Geli hati melihat telatah menteri menteri kabinet Malaysia membuat kenyataan berkenaan dengan pentadbiran kewangan negara. Digambarkan kepada rakyat melalui media-media pengampu mereka kononnya hanya BN saja yang pandai mentadbir kewangan negara. Kononnya, jika Pakatan Rakyat diberi mandat menerajui negara, rakyat akan menderita akibat oleh kejahilan pemimpin Pakatan Rakyat mentadbir kewangan negara. Lanjutnya, BN melalui pengalaman 50 tahun memerintah negara seharusnya yang lebih layak menerajui tampuk pemerintahn negara. Kononnya...Pakatan yang belum pernah menjadi kerajaan seharusnya tidak diperjudikan rakyat untuk mentadbir kewangan negara kerana bijak pandai semuanya penyokong BN, jadi , amat tidak wajar jika rakyat menolak BN dan memilih Pakatan Rakyat sebagai pengganti. Secara ringkasnnya, bagi Umno, hanya BN satu-satunya layak menerajui pemerintahan nagara....
Namun, setelah setengah abad memerintah negara, pembangunan memang dapat dilihat dimerata tempat lebih-lebih lagi dikawasan bandar, tetapi, rakyat semakin hari semakin tertekan dengan arus perubahan ini. Semuanya akibat kerakusan pemerintah membaham segala sumber asli negara untuk temolok mereka serta kroni-kroni mereka. Pembangunan tertumpu untuk membuka ruang seluas-luasnya peluang untuk Umno serta kerabat-kerabat mereka mengaut keuntungan melalui penyelewengan-penyelewengan terbuka.
Tender-tender tertutup menelan berbilion-bilion wang rakyat sepanjang 50 tahun pemerintahan BN terus menjadi agenda utama mereka. Melihat kemewahan pemimpin-pemimpin Umno serta kaum kerabat mereka termasuklah pemimpin-pemimpin parti komponen BN jelas menunjukkan betapa bukan sedikit peluang yang diatur mereka untuk diri serta keluarga masing-masing mengecapi segala kemewahan hasil bumi negar kita.
Melalui kelicikan mereka memperbodohkan rakyat melalui agenda - agenda licik mereka atas nama pembangunan setiap kali pilihanraya, Umno serta BN terus menerus menjadi pemerintah. Walhal , rakyat seharusnya lebih berpeluang untuk hidup lebih selesa selama ini jika tidak diperintah Umno/BN.
Hak rakyat selama 50 tahun Umno/BN tidak diperkasakan mereka bahkan lebih menjurus kepada kepentingan peribadi masing-masing. malah melalui media-media mereka, rakyat diracuni pemikiran mereka dan dihalusi serta dilekakan dengan agenda hiburan serta keseronokkan hari demi hari.
Umno/BN melalui pebagai bentuk penindasan menekan rakyat dari segenap penjuru, dan yang paling jelas adalah hakikat menidakkan sumber kewangan kepda wakil-wakil rakyat dari parti Pakatan Rakyat. Menidakkan pelbagai bentuk kemudahan kepada negeri-negeri yang diperintah kerajaan Pakatan Rakyat hanya kerana kerajaan pusat masih diperntah mereka. Dan seterusnya, mendabik dada acapkali menghulurkan bantuan hasil dari sumber negara kononnya BN yang memberi.
Umno/Bn amat takut jika rakyat sedar ataupun jika rakyat semakin cerdik menilai mereka kerana jika ini yang terjadi, jangka hayat Umno/BN akan hancur sekelip mata. Oleh itu, Umno/BN berusaha sekeras-kerasnya untuk terus berkuasa. Kepada pengundi saluran satu, Umno/BN akan terus menakut-nakutkan mereka dengan agenda kehilangan kuasa Melayu. Disogok mereka dengan keperihan Umno/BN selama ini mengekalkan kuasa Melayu dan jika diberi kepada Pakatan Rakyat , kuasa Melayu akan terhakis dan orang-orang Melayu akan menjadi hamba ditanhair sendiri. Kononnya jika Pakatan Rakyat memerintah, segala pengorbanan nenek moyang orang-orang Melayu selama ini akan menjadi sia-sia dan tidak mungkin Pas mahupun Keadilan akan bangkit mempertahankan kuasa orang-orang Melayu. Jelas dengan agenda-agenda mereka, Umno/BN terus menekan golongan - golongan yang berumur untuk lebih berhati-hati terhadap Pakatan Rakyat dan menggambarkan kepimpinan PAS dan Keadilan cuba menjual maruah orang-orang Melayu.
Kepada golongan Muda pula, Umno/BN sanggup bergelumang dengan dosa dan maksiat untuk terus melekakan golongan ini dengan agenda-agenda hiburan yang melampau sepanjang hari. Pusat-pusat hiburan langsung tidak dikawal kerana tujuan utama mereka hanya untuk membuatkan golongan ini menjadi leka dan akan merasa tertekan dengan agenda keIslaman yang cuba dibawa Pas. Malah, dengan mentranformasikan pelabagai bentuk hiburan ini, Umno/BN mengharapkan , golongan remaja menjadi lebih tertarik untuk menjauhi perjuangan untuk menegakkan keadilan di Malaysia kerana takut kehilangan segala bentuk hiburan ini. Golongan muda ini disogok saban hari dengan pelbagai bentuk hiburan yang semakin hari semakin melampaui batas batas keagamaan. Rumah-rumah urut serta pusat-pusat hiburan tumbuh umpama cendawan selepas hujan, kemasukkan pelbagai jenis minuman-minuman keras tidak dipantau kerajaan atas nama keperluan dana kerajaan. Malah dibuka seluas-luasnya ruang kepada kemasukkan gadis-gadis dari luar negara sebagai pelacur hanya diatas nama memperkasakan industri perlancongan.
Oleh itu sudah tiba ketikanya rakyat menghantar Umno/BN keluar dari tampuk pemerintahan negara yang kita cintai ini jika kita ingin melihat generasi akan datang terpelihara dari segala bentuk penyelewengan yang kita hadapi sekarang ini. Retorik kononnya hanya Umno/BN sahaja yang layak memerintah sebenarnya sudah lapuk dan rakyat semakin sedar dengan kepincangan serta penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin Umno/BN. Retorik kononnya hanya 'depa saja yang pandai' seharusnya dilempar jauh oleh rakyat kerana Pakatan Rakyat telah pun membuktikan betapa 5 negeri yang diperintah mereka terus maju kearah sistem yang bersih dan amanah. Sumber serta dana yang diterajui Pemimpin Pakatan Rakyat di negeri-negeri ini jelas menampakkan kemajuan jika dibandingkan dengan 9 lagi negeri yang diperintah BN.
Pelbagai bentuk kemudahan hasil dari sumber yang ditadbir urus dengan amanah oleh kepimpinan Pakatan Rakyat semakin diterima rakyat. Keseimbangan serta ketelusan pengagihan sumber dana kerajaan negeri menjadi contoh yang terbaik kepada rakyat untuk menilai prestasi kepimpinan Pakatan Rakyat berbanding semasa pemerintahan Umno/BN suatu masa dulu. Biarpun ditekan oleh kerajaan pusat pemerintahan BN , elima-lima negeri tersebut terus berdiri teguh memperkasakan hak rakyat.
No comments:
Post a Comment