 tahun ini ialah memastikan rakyat diberi peluang menilai keutuhan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat seharusnya bergerak seiringan dalam apa jua perancangan dan juga seiringan mengorak langkah bersama rakyat mengharungi segala rintangan.

Thursday, December 24, 2009

Lu Pikir La Sendiri....



Sejak dari dulu lagi kita dibesarkan dibawah naungan pemerintahan Umno/BN. Sejak dari dulu lagi ibu dan bapa kita dan mungkin sebahagian dari datuk-datuk kita merupakan penyokong Umno/BN yang kuat atau 'die hard member for life'. Mungkin juga sebahagian dari kita sejak 50 tahun yang lalu bergelumang dengan Umno sentiasa dan mungkin juga sampai sekarang ini kita masih menjadi ahli Umno dan bergerak aktif bersama-sama Umno/BN. Slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya' mungkin masih tersemat didada - dada sebahagian dari kita.

Akibat pengaruh daripada ibu dan bapa kita, hari ini ada diantara kita masih lagi bersama-sama Umno bergelumang dengan pelbagai aktiviti-aktiviti Umno. Akibat dari kurangnya ilmu keagamaan selama ini menjadikan sebahagian dari kita terus menerus menjadi orang kuat menyokong segala tindak tanduk Umno/BN. Ada diantara kita tidak mengendahkan langsung tindak tanduk pemimpin Umno yang jelas bertentangan dengan agama dan ada juga yang terus menerus membela Umno kononnya Umno pembela agama dan bangsa hanya kerana takut melepaskan habuan dunia. Ataupun mungkin juga kerana ada diantara kita tidak mahu melukakan perasaan ibu bapa kita yang mungkin mengharapkan anak-anak mereka berkecimpung dan bergerak aktif dalam Umno.



Namun masa telah berubah dengan pesatnya, jika dulu ada sesetengah kepimpinan Umno yang dahulu mengenepikan habuan dunia dan serius memperjuangkan agama dan bangsa, namun kini Umno dilihat hanya sebagai batu loncatan kepada segelintir orang Melayu bersama-sama kerabat-kerabat mereka untuk mencari kesenangan dunia. Dan kepimpinan Umno menganggap Umno tidak lebih daripada lubuk untuk mereka-mereka yang kesempitan wang. Rata-rata mereka yang menonjol didalam Umno samaada di peringkat pusat mahupun bahagian, hidup dalam kemewahan diluar kemampuan mereka. Matlamat perjuangan untuk memertabatkan agama dan bangsa hanya bermain dibibir mereka sahaja, malah ada yang terang-terangan mempersendakan hukum agama Islam denagn sewenang-wenangnya tanpa sedikit pun rasa bersalah dihati mereka. Malah ada cendiakawan agama dikalangan mereka memanipulasikan kecetekan agama ahli-ahli Umno untuk terus mendorong mereka mempertahankan Umno dan gerak kerja mereka. 'Politik Suku Agama Suku' terus menjadi pegangan pimpinan Umno sehingga ke hari ini tanpa hala tuju utuk merubah keadaan ataupun memertabatkan agama Islam ditempat yang sepatutnya.

Umno masa ini lebih menonjol sebagai alasan untuk kepimpinan mereka dekat dengan kemewahan dunia. Sesiapa yang aktif berkecimpung didalam Umno dan berjaya mempunyai jawatan tertentu, sebenarnya mendapat tiket untuk mengaut kemewahan yang disediakan kerajaan kepada mereka. Melayu Umno sekarang ini lebih terkenal dan sinonim sebagai sebuah parti yang penuh dengan komisyen dan kronisma. Bukti yang nyata ada disekeliling kita, bayangkan baru sepenggal memegang jawatan, pemimpin - pemimpin mereka dapat hidup dalam kemewahan. Rata-rata kepimpinan mereka bergiat aktif sebagai kontraktor-kontraktor binaan kerana disitulah lubok duit bagi mereka. Kontrak-kontrak kerajaan akan diagihkan sesama mereka tanpa melalui prosedur yang benar-benar telus.

Jika rakyat masih lagi ingin melihat keadilan ditegakkan dan rasuah serta kemungkaran pemimpin dielakkan, rakyat wajib bertindak meninggalkan Umno bersama-sama kejahilan mereka. Rakyat sememangnya mempunyai bukti-bukti jelas tentang kepincangan pimpinan Umno selama ini. Kemungkaran demi kemungkaran jelas dapat dilihat melalui ketidakadilan dan ketidaktelusan pemerintahan mereka selama ini.



Dan jika rakyat masih beranggapan bahawa Umno hanyalah satu-satunya yang dapat memerintah Malaysia semasa PRU 13 nanti, rakyat sebenarnya akan membuat satu lagi keputusan yang salah. Jika kita terus menerus memperjudikan nasib dan masa hadapan generasi akan datang kepada Umno, kesalahan kita nanti tidak mungkin dapat dimaafkan oleh anak-anak dan generasi yang akan datang nanti. Mahukah kita nanti berhadapan dengan anak cucu kita yang dahagakan masa hadapan yang lebih baik bukannya keadaan yang penuh dengan rasuah , maksiat dan hanyut dalam syurga dunia semata-mata. Atas kesedaran inilah rakyat sepatutnya bangun menunjukkan jalan keluar kepada Umno/BN pada PRU 13 nanti. Sudah tiba masanya rakyat melakukan perubahan demi satu negara ynag lebih terpelihara dari pelbagai gejala maksiat dan rasuah serta kepincangan kepimpinan.

Sudah Sedarkah Kita?...


Selama ini sebahagian daripada kita, rakyat Malaysia masih berada dialam fantasi dan terus menerus menyimpan pendapat hanya Umno/BN sahaja yang layak memerintah negara. Konflik fantasi yang sentiasa menghantui sebahagian kita menjadi lebih ketara apabila menjelang pilihanraya umum akibat daripada strategi politik kotor BN menakut-nakutkan rakyat dengan dakyah - dakyah yang berunsur perkauman mahupun keagamaan.

Rakyat Malaysia sememangnya cintakan keamanan dan kedamaian akan terus terpengaruh dengan dakyah - dakyah ini akibat pengaruh daripada media arus perdana yang dikuasai dan dihenyak oleh Umno/BN sesuka hati mereka. Sejumlah rakyat Malaysia yang mempunyai sumber maklumat yang terhad dan selalunya bergantung terus kepada sumber media yang dikuasai oleh Umno/BN selama ini akan terpengaruh secara total. Pembohongan dan manipulasi berita akan terus digunakan oleh mereka untuk menjamin kesinambungan pemerintahan mereka dan rakyat akan terus ditindas oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN ini.

Pemimpin - pemimpin Pakatan pula saban hari terpaksa bertungkus lumus menangkis dakyah - dakyah jahat ini melalui ceramah-ceramah umum ataupun melalui blog-blog mereka. Kesempatan untuk mereka membalas segala tohmahan jahat Umno/BN hanya dapat di sebarkan melalui ruang yang amat terhad dan terbatas. Demokrasi bersuara yang terang-terangan memihak kepada Umno/BN telah dimanipulasikan oleh mereka secara besar-besaran untuk memastikan rakyat terus dilanyak dengan berita-berita palsu yang telah dimanipulasi oleh pecacai-pecacai upahan mereka.

Realitinya...rakyat masih lagi terus diburu oleh kerisauan yang melampau walaupun setelah 50 tahun kita merdeka. Analogi hanya BN yang layak memerintah Malaysia subur diturunkan dari generasi ke generasi yang berikutnya kerana fantasi yang digambarkan oleh BN berjaya menambat hati pengundi-pengundi. Fantasi kononnnya rakyat bukan Islam akan menderita dibawah pemerintahan Islam Pas terus menerus dimainkan oleh BN. Fantasi kononnya akan berlaku huru hara apabila Pakatan Rakyat memerintah terus disuburkan oleh BN melalui program-program bersifat perkauman seperti BTN.

Disamping itu , media-media BN pula terus menerus memainkan peranan membawa generasi muda kita kearah keseronokkan dunia yang melampau. Program-program yang mengkhayalkan seperti Jom Heboh, Akademi Fantasia dan lain-lain lagi diberi keutamaan yang melampau oleh generasi muda hinggakan kesempatan untuk mendekatkan diri kepada norma-norma Islam dikesampingkan begitu sahaja. Pusat-pusat hiburan terus diberi keutamaan oleh Umno/BN dengan alasan dapat memberi impak kepada pelancongan negara dan income negara yang besar. Akibatnya, moral anak-anak muda kita jauh dari adab dan sopan apatah lagi jauh dari tuntutan Islam itu sendiri. Keruntuhan moral yang begitu mendesak ini berakhir dengan keruntuhan akhlak yang kronik terutamanya remaja-remaja Islam. Kes-kes seks bebas , pembuangan anank malah penagihan dadah berleluasa dan hampir 95% melibatkan remaja Islam.

Akibat keseronokkan yang dipupuk di minda remaja-remaja Islam ini oleh kepimpinan yang sekular Umno/BN, sayap-sayap Umno seperti Pemuda, Putera dan Puteri sering mendapat sambutan yang menggalakkan daripada sebahagian besar remaja-remaja ini. Akibat hanyut dengan keseronokkan duniawi , remaja Islam ini akan mula memberontak menentang Pas dan Pakatan Rakyat kerana bagi mereka Pas dan Pakatan Rakyat tidak berhak merampas keseronokkan ini.

Hakikat betapa hanyutnya remaja Islam dari garisan dan panduan ajaran Islam yang syumul tidak dapat diendahkan begitu sahaja. Keadaan lebih memeningkan apabila muncul pula ajaran-ajaran yang lebih menumpukan kepada kejayaan dunia semata yang dititik beratkan oleh pemipin-pemimpin Umno/BN. Akibatnya, rakyat terutamanya golongan berada terus menerus hanyut dengan kemewahan yang melampau hinggakan unsur - unsur penipuan , rasuah ataupun tindas menindas berleluasa sekarang ini.

Sudah tiba masanya kita sebagai ibu bapa sedarkan anak-anak muda kita perihal penyelewengan akidah dan ajaran yang dipupuk Umno/BN selama ini. Fahaman 'Politik Suku Agama Suku' yang dibawa oleh Umno/BN hendaklah ditolak oleh anak-anak kita secara total. Kita sebagai ibubapa mempunyai peranan yang cukup penting dan besar bagi menjamin masa depan generasi akan datang ini lebih terpelihara dari terus menerus disesatkan oleh Umno/BN.

Wednesday, December 23, 2009

F-5E

Mutakhir ini hampir semua rakyat Malaysia sekurang-kurangnya semakin arif perihal tentera udara Malaysia dan kelengkapannya. Semua ini hasil daripada laporan kehilangan dua buah enjin jet F-5E pesawat pejuang bernilai RM 50 juta.

Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan samaada oleh Najib mahupun lain-lain pemimpin Umno mengenai kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E dari depot TUDM amat menggelikan hati setiap rakyat Malaysia. Kita dimomokkan oleh pemimpin-pemimpin Umno ini dengan pelbagai bentuk janji - janji untuk tidak merahsiakan segala maklumat mengenai dalang disebalik kehilangan enjin jet tersebut, seolah - olah Umno selama ini telus dan ikhlas. Namun mungkin seperti selalunya, ketelusan ini hanya sampai keperingkat ikan-ikan bilis sahaja dan jerung-jerung yang selama ini membaham tanpa mengira mangsa akan terlepas begitu sahaja.

Kes penyelewengan dana PKFZ yang berjumlah berbilion - bilion ringgit wang rakyat berakhir dengan pendakwaan berpilih dan pemimpin-pemimpin MCA dan Umno yang terlibat berkemungkinan besar akan terlepas begitu sahaja. Padahal, sebelumnya kerajaan berjanji untuk bertindak secara telus dan adil dan semua yang terlibat akan didakwa. Walaupun nilai yang hilang cuma RM 50 juta berbanding dengan kes PKFZ, namun bagi rakyat RM 50 juta merupakan satu jumlah yang amat besar dan tak tergapai dek tangan untuk merasainya pun.

Alangkah sedihnya hati kita apabila melihat penyelewengan demi penyelewengan wang rakyat berlaku hampir setiap hari dan melibatkan berbilion duit rakyat hangus angkara kepimpinan yang korup dan tidak berlandaskan hukum hakam agama. Kehilangan enjin tersebut telah memburukkan lagi pentadbiran Najib kerana dizaman beliau menjadi Menteri Pertahananlah kejadian kehilangan enjin jet ini berlaku.

Jika enjin yang besar pun dapat juga diseludup keluar inikan pula pelbagai bentuk senjata api yang lain? Kalau di Jepun mahupun Korea sebagai contohnya, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan yang bertanggung jawab akan menanggung segalanya dan sanggup meletakkan jawatan mereka kerana tidak berfunsi gengan baik.

Monday, December 21, 2009

Negara Judi...


Pada 18 November 2009 yang lalu di dewan Parlimen, ahli Parlimen Malaysia semua didedahkan kepada satu kenyataan yang cukup memalukan status negara Islam Malaysia yang selama ini digembar gemburkan oleh Umno/BN.

Kerajaan pada tahun 2008 sahaja mengutip sejumlah hampir RM 2.4 Bilion cukai daripada hasil perjudian yang diluluskan oleh kerajaan selama ini.

Berikut adalah hasil cukai yang dikutip kerajaan sepanjang tahun 2008

Syarikat Perjudian Kutipan Tahun 2008 (RM)

Genting Malaysia Berhad 949,802,170
Sport Toto 509,739,584
Magnum Corporation 396,477,793
Pan Malaysia Pools 270,764,197
Pan Malaysia Racing 138,576,130
Daily One Corporation 18,082,749
Sandakan Turf Club 18,182,034
Sarawak Turf and Equestrian Club 29,776,000

JUMLAH 2.37 BILION

Kenyataan yang didedahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan II Dato' Dr Awang Adek Husin mencerminkan betapa selama ini Umno/BN sememangnya menggunakan hasil judi di negara Islam ini sebagai antara sumber kewangan kerajaan dan bertindak menyalurkan hasil judi ini kepada rakyat.

Jika beginilah kenyataannya, rakyat Malaysia khasnya orang-orang Islam selama ini telah dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin Islam Umno yang ghairah bertopengkan negara Islam sedangkan mengaut keuntungan dari hasil judi.

Peperangan Bermula....


Berakhirnya konvensyen Pakatan Rakyat kali pertama baru-baru ini membuktikan satu kesepakatan yang jitu antara PAS , PKR dan DAP. Ketiga-tiga pemimpin tertinggi parti menyatakan kesungguhan parti - parti mereka berarak kearah permuafakatan yang lebih tersusun sehingga ke peringkat akar umbi masing-masing. Tidak dapat tidak satu kesinambungan ideologi politik yang tersusun kearah menyatukan ahli masing-masing haruslah dipupuk antara ketiga-tiga parti pembangkang ini. Bagi Pas, gagasan Pakatan Rakyat diperlukan sebagai kenderaan menuju ke Putrajaya agar dasar Pas yang paling utama, menegakkan hukum Islam di Malaysia dapat direalisasikan.

Rakyat memandang tinggi agar Pakatan Rakyat dapat menjadi satu parti alternatif kepada BN. Secara keseluruhannya rakyat amat berharap supaya Pakatan Rakyat menjadi peneraju utama Malaysia di masa hadapan. Menilai dasar yang dipersetujui baru-baru, dasar tersebut sudah cukup untuk membawa Malaysia kearah negara yang maju dan lebih adil dalam pembahagian kemakmuran sesama rakyat tanpa mengira bangsa.

Justeru itu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat samaada yang berada diatas mahupun yang berada hampir dengan pengundi haruslah sentiasa bersiap sedia dari sekarang bagi menghadapi serangan BN yang dijangka akan mengerahkan segala jentera mereka untuk meruntuhkan benteng Pakatan Rakyat.Buat pertama kalinya, BN akan berhadapan dengan satu pakatan pembangkang yang jitu dan bersepadu. Lantas, BN tidak dapat tidak terpaksa melakukan apa saja demi menidakkan cita-cita Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Mana mungkin BN akan berdiam diri sahaja memandangkan PRU 13 semakin hari semakin hampir. Tambahan pula, PRU 13 PM Najib buat pertama kalinya akan menerajui BN pada pilihanraya umum, dan BN akan memastikan mereka menang dengan bergaya seperti selalunya. Sentimen perkauman akan terus dimainkan BN demi merealisasikan harapan BN untuk terus berkuasa di tanah air kita ini.

Pakatan Rakyat telah pun membuktikan kepada rakyat bahawa mereka juga boleh bersatu dan bergerak sebagai satu unit mulai sekarang. Dan alangkah baiknya segala apa yang diperkatakan tentang pentingnya pemimpin-pemimpin parti masing-masing untuk bersatu dapat direalisasikan dan diterjemahkan melalui tindakan susulan dan bukan hanya melalui kata-kata manis sahaja. Rakyat selama ini dimomokkan oleh BN betapa rapuhnya Pakatan Rakyat kerana mempunyai ideologi dan cita-cita politik yang berlainan. Namun dengan berlangsungnya konvokesyen yang berjaya menemukan titik pertemuan politik antara pakatan pembangkang, rakyat seharusnya membuka mata mereka dan membuat perubahan demi masa depan yang lebih cerah. Sudah tiba masanya rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan kepada seluruh rakyat bahawa Malaysia bukan hak mutlak BN sahaja.

19 Disember 2009 menjadi satu lembaran sejarah menyaksikan satu gagasan Pakatan Rakyat yang terbentuk mengorak langkah untuk mengembalikan keadilan kepada rakyat Malaysia. Gendang peperangan telah pun dipalu dan untuk sekian kalinya rakyat akan menyaksikan satu pertembungan yang klasik dalam sejarah politik tanahair dimana BN akan bertemu buku dengan ruasnya iaitu barisan Pakatan Rakyat. Diharap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengotakan segala apa yang dilaungkan selama ini 'Keadilan Kepada Rakyat'.......

Sunday, December 20, 2009


" Hari ini kita berbahas dengan sehangat-hangatnya, bagi mendatangkan natijah terbaik ke arah megukuhkan parti, dan di sana sudah tentu ada perbezaan pendapat, dan pendapat yang terkuat hujahnya adalah pengukuhan kepada resolusi yang dicapai. Pendapat yang lemah juga tetap dihormati, kadang-kadang yang lemah hari ini menjadi kenyataan yang kuat di masa akan datang, oleh kerana itu dalam budaya ilmu Islam kami bukan sahaja mencatit pendapat yang menjadi keputusan muktamad, pendapat yang lemah juga dijadikan ingatan, dan tidak ada yang diperkecilkan. Kita juga menjadikan majlis ini sebagai medan persaudaraan yang menemukan kita semua di atas semangat persaudaraan dalam satu bahtera negara tercinta, kalau selamat bahtera ini, selamatlah kita semua dan sampai ke destinasi yang dituju untuk pilihanraya ke 13". - PETIKAN UCAPAN PERDANA SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERTAMA OLEH DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG PRESIDEN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)



"Hari ini kita mencipta sejarah. Tetapi ini hanyalah titik permulaan. Dasar Pakatan yang akan dimeterai sebentar lagi adalah garis besar perjuangan rakyat. Dasar-dasar ini adalah moral compass dalam perjungan politik kita. Pakatan Rakyat akan berlayar jauh, maka kita perlu ada kesatuan fikrah, kesatuan pemikiran dan sentiasa berada di garis tengah. Kita perlu mematuhi ethics of coalition, Etika Pakatan.

Setiap kumpulan punya tuntutannya sendiri dan mempunyai legitimasi dan keabsahannya. Tetapi kita juga perlu melihat urutan keutamaan kerana tidak semua tuntutan boleh ditangani dengan sekaligus. Maka kita tidak boleh melihat tuntutan political constituency masing-masing tanpa melihat dan mempertimbangkan political constituency rakan-rakan kita. Perlu ada sikap empathy, keprihatinan terhadap pelbagai sektor dan constituency rakan –rakan kita.

Justeru menjayakan agenda Pakatan Rakyat adalah menjadi prasyarat untuk mendapat dokongan penuh dan keyakinan rakyat. Hanya dengan keyakinan rakyat , bahawa rakyat yakin kita bersatu hati, kita akan memperolehi kemenangan. InsyaAllah". - PETIKAN UCAPAN PERDANA SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERTAMA OLEH DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM PENASIHAT PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)



" Saya berasa bangga kita ada pemimpin berintegriti, perjuangan berprinsip dan jentera PR yang boleh bekerja sebagai suatu pasukan yang dapat menyatupadukan rakyat secara berkesan demi mengakhiri perjalanan ke Putra Jaya."

Hidup Malaysia!

PETIKAN UCAPAN PERDANA SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERTAMA OLEH SETIAUSAHA AGUNG DAP TUAN LIM GUAN ENG

Intipati keseluruhan ucaptama pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat lebih berkisar mengenai keperluan Pakatan mengorak langkah menstabilkan dan melancarkan wadah perjuangan menentang kezaliman pemerintah sekarang iaitu BN. Rakyat memerlukan satu lagi gagasan yang diharap dapat mengembalikan keadilan dan hak rakyat yang selama 50 tahun lebih di kotak katikkan oleh pimpinan BN yang silih berganti menindas rakyat. Kemuncak kepada ketidakadilan BN maka pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengorak langkah , menyatukan perbezaan ideologi dan fahaman politik parti masing-masing sebaik mungkin agar BN tidak akn lagi memimpin Malaysia selama-lamanya.

Umno sebagai peneraju BN dilihat telah jauh dari matlamat penubuhannya dan lebih menumpukan perhatian untuk mengaut semahu-mahunya hasil bumi Malaysia. Tidak kurang juga, parti-parti komponen BN yang lain sehinggakan pertikaian merebut jawatan tertinggi hampir pasti unjuran dari kemewahan yang bakal dikaut kemudian nanti. Justeru itu tertubuhnya gagasan Pakatan Rakyat sememangnya dinanti-nantikan rakyat sekian lama. Diharap Pakatan Rakyat akan menjadi wadah pembaharuan yang mantap untuk mengembalikan kegemilangan negara kita Malaysia dimata dunia.

Pakatan Rakyat secara terang-terangan menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa demi memastikan pertumbuhan yang mapan. Dasar BN yang menindas dan yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golonga miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.

Diharap langkah sulung Pakatan Rakyat ini dapat menyatupadukan rakyat dan dapat merealisasikan harapan seluruh rakyat Malaysia yang dahagakan satu perubahan yang total demi masa hadapan generasi yang baru nanti.

Wednesday, December 16, 2009

Bloggers Pulau Pinang


Perjumpaan sebahagian kecil daripada bloggers Pulau Pinang baru-baru ini di Permatang Pasir membuka satu lembaran baru dalam arena politik negeri Pulau Pinang khasnya. Sekalung tahniah kepada Lajnah Penerangan Pas Negeri yang diketuai oleh Saudara Zulkiply Ishak yang berjaya mengatur satu pertemuan secara santai melibatkan hampir 20 orang bloggers yang bergiat agak aktif sekarang ini.

Walaupun hanya sebahagian kecil daripada ratusan bloggers Pulau Pinang yang aktif hadir pada malam itu, kesan daripadanya terasa amat mendalam disanubari setiap yang hadir. Selain berkesempatan bertukar - tukar pendapat dan berta'aruf , bloggers Pulau Pinang sebulat suara dan bersatu hati berpendapat peranan bloggers dalam menyampaikan maklumat khasnya kepada penduduk Pulau Pinang harus dipertingkatkan.

Bloggers Pulau Pinang seharusnya menjadi salah satu lidah kepada Lajnah Penerangan Negeri menyebarkan berita-berita mengenai Pakatan Rakyat agar rakyat yang berkesempatan melayari blog-blog mereka mendapat berita yang sahih dan cepat . Pencapaian Presiden Amerika Syarikat yang baru, Presiden Obama haruslah menjadi pemangkin kepada bloggers Pulau Pinang, kerana blog telah menjadi salah satu dari ejen penyebaran berita dan digunakan oleh Obama dalam kempen pilihanraya beliau secara meluas sehinggakan berhasil memenangi kerusi tersebut.

Jadi diharap seluruh Bloggers Pulau Pinang tidak memandang remeh tanggungjawab mereka menyalurkan maklumat kepada rakyat secara telus dan cepat. Dan diharap juga seluruh Bloggers Pulau Pinang bersatu hati menetang kezaliman Umno/BN selama ini dan membongkar segala penyelewengan yang dilakukan mereka demi kepentingan rakyat Pulau Pinang.

Umum mengetahui perihal ketidaktelusan sumber berita yang dikuasai oleh Umno/BN selama ini dan rakyat terlalu bergantung kepada sumber berita ini sehingga menyukarkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat . Jadi secara kolektifnya sumber alternatif amat diperlukan untuk mengimbangi penyelewengan ini secara berterusan. Blog-blog yang diujudkan sedikit sebanyak dapat dijadikan senjata pemusnah kepada Umno/BN andaikata dimenafaatkan secara meluas oleh Pakatan Rakyat.

Harapan untuk melihat Bloggers Pulau Pinang memainkan peranan yang lebih serius untuk menempatkan penulisan sebagai salah satu wadah perjuangan menentang Umno/BN cerah berikutan persetujuan sebulat suara Bloggers Pulau Pinang berganding bahu membongkar penyelewengan Umno/BN kepada Melayu Pulau Pinang selama ini.
Selanjutnya, harus ada kesinambungan jaringan antara lebih ramai bloggers yang bergerak aktif di Pulau Pinang ini agar mereka ini dapat digerakkan secara lebih sistematik menentang kemungkaran Umno/BN.

Dengan kehadiran blogger yang lebih senior seperti Abang Anuar bersama 'Perakite' dalam kelompok Bloggers Pulau Pinang, yang berpengalaman luas dibidang penulisan serta selok belok 'blogging', bloggers yang lain boleh belajar dari beliau untuk menjadi blogger yang efektif kelak.
InsyaAllah.....

Tuesday, December 15, 2009

General Election 2011 ?



There is a theory or rather a prediction that the next general election would be held as early as in the year 2011, a year earlier than it supposed to be. The new Prime Minister is seeking a new mandate from the people to show that he is capable of gaining the support and not appointed. Why is it so important for him to get the endorsement is to show to the whole wide world that the people all this while are rallied behind him.

Historically when a new premier took over the office and then held a fresh election, BN won and got a huge margin in the general election. Look at Dr Mahathir and his successor Pak Lah , who had led the BN coalition to a comfortable and historical success in the general election right after they hold the office. Will Najib repeat the history or another history will be created where for the first time a new Prime Minister will be elected from the Pakatan Rakyat coalition after the 13th general election?

BN will do all sort of strategies to ensure they win the general election with another record breaking result, but, for Pakatan Rakyat, the 13th general election will be the best ever opportunity to topple BN after the success of 2008 general election. Pakatan Rakyat coalition seems to be in the right direction and must ensure all their leaders stay focus enroute to Putrajaya.

The Pakatan Rakyat leaders need to put up extra efforts starting right now and always stay alert to the need of the people in order to win their hearts and ultimately their votes. For the past 2 years, the Pakatan Rakyat leaders were on the defensive from the BN attack on their leaders ended up with a few of their leaders jumped to the BN camp and the Perak State was toppled by BN. However, the incidents led to more people supported Pakatan Rakyat especially those who felt that BN actions were out of legislative order.

Other incidents involving the attack on the Pas spiritual leader TGNA credibility and also the infamous second sodomise accusation on Anwar Ibrahim also led to the rejection of BN by the people. Despite that, the BN own backyard problems especially the MCA, MIC and PPP leadership struggles proofed to be another factor for the people to turn to Pakatan Rakyat.

Therefore, Pakatan Rakyat leaders need to ensure the election workforces are at anytime on the alert and always ready for the general election. The 13th general election will be the best ever opportunity so far to overcome all the odds to topple BN once and for all.

Konvensyen Pakatan Rakyat



Pada 19 hb Disember 2009 nanti akan termaktublah satu lagi peristiwa dalam sejarah politik Malaysia. Peristiwa yang amat penting ini akan menjadi satu titik permulaan untuk satu kerjasama yang lebih erat menjana perubahan senario politik tanahair. Konvensyen Pakatan Rakyat yang buat julung-julung kalinya diadakan membawa satu mesej yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Memimpin Perubahan , Menjana Kemenangan...merupakan satu motto yang menggambarkan keikhlasan gabungan Pakatan Rakyat PAS, PKR dan DAP menerusi kesepakatan yang jitu memimpin rakyat kearah satu alternatif politik yang selama ini dinantikan oleh sebahagian besar rakyat.

Dunia samada yang menyokong mahupun yang menentang memerhatikan konvensyen ini dengan penuh minat kerana semua berpendapat ianya akan membawa perubahan yang amat besar kepada rakyat. Setelah 50 tahun lebih rakyat dimomokkan dengan tingkah laku BN dan melihat kesuburan penyelewengan pemimpin-pemimpin mereka , rakyat yang amat dahagakan perubahan diberi nafas baru oleh Pakatan Rakyat. BN yang selama ini melalui media-media mereka cuba melaga-lagakan parti - parti Pakatan Rakyat boleh terus melupakan hasrat jahat mereka itu kerana terbukti Pakatan Rakyat dapat menjalinkan kerjasama politik yang mantap. Harapan rakyat konvensyen ini dapat mencari satu titik persamaan antara ketiga-tiga parti terbesar Pakatan Rakyat.

Pimpinan PAS melalui mesyuarat jawatankuasa pusat semalam telah mengiktiraf Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang akan dibentangkan Sabtu ini . Bersama perkembangan terbaru ini , konvensyen ini dapat sedikit sebanyak memberi harapan baru kepada rakyat. Harapan rakyat untuk melihat satu keluhuran berpolitik sesama Pakatan Rakyat diharap direalisasikan secepat mungkin agar PRU 13 membawa Pakatan Rakyat ke Putra Jaya.

Diharap, para peserta nanti yang merangkumi pelbagai latar belakang dan jawatan dari parti PAS , PKR mahu pun DAP , dapat memberi impak yang besar dan jitu kepada kesepakatan yang lebih baik dimasa hadapan. Semua orang akan memerhati dengan penuh minat hujah-hujah yang akan dibentangkan nanti oleh mereka - mereka ini yang mewakili sebahagian besar pendokong - pendokong Pakatan Rakyat.

BN melalui detik yang mencabar sekarang ini dengan pelbagai masaalah kepimpinan yang melanda parti-parti komponen mereka, Samy Vellu cuba digulingkan dari blog kepimpinan MIC, Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek terus dibelenggu masaalah dan Kayveas serta Murugiah terus menerus bermain api sesama mereka, jadi diharap momentum konvensyen ini dapat memperlihatkan kematangan Pakatan Rakyat berpolitik. Seterusnya dapat memberi gambaran yang jelas kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa satu gagasan baru sedang mencorak sejarah politik Malaysia.

Sunday, December 13, 2009

Wacana Perdana : Islam Di Malaysia - Realiti dan Harapan



Semalam semasa Wacana Perdana bertajuk Islam Di Malaysia - Realiti dan Harapan, salah seorang ahli panel dan juga bekas orang kuat Pas, Ustaz Nakhaei (Mantan Pengerusi YADIM), berkata PAS membawa Islam sekular sementara Umno pula memertabatkan Islam yang tulen. Bila terkenangkan bait-bait kata yang keluar dari seorang yang dahulunya pejuang Islam, terdetik pelbagai rasa, marah pun ada namun terasa kelakarnya yang lebih. Memang terbukti sudah, wang ringgit dan kuasa dapat menghitamkan hati seseorang itu walupun hakikat yang sebenar diketahui oleh beliau.

Jika benar Umno selama ini membawa Islam yang tulen, tidak dapat tidak negara kita ini sedikit sebanyak akan telah melaksanakan undang-undang Islam yang sebenarnya. Tidak pun, mahkamah syariah yang menjadi mahkamah kelas kedua akan dimertabatkan oleh pemimpin-pemimpin Umno. Dalil-dalil yang menyatakan ketulinan Islam yang dibawa Umno jauh dari realiti yang sebenarnya.

Selama 50 tahun Umno memerintah negara, pusat-pusat perjudian dan maksiat tumbuh merata-rata. Kilang Arak terbesar di Asia juga terdapat di Malaysia. Bahkan, gunung judi juga terdapat di Malaysia. Jika Islam tulin yang dibawa Umno, generasi muda sekarang ini mungkin lebih terjerumus dalam aktiviti-aktiviti keagamaan dan bukannya berpeleseran di kelab-kelab malam dan bebas bergaul sesama lelaki dan perempuan. Umno akan menekankan keperibadian mulia dan tarbiyah Islamiyah kepada muda mudi sekarang. Akan tiada pemimpin Umno yang mengamalkan rasuah dan salahguna kuasa kerana mereka lebih Islamik dalam kerja harian mereka.

Jika pemimpin-pemimpin Umno benar-benar mempraktikan Islam dalam kehidupan seharian, mustahil isteri-isteri dan keluarga mereka tidak menjaga pergaulan malahan aurat mereka sendiri. Mustahil juga akan ada penganjuran pelbagai aktiviti-aktiviti maksiat seperti Jom Heboh , Akademi Fantasia dan bermacam-macam lagi aktiviti yang tidak Islamik. Jika benar Umno memimpin berlandaskan Islam, rasuah tidak mungkin berleluasa seperti sekarang ini. Penyelewengan dana rakyat juga tidak akan berlaku kerana pemimpin-pemimpin Umno lebih mengutamakan kesejahteraan akhirat. Mustahil juga ada aktiviti-aktiviti memperkayakan suku sakat ataupun bahasa yang lebih tepat knonisma dan nepotisma.

Sebaliknya, jika Pas mengamalkan Islam sekular, Ulamak-Ulamak tersohor Malaysia seperti Allahyarham Ishak Baharom , Mantan Imam-Imam besar nagara seperti Dato' Haron Din dan Ustaz Taib Azamuddin tidak mungkin mendokong perjuanagan Pas selama ini. Dan jika Pas mengamalkan Islam sekular tidak mungkin pendokong dan ahli-ahli Pas yang berjumlah 1 juta orang tiada satu pun yang berakal dan hanya terus menyokong Pas secara membabi buta. Rakyat boleh menilai dengan sendiri siapa yang sebenarnya mengamalkan Islam yang syumul. Seharusnya rakyat lebih mengerti dan cukup dewasa untuk membandingkan hala tuju Pas dan Umno, yang mana satu menuju ke arah keredhaan Allah.

Wallahualam

Saturday, December 12, 2009

Sumpah Minyak....


Salah seorang dari pengasas Petronas pada tahun 1974 yang lalu, Tengku Razaleigh Hamzah dengan hati yang terbuka meluahkan rasa kekesalannya yang amat sangat perihal Petronas dan hasilnya. Hinggakan beliau merasakan alangkah baiknya jika Malaysia tidak menemui minyak dahulu.

Petronas diawal penubuhannya bertujuan untuk menjana ekonomi negara yang dahulunya lebih kepada berasaskan komoditi rendah kepada ekonomi yang dipelbagaikan dan ujuran berpendapatan tinggi, telah sekian lama dibaham oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN. Matlamat yang sepatutnya jika diikuti dan diintegrasikan oleh pemimpin Umno/BN, rakyat Malaysia khasnya mungkin akan lebih selesa kerana infrastruktur dan keharmonian negara hasil dari keuntungan minyak Petronas digunakan sebaik mungkin dan seluruh rakyat negara ini menikmati hasilnya secara saksama.

Mungkin dikala ini kita menikmati minyak yang berharga bawah RM 1 seliter ataupun anak-anak kita belajar di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi dengan kos yang paling minima tanpa terpaksa berhutang. Jika hasil keuntungan Petronas yang berjumlah ratusan Billion Dollar Amerika ini dipegang oleh mereka yang beramanah, kemungkinan besar keadaan rakyat Malaysia seluruhannya lebih baik dari sekarang. Tidak mungkin akan ada rakyat yang begitu daif sehinggakan tidak dapat menikmati bekalan elektrik mahupun air sekarang. Dan tidak mustahil juga jika Singapura pula yang memandang tinggi hasil kejayaan Malaysia mentadbir negara dan menjana pertubuhan ekonomi kita. Mungkin juga pendapatan berkapita kita akan 3 kali ganda daripada Singapura sekarang ini.

Namun semuanya ini lebih retorik semata-mata. Hasil Petronas yang berjumlah ratusan Billion Dollar Amerika ini hangus begitu sahaja hasil dari ketidakcekapan mahu pun penyelewengan berterusan pemimpin Umno/BN. Hasilnya hanya tinggal dua menara yang tersergam indah di Kuala Lumpur ataupun litar lumba kereta yang langsung tidak memberi faedah terus kepada rakyat. Memang tidak dinafikan sebahagian wang hasil minyak ini diperuntukkan untuk belanjawan negara, namun hasil daripada kegagalan pemimpin Umno/BN mengurus dana tersebut sehingga kebanyakkannya bocor sepanjang tahun, terutamanya akibat penyelewengan , rakyat terus menerus dibebani dengan cukai samaada cukai pendapatan ataupun perkhidmatan.

Boleh dikatakan sebahagian besar hasil minyak negara ini diurus dengan tidak cekap oleh pimpinan Umno/BN hinggakan tirisan merata-rata terjadi dengan berleluasa. Mengkayakan kroni dan juga menyelamatkan mereka dari belenggu kesempitan ekonomi juga menjadi agenda utama hasil minyak negara. Malah untuk sekian lamanya rakyat dari segenap lapisan masyarakat seringkali ditipu kerajaan kononnya subsidi minyak yang dikeluarkan kerajaan memungkinkan rakyat menikmati harga yang rendah. Hakikatnya rakyat sepatutnya menerima ganjaran yang lebih memenafaatkan mereka jika hasil minyak negara diurus dengan cekap oleh pemimpin - pemimpin negara.

Jika Tengku Razaleigh yang mempunyai pengalaman dalam bidang ekonomi dan merupakan antara pengasas Petronas juga berpendapat terdapatnya penyelewengan hasil minyak, rakyat seharusnya menilai semula kepimpinan Umno/BN selama ini dan seharusnya menunjukkan jalan keluar kepada mereka pada PRU 13 nanti.

'BER BLOG' ? ... ATAU 'GOBLOG' ?

Media samada elektronik mahupun akhbar harian termasuk blog-blog yang semakin hari semakin bertambah menyerikan lagi senario politik Malaysia mutakhir ini. Pemimpin-pemimpin baik dari Pakatan Rakyat mahupun BN tidak akan mudah terlepas daripada dipantau oleh wartawan ataupun terkini .. bloggers. Kehadiran bloggers bersama kepelbagaian penyampaian menambahkan lagi sumber informasi dan melebarkan tahap kefahaman rakyat tentang sesuatu isu yang berbangkit.

Jika dulu rakyat bergantung penuh terhadap sumber berita iaitu surat khabar dan juga berita TV , namun sekarang ini rakyat mempunyai pilihan yang lebih terbuka dan mempunyai kebebasan untuk menilai sesuatu berita itu dengan lebih adil dan saksama. Pun begitu, mutakhir ini terdapat pelbagai blog yang dijana oleh individu-individu tertentu samada di sebelah BN mahu pun Pakatan Rakyat, malah ada individu yang tidak terlibat langsung dalam mana-mana parti politik menggunakan medium ini (blog) untuk menabur fitnah keatas mana-mana pemimpin yang tidak disukai. Justeru itu, rakyat seharusnya bijak memilih rangkain blog yang mana harus menjadi pilihan pembaca setiap hari. Harus kita ingat , sesuatu artikel mahupun berita akan mempunyai interpretasi yang jauh berbeza dari seseorang dan tidak mustahil interpretasi ini akan menjadi berita sensasi dan seterusnya menjadi fitnah zaman moden.

Secara umum, rakyat sekarang ini lebih mempercayai tulisan mahu pun berita yang disampaikan melalui blog-blog tertentu kerana ianya dianggap lebih telus dan lebih pantas berbanding dengan media cetak ataupun TV. Tetapi , nilaian rakyat keatas isu-isu tertentu yang mungkin dipengaruhi oleh olahan 'bloggers' akan memburukkan lagi sesuatu keadaan lebih-lebih lagi mengenai isu-isu sensitif melibatkan kefahaman keagamaan mahupun bangsa.

Acapkali kita disogok dengan kepelbagaian berita yang bersimpang siur dieksploitasikan oleh pihak - pihak tertentu tanpa menilai tahap ataupun nilai sensitiviti berita tersebut terhadap sesuatu bangsa mahupun agama. Jadi kita seharusnya lebih berwaspada dan lebih teliti dalam menilai sesuatu berita tersebut kerana dikhuatiri kita akan terlibat secara langsung menyebar fitnah tertentu tanpa kita sedari. Hujung pangkalnya, bijak menilai sesuatu berita itu penting agar keikhlasan dalam 'berblog' menjadi pegangan kita sepanjang masa.

Dan yang paling penting yang membaca ataupun yang menulis jangan jadi "Goblog " cukup....

Thursday, December 10, 2009

Umno Pulau Pinang Pembela Melayu..




PIRAH......

Bangunnya Ketua Pembangkang Datuk Azhar , Adun Penaga , di sidang dewan negeri baru-baru ini mempertahankan Umno sebagai wadah perjuangan dan pembela Melayu Pulau Pinang hanya mencerminkan kelemahan Umno sendiri. Sambil 'menonggek punngungnya', Ketua Pembangkang ini berseloroh menghentam Adun - Adun Melayu dari PKR kerana menurutnya gagal mempertahankan hak-hak Melayu Pulau Pinang.

Namun, apa yang amat kita kesali adalah kegagalan beliau sendiri selama menjadi YB Penaga, gagal mempraktikkan apa yang dilaung-laungkan selama ini. Selama menjadi YB Penaga beberapa penggal, Datuk Azhar sebenarnya telah gagal memperjuangkan ataupun membela nasib orang - orang Melayu jangankan di Pulau Pinang, malah di Penaga sekalipun. Sebaliknya, Penaga terus melalui zaman yang tiada satu pun kemajuan yang boleh dibanggakan selama ini dibawah permerintahan Umno. Malah mengikut data Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penaga antara daerah yang mempunyai ramai miskin tegar dari kaum Melayu.

Melayu Pulau Pinang sebenarnya mengalami masalah yang besar sejak dari dulu lagi dan Umno yang kononnya sudah sekian lama menjadi jaguh tidak pula melenting sehinggalah sekarang ini. Bayangkan baru 2 tahun Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan negeri, Umno melalui pemimpin mereka seperti Datuk Azhar atau YB Shabudin Yahya terus menerus menghentam kerajaan negeri, kononnya kerajaan negeri tidak memberi perhatian khusus kepada bangsa Melayu. Sedangkan sekian lama Gerakan memerintah, tiada pula kedengaran sungutan dari pemimpin-pemimpin Umno dalam sidang DUN. Malah kebanyakkan mereka hanya mengisi tempat duduk kosong sidang DUN.

Umno, melalui pemimpin-pemimpin mereka di Pulau Pinang ini tidak lebih dari hanya merupakan satu simbol kepada Melayu Pulau Pinang. Sepanjang perkongsian kuasa dengan Gerakan, tiada apa yang boleh dibanggakan melainkan keadaan Melayu yang semakin berkurangan dibahagian Pulau dan lebih tertumpu dikawasan miskin tegar seerti di Penaga.

Oleh itu bangunnya Datuk Azhar bersama aksi tunjuk 'pungkoknya' tidak lebih daripada menghina dirinya sendiri kerana aksi yang sedemikian bersama hujah yang tidak ilmiah cuma layak dikedai-kedai kopi sahaja dan tidak menunjukkan perlakuan sebagai seorang pemimpin yang dipilih rakyat.

Wednesday, December 9, 2009

The New Beginning .... Pakatan Rakyat


PAKATAN RAKYAT

A new logo for Pakatan Rakyat revealed couple of days ago signifies the emergence of an alternative political force despite Barisan Nasional. For a start the opposition parties , PAS/DAP/PKR has agreed upon a symbol for the coalition showing the people that Pakatan Rakyat would be a force to be reckoned with come PRU 13 later.

If the ROS (Registrar of Society) approved the formation of Pakatan Rakyat, it will be the first time in history Malaysia will see 2 coalitions head to head in the election. Furthermore, majority of Malaysian believe the only way to topple BN is with another force of coalition comprises of all races in Malaysia. Therefore, Pakatan Rakyat is the best choice for now to remain relevant in the Malaysian politics.

The Pakatan Rakyat logo somehow will boost the confidence of all the members in these 3 major opposition parties and with the mutual understanding among the leaders, Pakatan will succeed in their quest to Putra Jaya.InsyAllah....

Tuesday, December 8, 2009

Gomen Suka Tax (GST)...Rakyat Didahulukan


Gambar Hiasan..Rumah Pemimpin Umno

Ada satu perpatah Inggeris yang berbunyi..."Don't ask what the country can do for you but ask what you can do for the country". Maksudnya, lebih kurang begini...."Janganlah kita tanya apa negara boleh lakukan kepada kita, tapi tanyalah pada diri kita apa yang dapat kita lakukan untuk negara". Pepatah Inggeris ini amat kena pada tempatnya jika kerajaan yang memerintah itu adil dan saksama dan sentiasa menilai kemampuan sendiri dan sentiasa melakukan yang terbaik kepada majikan mereka iaitu Rakyat Malaysia. Tapi amat tidak tepat jika kita terus mencedok pepatah ini dan dengan membuta tuli terus menerus menyokong kerajaan yang korup dan tidak langsung berhemah dalam perbelanjaan mereka.

Jika setahun yang lalu, kita dikejutkan dengan kenaikkan harga minyak yang mendadak sehinggakan barangan keperluan harian lain juga turut naik sehingga tidak turun-turun lagi sampai sekarang ini, timbul pula ura-ura kerajaan yang ada sekarang ini ingin menambahkan lagi beban rakyat dengan cukai versi terbaru mereka yang dicedok dari luar negara iaitu cukai perkhidmatan ataupun GST.

Seperti kebiasaanya, pemimpin negara akan terus mencongak dan membandingkannya dengan negara - negara jiran dan kononnya negara luar telah mengamalkan cukai ini bertahun lamanya, contohnya Singapura. Dan tambahannya, Najib seperti biasa menyatakan perlaksanaan ini tidak mungkin akan membebankan rakyat. Satu lagi contoh 'rakyat didahulukan' yang diamalkan oleh pemimpin Umno/BN.

Seperti kebiasaannya, perbandingan yang dibuat selalunya lansung tidak tepat kerana tahap kehidupan dan pendapatan negara jiran itu adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan rakyat negara ini. Malah pendapatan berkapita rakyat Singapura jauh lebih besar dari kita yang terus menerus ditindas ini. Sebagai contoh, berdasarkan perangkaan tahun 2003 , pendapatan per kapita Singapura adalah USD 24800 berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan Malaysia USD 8900. Jadi adalah cukup tidak adil untuk kerajaan membuat perbandingan yang sedemikian hanya untuk menghalalkan tindakan mereka.

Rank Country Per Capita Income in US$

1 Luxembourg 54,430
2 Bermuda N/A 36,000
3 United States 37,500
4 Norway 37,300
5 Liechtenstein N/A 25,000
.
30 Singapore 24,180
.
.
81 Malaysia 8,940

Adalah amat malang jika kerajaan ingin meneruskan juga hasrat untuk melaksanakan GST ini dimasa keadaan ekonomi rakyat yang semakin hari semakin meruncing sekarang ini. Dalam kuasa membeli rakyat yang semakin terhad dek kerana harga barangan dan perkhidmatan yang meningkat, rakyat tidak mungkin lagi dapat menampung satu lagi cukai yang baru yang akan lebih menyempitkan kehidupan rakyat selanjutnya. Sedangkan, kerajaan terus menerus membazir wang rakyat secara membabi-buta melalui tender-tender projek yang jauh lebih tinggi dari harga yang sepatutnya demi memperkayakan kroni masing-masing. Skandal - skandal penyelewengan terus berlaku melibatkan puluhan billion ringgit wang rakyat tahun demi tahun.

Lihat saja, laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2008 yang secara terang-terangan menunjukkan ada penyelewengan dana wang kerajaan secara berleluasa oleh agensi kerajaan yang tertentu. Contohnya , pembelian komputer riba yang mencecah RM 40,000 untuk sebuah yang telah dibeli oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) Balik Pulau. Belum pun selesai SPRM (Yang Lembab) bertindak menyiasat kes-kes penyelewengan tahun 2007 seperti siasatan harga untuk satu 'screw driver' iaitu RM 40 , kita dikejutkan pula dengan harga sebuah komputer riba yang sesungguhnya tidak munasabah langsung RM 40,000 sebuah.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, tanyalah pada diri kita sendiri, sampai bilakah kita harus menanggung dan melihat penyelewengan ini? Sampai bilakah kita mahu menutup mata dan telinga kita dan menerima seadanya perilaku pemimpin-pemimpin yang korup ini? Sanggupkah kita melihat generasi hadapan mencemuh kita kerana kegagalan kita menolak pemimpin-pemimpin yang korup dari menerajui negara kita ini? Janganlah kita memperjudikan nasib anak-anak kita kelak ditangan pemimpin - pemimpin BN yang terang-terangan memimpin untuk memperkayakan juak-juak mereka sahaja.

Melayu Pulau Pinang


Gambar Hiasan.....

Apabila kita menilai perkembangan terkini Melayu Pulau Pinang , majoriti daripada kita akan bersetuju bahawa Melayu di Pulau Pinang sudah jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan bangsa - bangsa lain terutamanya bangsa Cina. Bukannya untuk bersikap 'kebangsaan' ataupun mempertahankan bangsa Melayu , namun hakikatnya setelah lebih 50 tahun BN memerintah Pulau Pinang, Melayu Pulau Pinang semakin terpinggir dari arus pembangunan yang pesat. Mungkin kesinambungan jajahan daripada Inggeris telah sedikit sebanyak mencorak gaya pemerintahan BN , namun sebahagian besarnya adalah dicorak oleh pemerintahan BN yang tidak mencerminkan keadilan yang saksama kepada rakyat.

Teringat waktu kecil dahulu, dimana seringkali kita dapat melihat perkampungan Melayu disetiap daerah di Pulau Pinang ini, namun mutakhir ini , perkampungan ini lenyap ditelan oleh pembangunan yang pesat dan mula dikuasai oleh bangsa lain kerana harga perumahan meningkat berlipat kali ganda sehingga menyebabkan Melayu di sempitkan hingga ke rumah-rumah jenis flat sahaja.

Kita tidak seharusnya menyalahkan bangsa lain atas masaalah yang kita hadapi sekarang ini. Janganlah kita menyempitkan minda kita dan mula mencurigai dan bangkit untuk mula mendesak kaum lain memberi ruang dan luang yang lebih kepada kita. Malah , janganlah kita mula menjadi seorang yang 'racist' dan mula ingin menunjukkan taring kita ataupun mula bersikap 'prejudice' keatas bangsa - bangsa lain. Sedarkah kita , selama ini , Umno dan parti komponen BN yang lain telah berkompromi sesama mereka untuk hanya menumpukan kroni-kroni atau juak-juak mereka sahaja hinggakan rakyat yang sepatutnya menerima bahagian mereka diketepikan begitu saja.

Selama 50 tahun , Umno ditampuk pemerintahan bersama parti Gerakan, namun tiada apa yang dapat dibanggakan yang dapat dipertontonkan kepada rakyat tentang kemajuan orang Melayu di Pulau Pinang. Sedih apabila melihat perkembangan dan kemajuan orang Melayu terus menerus hanya tertumpu kepada segelintir golongan tertentu sahaja. Amat sedih sekali jika kita membandingkan kejayaan bangsa lain dalam mengharungi pembangunan yang pesat di Pulau Pinang. Kalau dahulu, kita boleh berbangga dengan kampung-kampung Melayu, tetapi sekarang ini kampung-kampung ini jauh ketinggalan dari segi pembangunan hinggakan menjadi satu permandangan yang menyedihkan.

Lebih mendukacitakan, kampung-kampung Melayu ini seakan memberi gambaran yang buruk terhadap sesuatu kawasan tersebut dan hari demi hari mula terhakis dan luput begitu sahaja ditelan arus pembangunan. Sekarang ini , majoriti orang-orang Melayu hanya bertumpu di flat-flat kos sederhana mahupun rendah kerana mereka semakin tidak mampu untuk bersaing dengan bangsa lain. Dan semakin hari semakin jauh dari bahagian pulau dan mula bertindak keluar ke Seberang Perai mahupun Sungai Petani di Kedah kerana harga rumah yang lebih rendah.

Jika kita menyusuri lebuhraya pantai (Coastal Highway) , kita dapat melihat satu pembangunan perumahan yang pesat sedang giat berjalan, namun, tanyalah pada diri kita sendiri..'Adakah Kita Mampu Untuk Memiliki Rumah Di Kawasan Itu ?' Besar kemungkinan, jawapan 'tidak' adalah lebih tepat bagi kita kerana harga kediaman yang tinggi sekitar RM 700 ribu keatas. Namun, haruskah kita merasa ditindas, akibat ketidakmampuan kita? Mungkin bagi kroni-kroni Umno/BN mungkin boleh menarik nafas lega kerana mereka berkemampuan hasil daripada keuntungan projek-projek Kerajaan Persekutuan. Tapi bagi sebahagian besar orang Melayu yang lain di Pulau Pinang ini hanya boleh melihat dari jauh pandangan yang cantik ini kerana sedar akan kemampuan mereka tidak akan dapat menjangkauinya. Inilah hasil ataupun kemajuan bangsa Melayu yang paling besar setelah 50 tahun diperintah oleh Umno/BN.

Monday, December 7, 2009

Orang Baru ... Harapan Baru ?



Kata Datuk Ahmad Said, perletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah atas sebab-sebab peribadi mulai Januari 2010. Beliau akan digantikan oleh Timbalan beliau sekarang ini Datuk Abu Kasim Mohammed. Alasan mengapa beliau meletakkan jawatan 5 bulan sebelum tarikhnya menjadi tanda tanya kebanyakkan rakyat yang melihat beliau sebagai boneka pemerintah sepanjang menyandang jawatan tersebut.

SPRM dibawah era Datuk Ahmad Said amat mengecewakan sebahagian besar rakyat yang melihat penjenamaan semula BPR ke SPRM merupakan satu lagi tipu helah kerajaan BN. Datuk Ahmad Said sebenarnya telah membawa SPRM kesatu darjat yang amat teruk setelah dilihat mengamalkan dasar berat sebelah yang jelas. SPRM lebih menumpukan kepada kes-kes yang melibatkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan amat lembap sekali jika ianya melibatkan pemimpin-pemimpin BN.

SPRM juga dilihat bersekongkol dengan BN dengan senarai dakwaan terpilih mereka selama ini. Tragedi yang menimpa Teoh Beng Hock dianggap sebagai kemuncak kecurigaan masyarakat kepada SPRM. Tragedi Beng Hock telah secara terang-terangan mengiakan tanggapan masyarakat bahawa SPRM lebih menumpukan kes-kes yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat adalah benar. Apa pun keputusan bedah siasat kedua nanti, majoriti rakyat sudah ada jawapannya dengan menunding jari kepada SPRM sebagai dalang dan puncanya.

Selagi SPRM masih dibawah seliaan kerajaan sekarang dan tidak dibawah seliaan Parlimen Malaysia selagi itulah SPRM akan dikudakan oleh pemimpin-pemimpin BN untuk terus berkuasa dinegara ini. Bermulanya tahun 2010 mungkin orang baru yang akan menerajui SPRM namun jika tiada perubahan drastik untuk menjadikan SPRM telus dalam aspek penyiasatan mereka tanpa diganggu oleh tangan - tangan ghaib, selagi itulah SPRM akan terus dipandang serong oleh rakyat Malaysia.

Era Datuk Abu Kassim Mohamed akan bermula Januari ini, namun tidak mustahil beliau juga akan menjadi proksi kepada pemimpin-pemimpin BN untuk menjadikan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebagai sasaran siasatan rasuah bagi menjadikan mereka umpanan untuk menempuh PRU 13 nanti. BN akan terus melakukan apa saja sedaya mungkin untuk terus berkuasa termasuklah menjadikan SPRM sebagai alat untuk meneruskan agenda politik BN.

Friday, December 4, 2009

You Be The Judge ...


Recently most of the pro Umno/BN bloggers started the attack on TGNA credibility as Menteri Besar of Kelantan. The attack mainly to undermine TGNA reputation ending up by the demonstration held by a group called Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan....pressuring him to step down as Kalantan MB. Demonstration being held after TGNA requesting Kelantanese to pray for Prime Minister Najib to revert his decision of not giving the deserved 'Wang Royalti' instead of 'Wang Ehsan' to Kelantan or else may ALLAH destroyed Najib's future. At the same time attacked on TGNA has been taken place by the pro Umno medias all over the country. Media seemed to be waiting such opportunities to blast all their amunitions against TGNA connering him on the 'Doa' against the Prime Minister.



However, the Kelantanese on Friday stood up firmly against the attacked and backed up behind TGNA solidly. Thousands of people stormed the street of Kota Bharu rallying behind Husam Musa showing termendous support for TGNA as Kelantan MB. The Rakyat from different background, from all races came in voluntarily showing their full support to TGNA. Wearing headband written ...'We Love Tuan Guru ', 3 major ethnic backgrounds which are the Chinese , Indians and Malays showing the world their solidarity will be the force that BN need to face in PRU 13.



The support shown by the Rakyat to TGNA proved that they are not easily fooled by the media and all the so called stories created by Umno to tarnish TGNA reputation. The simple life that TGNA gone through for the past 20 years as Kelantan MB is enough for the rakyat to reject any dirty tactics to ruin TGNA reputation. Instead they walked down the street chanting Najib to step down as Prime Minister of Malaysia.



To Umno/BN and the rest of people who think they can easily ruin TGNA reputation by exploiting the media, think again, as the rakyat know how to differentiate the truth. And InsyaAllah, the Rakyat will continue to support TGNA and Pakatan Rakyat facing Umno/BN in PRU 13 later.

Thursday, December 3, 2009

Rakyat DiDahulukan.....Ptui...


Rakyat Malaysia selama ini memang sudah lama mempraktikkan slogan 1Malaysia yang dipolularkan oleh Najib ini..iaitu 'Rakyat Didahulukan'. Ini terbukti apabila rakyat sentiasa mendahului dalam menanggung segala kenaikan harga barangan mahupun perkhidmatan kerana 'Pencapaian Diutamakan' oleh kerajaan BN .

Terbaru, ada ura-ura kerajaan hendak menghapuskan susidi gula yang berjumlah RM 742 Juta setahun, kononnya untuk mendidik rakyat agar lebih berhemah menggunakan gula selain untuk menjamin kesihatan rakyat. Dan alasan yang terpopular selama ini terus digunapakai oleh kerajaan iaitu , harga gula di Malaysia terendah berbanding dengan harga dinegara jiran. Jika subsidi ini ditarik balik, rakyat akan menanggung kenaikkan harga gula daripada RM 1.45 sekilogram kepada RM 2.45 sekilogram.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat kabinet tidak lama lagi. Katanya, faktor cadangan pemansuhan subsidi itu dipertimbangkan antaranya kerana Malaysia satu-satunya negara yang membekalkan subsidi gula kepada rakyat.

Inilah wajah yang sebenarnya pemimpin-pemimpin Umno/BN selama ini yang tanpa segan dan silunya mendahulukan rakyat untuk menghadapi kesukaran dimasa hadapan. Bayangkanlah kenaikkan harga barangan yang lain jika harga gula dinaikkan kelak. Tak terfikirkah oleh mereka kesan daripada kenaikkan tersebut kepada rakyat secara langsung. Jika sebelum ini rakyat ditimpa musibah akibat kenaikkan harga petrol dan sesetengah daripada rakyat telah kehilangan kerja, sedangkan kerajaan masih lagi berbincang mengenai penghapusan subsidi dengan alasan untuk berjimat cermat. Sedangkan pelbagai bentuk penyelewengan dana kerajaan masih berlaku secara berleluasa tanpa diambil apa-apa tindakan.

Amat malang sekali bagi rakyat Malaysia jika seringkali ditindas oleh kerajaan yang lebih mementingkan kepentingan peribadi daripada mendahulukan kebajikan rakyat. Memang benarlah apa yang dilaung-laungkan oleh Najib..Rakyat Memang Didahulukan.....

Monday, November 30, 2009

Umno..Gemilang 52 Tahun



Sukan di Malaysia semakin hilang gahnya sejak akhir-akhir ini. Perkembangan dan kejayaan sukan era 70an, 80 an dan sehingga 90 an, tidak berjaya lagi dijelmakan oleh pemerintah sekarang ini. Mungkin kerana tiada lagi pengganti kepada Alahyarham Mokthtar Dahari dalam kancah bolasepak negara, tiada kedengaran kegemilangan Thomas Cup , tiada pula kelihatan rakyat berpusu-pusu beratur membeli tiket Piala Sultan Azlan Shah untuk menyaksikan pasukan hoki negara bertarung.

Pun begitu sejak Umno menerajui kepimpinan Malaysia sejak 1957 lalu dan setelah 52 tahun, satu-satunya sukan yang berjaya disuburkan oleh kepimpinan Melayu ini ialah SPORTS TOTO. Masih kelihatan rakyat Malaysia berpusu-pusu beratur untuk membeli tiket TOTO. Walupun tidak sefizikal jika dibandingkan dengan sukan-sukan yang lain, Sports Toto mempeunyai daya penarik yang tersendiri lebih-lebih lagi kepada Melayu yang beragama Islam.

Oleh kerana pemerintahan kerajaan Umno yang sekular dan mengenepikan hukum Islam, Malaysia terus menyuburkan segala bentuk perjudian di Malaysia. Umno terus menerus menambah dan mempelbagaikan kepelbagaian bentuk dan jenis perjudian sehingakan terbangunnya bukit judi terbesar di Asia iaitu di Genting. Lebih menyedihkan, terdapat bebrapa orang Melayu Islam tanpa merasa bersalah memegang saham yang tinggi sehinggakan menjadi orang penting didalam Genting Berhad.

SPORTS TOTO hanyalah salah satu daripada konsep perjudian yang dihalalkan oleh pemerintah Umno, kononnya untuk menjana pendapatan kerajaan yang lumayan. Apa yang penting bagi Umno hanyalah dari segi keuntungan tanpa mengira keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang lain akibat perjudian.

Saturday, November 28, 2009

Kalaulah Pemimpin Pakatan Yang Buat....



Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008. Kalaulah salah seorang pemimpin dari Pakatan yang buat kesalahan sedemikian, sudah tentulah seluruh jentera kerajaan akan dikerah sepantas kilat dan secara amat teliti agar disabit kesalahan keatas pemimpin tersebut.

Berbeza dan amat ketara tindakan yang akan dikenakan keatas mereka-mereka yang bukannya dari kalangan pimpinan BN. Sepatutnya , SPRM sudah pun tergedik-gedik nak menyiasat kes berprofil tinggi seperti ini. Kata mereka SPRM boleh memulakan setiap penyiasatan walaupun berpandukan laporan akhbar, tapi lain pula tindakan mereka selagi ianya bersangkutan dengan pemimpin-pemimpin BN. Kalau pemimpin Pakatan, jangankan RM 10 Juta .. RM 2 pun akan disiasat sehingga lewat pagi.

Diatas faktor sebeginilah, maruah Malaysia di mata dunia amat mengecewakan. Terbaru Transperacy International telah mengeluarkan senarai ranking terbaru mengenai rasuah, dan Malaysia jatuh ke tangga 56 , jatuh 9 anak tangga berbanding tahun sebelumnya ditangga 47.

Malaysia menerusi agensi Kerajaan seperti SPRM memang sudah terkenal diserata dunia akan ketidaktelusan mereka dan terkenal juga akan campur tangan pimpinan atasan terhadap kes - kes tertentu. Reputasi kehakiman Malaysia juga kini semakin tidak dihormati oleh sebilangan besar rakyat setelah timbul beberapa keputusan yang dengan jelas melanggar perlembagaan Malaysia dan telah diterima pakai oleh kerajaan Umno/BN. Isu rampasan kuasa Negeri Perak sebagai contoh sememangnya merupakan isu 'landmark' yang cukup kritikal dari segi perundangan dan badan kehakiman Malaysia. Namun, Umno/BN telah menggunakan kuasa mereka dengan sewenang-wenangnya menidakkan hak rakyat negeri Perak untuk menyelesaikan kemelut pentadbiran melalui jalan yang sah, pilihanraya umum.

Kembali kepada isu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan ,jika laporan ini benar , beliau mungkin telah melanggar undang-undang pembankan negara kerana didakwa memindahkan RM10 juta melalui seorang pengurup wang, Salamath Ali. SPRM haruslah bersikap adil dan menyiasat bukan hanya kesalahan perbankan negara malah harus juga menyiasat sumber wang itu diperolehi dan juga tujuan inya dipindahkan secara senyap keluar negara. Beliau seharusnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia, bukannya melanggar undang-undang biarpun wang yang dikeluarkan itu sah disegi undang-undang. Itulah Umno/BN , jika bersangkutan dengan pemimpin mereka, tidak akan ada satu berita pun akan dikeluarkan melalui media elektronik mahupun akhbar.

Mungkin akan adanya satu lagi pilihanraya kecil di Negeri Sembilan nanti bagi kawasan Rantau ? Dan mungkin juga akan ada pertukaran kuasa tampuk pemerintahan di Negeri Sembilan kepada Tan Sri Isa Samad, jaguh Bagan Pinang ? ....Kerana sebahagian dari rakyat Negeri Sembilan tak kisah jika MB mereka seorang yang korup sebelum ini.

Friday, November 27, 2009

Anak Muda...Apa Langkah Pas Seterusnya



Kata Professor Abu Hassan di seminar Pas baru-baru ini, golongan muda telah menjauhi Pas sebanyak 400% sejak PRU 12 tahun lalu. Golongan muda ini dikatakan mula mengorak langkah menjauhi Pas dan mungkin setengah daripadanya menyeberang ke kem Umno/BN sejak akhir-akhir ini akibat beberapa isu kepimpinan Pakatan Rakyat mutakhir ini. Isu seperti wakil rakyat yang menyeberang ke Umno/BN , isu kepimpinan PKR dan mungkin juga isu Kerajaan Perpaduan. Sesetengah darinya mungkin disebabkan oleh aktiviti - aktiviti sosial yang mempunyai daya penarik yang direncanakan oleh Umno/BN semakin membuahkan hasil.





Aktiviti - aktiviti seperti rombongan , tajaan pelancongan dan lebih-lebih lagi aktiviti - aktiviti yang berbentuk hiburan menjadi tarikan kepada golongan muda sekarang ini. Dan Umno/BN menggunakan segala kesempatan yang ada untuk menarik minat golongan muda ini. Disebabkan itu jugalah kita mulai melihat ramai anak-anak muda terutamanya yang bermotor digunakan oleh Umno/BN di setiap PRK sebelum ini. Contohnya di Manik Urai, Umno melalui agensi kerajaan JKKR mengambil kesempatan menarik minat golongan muda dengan hanya membahagi-bahagikan 'helmet' percuma kepada mereka. Selanjutnya, menggunakan mereka sebagai modal kempen pilihanraya kononnya golongan muda telah berpaling menyokong Umno/BN.

Umno/BN juga dengan cepat menubuhkan beberapa persatuan khusus untuk menarik minat golongan muda ini. Contohnya, Sukarelawan Pejuang Malaysia yang dapat dilihat di PRK Bagan Pinang yang lalu. Sungguhpun Umno sudah pun ada Puteri dan Putera Umno, mereka bersepakat untuk menarik minat golongan muda yang tidak berminat menjadi ahli Umno denagn menubuhkan ranting persatuan seperti 'Sukarelawan Pejuang Bangsa' ini.

Oleh itu, Pas melalui sayap Pemuda Pas Malaysia, haruslah lebih berhati-hati dengan mainan politik Umno/BN kali ini. Sayap Pemuda Pas sebenarnya telah menjalankan tanggung jawab mereka dengan baik selama ini, namun golongan muda Malaysia mutakhir ini semakin menjauhi Pas akibat hanyut dengan hiburan yang disajikan oleh Umno/BN. Umno sanggup menggadaikan prinsip Islam dan mengenepikan hukum Islam hanya kerana ingin terus berkuasa. Lantaran dari itu Pemuda Pas haruslah menerapkan nilai keislaman dalam aktviti mereka bagi meniup kembali semangat keIslaman kesanubari golongan muda. Perancangan yang teliti haruslah dimulakan sekarang agar gologan muda kembali menerapkan nilai murni disanubari merka.

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



SALAM AIDIL ADHA BUAT SELURUH MUSLIMIN MUSLIMAT
SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENGHAYATI ERTI PENGORBANAN SEBENAR DALAM PERJUANGAN KITA MEMERTABATKAN AGAMA ISLAM DI TANAH AIR TERCINTA ............

1Malaysia Cakap Tak Serupa Bikin



Ungkapan 1Malaysia.."Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' ..semakin hari semakin menjadi satu ungkapan yang berunsur lawak jenaka. Episod orang no 2 negara Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meneliti semasak-masaknya sebelum bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh Pakatan Rakyat bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan membuktikan segala-galanya rupa BN yang sebenarnya.

Kata Muhyiddin..."Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya". Inilah mentaliti sebenar pemimpin-pemimpin Umno/BN selama ini. Mereka lebih mengutamakan prinsip kepartian daripada menilai dan menyempurnakan niat untuk membantu rakyat Kelantan yang selama ini ditindas sedemikian rupa oleh Umno/BN.

Umno/BN kini semakin terdesak untuk menggunakan segala pendekatan yang ada untuk memaksa rakyat Kelantan menyokong mereka hinggakan sanggup menukarkan 'royalti' kepada 'wang ehsan'. Ini kerana dengan pendekatan wang ehsan yang disalurkan melalui ejen-ejen Umno/BN di Kelantan, mereka dengan rakusnya akan dapat mengawal segala sumber kewangan yang ada untuk mengumpan rakyat Kelantan dengan wang ringgit. Jika Umno/BN benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat dengan hasil bumi negeri itu sendiri, Umno/BN akan terus menyalurkan wang rakyat terus kepada kerajaan negeri tanpa memikirkan latar belakang politik. Jelas sekali , Umno/BN takut akan bayang-bayang mereka sendiri dan akan terus berusaha memastikan segala sumber rakyat dipergunakan oleh mereka untuk kepentingan politik mereka. Jika rakyat benar-benar didahulukan, seseorang pemimpin itu akan tidak teragak-agak untuk menyerahkan hak rakyat kepada mereka terus untuk kebaikkan bersama.

Umno/BN semakin hari semakin gah dengan sumber kewangan yang mereka anggap sebagai hak mereka sendiri dan menggunakan segala kuasa yang mereka ada untuk mengaut keuntungan untuk pemimpin mereka sendiri dan secara terang-terangan menidakkan hak rakyat. Dengan adanya 'wang ehsan' kemungkinan besar rakyat tidak akan dapat menikmati hasilnya kerana dikaut oleh pemimpin-pemimpin tempatan Umno/BN. Besar kemungkinan segala projek Kerajaan Persekutuan akan disalurkan dan dibahagikan sesama mereka sahaja.

Lihat sahaja kepada negeri Terengganu, walaupun merupakan negeri pengeluar minyak, rakyat Terengganu merupakan rakyat yang kedua termiskin di Malaysia selepas Sabah. Ini adalah kerana segala penyalahgunaan dana 'wang ehsan' oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN selama ini. Projek-projek yang tidak menguntungkan rakyat ditabur tanpa henti demi memperkayakan juak-juak mereka hinggakan ada yang langsung tidak memberi apa-apa menafaat kepada rakyat langsung. Dan ada juga terus menerus menyusahkan rakyat kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih daripada apa yang dibajetkan hasil penyelewengan pemimpin-pemimpin Umno/BN ini.

Wednesday, November 25, 2009

Program I'tikaf Dan Qiyamullail

Semua Ahli-Ahli Pas dijemput untuk menghadiri program I'tikaf dan Qiyamullail bulanan pada Malam Hari Raya ke 2 Aidil Adha pada 27 November 09 ( 11 mlm )- 28 November 09 ( 1 ptg )...Anjuran Majlis Nuqaba' Usrah dan Masjid Taman Bertam Indah.

Qiyamullail dan Kuliah Suboh Khas oleh Ustaz Abdullah Khairi

Tuesday, November 24, 2009

Kisah Benar .... Heart Attack



Figure A is an overview of a heart and coronary artery showing damage (dead heart muscle) caused by a heart attack. Figure B is a cross-section of the coronary artery with plaque buildup and a blood clot.


Recently one of my friends suffered a major heart attack , Alhamdulillah, fortunately , he survived the ordeal and below was his true story for us as reference. No doubt that all of us will die one day, but, some experience like this is worth to be shared among us.

So here is his story…

It was late Saturday night and I was watching a documentary on Nat. Geo. Everyone had gone to bed hours earlier. My wife had been preparing to leave for her one week trip to Institute Aminuddin Baki at Genting Highland the next morning.

It started with pain around the shoulder region spreading to the arms. My neck felt very uncomfortable. It’s something I always get whenever I sit in a weird position for an extended time (in this case I am sitting where the TV is on my right side so I have to turn my head when watching) or I also gets it after hours in front of the computer. So I though, it’s because of the way I was sitting that causes it but I had only sat there for about 10 minutes. Earlier, I was sitting comfortable with the TV straight. So I decided I should just go to bed. After all its already about 1:30 in the morning. Normally, lying flat on the bed helps as I have done so many times after sitting for hours in front of a computer.

Just as I was going up the stairs, I started to feel a little dizzy and my stomach feels weird and warm. When I got in the bedroom, the a/c was on and it was quite cool. I lie down on the bed. Minutes later I started to sweat- cold sweat. The sweating was so bad that it started dripping from my head and the back of my ears. My stomach feels like I have eaten too much (I did not really ate a lot that night…it just felt that way). It feels as if it I am having a bad case of indigestion and heartburn. Minutes later I started to feel like I am going to puke. It’s the same feeling when you get a severe headache, sweat and feels like you are going to vomit (but this time no headache).

I got up, went downstairs and grab myself minyak cap limau. I always keep this handy for stomach discomfort or “angin”. The sweating is getting worst and as I sat on the sofa, sweat started to drip on to the floor. There was so much of it that my shirt is all wet so I took it off and put my shirt on the floor where the sweat was dripping.

I drank a glass of warm water and decided to go back to the bedroom. The dizziness is still there. My arms felt numb all the way to my fingers. I thought if I could get some sleep then all of these would go away. So I lie down on the bed. I was so sleepy that in between awake and sleep I could tune to my heart beat. It sounded weird, irregular. At this point my breathing was very heavy. The warm in my stomach feels like its moving up to the chest area.

I keep thinking and trying to figure out what was going on. Is it just “angin” or indigestion or is it due to food poisoning.

I got up, went to the toilet and tried to make myself puke but couldn’t. So I came back into the bedroom and sits at the edge of the bed. My face was already very pale, I feel very tired and the sweating was still very bad, dripping on the floor . Still sitting on the edge of the bed and feeling very tired and sleepy, I remember asking my sister in law a year earlier about the symptoms she had when she had a heart attack and it seems all the symptoms are there. I still could not believe that I am having a heart attack.

About half an hour had passed and I am still about 50-50 whether to wake up and inform my wife. Then I thought…if this is really a heart attack, then I could die tonight. I thought of my lovely wife and my kids and finally decided to wake my wife up and inform her what is going on. She was surprised to see my shirt was all wet and my face very pale and sweat dripping. I told her that the symptom I am having is very much like the one her sister had told me and that we should go to hospital.

It only took us about 15 minutes to make it to the hospital. When we arrived at the emergency ward, I could barely walk. I was so tired and was having difficulty breathing. I was immediately asked to lie down and an ECG was performed. An oxygen tube was placed in my nostril and I can see nurses and hospital assistants running towards me. At this point the pain had spread to the jaw and teeth.

The nurses started to poke my wrist and the back of my hands with needles. A drip was connected to my right arm while at the same time a machine that controls a small bottle of medicine was injected on my left hand. I was asked to place a small tablet of medicine under my tongue.

Half an hour later the sweating stops and it feels a little better. In the meantime, my wife who was still waiting outside was still not informed of what had happened to me. It was 2 hours later that she started to inquire what is happening and she was told that I had suffered a major heart attack.

After completing two bottles of drips, I was then pushed into the ICU. ECG/EKG was performed every half an hour for the rest of the night as well as throughout the next day. When the doctor came in the morning, I was informed that I had suffered a major heart attack.

On the scale of 0 to 10, where 0 means alive and 10 means dead, the doctor asked me where I think I stood. I thought for awhile and said 6.5. He said no and said that it was actually about a 9.5. I was so shocked. The doctor then started to give me a cardio 101 lesson and explained that they had injected me with the strongest clot busting drug in the world when I arrived. Clot buster thins the blood and helped to ensure blood continue to flow but does not really solve the blockage problem.

I suppose the clot buster is almost similar to the chemical we use in our kitchen sink when it gets clogged.

After 4 days in ICU I was confirmed stable and plans were being made to move me for further observation in the general ward. An appointment was made with the heart specialist in Penang GH but I had to queue for about a month before I could even see the doctor and performing an angiogram/angioplasty would then take another couple of months.

I decided I do not want to wait and asked the doctor whether I could be transferred to a private hospital. The doctor was very helpful and recommended a specialist for me at the KPJ hospital in Bandar Perda. He called up the doctor (Dr Safari) and make arrangements to send me there.

When I arrived at about 7pm, Doctor Safari greeted me. He said I was very lucky and that the fast action of going to the hospital saved me. He then scheduled for an angiogram and also an angioplasty immediately the next morning. An angiogram is to see how bad the clot was and where it is. It is also to determine the condition of the other coronary arteries (there are 3 main ones). A balloon angioplasty is to clear the blockage in the artery thus allowing blood to flow again.

The procedure took several hours with only little pain and discomfort. Although the procedure is safer than an open heart surgery, it is still dangerous and could be life threatening. A flexible catheter is injected into the groin artery and then guided all the way up to the heart. Then a dye was injected and on the x-ray screen you could determine where the blockage was. I still have an 80% blockage (the clot buster I guess managed to clear about 20% which helped to allow blood to flow back into my heart. It did not resolve the problem in whole). Was told that when a blood flow to the heart is blocked, any portion of the heart that did not get enough blood and oxygen would then die off, permanently. This then causes the heart to be weak and disrupt its efficiency. Mine was considered a major because the clog happens in the main artery which could damage a huge portion of the heart below it.

Once the blockage is determined, a small balloon is inflated to push the clogs against the artery walls and a drug coated stent (a sort of wire mesh tube) is placed to ensure the arteries do not collapse again. When the balloon is deflated and removed, the stent stays and overtime would become part of the coronary artery. The stent is treated with some types of drugs to prevent a recurrence of abnormal narrowing due to further clotting of the blood since it is made of metal and it attracts blood platelet to stick to it. I was not able to walk or even move my right leg the first 6 hours after the procedure. I spent another day in the hospital and was released the next day with a month long MC.

So what were the symptoms again?
1. Pain around neck and shoulder region and spreading to the arms(in my case it was the left arm).
2. Feeling of indigestion and/or heartburn. Feel warm in the stomach that slowly moves up to the chest.
3. Pressure, fullness or pain in the center of the chest
4. Sudden weakness, dizziness, fainting, sweating, nausea or shortness of breath

Some people (men) have the classic symptoms of severe pain in the chest (feels like someone is squeezing your heart) but I only felt a little pain when I was already in hospital. The above 4 symptoms however, should be generally true to heart attacks in both men and women.

If you suspect you are getting a heart attack. Go quickly to the hospital. Every second counts.

There can be several causes for heart attack. Among them are high Cholesterol, family history of heart attack, living with inactive lifestyles, diabetes, overweight, high blood pressure, etc.



For me, based on my lab results, my cholesterol level was 5.9 (ref =<5.2 so it’s not actually very high, LDL is 4.2 which is higher than the ref point of <2.6), Blood Pressure was ok(for my age), family history=none and blood sugar level was just a little higher than ideal. Lifestyles was so and so. So what was the actual cause? Well the cause is plaque rupture on the coronary artery lining. Plaque are fatty deposits and substances that accumulated on inner walls of the arteries. They are soft but have a hard covering on the outside. When the cover ruptures or cracks, it exposed the soft fatty inside. When blood platelet comes to the area, they form blood clot around the plaque. The plaque together with blood clot then clogs the artery.



Cigarette smoking was said to be the most likely culprit that triggers the heart attack. Chemicals in cigarettes causes toxic effect on the lining of the blood vessels and inflamed the arteries which then increase buildup of plaque as well as stiffening of the artery walls which then causes the plaque to rupture . Cigarettes also makes the platelet stickier and more likely to clot. They also makes the smokers less likely to dissolve the clot. When the plaque ruptured they then set up a series of event which results in formation of the clot and consequently clogs the coronary artery. Smoking also causes the release of adrenalin that speeds up heart rate and causes arteries to squeeze. All these contribute to making the clogging worst.