Sunday, June 27, 2010

Ulamak 40 Umno...



Kata Najib, 40 ulamak yang baru sahaja menyerahkan borang keahlian Umno sebenarnya menyokong dasar Umno selama ini. Dasar Umno yang berteraskan Al Quran dan Hadith ini kata Najib telah lama menjadi sandaran dan rujukan kepimpinan majlis tertinggi Umno bertahun-tahun lamanya. Lanjutan dari itu, tidaklah menjadi kejanggalan apa-apa jika 40 ulamak muda ini memilih Umno sebagai landasan untuk berdakwah sepanjang pembabitan mereka dalam Umno.

Antara alasan yang diberikan 40 ulamak muda ini untuk menyertai Umno adalah kerana ingin membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu.

"Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian.

"Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah.

"Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar," kata Fadlan Mohd Osman Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) .

Kemasukkan 40 ulamak muda ini yang kebanyakan mereka lulusan dari luar negara diharap dapat memainkan peranan mereka seperti yang diinginkan. Ini kerana politik Umno sebenarnya terlalu kotor dan bertentangan dengan ajaran Islam . Maksiat dan rasuah berleluasa hinggakan kepimpinan tertinggi juga terlibat sama menentang hukum Islam. Bagi Umno, asalkan ianya menguntungkan mereka, halal dan haram tidak menjadi halangan langsung selagimana ianya berjaya mencapai matlamat mereka. Perkara utama yang perlu dilakukan ulamak muda ini adalah untuk memastikan suara mereka kelak menjadi suara yang diambilkira kepimpinan Umno kerana selama ini mereka telah menyimpang jauh. Bukan tiada ulamak Umno terdahulu yang mencubanya, namun setelah dilimpah dengan wang dan kuasa, mereka - mereka yang dikatakan ulamak turut sama tenggelam bersama-sama arus kemewahan harta benda dan kuasa dan akibatnya, matlamat mereka membawa perubahan hancur di persimpangan jalan.

Perkara utama yang harus dilakukan ialah membawa kepimpinan Umno kearah Islam dan bertindak menghapuskan segala kemaksiatan yang selama ini menjadi darah daging Umno dan konco-konconya. DIharap ilmu yang ada menjadi menafaat dan tidak bertukar menjadi hanya ilmu yang ada didada tanpa berusaha menggunakannya akibat dek dihanyut kemewahan serta kuasa seperti mereka yang terdahulu.

No comments: