Sunday, December 25, 2011

Bertuahny Khir Toyo..



Bekas Menteri Besar Selangor Dato' Sri Khir Toyo sepatutnya bersyukur akan hukuman yang diterima beliau kerana hukuman yang diterimanya cukup ringan berbanding dengan nasib mereka mereka yang lain....Adilkah ini ??????

Tuesday, December 13, 2011

RM 500

Mulai 10 Disember lalu, rata rata rakyat yang berpendapatan rendah mula berbicara mengenai RM500 yang akan mereka dapat sedikit masa nanti. Kononnya atas keperihatinan Kerajaan BN , kerajaan sanggup membelanjakan RM 2.6 bilion untuk memastikan rakyat dibantu. Kononnya wang ini secara langsung dapat menyelamatkan rakyat dari kenaikkan harga barang. Kononnya dapat meringankan beban rakyat menghadapi musim baru persekolahan anak - anak mereka 2012 nanti.Kononnya atas kecekapan Najib dan perbelanjaan berhemah beliaulah rakyat dapat menikmati wang ehsan ini.

Janganlah disebabkan RM500 , rakyat dibutakan mata mereka, janganlah disebabkan RM 500 , rakyat dipesongkan minda mereka. Janganlah disebabkan RM 500 rakyat untung sehari TAPI rugi 5 tahun.

Rakyat perlu sedar strategi BN untuk memenangi hati rakyat sejak dahulu lagi melalui pemberian gula-gula berbentuk material sebegini. Setiap kali rakyat menghadapi pilihanraya umum, setiap kali itulah rakyat ditatang umpama minyak penuh. Umno melalui segala dana rakyat yang mereka kuasai, menggunakannya disaat saat akhir mereka untuk meraih sokongan rakyat.

Umumnya ...Yang dari dulu menyokong semakin galak menyokong mereka..yang dulunya hampir hampir menyokong mungkin 'ter'menyokong..yang dulunya tak sokong pun semakin meluat tak menyokong akibat RM 500...

Yang pastinya, rakyat perlu sedar, apa saja perbelanjaan yang dilakukan kerajaan sebenarnya semuanya hak rakyat. Mana mana kerajaan dalam dunia ini hanyalah sebagai pentadbir harta rakyat , dan bukannya hak mutlak mereka. Tadbir urus yang baik , telus dan berhemah yang diperlukan rakyat sekarang ini. Tadbir urus kewangan yang bebas dari penyelewengan, bebas dari kronisma, bebas dari pembaziran serta ketirisan yang diperjuangkan rakyat. Bukannya tadbir urus berbentuk menyuap acap kali pilihanraya tiba..Rakyat disogok dengan wang ringgit , rakyat disuap dengan madu pembangunan, malah adakalanya rakyat ditipu hidup hidup dengan kain pelikat, kain batik dan basikal cabuk....

Ingat !!!! Jangan jadikan semua ini satu bebanan untuk kita untuk tempoh 5 tahun lagi..Berubahlah..berubahlah..berubahlah...Kalau bukan untuk kita , lakukanlah untuk anak anak kita...Umno/BN WAJIB ditumbangkan..Umno/BN WAJIB dijadikan pembangkang..DAN pemimpin pemimipin Umno/BN yang korup WAJIB disiasat keakarumbi...Itu matlamat rakyat PRU 13..

Thursday, December 8, 2011

Melayu Haprak ???

Hari ini satu lagi tindakan diluar batasan norma norma kesopanan Melayu dilakukan sekali lagi oleh golongan yang menggelar diri mereka pejuang bangsa Melayu. Hari ini terbukti betapa sempitnya otak golongan ini dalam menghadapi realiti politik demokrasi. Malah, hari ini juga menyaksikan kemelut serta kepincangan pemimpin Melayu ini dalam percaturan politik Pulau Pinang. Hari ini, sekali lagi seluruh rakyat menyaksikan golongan yang dikatakan memperjuangkan maruah bangsa Melayu serta agama Islam telah bertindak diluar batasan dengan menghantar replika kek berbentuk najis manusia kepada Ketua Menteri Pulau Pinang sempena dengan sambutan hari jadi beliau.

Kini Umno meratapi nasib mereka yang jelas semakin kelam dan pudar akibat perbuatan tidak senonoh puak puak 'Melayu' ini. Umno Pulau Pinang seharusnya bermuhasabah menilai tindak tanduk mereka sebelum menjadikan isu-isu serta tindakan tidak bertamadun ini dilakukan pemimpin mereka.

Pejuang bangsa ini seharusnya lebih bersikap profesyional dan matang dalam berpolitik dan bukannya mengambil jalan seta tindakan kebudak-budakan ini yang mana telah menyebabkan imej bangsa dan kesucian agama Islam tercalar. Rata-rata rakyat berpendapat tindakan seumpama ini lebih menjurus kepada tindakan yang bersifat provokatif. Jangankan bangsa lain, malah bangsa Melayu sendiri malu setelah menyaksikan kelakuan Melayu ini.

Tindakan hina dan keji ini menjadikan kita semakin menghampiri satu episode yang jauh dari adat susila bangsa Melayu. Oleh demikian kepada mereka yang bersekongkol dengan puak-puak kelmarin seharusnya menilai semula komitmen mereka kepada Umno. Rakyat seharusnya menolak kepimpinan yang bermain dengan sentimen provokatif melampau seperti ini. Kita seharusnya mengangkat martabat bangsa bukannya menjatuhkannya sedemikian...

Sunday, December 4, 2011

PAU..

PAU baru sahaja selesai..perhimpunan yang menggambarkan betapa 'desperate'nya mereka cuba memenangi hati golongan muda dan Melayu. Perhimpunan yang menjadikan DAP , PKR dan juga PAS sebagai sasaran. Medan yang sepatutnya dijadikan medan untuk bermuhasabah sebaliknya menjadi medan untuk mencaci PR. Malah secara terang terangan juga isu perkauman dimainkan kononnya untuk menyedarkan generasi muda betapa pentingnya Umno untuk terus memerintah.....

Umno dipamerkan seperti kebiasaannya satu-satunya peluang bangsa Melayu untuk terus berkuasa..Umno digambarkan sebagai satu-satunya harapan yang tinggal kepada bangsa Melayu jika ingin terus menjadi dominan dalam politik Malaysia. Tanpa Umno, DAP akan merampas Malaysia kerana kononnya PAS dan PKR hanya boneka dalam PR. Malah ada yang secara terang-terangan memainkan isu perkauman ini untuk menggambarkan betapa bahayanya PR jika berjaya merampas Putrajaya dari Umno.....

Malah, dengan segala jentera media dibawah pengaruh mereka, isu perkauman ini dimainkan sewenang-wenangnya saban waktu untuk menanam sifat kebencian terhadap PR menjelang PRU 13 yang semakin hampir. PAU juga dijadikan medan untuk mempromosikan betapa Umno selama ini telah berjaya menjadikan bangsa Melayu serta agama Islam sebagai wadah perjuangan mereka.

Najib menggambarkan hanya BN sahaja dapat menjamin masa depan Melayu dan Islam pada masa sama terus mempermainkann kedaulatan Islam dan bangsa Melayu. Sekutunya MCA melalui pemimpin bermoral rendah mereka Soi Lek terus memperlekehkan hukum Allah tanpa rasa takut dan menyesal atas tindakannya. Dimasa, sekolah agama rakyat dikesampingan Umno, disebalik hukum-hukum Allah seperti rasuah dipermainkan, disebalik pelbagai maksiat yang dilakukan mereka , Umno masih tergamak untuk memperakui mereka sebagai hulubalang untuk menjamin Islam ???


Apakah UMno sedar bahawa mereka semakin hari semakin hampir dengan kekalahan ???? Apakah Umno sedar generasi muda sekarang lebih cenderung kepada PR terutamanya yang berfikiran terbuka??? Umno sepatutnya menyedari mereka sekarang ini lebih kepada sebuah parti jenaka yang korup dari segala aspek...Dari peringkat bawahan hinggalah yang diatas, rasuah berleluasa saban hari. Jenaka lembu kondominum, jenaka kapal selam yang tidak boleh tenggelam malah jenaka seperti ketirisan wang ringgit rakyat saban tahun menjadi mainan hidup pemimpin mereka....

Sepanjang pemerintahan Najib, tiada perubahan ketara dapat diperkatakan mengenai rasuah di Malaysia. Malah mungkin juga Malaysia menjadi lebih parah semasa pemerintahan Najib..Kata MAhathir, Najib merupakan satu-satunyaa percaturan yang terbaik Umno, selanjutnya memperakui kemelut kepimpinan Umno semakin parah kerana tiada siapa pun dalam Umno bersih dari rasuah dan penyelewengan???

Perubahan semakin hari semakin mendesak kerana jika dibiarkan Malaysia kepada kepimpinan yang korup ini, tidak mustahil Malaysia akan terus ketinggalan dari segi moral dan harga diri berbanding dengan negara-negara jiran...