Saturday, November 27, 2010
Kemiskinan...
Dalam masa PM kita berbangga dengan mahligai beliau di PutraJaya yang kononnya akan diubah suai dengan kos bernilai RM 65 juta, masih ada lagi rakyat hanya mampu berlindung dari hujan dan panas matahari seada yang termampu. Pada masa berbilion bilion duit rakyat direncanakan mereka - mereka yang korup dengan pelbagai macam projek - projek besar , ada rakyat yang perit menghitung hari demi hari untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan yang sengsara. Dalam keghairahan pemimpin-pemimpin korup ini berkira-kira untuk berbelanja besar, masih ada dikalangan rakyat Malaysia berkira-kira juga untuk berbelanja walaupun seringgit.
Itulah hakikat keadaan sekarang ini, negara menuju keambang kehancuran akibat kerakusan dan ketirisan dana kerajaan yang kritikal sekarang ini dibawah kepimpinan BN. Negara yang semakin hari semakin dihimpit hutang ratusan bilion ringgit ini terus menerus dipermainkan BN. Wang dan dana rakyat dikuda sehabis boleh untuk temolok mereka sendiri. Laporan Ketua Audit negara setiap tahun tidak diendah langsung. Penyelewengan demi penyelewengan yang dilaporkan Ketua Audit Negara saban tahun berulang tanpa tindakan serius dari pihak kerajaan.
Laungan rakyat tak diendahkan langsung kerajaan BN malah rakyat semakin tertekan dengan kelembapan ekonomi dan semakin teruk dihimpit kepantasan inflasi mengatasi sumber kewangan mereka saban tahun. Nilai matawang jika dibandingkan dengan harga barangan semakin mengecil saban tahun. Malah kedudukan ini mengundang kearah kenaikkan indeks jenayah akibat kesempitan hidup yang meruncing....
Apakah kita ingin terus diperbudakkan oleh mereka yang bergelar pemimpin korup ???
Apakah kita ingin terus dipermainkan oleh kelicikkan pemimpin ini berbelanja ???
Atau Apakah kita ingin terus menerus bersekongkol dengan mereka-mereka ini ???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment