Tuesday, January 25, 2011

Normala Sudirman....


Tenang yang selama ini tenang begempita dengan laungan takbir ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! sepanjang jalan menuju ke pusat penamaan calon Sabtu lepas....Gegak gempita laungan keramat ini menyaksikan puluhan ribu manusia beriringan bersama saf kepimpinan Pakatan Rakyat berarak kemas mengiringi Cikgu Mala calon Pas untuk Dun Tenang. Cikgu Mala pejuang kerdil di Tenang jika hendak dibandingkan dengan calon BN seorang ADO merupakan yang terbaik Pas tonjolkan untuk membela nasib rakyat di DUN Tenang ini.

Kelibat beliau yang selama ini jelas dilihat di merata tempat di Tenang sebagai aktivis Muslimat Pas semakin diterima rakyat berbilang kaum. Meskipun BN melalui MCA mhupun Umno serta MIC cuba memepermainkan isu - isu sensitif, rakyat semakin terbuka untuk menerima Cikgu Mala dek kerana keterbukaan kepimpinan Pakatan Rakyat terutamanya DAP yang semakin hari dilihat mulai memahami Islam.

DAP yang sebelum ini digembar gemburkan oleh media pro Umno sebagai penentang Islam kini dilihat lebih bersikap professional jika hendak dibandingkan dengan MCA mahupun MIC yang telah bersama Umno setengah abad. Tahap kefahaman kepimpinan BN dari parti komponen mereka tentang Islam jelas telah terpesong. Malah ada yang berani serta celupar untuk membuat kenyataan yang mereka sendiri tidak faham kerana bagi mereka apa yang dilakukan Umno halal semata - mata biarpun ianya jelas terpesong dari ajaran Islam.

DAP yang semakin hari semakin memahami Islam melalui kepimpinan Pas mula mencerminkan keperibadian yang lebih toleran jika dibandingkan dengan "kebodohan" kepimpinan MCA tentang Islam. Jelas sekali setengah abad bersama Umno tidak memberi apa-apa makna mahupun kelebihan kepada MCA dan Umno sememangnya telah gagal memberi gambaran yang jelas kepada MCA tentang Islam. Tahap pemahaman MCA tentang Islam jauh menyimpang dari landasannya kerana bagi mereka apa yang dilakukan oleh kepimpinan Umno walaupun tidak memenuhi tuntutan Islam , adalah benar belaka.

Rakyat Tenang akan membuang undi mereka beberapa hari saja lagi, dan Cikgu Mala seharusnya menjadi pilihan mereka kerana rakyat semestinya lebih memerlukan perubahan tampuk pemerintahan yang lebih ikhlas dan bersih dari segala gejala rasuah...

No comments: