Kemelut politik tanahair semakin bercelaru dan semakin menghimpit rakyat hari demi hari selama Najib mengambil alih pemerintahan negara dari Pak Lah. Seperti selazimnya, Najib hanyalah umpama meimpi ngeri rakyat seperti pemimpin-pemimpin terdahulu. Indahnya perlantikan Najib hanyalah lebih kepada gimik dan slogan semata, walhal, rakyat terus menderita hari demi hari dengan pelbagai kerenah kerajaan korup BN.
Rasuah yang dahulunya ingin diperangi habis-habisan sejurus selesai perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri , kini menjadi agenda yang lapuk ditelan masa saling tak tumpah seperti memanda menteri yang terdahulu.
Kenaikan sara hidup yang semakin hari semakin menghimpit rakyat terus tidak diendah kerajaan Najib. Malah inflasi yang melebihi peratus kenaikan tahunan kebanyakan rakyat tidak pula menjadi satu kerisauan kepada kerajaan sekarang. Lebih menyakitkan hati, rakyat terus dimomok dengan perlunya pengurangan subsidi sedangkan BN terus menerus mempergunakan dana kerajaan sewenangnya.
Ketirisan terus berlaku hari demi hari, perbelanjaan diluar daripada harga terus menjadi agenda utama kerajaan BN. Selanjutnya, pemimpin-pemimpin BN langsung tidak menunjukkan rasa simpati terjadap tahap keselesaan rakyat yang semakin terjejas akibat kenaikan kos sara hidup hari demi hari. Kejutan harga barang yang naik hari demi hari tidak langsung mendapat simpati kerajaan BN. Malah, mereka pula seakan menjadi juruckap kepada sekalian peniaga dan pemborong seakan membela nasib mereka-mereka ini yang kononnya tertindas dan terjejas teruk.
Acapkali, BN seperti kerasukan hantu apabila berbelanja sewenangnya setiap kli PRK kecil diadakan dan terus menggunakan kuasa memerintah mereka untuk menggunakan segala kemudahan yang sepatutnya dikongsi rakyat seluruh negara. Sedangkan rakyat terus dihimpit kemelut kemiskinan yang semakin meruncing..
Sampaikah hajat rakyat pada tahun 2011 ini untuk mengheret BN keluar dari Putr Jaya dan kembalikan kegemilangan kuasa rakyat yang selama ini terpendam???
No comments:
Post a Comment