Sunday, June 27, 2010
Ulamak 40 Umno...
Kata Najib, 40 ulamak yang baru sahaja menyerahkan borang keahlian Umno sebenarnya menyokong dasar Umno selama ini. Dasar Umno yang berteraskan Al Quran dan Hadith ini kata Najib telah lama menjadi sandaran dan rujukan kepimpinan majlis tertinggi Umno bertahun-tahun lamanya. Lanjutan dari itu, tidaklah menjadi kejanggalan apa-apa jika 40 ulamak muda ini memilih Umno sebagai landasan untuk berdakwah sepanjang pembabitan mereka dalam Umno.
Antara alasan yang diberikan 40 ulamak muda ini untuk menyertai Umno adalah kerana ingin membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu.
"Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian.
"Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah.
"Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar," kata Fadlan Mohd Osman Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) .
Kemasukkan 40 ulamak muda ini yang kebanyakan mereka lulusan dari luar negara diharap dapat memainkan peranan mereka seperti yang diinginkan. Ini kerana politik Umno sebenarnya terlalu kotor dan bertentangan dengan ajaran Islam . Maksiat dan rasuah berleluasa hinggakan kepimpinan tertinggi juga terlibat sama menentang hukum Islam. Bagi Umno, asalkan ianya menguntungkan mereka, halal dan haram tidak menjadi halangan langsung selagimana ianya berjaya mencapai matlamat mereka. Perkara utama yang perlu dilakukan ulamak muda ini adalah untuk memastikan suara mereka kelak menjadi suara yang diambilkira kepimpinan Umno kerana selama ini mereka telah menyimpang jauh. Bukan tiada ulamak Umno terdahulu yang mencubanya, namun setelah dilimpah dengan wang dan kuasa, mereka - mereka yang dikatakan ulamak turut sama tenggelam bersama-sama arus kemewahan harta benda dan kuasa dan akibatnya, matlamat mereka membawa perubahan hancur di persimpangan jalan.
Perkara utama yang harus dilakukan ialah membawa kepimpinan Umno kearah Islam dan bertindak menghapuskan segala kemaksiatan yang selama ini menjadi darah daging Umno dan konco-konconya. DIharap ilmu yang ada menjadi menafaat dan tidak bertukar menjadi hanya ilmu yang ada didada tanpa berusaha menggunakannya akibat dek dihanyut kemewahan serta kuasa seperti mereka yang terdahulu.
Monday, June 21, 2010
Dr Asri Masuk Umno ?
Kecoh dua tiga hari kebelakangan ini berkenaan dengan bekas Mufti Perlis yang diperkatakan akan menganggotai Umno sedikit masa lagi. Bersama beliau akan ada hampir 100 orang ulamak juga akan menyertai Umno sedikit masa lagi.
Dalam keadaan sekarang ini pengumuman yang dilakukan oleh salah seorang pemimpin Umno ini sebenarnya terdesak kerana semakin ramai orang Melayu Islam menolak Umno. Isu lesen judi yang dibenarkan Umno telah mencalar imej Umno dimata orang - orang Melayu termasuklah orang Umno sendiri. Jadi dengan pengumuman sedemikan, Umno berharap sangat ianya akan meredakan kemarahan rakyat kepada Umno. Bahkan, rakyat diharap akan kembali kepada Umno semula setelah mengetahui ramai ulamak ingin menyertai dan 'tergedik-gedik' nak masuk Umno.
Jika keadaan begini benar-benar menjadi kenyataan , rakyat akan pasti menjadi saksi kepada satu tindakan yang merugikan ulamak-ulamak ini kerana Umno sebenarnya tidak mempunyai niat yang sebenar untuk memertabatkan Islam dan besar kemungkinan ulamak-ulamak ini akan menjadi pecacai-pecacai pemimpin-pemimpin Umno sebagai tunggangan untuk merealisasikan matlamat sekular mereka.
Tingkah laku pemimpin-pemimpin Umno yang secara terang-terangan mengasingkan agama dari politik sudah cukup untuk menjadikan sandaran kepada 100 ulamak - ulamak ini daripada menyertai Umno. Kehidupan pemimpin-pemimpin Umno yang lebih kepada menghalalkan cara untuk mencapai matlamat mereka juga boleh dijadikan alasan yang kuat untuk 100 ulamak ini menolak Umno.
Judi dan arak menjadi mainan mereka selama memerintah Malaysia. Pemerintahan yang lebih kepada habuan dunia yang dipraktikan pemimpin Umno juga jelas bertentangan dengan matlamat memperkasakan agama Islam.
Mungkin 100 ulamak ini berpendapat adalah lebih baik untuk mereka masuk Umno dan memperbetulkan keadaan dari dalam Umno . Namun, sejarah telah membuktikan ramai yang berpendidikan agama menyertai Umno dan kemudiannya menjad pak turut dan pecacai mereka dan jauh menyimpang dari matlamat dan tujuan sebenar mereka menyertai Umno.
Nama-nama besar seperti Datuk Seri Anwar , Jamil Khir , Nakhaei ataupun Mantan Imam Besar Masjid Negara Ustaz Firdhaus telah pun mencuba dari dalam tetapi gagal memperbetulkan Umno, malah sekarang ini telah bersekongkol pula dan memejam mata mereka akan maksiat-maksiat yang dilakukan pemimpin - pemimpin Umno tanpa berani bersuara langsung.
Sunday, June 20, 2010
PRK Parlimen Batu
Umno/BN seboleh-bolehnya mahu mengelakkan diri mereka sekali lagi untuk menghadapi satu lagi pilihanraya tatkala keadaan mereka yang tertekan dengan pelbagai isu-isu nasional yang kronik. Umno/BN sedar jika berlakunya mana-mana PRK buat masa terdekat ini, Umno/BN sah akan tersungkur sekali lagi sepertimana Sibu. Polemik isu Parlimen Batu kosong atau tidak menjadi satu yang mahu dielak oleh Umno/BN. Lantas keputusan samada perlu atau tidak PRK Batu ini menjadi semakin lucu apabila SPR berdolak dalih untuk membuat keputusan mengenainya.
Yang pastinya, Tian Chua sudah pun menjelaskan wang denda akibat gigitan telinga seorang anggota polis beberapa tahun dahulu. Tian Chua mungkin tidak sedar beliau akan kehilangan status seorang wakil rakyat akibat telinga, namun , keputusan sudahpun dibuat dan kini hanya tinggal interpretasi-interpretasi berdasarkan keputusan lampau yang akan menentuka samada PRK akan berjalan atau tidak.
Umno/BN sekarang ini tertekan untuk bertembung sakali lagi dalam satu lagi PRK kerana mereka sedar isu-isu nasional yang banyak tidak memihak kepada mereka. Isu judi bola, isu kenaikan harga barangan, isu Felda rugi , isu rasuah, isu istana , isu Kampung Baru , isu pertelingkahan sesama parti komponen dan pelbagai isu - isu yang lain lagi. Justeru itu, PRK akan hanya akan memburukkan lagi prestasi Najib sebagai PM jika mereka tersungkur sekali lagi seperti Sibu.
Setakat semalam parti komponen BN iaitu SPR masih lagi berdolak dalih samada perlunya Tian Chua melepaskan tanggungjawab beliau sebagai ahli parlimen atau tidak. Mungkin tengah menunggu isyarat dari pihak Umno/BN sebelum berani mengisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen Batu. Yang pastinya , Pakatan Rakyat sentisa bersedia untuk terus berperang sekali lagi andai kata PRK tersebut menjadi kenyataan dan kita akan sekali lagi melihat betapa rakyat sebenarnya sudah muak dan bersedia menolak BN sekali lagi............

Saturday, June 5, 2010
Tak Pulak Rugi..
Sudah 2 kali perhimpunan rakyat beramai-ramai yang berjumlah hampir puluhan ribu menyaksikan satu fenomena yang aman dan sejahtera tanpa campurtangan pihak polis. Tanggal 28 Julai 2009 dan 4 Jun 2010 menjadi saksi rakyat sebenarnya matang berhimpun dan tidak akan terjadi apa-apa yang buruk melainkan jika rakyat digasak oleh polis atas arahan Umno/BN.
Tidak pulak kita rugi RM 200 juta akibat perarakan tersebut seperti yang dicanang dahulu oleh Umno/BN semasa perhimpunan BERSIH dahulu..Tidak pula kelihatan berduyun-duyun peniaga keluar masuk TV menghentam Pakatan Rakyat kerana mengalami kerugian dan terjejas pendapatan mereka akibat perarakan tersebut. Malah tidak pula kedengaran rakyat mengeluh akibat perhimpunan ini yang menganggu kelancaran kehidupan mereka seharian semalam.
Perhimpunan rakyat sememangnya akan terus berjalan lancar kerana, rakyat sedar, mereka hanya akan diganyang sekiranya Umno/BN yang menjadi punca perarakan mereka..Akan terjadinya semburan gas pemedih mata sekiranya perhimpunan rakyat ini adalah kerana perihal atau protes terhadap Umno/BN .
Jadi jelaslah angkara siapakah segala macam pertelingkahan dan ketidakstabilan apabila setiap kali rakyat berarak ataupun berhimpun. Angkara siapakah selama ini jika terjadinya ketegangan sehingga dicampuri pasukan keselamatan setiap kali rakyat berhimpun.
Friday, June 4, 2010
Judi Tetap Jadi Nampaknya....
Judi tetap judi dan tidak akan menjadi halal walaupun diseliakan oleh kerajaan...Teringat suatu waktu dahulu sekitar 70 an hingga 80 an , kerajaan dibawah kepimpinan BN , menghalalkan penjualan arak secara berleluasa sehinggakan ada kedai tuak kerajaan di hampir seluruh bandar-bandar...Apapun alasannya, judi dan arak tetap haram disisi Islam..Dan tidak timbul langsung untuk tujuan murni seperti mengelakkan dari rakyat berjudi melalui bookie-bookie haram.
Protes demi protes dihampir seluruh negara berkenaan judi tidak langsung memberi kesan kepada pemerintahan Najib, malah , dibela pula oleh pemimpin-pemimpin Umno yang lain. Samaada Najib dan pemimpin Umno begitu jahil ataupun memang mereka sebenarnya terdesak untuk mengaut keuntungan yang dijangkakan berbilion ringgit sepanjang berlangsungnya Bolasepak Piala Dunia.
Seluruh rakyat lebih-lebih lagi orang Melayu Islam menentang perlaksanaan judi bola ini, namun atas kapasiti sebagai memanda menteri, Najib tidak langsung bertindak untuk mengubah fikirannya. Najib terus menerus memekakkan telinganya dan sering mengelak dari menjawab segala persoalan yang diajukan kepadanya mengenai judi bola. Jawapan-jawapan dari pecacai-pecacainya pula lebih kepada merelakan judi ini diteruskan. Tambahan pula kerana lesen telah diberi kepada kawan karib BN , Berjaya Group. Jadi , rakyat seakan terpaksa menerima hakikat judi akan tetap diteruskan. Mujurlah negeri - negeri yang diperintah Kerajaan Pakatan akn menolak perlaksanaanya ......

Subscribe to:
Posts (Atom)