Monday, April 26, 2010

PROGRAM JOM JELAJAH KAMPUNG

Menang Bersama Hutang Hampir RM 64 Juta

Seluruh rakyat Malaysia sudah maklum siapa yang menang pilihanraya kecil Hulu Selangor. Kemenangan calon BN Kamalanthan bukannya percuma setelah hampir RM 64 Juta ditaburkan sepanjang 8 hari berkempen oleh BN. Rasuah pilihanraya berleluasa hinggakan setiap hari tempoh berkempen , kita dikejutkan dengan janji-janji yang ditabur pemimpin - pemimpin BN untuk memenangi hati orang-orang Melayu khususnya di Hulu Selangor.

Mafrel , badan bebas pemantau pilihanraya selama ini juga telah membuat beberapa aduan kepada SPR mengenai hal ini, namun , mereka pula yang dituduh menjadi dalang pembangkang. Keadaan yang semakin hari semakin kotor ini akan terus menjadi barah kepada setiap kali pilihanraya kecil diadakan kerana BN bebas berbuat apa saja mengikut kehendak mereka. Badan - badan berkuasa yang sepatutnya bebas kini semakin berani menjadi dalang kepada BN dan sebagai pelindung kepada BN untuk mereka bertindak serakus-rakusnya.

Kemana arah tuju pengundi Hulu Selangor ? Adakah pengundi Hulu Selangor termakan janji-janji manis BN bersama RM 64 juta ? Ataupun adakah kerana PKR sendiri yang salah mengatur strategi ? Malah ada juga pendapat yang mengatakan pengundi mahukan pembangunan dahulu sebelum bertindak menukar pemimpin kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13nanti setelah semua janji-janji BN dikotakan.

Kalau mengikut 'trend ' yang ada sekarang, setiap kali pilihanraya kecil berlaku, pemimpin - pemimpin BN akan berbondong-bondong memuntahkan janji-janji manis memperbetulkan segala keadaan dikawasan tersebut dengan nilai mencecah berjuta-juta ringgit. Lagak seakan duit 'bapak mereka', pemimpin-pemimpin ini akan berduyun-dutun berlumba-lumba berjanji pelbagai bentuk pembangunan untuk meraih undi dikawasan tersebut. Umum mengetahui akan strategi BN selama ini dan semakin lama semakin jelak akan tingkah laku pemimpin BN yang menggunakan dana awam duit rakyat sewenang-wenangnya, seakan-akan rakyat dikawasan lain tidak memerlukan pembangunan.

Oleh kerana perangai pemimpin BN kini semakin menjadi-jadi, rakyat menjadi begitu tertekan dan merasa diri mereka sebenarnya menjadi mainan politik pemimpin BN. Rakyat hanya akan dapat menikmati kemudahan yang mereka impikan jika hanya bila berlaku pilihanraya kecil. Isu tanah yang berbelas-belas tahun dapat diselesaikan oleh BN bebrapa hari sahaja dek kerana pilihanraya kecil. Jadi tidak salah jika pengundi-pengundi mendoakan kematian wakil rakyat mereka jika inginkan sesuatu permasaalahan mereka diselesikan secepat mungkin oleh parti pemerintah.

Saturday, April 24, 2010

Hulu Selangor..Selamat mengundi

Hari berkempen menghampiri penghujungnya hari ini di Hulu Selangor..Pakatan Rakyat dan BN semakin merancakkan kempen masing-masing menjelang detik 12 tengah malam ini. Sepanjang 8 hari tempoh berkempen, jentera pilihanraya masing-masing bertungkus lumus bekerja siang malam untuk memastikan rakyat berpihak kepada calon masing-masing. Kerja sukarela yang dilakukan pekerja-pekerja Pakatan Rakyat baik dari PKR, DAP malah PAS turut sama berganding bahu menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk membawa Datuk Zaid Ibrahim kembali ke Parlimen Malaysia minggu hadapan.

Harapan rakyat ingin terus melihat keadilan dijunjung tinggi mungkin bermula di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Kempen BN memburuk-burukkan Datuk Zaid Ibrahim melalui pelbagai saluran media termasuklah mengaitkan beliau dengan isu arak dan judi menjadi agenda utama. Namun, rakyat dirasakan tidak termakan dengan strategi tersebut kerana rata-rata berpendapat pemimpin BN jauh lebih buruk akhlak mereka. Bandingkan , Presiden MCA yang jelas mengaku dalam skandal seks beliau juga dapat diterima masyarakat Cina MCA.

BN melalui jentera kerajaan menabur janji bernilai jutaan ringgit sepanjang 8 hari berkempen. Hulu Selangor dijanjikan Sekolah Kebangsaan Cina dan Tamil yang baru , masyarakat Felda pula dijanjikan dengan pelbagai lagi bentuk peruntukkan untuk menambahbaikkan lagi infranstruktur Felda masing-masing. Masyarakat orang Asli juga dijanjikan kehidupan yang lebih terbela dan selesa berbanding 50 tahun yang lalu. Semua ini dijanjikan BN untuk meraih undi rakyat Hulu Selangor yang jelas semakin memihak kepada Pakatan Rakyat.

Isu penyelewengan kuasa dan wang ringgit malah isu Apco menjadi agenda utama Pakatan Rakyat untuk menangkis serangan BN yang bertali arus. Jentera Pakatan Rakyat bergabung menjelaskan isu demi isu secara langsung melalui ceramah dan kempen rumah kerumah kerana tiada ruang sebebas BN dalam media arus perdana.

Malah SPR yang seharusnya telus pula bertindak seakan salah satu daripada komponen parti BN dengan memindahkan beribu-ribu daftar pemilih menjadikan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor yang terkotor setakat ini. Apapun yang terjadi pada esok hari di Hulu Selangor, rakyat sebenarnya sudah boleh menilai dengan akal fikiran mereka sendiri antara keadilan yang ditawarkan Pakatan Rakyat berbanding dengan penyelewengan yang menjadi teras Kerajaan BN selama ini.

Yang pastinya, amatlah malang pada seluruh rakyat Malaysia jika pengundi-pengundi Hulu Selangor gagal menjadikan peluang untuk melenyapkan pengaruh BN di Malaysia jika terus menerus mengundi BN esok. Peluang melihat demokrasi berkembang di Malaysia akan terus menjadi igauan jika BN melalui SPR terus menerus memperkosa segala bentuk undang-undang sedia ada melalui kuasa yang ada pada mereka.

Pun begitu, kepada seluruh pengundi di Hulu Selangor bertindak bijaklah dalam menentukan hala tuju keadilan yang sekian lama ditagih rakyat. Fikirkan masa depan generasi yang akan datang jika kita terus memperjudikan nasib mereka kepada tangan-tangan kotor untuk beberapa tahun lagi. Cukuplah 50 tahun , rakyat ditindas dan ditidakkan hak kita selama ini.

Monday, April 19, 2010

Pemimpin dan Arak....


Gambar Hiasan

Hulu Selangor bakal melakar sejarah tersendiri dimana seorang calon pemimpin Islam ditolak pengundi akibat daripada salahlaku beliau sebelum ini yang melanggari ajaran Islam secara terang-terangan kerana pernah meminum arak. Zaid Ibrahim dan PKR mungkin akan kehilangan kerusi parlimen P094 Hulu Selangor bukan kepada calon Umno/BN tetapi kepada seorang calon bebas Johan Mohd Diah kerana hanya beliau yang bebas daripada penggunaan arak sebelum ini.

Keputusan yang dijangka berpihak kepada calon bebas Johan Mohd Diah ini adalah berdasarkan sejarah silam pesaing-pesaing beliau yang lain yang terang-terangan pernah dan ada yang masih lagi mengamalkan budaya minum arak. Walupun Zaid Ibrahim secara terbuka tidak menafikan perihal salah laku beliau sebelum ini dan sudah pun bertaubat, namun serangan keatas tindakan beliau minum arak terus dimainkan BN untuk meraih undi orang-orang Islam Hulu Selangor. Atas alasan itu jugalah diharap pengundi Hulu Selangor sepatutnya akan menolak calon Umno/BN iaitu P. Kamalanathan dan juga calon bebas VS Chandran yang kedua-duanya juga merupakan pengamal minuman keras dan berkemungkinan masih lagi meminum arak setiap hari.

Serangan keatas Zaid Ibrahim dan arak ini berterusan tanpa Umno/BN menyedari akan keaiban mereka sendiri kerana kepimpinan mereka juga terang-terangan pernah dan ada yang terus bersekongkol meminum arak hingga kehari ini. Nama-nama besar seperti KJ dan Hisham pernah menggemparkan dunia bloggers berserta gambar mereka ketika meminum arak. Dan ada juga kepimpinan Umno / BN memiliki saham syarikat-syarikat arak dan perjudian di Malaysia hingga kehari ini.

Justeru itu , perkembangan ini amatlah menarik kerana mencerminkan keperihatinan dan rakyat semakin sedar akan kepentingan memilih pemimpin yang benar-benar bersih sebagai wakil rakyat. Pun begitu atas alasan bahawa beliau sudah bertaubat harus juga diambil kira oleh rakyat. Dan jika benar sentimen ini berjaya mempengaruhi ruang lingkup minda pengundi-pengundi Islam, senario ini diharap akan berjaya merubah persepsi rakyat dikawasan yang lain agar lebih mementingkan moral dan akhlak seseorang pemimpin dan bertindak menolak kepimpinan Umno / BN di kawasan masing-masing atas alasan yang sama.

Thursday, April 15, 2010

Aloo Ane ! Ada berani ka?



Membidas TPM kelmarin, calon PKR bagi P094 Hulu Selangor , Zaid Ibrahim mencabar Muhyiddin untuk bersama-sama mengisytihar harta masing-masing untuk membersihkan nama mereka bersama. Sebelum itu Muhyidin dengan angkuhnya memberi nengulas pemilihan Zaid sebagai calon adalah kerana kekayaannya semata-mata.
Terpulanglah kepada TPM sekarang samada berani menyahut cabaran ini ataupun kecut segal-galanya untuk menyahut cabaran dari Zaid Ibrahim. Muhyiddin pada satu ketika berpendapat pemilihan Zaid sebagai calon tidak mungkin kerana kredibiliti beliau sahaja malah lebih kepada kemampuan harta yang ada padanya.

"Sekarang pun boleh (isytihar), esok pun boleh. Tetapi mereka kena isytihar juga," katanya ketika ditanya kesediaan beliau berbuat demikian setelah isu 'kekayaannya' dibangkitkan Muhyiddin semalam.
Menyifatkannya sebagai "tuduhan karut", Zaid turut kelihatan mempersoalkan peranan Muhyiddin sebelum ini - ketika menjadi menteri kabinet - terhadap cadangan perdana menteri pada waktu itu Tun Abdullah Badawi supaya mereka mengisytiharkan harta dan hutang masing-masing."Tetapi cadangan Pak Lah ditolak. Jadi Muhyiddin patut jelaskan mengapa?" soalnya kembali sambil mendakwa beliau masih berpegang kepada pendirian lamanya menyokong cadangan tersebut.

Aloo Ane...Ada beranikah mau bikin pengisytiharan ? Kalau setakat melalak dibelakang baik tak payah !!!!!

Tuesday, April 13, 2010

Menyesal.....



Gambar diatas mungkin bukan di Malaysia, mungkin berlaku di Indonesia ataupun mungkin juga senario di Bangladesh , namun tidak mustahil jika keadaan sedemikian terjadi kepada anak cucu kita kemudian nanti . Tidaklah mustahil jika senario sedemikian menjadi satu daripada senario harian anak cucu kita nanti. Tidak mustahil juga jika sebahagian besar Melayu Islam merempat di tanahair sendiri.

Mahukah kita melihat senario sedemikian menjadi kenyataan kemudian hari hasil daripada kerakusan pemerintahan yang sekular dan penuh dengan rasuah. Inginkan kita melihat anak cucu kita menjadi sebahagian dari golongan yang merempat kesana kemari hasil dari ketidaktentuan matlamat hidup..juga hasil dari pembentukan siasah yang sekular oleh pemerintahan sekarang.

Mahukah kita mendengar rintihan lebih-lebih lagi cemuhan dari golongan generasi akan datang kepada kita kerana kegagalan kita memperbetulkan kesilapan nenek moyang kita selama 52 tahun yang lalu. Pemerintahan yang penuh dengan rasuah , pemerintahan yang jelas mengenepikan hukum Islam , pemerintahan yang menganggap 'Politik Suku Agama Suku' , pemerintahan yang lebih kepada memperkayakan temolok masing-masing, pemerintahan yang jelas menuju kepada kehidupaan sosial yang melampau ? Perlukah kita merintih sedih kemudian hari nanti dan menyesal semahu-mahunya kerana kegagalan kita sendiri merubah nasib kita sendiri ?

52 tahun merupakan satu jangkamasa yang cukup lama dan menjadi igauan buruk rakyat yang hari demi hari disajikan dengan kegagalan pemerintah melaksanakan amanah rakyat. Hari demi hari kita melihat kelibat pemimpin yang tanpa segan silu meratah kekayaan negara untuk diri dan keluarga mereka. Penyelewengan kuasa , penyelewengan dana , malah penyelewengan perundangan menjadi mainan hari demi hari.

Malah tidak menjadi satu yang pelik apabila kita mendengar perihal kekayaan negara dibazirkan begitu sahaja dengan segala bentuk perbelanjaan yang luar biasa. Dan yang lebih menyedihkan, semua ini hanya dapat kita lihat dan dengar tanpa dapat berbuat apa-apa oleh kerana kuasa dan perundangan berada ditangan mereka.

Untuk kita membuat perubahan amatlah mudah jika seluruh rakyat mengambil kira kepentingan Islam dalam pemerintahan. Amatlah mudah jika barisan kepimpinan mengamal Islam dalam kehidupan harian mereka. Bertuahlah bumi Malaysia jika barisan kepimpinan berakhlak mulia dan beramanah dan menjadikan cara hidup Islam sebagai panduan.

Fikirlah...Masih belum terlambat untuk kita merubah senario politik sekarang demi masa depan generasi akan datang.

Sunday, April 11, 2010

Bila Katak Mula Bersuara...

Mutakhir ini, rakyat disajikan dengan ceramah politik dari katak-katak bebas dibawah naungan Umno/BN. Diterajui oleh Boss Katak , Ibrahim Ali , Zahrain , Mohd Fairus , Zulkifli Noordin malah Katak Lapuk Ezam pun kembali bersuara lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya kecil Hulu Selangor yang semakin menghampiri.

Mereka - mereka ini yang berceramah dibawah bendera Umno semakin galak menabur fitnah mengenai kepimpinan PKR yang sebelum ini menjadi nadi perjuangan mereka menentang kezaliman Umno/BN. Alangkah sedihnya rakyat apabila melihat tingkah laku katak-katak ini yang terang-terangan beralih arah perjuangan daripada untuk menegakkan keadilan kepada menegakkan kemungkaran Umno/BN.

Harapan mereka setiap bait perkataan yang terkeluar dari mulut mereka umpama emas dan maka berebut-rebutlah rakyat marhein mengutipnya dan dijadikan sandaran untuk mereka bila mengundi kelak. Tambahan pula Najib pula sekarang ini akan memerhati tingkah laku katak-katak ini, jadi untuk menarik perhatian Najib, katak-katak ini berbunyilah menyanyi lagu-lagu sumbang mereka yang tak ingin didengar rakyat. Bayangkanlah mulut yang dulunya pernah berjuang bersama rakyat menentang kemungkaran Umno/BN kini menjadi barua-barua BN menabur fitnah kesana-sini.

Apakah rakyat dapat menerima tingkah laku mereka yang berbohong selama ini? Ada yang sanggup berlakon memuji-muji Najib , Umno dan BN demi meneruskan survival politik mereka kerana sebenarnya mereka sedar bahawa rakyat telah menolak mereka. Sejurus pengumuman mereka untuk keluar parti, rakyat sebenarnya sudah pun menjangkakannya kerana katak-katak ini sebenarnya tidak mempunyai harga diri.

Friday, April 9, 2010

Boikot PRK...



Sejauh mana ahli Umno Hulu Selangor sanggup berpatah arang kali ini, setelah pimpinan tertinggi Umno mengumumkan calon MIC sebagai wakil BN pada PRK Hulu Selangor nanti menjadi persoalan sekarang ini. Ura-ura mereka untuk memboikot dan malah ada yang sanggup memberi undi protes mereka kepada calon PKR nanti.

Umno sebelum ini berpendapat calon yang layak mestilah datang daripada salah seorang pemimpin Umno tempatan untuk memastikan kerusi Parlimen Hulu Selangor dapat dirampas daripada Pakatan Rakyat. Bagi mereka tidak mungkin calon berbangsa India dapat mengembalikan kegemilangan pengaruh BN bila tampak jelas senario politik sekarang ini lebih mengutamakan kehendak akar umbi. Malah, dengan kemelut kepimpinan MIC serta penolakan ketara bangsa India terhadap Presiden MIC, Umno Hulu Selangor berpendapat impak yang ketara akan melanda jika BN terus memperjudikan nasib pengundi Hulu Selangor kepada MIC. Bagi Umno Hulu Selangor, jalan penyelesaian yang paling tepat untuk merampas kembali kerusi Parlimen ini hanya terletak diatas seorang daripada calon Melayu.

Sunguhpun setelah beberapa penggal sebelum ini MIC berjaya mempertahankan kerusi Parlimen ini, Umno Hulu Selangor melalui akar umbi mereka disana lebih mempercayai peluang akan lebih cerah jika Umno yang bertanding. Terdengar mengenai satu memorandum membantah pemilihan calon MIC akan dihantar kepada Najib oleh pimpinan Umno Hulu Selangor nanti.

Ada diantara mereka sanggup menongkah arus mengkritik secara terbuka keputusan Najib tersebut dan akan memboikot pilihanraya kecil Hulu Selangor ini nanti. Apapun yang cuba dilakukan oleh pimpinan tempatan Umno ini, tidak mungkin merubah pendirian Najib setelah pengumuman yang beliau sendiri lakukan baru-baru ini telah pun diketahui umum. Sunguhpun perit ditelan pimpinan Umno Hulu Selangor, yang pastinya pemilihan pimpinan MIC sebagai calon sedikit sebanyak telah melukakan sebahagian besar pengundi. Malah tidak mustahil jika mereka akan bertindak mengundi Pakatan Rakyat untuk menunjukkan protes mereka kepada pimpinan Umno sejak akhir-akhir ini. Malah besar kemungkinan majoriti 198 undi akan berubah melebihi 1000 undi berpihak kepada PKR pada 25 April nanti.

Sunday, April 4, 2010

Katak - Katak Dah Mula Dah....


Gambar Hiasan


Semalam Raja Katak dan konconya berikrar akan melondeh segala keburukan PKR pada pilihanraya kecil Hulu Selangor nanti. Ibrahim Ali dan Mohd Fairus berjanji untuk menelanjangkan segala kelemahan dan keburukan Pakatan Rakyat kepada seluruh pengundi Hulu Selangor. Beginilah sifat dua ekor katak yang sebelum ini dibantu oleh seluruh jentera parti Pakatan Rakyat untuk memenangkan mereka dikawasan masing-masing. Telahan mereka rakyat Hulu Selangor akan termakan segala pembohongan mereka selama ini dan berpeluang untuk memangkah calon BN nanti.

Raja Katak Ibrahim Ali terus-terusan berpendapat beliau adalah juara Melayu dan tidak mustahil akan terus memainkan sentimen bangsa Melayu semasa berkempen kelak. Sentimen mengatakan Pakatan Rakyat akan menggadaikan maruah Bangsa Melayu jika berjaya memerintah Malaysia akan menjadi lagu yang akan didendangkan beliau nanti. Mohd Fairus pula akan cuba menjadikan pelbagai isu rekaan untuk memancing undi bagi pihak BN. Walhal, diri sendiri juga yang terpalit dengan najis yang direka nanti. Semua orang sedar siapa Mohd Fairus sebenarnya, belang beliau bertopengkan kuasa yang ada padanya dulu tidak mungkin dilupakan rakyat sewenang-wenangnya. Setelah SPRM melucutkan kes pecah amanah beliau , sekonyong-konyong beliau mengisytiharkan diri keluar PKR dan masuk Umno.

Siapa tak kenal dengan pembohongan yang dilakukan Fairus sebelum ini? Siapa di Pulau Pinang yang tak kenal Fairus , kaki kelentong dan tidak beramanah ? Jadi ugutan beliau untuk melondeh Pakatan Rakyat di Hulu Selangor mungkin akan memakan tuan dan segala keburukan beliau sebelum ini akan terbongkar. Mungkin alasan beliau untuk menjadi pencacai Umno/BN di Hulu Selangor berakhir dengan maruah beliau sendiri yang menjadi percaturan.

Pilihanraya kecil Hulu Selangor mungkin akan menyaksikan kelibat beberapa orang katak bersekongkol dengan Umno untuk memenangkan calon MIC. Kelibat Zahrain , Mohsin , Fairus , Ibrahim dan Tan Tee Beng mungkin menjadi taruhan Umno/BN untuk cuba meraih simpati dan mengalih pandangan rakyat dari keburukan yang cuba Umno/BN lakukan. Dan mungkin juga buat pertama kalinya Ezam tidak akan digunakan lagi kerana populariti beliau semakin merosot selepas beberapa Pilihanraya Kecil sebelum ini mengundang kekalahan Umno/BN.

Rakyat Hulu Selangor sebenarnya lebih mementingkan kewibawaan calon yang dipilih oleh parti-parti yang bertanding. Rakyat sekarang ini lebih bijak untuk menilai calon mana yang layak untuk menjadi wakil mereka di Parlimen kelak. Kemenangan Pakatan mahupn BN di Hulu Selangor tidak akan memberi impak yang signifikan kepada pemerintahan di Malaysia, namun, Hulu Selangor seharusnya menjadi medah pertaruhan yang jitu antara Pakatan Rakyat dan BN.

Rasuah Pilihanraya


Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh

Umno/BN sekali lagi menunjukkan betapa kecilnya maruah setiap pengundi di Malaysia ini dengan sogokan pilihanraya yang sudah dimulakan di Hulu Selangor mutakhir ini. TPM mengumumkan 4 sekolah baru dan juga projek tebatan banjir dan PM pula mengumumkan projek perumahan Felda yang bernilai RM 32 Juta juga di Hulu Selangor. Malah untuk meraih sokongan pengundi Cina, sebuah sekolah bantuan kerajaan aliran Cina akan dibina di Hulu Selangor. Semua ini dijanjikan Umno/BN menjelang piliharaya kecil Hulu Selangor.

SPR mahupun Polis seharusnya menghalang sebarang bentuk kempen pilihanraya selagi proses penamaan calon belum selesai kerana ianya jelas bertentangan dengan prinsip peraturan pilihanraya.

Dalam pada itu badan pemantau pilihan raya, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel) membidas tindakan kerajaan menyogok pengundi Hulu Selangor dengan limpahan projek perumahan dan sekolah.

Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata Umno-BN sekali lagi menunjukkan ia tidak menghormati proses pilihan raya demokratik, dan menggesa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak tegas terhadap parti itu.

"Ini satu jenis kempen dan kalau berbalik kepada peraturan pilihan raya dia merupakan satu kesalahan peraturan pilihanraya.

“Jadi seharusnya pihak SPR memberikan amaran dan kemudian mungkin mengambil tindakan supaya mengeluarkan arahan supaya tidak ada berlaku apa-apa kempen sekarang sehinggalah apabila hari penamaan calon," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Mafrel, pihak kerajaan mungkin mendakwa apa yang dilakukan mereka itu dalam rangka menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat jawatan kerajaan tetapi hakikatnya ia jelas berunsurkan kempen.

Dan sekali lagi Umno/BN membuktikan kebenaran hakiki bahawa mereka sebenarnya tidak adil dalam memerintah Malaysia.

Saturday, April 3, 2010

Hulu Selangor..Pertembungan Dua Gergasi

Seperti kebiasaanya, kali ini Hulu Selangor akan menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia setelah SPR mengumumkan tarikh PRK Hulu Selangor pada 25 April 2010 nanti. Siapakah calon untuk BN mahupun PKR nanti akan ditentukan sedikit masa lagi dan percaturan kali ini dilihat begitu simbolik dan sengit antara Pakatan Rakyat dan BN. Kemenangan bagi sesiapa pun tidak mungkin akan mengubah senario pemerintahan negara buat masa ini. Namun, bagi BN mahupun Pakatan Rakyat , Hulu Selangor merupakan medan pertembungan yang kritikal untuk menilai tahap penerimaan rakyat terhadap kedua-dua kuasa besar politik negara.

Buat masa ini , Najib berbangga dengan langkah-langkah beliau menjenamakan pemerintahan beliau yang menurut pemerhati politik sedikit sebanyak telah menaikkan dan menjulang nama beliau dipersada politik tanahair walaupun sebenarnya lebih retorik daripada keadaan yang sebenarnya. Yang pastinya, Najib dan BN sedikit sebanyak telah berjaya menukar haluan atau lebih tepat memesongkan tumpuan masyarakat daripada kes-kes berprofil tinggi seperti kematian 'Teoh Beng Hock' dan 'Pembunuhan Altantuya'malah rampasan kuasa di Perak juga sedikit sebnyak dapat dimanipulasikan oleh Najib dan BN.

Kemelut politik Najib sebenarnya parah jika beliau tidak bertindak memadamkan api kemarahan rakyat dengan memesongkan pandangan rakyat kepada cerita-cerita kebaikkan yang dicanang beliau semaksima mungkin seperti 1Malaysia dan kenaikkan gaji Polis. Malah setiap pelusuk daerah yang dilawati beliau digembar-gemburkan oleh media-media dengan meluas dan sedikit sebanyak dapat memulihkan calar yang terpalit semasa pertama kali memegang tampuk pemerintahan negara.

Senario katak-katak politik yang berpaling tadah juga mungkin telah berjaya mempengaruhi pandangan sebahagian pengundi atas pagar untuk kembali menyokong Najib. Namun disebalik kemeriahan yang dicanang Najib dan BN , masih ada sebahagian lagi rakyat berpendapat Najib sebenarnya bermimpi disiang hari andaikata berpendapat beliau telah berjaya mengembalikan sokongan rakyat kepada beliau. Kemungkinan sokongan kembali kepada Najib sebagai Perdana Menteri namun untuk digunapakai untuk memberi impak kepada pilihanraya kecil adlah tidak tepat. Senario pilihanraya kecil adalah berbeza kerana lebih tertumpu kepada isu-isu tempatan.

Namun yang pastinya seperti biasa BN sudah pun mengorak langkah mereka mengeksploitasi pelbagai agensi kerajaan untuk diguna semaksima boleh oleh jentera BN menjelang pilihanraya kecil Huklu Selangor nanti. Dan tidak mustahil jika penduduk - penduduk Hulu Selangor akan menerima kunjungan setiap hari dari segenap pemimpin-pemimpin BN yang 'berjiwa rakyat' setiap kali pilihanraya kecil diadakan. Tidak mustahil kita dapat melihat keperihatinan pemimpin-pemimpin ini bergelumang dengan peluh dan keringat penduduk tempatan bagi menyatakan simpati mereka terhadap penduduk-penduduk tersebut.

Hulu Selangor pastinya menjanjikan perhitungan yang sengit dinilai daripada senario dan keadaan politik semasa. Kemelut kepimpinan parti gabungan BN seperti MCA , MIC mahupun PPP yang belum berkesudahan sedikit sebanyak dapat mempengaruhi pertimbangan pengundi-pengundi Hulu Selangor. Kesekepakatan Pakatan Rakyat juga akan dinilai sepenuhnya oleh rakyat kerana bagi mereka tempoh 2 tahun Hulu Selangor dibawah PKR dan negeri Selangor khasnya sudah boleh diguna pakai oelh pengundi-pengundi Hulu Selangor. Pun begitu pengundi-pengundi di Hulu Selangor diharap dapat menilai dengan adil dan saksama demi kepentingan politik Malaysia dan kesinambungan keadalan dapat diteruskan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.