Monday, June 21, 2010

Dr Asri Masuk Umno ?


Kecoh dua tiga hari kebelakangan ini berkenaan dengan bekas Mufti Perlis yang diperkatakan akan menganggotai Umno sedikit masa lagi. Bersama beliau akan ada hampir 100 orang ulamak juga akan menyertai Umno sedikit masa lagi.


Dalam keadaan sekarang ini pengumuman yang dilakukan oleh salah seorang pemimpin Umno ini sebenarnya terdesak kerana semakin ramai orang Melayu Islam menolak Umno. Isu lesen judi yang dibenarkan Umno telah mencalar imej Umno dimata orang - orang Melayu termasuklah orang Umno sendiri. Jadi dengan pengumuman sedemikan, Umno berharap sangat ianya akan meredakan kemarahan rakyat kepada Umno. Bahkan, rakyat diharap akan kembali kepada Umno semula setelah mengetahui ramai ulamak ingin menyertai dan 'tergedik-gedik' nak masuk Umno.




Jika keadaan begini benar-benar menjadi kenyataan , rakyat akan pasti menjadi saksi kepada satu tindakan yang merugikan ulamak-ulamak ini kerana Umno sebenarnya tidak mempunyai niat yang sebenar untuk memertabatkan Islam dan besar kemungkinan ulamak-ulamak ini akan menjadi pecacai-pecacai pemimpin-pemimpin Umno sebagai tunggangan untuk merealisasikan matlamat sekular mereka.




Tingkah laku pemimpin-pemimpin Umno yang secara terang-terangan mengasingkan agama dari politik sudah cukup untuk menjadikan sandaran kepada 100 ulamak - ulamak ini daripada menyertai Umno. Kehidupan pemimpin-pemimpin Umno yang lebih kepada menghalalkan cara untuk mencapai matlamat mereka juga boleh dijadikan alasan yang kuat untuk 100 ulamak ini menolak Umno.


Judi dan arak menjadi mainan mereka selama memerintah Malaysia. Pemerintahan yang lebih kepada habuan dunia yang dipraktikan pemimpin Umno juga jelas bertentangan dengan matlamat memperkasakan agama Islam.


Mungkin 100 ulamak ini berpendapat adalah lebih baik untuk mereka masuk Umno dan memperbetulkan keadaan dari dalam Umno . Namun, sejarah telah membuktikan ramai yang berpendidikan agama menyertai Umno dan kemudiannya menjad pak turut dan pecacai mereka dan jauh menyimpang dari matlamat dan tujuan sebenar mereka menyertai Umno.


Nama-nama besar seperti Datuk Seri Anwar , Jamil Khir , Nakhaei ataupun Mantan Imam Besar Masjid Negara Ustaz Firdhaus telah pun mencuba dari dalam tetapi gagal memperbetulkan Umno, malah sekarang ini telah bersekongkol pula dan memejam mata mereka akan maksiat-maksiat yang dilakukan pemimpin - pemimpin Umno tanpa berani bersuara langsung.


No comments: