Tuesday, January 1, 2013
Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana.
Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya menyeru semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan. Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelusuk dunia Insya-Allah.
Tahun 2013 ini juga akan menyaksikan berlakunya pilihanraya umum yang ketiga belas. Gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya. Jangan silap membuat pilihan yang akan menyebabkan kita menyesal di hari akhirat. Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar. Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan memasukkan kita di dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman, Ameen.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
(31 Disember 2012)
Mampukah Rakyat Berubah ?
Perubahan ataupun 'Change' berkait rapat dengan tahap kematangan seseorang untuk menerimanya. Bukan semua sanggup untuk berubah kerana kemampuan untuk berubah bergantung kepada bebarapa faktor penting sekeliling. Ada yang menolak perubahan atas faktor keselesaan, ada yang takut untuk berubah kerana faktor usia, ada yang menolak perubahan atas alasan ingin mengekalkan yang lama kerana pendapatnya tiada perbezaan jika berubah, dan ada yang yakin keadaan sekarang cukup baik dan tidak memerlukan perubahan..
Namun bagi sesetengah individu, perubahan penting demi kesejahteraan yang berterusan. Lantas, perubahan yang penting sekarang ini untuk Malaysia ialah untuk kita beralih kepada pemerintahan yang lebih adil dan bebas dari pelbagai gejala penyelewengan dan salah guna kuasa.
Persoalannya...Apakah Rakyat Malaysia Mampu Berubah ???? 50 tahun pemerintahan Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional merupakan satu jangka masa yang cukup panjang dan cukup memadai untuk rakyat menilai secara ilmiah hala tuju Malaysia selanjutnya. Bukan untuk kita menafikan kemajuan serta kebaikan yang dibawa BN untuk kesejahteraan rakyat sejak 1957 lagi. Tetapi, kekalutan sekarang amat berbeza dengan norma - norma perjuangan sebelumnya. Malah, kita dapat menilai serta mampu untuk kita berfikir secara lebih matang samada keperluan untuk kita mengekalkan kuasa yang ada pada BN ataupun bangkit membuat perubahan PRU 13 nanti.
Mungkin PRU 13 meruakan detik perubahan yang ditunggu selama ini akan terus menjadi persoalan hingglah berakhirnya PRU nanti . Yang pastinya BN akan terus melakukan segala yang terdaya untuk memastikan kuasa terus ditangan mereka dan malah tidak mustahil jika setiap jentera kerajaan akan dikerahkan menjamin kemenangan BN . Pakatan Rakyat pula terus bergantung kepada tahap kematangan dan kesedaran rakyat demi negara yang tercinta. Jika rakyat terus memilih BN sebagai pemerintah, akan berterusanlah nasib rakyat Malaysia sepenggal lagi bergantung harap kepada pemerintahan yang terus terpalit dengan pelbagai skandal. Tepuk Dada Tanya Selera.....

Pencacai
Semakin hampir kepada PRU semakin menjadi pencacai - pencacai berpusu - pusu memainkan isu isu yang begitu popular setiap kali berlangsungnya PRU. Antara yang menjadi perhatin umum dalah isu Amanat TGHH yang berpuluh tahun menjadi modal politik pemimpin Umno. Bahkan menjadi - jadi mutakhir ini kerana tiada isu yang lain. Timbullah pelbagai ragam dan rupa bentuk pengkritik - pengkritik kerana bagi Umno, modal lapuk ini sering menjaadi senjata ampuh bagi mereka.
Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
PELIK ??? Secara logiknya tiada seorang pun umat Islam didunia ini mahu dipanggil kafir , walaupun telah diterangkan bertahun lamanya tiada sesiapa mengkafirkan sesiapa dalam isu amanat TGHH, Umno meroyan menyatakan yang sebaliknya.......
Subscribe to:
Posts (Atom)