Sunday, October 30, 2011

Mengapa Kita Terus Terlena...

Saban tahun Ketua Audit Negara terus menggemparkan rakyat dengan kepelbagaian isu kerakusan Jabatan - Jabatan Kerajaan BN memperhabiskan duit rakyat sewenang-wenangnya. Sabn tahun kita mendengar puluhan juta ringgit duit rakyat 'dijoli katak' oleh mereka yang tidak amanah. Keputusan-keputusan untuk menggunakan duit rakyat secara cukup boros serta pembayaran yang diluar jangkauan akal terus berlaku saban tahun. Belum pun habis isu berkenaan Laptop berharga puluhan ribu ringgit tahu 2009 lalu, kini timbul pula isu binokular yang dibayar juga puluhan ribu ringgit juga untuk satu unit untuk tahun 2010.

Saban tahun rakyat Malaysia dihibur dengan lawak jenaka ini, saban tahun juga kita terus diulit mimpi...Kita terus melalak siang malam berkenaan isu pembaziran dan penyelewengan ini hanya untuk beberapa bulan, namun, selepas itu, kita terus membutakan mata sendiri dan kita juga memekakkan telinga sendiri dan terus lupa dengan isu ini...dan seperti selalunya 2/3 terus menjadi hak BN setelah hampir 55 tahun memerintah Malaysia...

Kenapa rakyat terus mengundi BN ? Kenapa walaupun jelas penyelewengan ini berterusan tahun demi tahun, rakyat terus menjadikan BN sebagai pemerintah ? Apapun, yang pastinya rakyat seharusnya lebih sensitif dan lebih serius untuk menjadikan negara bebas dari unsur-unsur penyelewengan dan pembaziran. Duit rakyat seharusnya lebih dinilai serta digunakn dengan lebih berhemah. Jika pemerintah terus menjadikan isu ini sebagai isu remeh seperti sebelumya, selagi itulah kita akan terus disajikan dengan benda yang serupa tahun hadapan.

Seharusnya kita menjadikan isu ini sebagai iktibar kepada kita untuk menilai langkah kita untuk menyingkirkan BN dari tampuk kuasa agar pembaziran ini dihapuskan segera. Rakyat seharusnya lebih peka dan bertindak bijak untuk menilai siapakah yang sepatutnya bertindak sebagai pemerintah ataupun pembangkang..Jika setelah 55 tahun kita disajikan dengan lauk yang sama, kali ini kita harus berusaha untuk sajian yang lebih baik...