Tuesday, January 1, 2013

Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana. Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya menyeru semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan. Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelusuk dunia Insya-Allah. Tahun 2013 ini juga akan menyaksikan berlakunya pilihanraya umum yang ketiga belas. Gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya. Jangan silap membuat pilihan yang akan menyebabkan kita menyesal di hari akhirat. Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar. Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan memasukkan kita di dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman, Ameen. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (31 Disember 2012)

Mampukah Rakyat Berubah ?

Perubahan ataupun 'Change' berkait rapat dengan tahap kematangan seseorang untuk menerimanya. Bukan semua sanggup untuk berubah kerana kemampuan untuk berubah bergantung kepada bebarapa faktor penting sekeliling. Ada yang menolak perubahan atas faktor keselesaan, ada yang takut untuk berubah kerana faktor usia, ada yang menolak perubahan atas alasan ingin mengekalkan yang lama kerana pendapatnya tiada perbezaan jika berubah, dan ada yang yakin keadaan sekarang cukup baik dan tidak memerlukan perubahan..

Namun bagi sesetengah individu, perubahan penting demi kesejahteraan yang berterusan. Lantas, perubahan yang penting sekarang ini untuk Malaysia ialah untuk kita beralih kepada pemerintahan yang lebih adil dan bebas dari pelbagai gejala penyelewengan dan salah guna kuasa.

Persoalannya...Apakah Rakyat Malaysia Mampu Berubah ???? 50 tahun pemerintahan Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional merupakan satu jangka masa yang cukup panjang dan cukup memadai untuk rakyat menilai secara ilmiah hala tuju Malaysia selanjutnya. Bukan untuk kita menafikan kemajuan serta kebaikan yang dibawa BN untuk kesejahteraan rakyat sejak 1957 lagi. Tetapi, kekalutan sekarang amat berbeza dengan norma - norma perjuangan sebelumnya. Malah, kita dapat menilai serta mampu untuk kita berfikir secara lebih matang samada keperluan untuk kita mengekalkan kuasa yang ada pada BN ataupun bangkit membuat perubahan PRU 13 nanti.
Mungkin PRU 13 meruakan detik perubahan yang ditunggu selama ini akan terus menjadi persoalan hingglah berakhirnya PRU nanti . Yang pastinya BN akan terus melakukan segala yang terdaya untuk memastikan kuasa terus ditangan mereka dan malah tidak mustahil jika setiap jentera kerajaan akan dikerahkan menjamin kemenangan BN . Pakatan Rakyat pula terus bergantung kepada tahap kematangan dan kesedaran rakyat demi negara yang tercinta. Jika rakyat terus memilih BN sebagai pemerintah, akan berterusanlah nasib rakyat Malaysia sepenggal lagi bergantung harap kepada pemerintahan yang terus terpalit dengan pelbagai skandal. Tepuk Dada Tanya Selera.....

Pencacai

Semakin hampir kepada PRU semakin menjadi pencacai - pencacai berpusu - pusu memainkan isu isu yang begitu popular setiap kali berlangsungnya PRU. Antara yang menjadi perhatin umum dalah isu Amanat TGHH yang berpuluh tahun menjadi modal politik pemimpin Umno. Bahkan menjadi - jadi mutakhir ini kerana tiada isu yang lain. Timbullah pelbagai ragam dan rupa bentuk pengkritik - pengkritik kerana bagi Umno, modal lapuk ini sering menjaadi senjata ampuh bagi mereka. Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut: Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'. PELIK ??? Secara logiknya tiada seorang pun umat Islam didunia ini mahu dipanggil kafir , walaupun telah diterangkan bertahun lamanya tiada sesiapa mengkafirkan sesiapa dalam isu amanat TGHH, Umno meroyan menyatakan yang sebaliknya.......

Wednesday, January 11, 2012

Unity Government ....WHAT????

Unity Government .... Lagu sama rentak berbeza kini kembali menjadikan seluruh ahli Pas terutamanya yang diperingkat bawahan bergolak lagi. Ditambah pula dengan pelbagai sogokan media-media kerajaan yang secara terang terangan menyalahkan kepimpinan Pas akan kegagalan penyatuan 'MELAYU' ini. Malah komen komen dari segelintir kepimpinan Pas sendiri terus menjadikan polemik 'Unity Government' ini semakin menjadi beban yang perlu ditanggung Pas.

Umno melalui media media mereka bijak mengeksploitasikan keadaan dan berjaya mencerminkan Pas sebagai batu penghalang kepada kesatuan yang selama ini ditunggu 'Melayu'. Pas dilabelkan sebagai kuda tunggangan Dap, pencacai Pkr malah terus dilabelkan dengan pelbagai lagi bentuk tohmahan semuanya hanya untuk satu tujuan....menghindarkan orang orang 'Melayu' dari terus menyokong Pas..

Apakah kepimpinan Pas yang terus mengeluarkan pendapat masing masing sedar akan impak akibat dari pertelagahan sesama mereka ? Atau adakah sengaja dijadikan isu agar media media ini dapat habuan dan peluang untuk menghentam Pas ?

Kita yang diperingkat bawahan diajar untuk 'Wala' kepada kepimpinan, kita diajar untuk sentiasa berada dalam jemaah dan akur dengan persetujuan yang dicapai oleh jemaah biar pun pahit...Kita diajar untuk berterus terang dimasa perbincangan bukannya setelah dipersetujui jemaah baru hendak melatah..

Harapan kita biarlah pertelegahan sesama pemimpin dibuat secara tertutup agar ahli ahli Pas tenang..renungkan.....

Sunday, December 25, 2011

Bertuahny Khir Toyo..



Bekas Menteri Besar Selangor Dato' Sri Khir Toyo sepatutnya bersyukur akan hukuman yang diterima beliau kerana hukuman yang diterimanya cukup ringan berbanding dengan nasib mereka mereka yang lain....Adilkah ini ??????

Tuesday, December 13, 2011

RM 500

Mulai 10 Disember lalu, rata rata rakyat yang berpendapatan rendah mula berbicara mengenai RM500 yang akan mereka dapat sedikit masa nanti. Kononnya atas keperihatinan Kerajaan BN , kerajaan sanggup membelanjakan RM 2.6 bilion untuk memastikan rakyat dibantu. Kononnya wang ini secara langsung dapat menyelamatkan rakyat dari kenaikkan harga barang. Kononnya dapat meringankan beban rakyat menghadapi musim baru persekolahan anak - anak mereka 2012 nanti.Kononnya atas kecekapan Najib dan perbelanjaan berhemah beliaulah rakyat dapat menikmati wang ehsan ini.

Janganlah disebabkan RM500 , rakyat dibutakan mata mereka, janganlah disebabkan RM 500 , rakyat dipesongkan minda mereka. Janganlah disebabkan RM 500 rakyat untung sehari TAPI rugi 5 tahun.

Rakyat perlu sedar strategi BN untuk memenangi hati rakyat sejak dahulu lagi melalui pemberian gula-gula berbentuk material sebegini. Setiap kali rakyat menghadapi pilihanraya umum, setiap kali itulah rakyat ditatang umpama minyak penuh. Umno melalui segala dana rakyat yang mereka kuasai, menggunakannya disaat saat akhir mereka untuk meraih sokongan rakyat.

Umumnya ...Yang dari dulu menyokong semakin galak menyokong mereka..yang dulunya hampir hampir menyokong mungkin 'ter'menyokong..yang dulunya tak sokong pun semakin meluat tak menyokong akibat RM 500...

Yang pastinya, rakyat perlu sedar, apa saja perbelanjaan yang dilakukan kerajaan sebenarnya semuanya hak rakyat. Mana mana kerajaan dalam dunia ini hanyalah sebagai pentadbir harta rakyat , dan bukannya hak mutlak mereka. Tadbir urus yang baik , telus dan berhemah yang diperlukan rakyat sekarang ini. Tadbir urus kewangan yang bebas dari penyelewengan, bebas dari kronisma, bebas dari pembaziran serta ketirisan yang diperjuangkan rakyat. Bukannya tadbir urus berbentuk menyuap acap kali pilihanraya tiba..Rakyat disogok dengan wang ringgit , rakyat disuap dengan madu pembangunan, malah adakalanya rakyat ditipu hidup hidup dengan kain pelikat, kain batik dan basikal cabuk....

Ingat !!!! Jangan jadikan semua ini satu bebanan untuk kita untuk tempoh 5 tahun lagi..Berubahlah..berubahlah..berubahlah...Kalau bukan untuk kita , lakukanlah untuk anak anak kita...Umno/BN WAJIB ditumbangkan..Umno/BN WAJIB dijadikan pembangkang..DAN pemimpin pemimipin Umno/BN yang korup WAJIB disiasat keakarumbi...Itu matlamat rakyat PRU 13..

Thursday, December 8, 2011

Melayu Haprak ???

Hari ini satu lagi tindakan diluar batasan norma norma kesopanan Melayu dilakukan sekali lagi oleh golongan yang menggelar diri mereka pejuang bangsa Melayu. Hari ini terbukti betapa sempitnya otak golongan ini dalam menghadapi realiti politik demokrasi. Malah, hari ini juga menyaksikan kemelut serta kepincangan pemimpin Melayu ini dalam percaturan politik Pulau Pinang. Hari ini, sekali lagi seluruh rakyat menyaksikan golongan yang dikatakan memperjuangkan maruah bangsa Melayu serta agama Islam telah bertindak diluar batasan dengan menghantar replika kek berbentuk najis manusia kepada Ketua Menteri Pulau Pinang sempena dengan sambutan hari jadi beliau.

Kini Umno meratapi nasib mereka yang jelas semakin kelam dan pudar akibat perbuatan tidak senonoh puak puak 'Melayu' ini. Umno Pulau Pinang seharusnya bermuhasabah menilai tindak tanduk mereka sebelum menjadikan isu-isu serta tindakan tidak bertamadun ini dilakukan pemimpin mereka.

Pejuang bangsa ini seharusnya lebih bersikap profesyional dan matang dalam berpolitik dan bukannya mengambil jalan seta tindakan kebudak-budakan ini yang mana telah menyebabkan imej bangsa dan kesucian agama Islam tercalar. Rata-rata rakyat berpendapat tindakan seumpama ini lebih menjurus kepada tindakan yang bersifat provokatif. Jangankan bangsa lain, malah bangsa Melayu sendiri malu setelah menyaksikan kelakuan Melayu ini.

Tindakan hina dan keji ini menjadikan kita semakin menghampiri satu episode yang jauh dari adat susila bangsa Melayu. Oleh demikian kepada mereka yang bersekongkol dengan puak-puak kelmarin seharusnya menilai semula komitmen mereka kepada Umno. Rakyat seharusnya menolak kepimpinan yang bermain dengan sentimen provokatif melampau seperti ini. Kita seharusnya mengangkat martabat bangsa bukannya menjatuhkannya sedemikian...

Sunday, December 4, 2011

PAU..

PAU baru sahaja selesai..perhimpunan yang menggambarkan betapa 'desperate'nya mereka cuba memenangi hati golongan muda dan Melayu. Perhimpunan yang menjadikan DAP , PKR dan juga PAS sebagai sasaran. Medan yang sepatutnya dijadikan medan untuk bermuhasabah sebaliknya menjadi medan untuk mencaci PR. Malah secara terang terangan juga isu perkauman dimainkan kononnya untuk menyedarkan generasi muda betapa pentingnya Umno untuk terus memerintah.....

Umno dipamerkan seperti kebiasaannya satu-satunya peluang bangsa Melayu untuk terus berkuasa..Umno digambarkan sebagai satu-satunya harapan yang tinggal kepada bangsa Melayu jika ingin terus menjadi dominan dalam politik Malaysia. Tanpa Umno, DAP akan merampas Malaysia kerana kononnya PAS dan PKR hanya boneka dalam PR. Malah ada yang secara terang-terangan memainkan isu perkauman ini untuk menggambarkan betapa bahayanya PR jika berjaya merampas Putrajaya dari Umno.....

Malah, dengan segala jentera media dibawah pengaruh mereka, isu perkauman ini dimainkan sewenang-wenangnya saban waktu untuk menanam sifat kebencian terhadap PR menjelang PRU 13 yang semakin hampir. PAU juga dijadikan medan untuk mempromosikan betapa Umno selama ini telah berjaya menjadikan bangsa Melayu serta agama Islam sebagai wadah perjuangan mereka.

Najib menggambarkan hanya BN sahaja dapat menjamin masa depan Melayu dan Islam pada masa sama terus mempermainkann kedaulatan Islam dan bangsa Melayu. Sekutunya MCA melalui pemimpin bermoral rendah mereka Soi Lek terus memperlekehkan hukum Allah tanpa rasa takut dan menyesal atas tindakannya. Dimasa, sekolah agama rakyat dikesampingan Umno, disebalik hukum-hukum Allah seperti rasuah dipermainkan, disebalik pelbagai maksiat yang dilakukan mereka , Umno masih tergamak untuk memperakui mereka sebagai hulubalang untuk menjamin Islam ???


Apakah UMno sedar bahawa mereka semakin hari semakin hampir dengan kekalahan ???? Apakah Umno sedar generasi muda sekarang lebih cenderung kepada PR terutamanya yang berfikiran terbuka??? Umno sepatutnya menyedari mereka sekarang ini lebih kepada sebuah parti jenaka yang korup dari segala aspek...Dari peringkat bawahan hinggalah yang diatas, rasuah berleluasa saban hari. Jenaka lembu kondominum, jenaka kapal selam yang tidak boleh tenggelam malah jenaka seperti ketirisan wang ringgit rakyat saban tahun menjadi mainan hidup pemimpin mereka....

Sepanjang pemerintahan Najib, tiada perubahan ketara dapat diperkatakan mengenai rasuah di Malaysia. Malah mungkin juga Malaysia menjadi lebih parah semasa pemerintahan Najib..Kata MAhathir, Najib merupakan satu-satunyaa percaturan yang terbaik Umno, selanjutnya memperakui kemelut kepimpinan Umno semakin parah kerana tiada siapa pun dalam Umno bersih dari rasuah dan penyelewengan???

Perubahan semakin hari semakin mendesak kerana jika dibiarkan Malaysia kepada kepimpinan yang korup ini, tidak mustahil Malaysia akan terus ketinggalan dari segi moral dan harga diri berbanding dengan negara-negara jiran...

Sunday, October 30, 2011

Mengapa Kita Terus Terlena...

Saban tahun Ketua Audit Negara terus menggemparkan rakyat dengan kepelbagaian isu kerakusan Jabatan - Jabatan Kerajaan BN memperhabiskan duit rakyat sewenang-wenangnya. Sabn tahun kita mendengar puluhan juta ringgit duit rakyat 'dijoli katak' oleh mereka yang tidak amanah. Keputusan-keputusan untuk menggunakan duit rakyat secara cukup boros serta pembayaran yang diluar jangkauan akal terus berlaku saban tahun. Belum pun habis isu berkenaan Laptop berharga puluhan ribu ringgit tahu 2009 lalu, kini timbul pula isu binokular yang dibayar juga puluhan ribu ringgit juga untuk satu unit untuk tahun 2010.

Saban tahun rakyat Malaysia dihibur dengan lawak jenaka ini, saban tahun juga kita terus diulit mimpi...Kita terus melalak siang malam berkenaan isu pembaziran dan penyelewengan ini hanya untuk beberapa bulan, namun, selepas itu, kita terus membutakan mata sendiri dan kita juga memekakkan telinga sendiri dan terus lupa dengan isu ini...dan seperti selalunya 2/3 terus menjadi hak BN setelah hampir 55 tahun memerintah Malaysia...

Kenapa rakyat terus mengundi BN ? Kenapa walaupun jelas penyelewengan ini berterusan tahun demi tahun, rakyat terus menjadikan BN sebagai pemerintah ? Apapun, yang pastinya rakyat seharusnya lebih sensitif dan lebih serius untuk menjadikan negara bebas dari unsur-unsur penyelewengan dan pembaziran. Duit rakyat seharusnya lebih dinilai serta digunakn dengan lebih berhemah. Jika pemerintah terus menjadikan isu ini sebagai isu remeh seperti sebelumya, selagi itulah kita akan terus disajikan dengan benda yang serupa tahun hadapan.

Seharusnya kita menjadikan isu ini sebagai iktibar kepada kita untuk menilai langkah kita untuk menyingkirkan BN dari tampuk kuasa agar pembaziran ini dihapuskan segera. Rakyat seharusnya lebih peka dan bertindak bijak untuk menilai siapakah yang sepatutnya bertindak sebagai pemerintah ataupun pembangkang..Jika setelah 55 tahun kita disajikan dengan lauk yang sama, kali ini kita harus berusaha untuk sajian yang lebih baik...

Sunday, August 28, 2011

Perutusan Hari Raya Aidil Fitri TGNA

Pecutan Terakhir...



Ramadhan 1432 tinggal hanya beberapa hari saja lagi, peluang untuk umat Islam keseluruhannya untuk berlumba-lumba mengejar limpahan ganjaran Allah semakin hari semakin suntuk. Pun begitu, kami di Kepala Batas seperti kelazimannya meningkatkan usaha mendekati golongan yang memerlukan bantuan semampu kami..


YDP meredah malam menyantoni mereka yang memerlukan bantuan





Tak dilupakan juga Warga Emas



Golongan ibu-ibu tunggal juga menerima bantuan

Tuesday, August 23, 2011

PROGRAM IFTAR MTD PINANG TUNGGAL




Tanggal 21 Ogos 2011 / 21 Ramadhan 1432 , MTD Pinang Tunggal berjaya menyemarkkan Ramadhan tahun ini dengan aktiviti Iftar serta pemberian sumbangan kepada fakir miskin dikawasan Dun Pinang Tunggal. Majlis yang turut disertai oleh YDP Kawasan, Ustaz Rosidi Hussein telah dengan jayanya dipengerusi oleh NYPD Kawasan Kepala Batas , En Md Akhir. Majlis turut sama diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat Ketua Penerangan Majlis Ulamak Pas Pusat , Ustaz Nik Ahmad Zawawi, yang sudi memberikan santapan rohani menjelang waktu berbuka puasa....



Ustaz Nik Ahmad Zawawi Menandatangani Buku Lawatan Balai Islam Pas


YDP Kawasan Ustaz Rosidi Menyampaikan Bantuan


Wakil Kepada Aktivis Veteran Pas Hj Saad

Sunday, August 14, 2011

Menuju Negara Berkebajikan




Bersempena dengan Ramadhan seiring dengan matlamat menuju ke pembentukan Negara Berkebajikan, PAS Kawasan Kepala Batas dibawah naungan YDP Ustaz Rosidi Hussain meraikan sebilangan anak-anak yatim serta golongan yang tidak bernasib baik pada Sabtu 13 August 2011 di Pejabat Kadun Penaga. Ustaz Rosidi yang juga merupakan penyelaras Kadun Penaga dalam ucapannya menyentuh perihal kepentingan kita untuk terus menyempurnakan tanggungjawab kita yang berkemampuan untuk terus mendokong aktiviti seumpama ini secara berterusan.



Kadun Penaga merupakan tempat termiskin di Pulau Pinang walaupun Umno telah memegang tampuk kuasa sejak merdeka lagi. Sebagai penyelaras Kadun Penaga, Ustaz Rosidi dibantu JKKK yang dilantik kerajaan negeri gigih membantu semampu mereka memberi bantuan secara berterusan tidak kira aliran politik penduduk setempat biarpun Umno terus berkuasa dikawasan tersebut.



Ustaz Rosidi menyampaikan bantuan



Monday, August 8, 2011

Safari Ramadhan 2

Pas Cawangan Taman Bertam Indah mengambil inisiatif menjejaki golongan yang tidak bernasib baik sepanjang Ramadhan 1432 bagi menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan harian dan wang belanja. Program yang kedua kali ini dibawah bimbingan Ketua Cawangan dan juga YDP Pas Kawasan Ustaz Rosidi Hussain.



Sasaran untuk mencari seramai mungkin golongan yang tidak bernasib baik disekitar Kawasan Kepala Batas menjadi agenda utama sepanjang Ramadhan kali ini. Atas usaha AJK-AJK Cawangan yang bersama-sama berganding bahu menjayakannya serta penglibatan ahli-ahli yang mengambil bahagian bersama menyediakan dana untuk program kali ini.





Melalui JKKK setempat, rombongan kami meredah kampung-kampung disekitar Kepala Batas selepas solat Zohor pada Sabtu dan Ahad menjejaki ibu-ibu tunggal serta warga emas yang tidak bernasib baik.





Penat lelah dipetang Sabtu dan Ahad selepas solat zohor hilang melihat sinar mata penerima bantuan yang begitu gembira menerima sumbangan. Dalam keadaan santai rombongan yang diketuai YDP menyantoni mereka-mereka ini dengan penuh rasa rendah diri. Diharap sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.






Hiba melihat keadaan kehidupan mereka walaupun setelah lebih 50 tahun merdeka ada lagi golongan yang hidup dalam kesempitan biarpun 'MELAYU' telah memegang tampuk kuasa lebih dari setengah abad....





Kepada penyumbang dana,Jazakallah diucapkan, dan kepada sesiapa ynag ingin terus membantu menjayakan program ini , sumbangan ikhlas bolehlah diserahkan kepada :

Ustaz Rosidi Hussain 019 4704800 / HJ Semperna Din 012 4218096
Marzuki Abd Razak 012 4309194 / Ishak Salleh 016 4783659


Kecoh

Mutakhir ini kecoh seMalaysia perihal SPR yang semakin hari semakin bercelaru dengan pembongkaran hari demi hari kepincangan SPR menangani pendaftaran pengundi. Pilihanraya yang dijangkakan semakin menghampiri dihimpit keresahan Pakatan Rakyat akan isu pengundi-pengundi yang jelas dimanipulasikan pihak tertentu. Tuntutan Bersih 2 langsung tidak mendapat tempat dihati SPR dan pengamal undang-undang pula seakan menyepi untuk berganding bahu bersama menangani isu daftar pemilih ini. Ada individu yang langsung tidak tahu menahu bahawa mereka didaftarkan sebagai pengundi. Ada yang langsung tidak faham mengapa nama mereka tiba-tiba timbul didaerah undi yang begitu asing bagi mereka...

Dipihak pemerintah pula, isu ini dianggap remeh dan mengulangi pendapat mereka pilihanraya selama ini cukup bersih dari segala manipulasi mahupun kecacatan. Malah, isu kekalahan mereka di 5 buah negeri pada PRU 12 menjadi senjata utama mereka menidakkan penipuan ini. Namun disebalik semua kenyataan yang cuba dijelaskan, samaada Pengerusi SPR sendiri mahupun pemerintah negara, rakyat terus diselubungi dengan daftar pemilih yang boleh dicurigai.

Samada pilihanraya ke 13 nanti akan berjalan dengan lebih bersih bergantung kepada kerajaan sekarang untuk mengambil inisiatif mempertengahkan segala isu yang berbangkit berkenaan daftar pemilih mahupun ketelusan undian pos. Ynag pentingnya rakyat haruslah sedar akan segala kepincangan dalam setiap kali pilihanraya dijalankan. Penambahbaikkan perjalanan proses demokrasi Malaysia mestilah menjadi keutamaan pemerintah dan SPR untuk mengembalikan proses demokrasi yangh sebenarnya.

Rakyat memerlukan kesimbangan dalam politik dimana-mana saja agar ada 'check and balance' antara pemerintah dan pembangkang. Siapapun yang memegang tampuk pemeintahan memerlukan satu sama lain agar tindak tanduk pemerintahan menjadi pemerhatian pembangkang untuk satu perjalanan dan pengurusan negara yang lebih adil.

Rakyat tidak memerlukan pemerintahan yang dimonopoli oleh mana-mana parti sehingga menyebabkan rakyat ditindas dengan pelbagai permasaalahan akibat kuasa ynag mutlak dimonopoli pihak tertentu. Hinggakan proses demokrasi yang sebenar tidak dapat dijalankan sehingga kini akibat penguasaan pihak tertentu. Sepatutnya SPR berada dibawah kuasa parlimen agar pengamal undang-undang dapat bermesyuarah dikalangan mereka bentuk perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan telus dapat dijadikan sandaran oleh rakyat.

Malah rakyat pula dipersalahkan jika inginkan perubahan dalam proses demokrasi berparlimen Malaysia. Kemanakah hala tuju SPR setelah 50 tahun BN memerintah Malaysia?? Kenapa begitu taksubnya Pengerusi SPR yang bertukar satu demi satu untuk terus mempertahankan perjalanan pilihanraya yang jelas memihak kepada pihak pemerintah??