Friday, September 24, 2010
Che Det Buat Pulak Dah..
Che Det dalam satu wawancara kelmarin tanpa segan silunya membuat kenyataan yang berbaur perkauman yang melampau. Dakwaan beliau Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah dengan sejelas-jelasnya berbaur perkauman. Mutakhir ini kita dapat melihat tingkah laku Che Det lebih terjurus kepada perkauman yang melampau semenjak menjadi hulubalang Perkasa Ibrahim Ali.
Samaada CheDet sedar ataupun tidak, CheDet sebenarnya mencerminkan ciri-ciri mereka yang takut kehilangan kuasa. Umno semakin hari semakin terhakis pengaruh mereka dan tidak mustahil akan digantikan Pas sebagai tunjang pemerintahan orang Melayu Islam. Justeru itu, permainan politik perkauman cuba diketengahkan Umno melalui Perkasa dan CheDet.
Apa yang menjadi ketakutan Umno dan CheDet sebenarnya lebih kepada bayangan merupakan igauan ngeri Umno mutkhir ini setelah melihat perubahan ketara politik tanahair sejak PRU 12 yang lalu. Malah , senario politik dunia yang menjurus kepada perubahan politik yang ketara juga menjadi mimpi ngeri Umno. Parti Buruh yang memerintah British selama berdekad lamanya juga kecundang hasil daripada perubahan politik. Malah, di Australia juga rakyat telah menolak parti pemerintah yang korup sebelum ini. Andaian untuk Umno memerintah terus Malaysia selama-lamanya telah tidak relevan lagi. Mereka sedar akan angin perubahan rakyat tidak dapat lagi dibendung dengan cara demokrasi tulen, lantas percaturan serta isu-isu perkauman menjadi bahan politik mereka mutakhir ini dengan harapan menjadi pemangkin kepada kembalinya sokongan orang Melayu keada Umno.
Malahan, rakyat semakin bijak menilai setelah membuat perbandingan antara 5 buah negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan negeri-negeri dibawah naungan BN. Kejayaan demi kejayaan dibawah struktur pemerintahan yang telus walaupun mendapat pelbagai rintangan dari kerajaan Pusat, Kelantan , Pulau Pinang , Kedah , Selangor dan Perak ( sebelum dirampas ) terus menunjukkan prestasi yang cemerlang. Unjuran untuk melihat negeri-negeri Pakatan Rakyat hancur tidak menjadi kenyataan dan menyebabkan Umno dalam kepanasan untuk mencari formula memenangi hati rakyat kembali. Lantas, jlan paling mudah adalah mencetuskan pelbagai siu yang lebih bersifat perkauman agar dilihat rakyat sebagai jaguh pembela bangsa. Walhal, segala kemelut dan isu perkauman yang melanda rakyat sebenarnya hasil kerja tangan Umno / BN selama ini.
Cetusan untuk menjadikan isu perkauman sebagai modal politik amat jelas bertentangan dengan polisi negara berpelembagaan seperti Malaysia. Negara kita berpelembagaan yang jelas menjadikan Melayu dan Islam sebagai tunjang pemerintahan negara dan seluruh rakyat tidak kira bangsa apa sekalipun akur dengan hal ini. Jadi ,kenyataan -kenyataan berbaur perkauman oleh CheDet dan Perkasa sebenarnya lebih menjurus kepada ketegangan kaum. Rakyat sebenarnya semakin bijak menilai keadaan sekarang dan menolak poltik sempit sebegini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment