Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri dan semua yang terlibat membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga di Alor Star pagi tadi, lapor Harakahdaily.
"Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana," titah Baginda lagi.
Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.
"Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.
"Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah Baginda seperti dilaporkan akhbar web PAS itu.
Kepada wartawan-wartawan yang bernaung dibawah media-media Umno, anggaplah segala laporan yang berat sebelah yang dilakukan selama ini sebagai yang terakhir dan insaflah dan sedarlah akan azab Allah itu amat pedih bagi orang yang melakukan fitnah.
Perlakuan kebanyakan wartawan - wartawan ini sebenarnya lebih menjurus kepada pembohongan yang nyata dengan harapan rakyat terus diperbodohkan dengan berita-berita sensasi yang memburukkan kerajaan negeri pimpinan Ustaz Azizan. Dengan bertitahnya, Baginda Sultan, diharap rakyat yang selama ini begitu menyanjungi media-media Umno ini dapat membuka dada dan berlapang dada dengan tindakan Ustaz Azizan yang melarang media-media Umno ini dari menghadiri sidang Dun kali ini.
Pembohongan demi pembohongan yang menjadi darah daging media-media Umno ini sedikit sebanyak membuka minda dan mata sekelian rakyat supaya lebih berhati-hati dengan laporan mereka dimasa hadapan. Rakyat sekarang ini semakin sedar bahawa Umno/BN akan terus memainkan pelbagai isu-isu melalui media-media ini kerana kerajaan negeri tidak diberi peluang untuk menjawab segala tohmahan yang dilakukan...
No comments:
Post a Comment