Saturday, June 5, 2010

Tak Pulak Rugi..


Sudah 2 kali perhimpunan rakyat beramai-ramai yang berjumlah hampir puluhan ribu menyaksikan satu fenomena yang aman dan sejahtera tanpa campurtangan pihak polis. Tanggal 28 Julai 2009 dan 4 Jun 2010 menjadi saksi rakyat sebenarnya matang berhimpun dan tidak akan terjadi apa-apa yang buruk melainkan jika rakyat digasak oleh polis atas arahan Umno/BN.

Tidak pulak kita rugi RM 200 juta akibat perarakan tersebut seperti yang dicanang dahulu oleh Umno/BN semasa perhimpunan BERSIH dahulu..Tidak pula kelihatan berduyun-duyun peniaga keluar masuk TV menghentam Pakatan Rakyat kerana mengalami kerugian dan terjejas pendapatan mereka akibat perarakan tersebut. Malah tidak pula kedengaran rakyat mengeluh akibat perhimpunan ini yang menganggu kelancaran kehidupan mereka seharian semalam.

Perhimpunan rakyat sememangnya akan terus berjalan lancar kerana, rakyat sedar, mereka hanya akan diganyang sekiranya Umno/BN yang menjadi punca perarakan mereka..Akan terjadinya semburan gas pemedih mata sekiranya perhimpunan rakyat ini adalah kerana perihal atau protes terhadap Umno/BN .

Jadi jelaslah angkara siapakah segala macam pertelingkahan dan ketidakstabilan apabila setiap kali rakyat berarak ataupun berhimpun. Angkara siapakah selama ini jika terjadinya ketegangan sehingga dicampuri pasukan keselamatan setiap kali rakyat berhimpun.

No comments: