Wednesday, January 11, 2012

Unity Government ....WHAT????

Unity Government .... Lagu sama rentak berbeza kini kembali menjadikan seluruh ahli Pas terutamanya yang diperingkat bawahan bergolak lagi. Ditambah pula dengan pelbagai sogokan media-media kerajaan yang secara terang terangan menyalahkan kepimpinan Pas akan kegagalan penyatuan 'MELAYU' ini. Malah komen komen dari segelintir kepimpinan Pas sendiri terus menjadikan polemik 'Unity Government' ini semakin menjadi beban yang perlu ditanggung Pas.

Umno melalui media media mereka bijak mengeksploitasikan keadaan dan berjaya mencerminkan Pas sebagai batu penghalang kepada kesatuan yang selama ini ditunggu 'Melayu'. Pas dilabelkan sebagai kuda tunggangan Dap, pencacai Pkr malah terus dilabelkan dengan pelbagai lagi bentuk tohmahan semuanya hanya untuk satu tujuan....menghindarkan orang orang 'Melayu' dari terus menyokong Pas..

Apakah kepimpinan Pas yang terus mengeluarkan pendapat masing masing sedar akan impak akibat dari pertelagahan sesama mereka ? Atau adakah sengaja dijadikan isu agar media media ini dapat habuan dan peluang untuk menghentam Pas ?

Kita yang diperingkat bawahan diajar untuk 'Wala' kepada kepimpinan, kita diajar untuk sentiasa berada dalam jemaah dan akur dengan persetujuan yang dicapai oleh jemaah biar pun pahit...Kita diajar untuk berterus terang dimasa perbincangan bukannya setelah dipersetujui jemaah baru hendak melatah..

Harapan kita biarlah pertelegahan sesama pemimpin dibuat secara tertutup agar ahli ahli Pas tenang..renungkan.....