Tuesday, January 25, 2011

Normala Sudirman....


Tenang yang selama ini tenang begempita dengan laungan takbir ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! sepanjang jalan menuju ke pusat penamaan calon Sabtu lepas....Gegak gempita laungan keramat ini menyaksikan puluhan ribu manusia beriringan bersama saf kepimpinan Pakatan Rakyat berarak kemas mengiringi Cikgu Mala calon Pas untuk Dun Tenang. Cikgu Mala pejuang kerdil di Tenang jika hendak dibandingkan dengan calon BN seorang ADO merupakan yang terbaik Pas tonjolkan untuk membela nasib rakyat di DUN Tenang ini.

Kelibat beliau yang selama ini jelas dilihat di merata tempat di Tenang sebagai aktivis Muslimat Pas semakin diterima rakyat berbilang kaum. Meskipun BN melalui MCA mhupun Umno serta MIC cuba memepermainkan isu - isu sensitif, rakyat semakin terbuka untuk menerima Cikgu Mala dek kerana keterbukaan kepimpinan Pakatan Rakyat terutamanya DAP yang semakin hari dilihat mulai memahami Islam.

DAP yang sebelum ini digembar gemburkan oleh media pro Umno sebagai penentang Islam kini dilihat lebih bersikap professional jika hendak dibandingkan dengan MCA mahupun MIC yang telah bersama Umno setengah abad. Tahap kefahaman kepimpinan BN dari parti komponen mereka tentang Islam jelas telah terpesong. Malah ada yang berani serta celupar untuk membuat kenyataan yang mereka sendiri tidak faham kerana bagi mereka apa yang dilakukan Umno halal semata - mata biarpun ianya jelas terpesong dari ajaran Islam.

DAP yang semakin hari semakin memahami Islam melalui kepimpinan Pas mula mencerminkan keperibadian yang lebih toleran jika dibandingkan dengan "kebodohan" kepimpinan MCA tentang Islam. Jelas sekali setengah abad bersama Umno tidak memberi apa-apa makna mahupun kelebihan kepada MCA dan Umno sememangnya telah gagal memberi gambaran yang jelas kepada MCA tentang Islam. Tahap pemahaman MCA tentang Islam jauh menyimpang dari landasannya kerana bagi mereka apa yang dilakukan oleh kepimpinan Umno walaupun tidak memenuhi tuntutan Islam , adalah benar belaka.

Rakyat Tenang akan membuang undi mereka beberapa hari saja lagi, dan Cikgu Mala seharusnya menjadi pilihan mereka kerana rakyat semestinya lebih memerlukan perubahan tampuk pemerintahan yang lebih ikhlas dan bersih dari segala gejala rasuah...

Sunday, January 23, 2011

BN Semakin Bercelaru...

Mutakhir ini semakin lama semakin bercelaru tindakan BN yang tersepit akibat perbuatan mereka sendiri. Serba tidak kena segala tindak tanduk Najib bersama - sama barisan kepimpinan yang semakin hari semakin ditolak rakyat. Rakyat hari demi hari semakin bijak menilai betapa selama ini BN hanya pandai memutarbelitkan fakta dan hanya mencerminkan kebaikan mereka sahaja melalui media-media 'goblok' mereka. Sedangkan rakyat dapat menilai hari demi hari keburukan pemerintahan BN dan corak pemerintahan BN berserta konco-konconya lebih mendatangkan keburukan kepada rakyat semakin terserlah kepada nilaian rakyat.

Negara kita yang mempunyai kepelbagaian sumber asli hasil bumi seharusnya lebih menyerlah dari negara jiran Singapura dan Thailand namun semakin ketinggalan akibat kegagalan pemerintahan BN selama lebih setengah abad. Kekayaan negara yang terhakis akibat ketirisan serta pembaziran yang berleluasa telah menjadikan kita rakyat Malaysia semakin dihimpit kesempitan hidup. Negara yang mempunyai sumber asli yang dicemburui negara jiran semakin dihimpit hutang luar negara yang berjumlah berbillion-billion ringgit. Terbaharu, negara dikejutkan pula dengan laporan dari luar yang menyatakan hampir RM888 billion ringgit aliran wang modal keluar dari negara dari tahun 2000 hingga 2008 yang lalu secara haram.

Berleluasanya rasuah yang sinonim dengan pemerintahan BN telah berjaya 'mempapakan' rakyat selama ini. Kekalutan politik BN sekarang ini adalah hasil dari kemelut dalaman mereka ditambah pula dengan keadaan rakyhat yang semakin dihimpit desakan hidup. Seluruh rakyat seharusnya lebih bersikap terbuka untuk menegakkan keadilan yang selama ini dirampas oleh pemerintahan BN .

BN pula semakin hari semakin galak untuk mencetus polimik ketidakstabilan hubungan kaum kerana jalan untuk mereka mengambil hati rakyat yang berbilang kaum ini dan melalui parti-parti politik 'assobiyah' mereka adalah dengan menakut-nakutkan rakyat perihal ketuanan bangsa masing-masing. Umno melalui ketuanan Melayu yang digembar genburkan pemimpin mereka terus menerus memainkan isu kehilangan kuasa andaikata Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Umno melalui sumber media - media pengampu mereka terus menjadikan isu ketuanan Melayu sebagai agenda untuk menagih simpati orang Melayu. Isu-isu serta polimik yang menyentuh hak-hak orang Melayu sengaja diadakan untuk meunjukkan bahawa Umno jaguh mendokong hak Melayu. Namun, hakikatnya, Umno yang merupakan pngkhianat kepada orang - orang Melayu selama ini.

Pun begitu adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit mempertahankan hak mereka dan mula memberi isyarat kepada BN untuk berundur secara gentlemen pada PRU 13 nanti.

Wednesday, January 5, 2011

Sampaikah Hajat....?

Kemelut politik tanahair semakin bercelaru dan semakin menghimpit rakyat hari demi hari selama Najib mengambil alih pemerintahan negara dari Pak Lah. Seperti selazimnya, Najib hanyalah umpama meimpi ngeri rakyat seperti pemimpin-pemimpin terdahulu. Indahnya perlantikan Najib hanyalah lebih kepada gimik dan slogan semata, walhal, rakyat terus menderita hari demi hari dengan pelbagai kerenah kerajaan korup BN.

Rasuah yang dahulunya ingin diperangi habis-habisan sejurus selesai perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri , kini menjadi agenda yang lapuk ditelan masa saling tak tumpah seperti memanda menteri yang terdahulu.

Kenaikan sara hidup yang semakin hari semakin menghimpit rakyat terus tidak diendah kerajaan Najib. Malah inflasi yang melebihi peratus kenaikan tahunan kebanyakan rakyat tidak pula menjadi satu kerisauan kepada kerajaan sekarang. Lebih menyakitkan hati, rakyat terus dimomok dengan perlunya pengurangan subsidi sedangkan BN terus menerus mempergunakan dana kerajaan sewenangnya.

Ketirisan terus berlaku hari demi hari, perbelanjaan diluar daripada harga terus menjadi agenda utama kerajaan BN. Selanjutnya, pemimpin-pemimpin BN langsung tidak menunjukkan rasa simpati terjadap tahap keselesaan rakyat yang semakin terjejas akibat kenaikan kos sara hidup hari demi hari. Kejutan harga barang yang naik hari demi hari tidak langsung mendapat simpati kerajaan BN. Malah, mereka pula seakan menjadi juruckap kepada sekalian peniaga dan pemborong seakan membela nasib mereka-mereka ini yang kononnya tertindas dan terjejas teruk.

Acapkali, BN seperti kerasukan hantu apabila berbelanja sewenangnya setiap kli PRK kecil diadakan dan terus menggunakan kuasa memerintah mereka untuk menggunakan segala kemudahan yang sepatutnya dikongsi rakyat seluruh negara. Sedangkan rakyat terus dihimpit kemelut kemiskinan yang semakin meruncing..

Sampaikah hajat rakyat pada tahun 2011 ini untuk mengheret BN keluar dari Putr Jaya dan kembalikan kegemilangan kuasa rakyat yang selama ini terpendam???