Perubahan ataupun 'Change' berkait rapat dengan tahap kematangan seseorang untuk menerimanya. Bukan semua sanggup untuk berubah kerana kemampuan untuk berubah bergantung kepada bebarapa faktor penting sekeliling. Ada yang menolak perubahan atas faktor keselesaan, ada yang takut untuk berubah kerana faktor usia, ada yang menolak perubahan atas alasan ingin mengekalkan yang lama kerana pendapatnya tiada perbezaan jika berubah, dan ada yang yakin keadaan sekarang cukup baik dan tidak memerlukan perubahan..
Namun bagi sesetengah individu, perubahan penting demi kesejahteraan yang berterusan. Lantas, perubahan yang penting sekarang ini untuk Malaysia ialah untuk kita beralih kepada pemerintahan yang lebih adil dan bebas dari pelbagai gejala penyelewengan dan salah guna kuasa.
Persoalannya...Apakah Rakyat Malaysia Mampu Berubah ???? 50 tahun pemerintahan Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional merupakan satu jangka masa yang cukup panjang dan cukup memadai untuk rakyat menilai secara ilmiah hala tuju Malaysia selanjutnya. Bukan untuk kita menafikan kemajuan serta kebaikan yang dibawa BN untuk kesejahteraan rakyat sejak 1957 lagi. Tetapi, kekalutan sekarang amat berbeza dengan norma - norma perjuangan sebelumnya. Malah, kita dapat menilai serta mampu untuk kita berfikir secara lebih matang samada keperluan untuk kita mengekalkan kuasa yang ada pada BN ataupun bangkit membuat perubahan PRU 13 nanti.
Mungkin PRU 13 meruakan detik perubahan yang ditunggu selama ini akan terus menjadi persoalan hingglah berakhirnya PRU nanti . Yang pastinya BN akan terus melakukan segala yang terdaya untuk memastikan kuasa terus ditangan mereka dan malah tidak mustahil jika setiap jentera kerajaan akan dikerahkan menjamin kemenangan BN .
Pakatan Rakyat pula terus bergantung kepada tahap kematangan dan kesedaran rakyat demi negara yang tercinta. Jika rakyat terus memilih BN sebagai pemerintah, akan berterusanlah nasib rakyat Malaysia sepenggal lagi bergantung harap kepada pemerintahan yang terus terpalit dengan pelbagai skandal.
Tepuk Dada Tanya Selera.....
1 comment:
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
Post a Comment