Sinonimnya keadaan Negara Mesir , Yemen dan Algeria adalah ketiga-tiga negara tersebut diperintah oleh diktator dan rakyat diketiga-tiga negara tersebut ditindas seteruk-teruknya oleh kepimpinan yang haloba dan zalim. Uniknya kebangkitan rakyat negara tersebut berpunca daripada keadaan rakyat yang dihimpit kemiskinan dan desakan hidup yang melampau hasil daripada kepimpinan yang mengamalkan rasuah sewenang-wenangnya.
Terbukti atas desakan hidup yang melampau akan membawa kepada kebangkitan rakyat menentang kezaliman pemerintah. Adakah rakyat sesebuah negara itu akan terus menjadi mangsa kerakusan pemerintah ataupun bangkit menentang pemerintah mereka semuanya bergantung kepada tahap kesedaran rakyat itu sendiri.
Kita di Malaysia ini walaupun rata-ratanya tidak mengalami keadaan sepertimana rakyat diketiga-tiga negara tersebut, harus bermuhasabah dan menilai dengan sedalam-dalamnya pemerintahan Umno/BN yang lebih daripada setengah abad ini. Pemerintahan yang berlanjutan ini telah merosakkan hampir kesemua kepimpinan Umno/BN baik diperingkat pusat ataupun diperingkat negeri-negeri malah hampir keseluruhan kepimpinan diperingkat bawahan. Budaya rasuah , komisen dan ugutan menjadi nadi kepada corak kepimpinan mereka yang semakin lama menjadi barah kepada kehidupan rakyat amnya.
Rakyat Malaysia seharusnya berhak menerima yang lebih baik daripada keadaan sekarang. Kita seharusnya tidak dibebani dengan pelbagai cukai - cukai yang tinggi malah tidak harus dibebani dengan caj-caj perkhidmatan yang tidak setimpal dek kerana kegagalan Umno/BN memerintah dengan baik. Jika kerajaan sekarang tidak boros berbelanja dan mampu mengawal ketirisan dana yang sentiasa berlaku, rakyat Malaysia akan menikmati hidup yang lebih baik daripada sekarang ini.
Tempias kebangkitan rakyat dari Mesir , Libya serta Yemen, mungkin akan menjadi pemangkin kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit membuat perubahan pada PRU 13 nanti, dan, kita akan mungkin menyaksikan Umno/BN dihantar keluar dari tampuk pemerintahan yangdidominasikan mereka selama ini.
Generasi muda sekarang ini rata-ratanya mempunyai pengaruh yang lebih kuat untuk menjadi pendorong kepada arus perubahan diMalaysia ini. Pengaruh dari media-media baru seperti laman-laman blog mahupun twitter lebih menjadi pilihan berbanding dengan media cetak. Generasi muda sekarang ini lebih memahami tuntutan politik bersih dan pentadbiran yang amanah dan telus kerana anjakan pemikiran yang bukan hanya tertumpu kepada janji-janji tetapi lebih kepada faktor-faktor keperluan dan logik sesuatu perkara.
Pendedahan kepada berita-berita luar negara yang cepat dan telus menjadikan generasi muda sekarang ini lebih berfikiran terbuka berbanding dengan pengundi-pengundi lama. Senario sekarang ini lebih kepada bagaimana mereka melihat corak tampuk pemerintahan sesuatu pemerintah dan tidak mustahil mampu untuk membuat perubahan yang pantas demi kepentingan dan keperluan mereka dari masa kesemasa.
PRU 13 nanti mungkin menjadi PRU yang paling sengit dalam sejarah negara kerana buat pertama kalinya Umno/BN akan berhadapan dengan pengundi-pengundi muda yang celik IT dan berfikiran radikal malah terpaksa pula berhadapan dengan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat dihati rakyat.......
No comments:
Post a Comment