Sunday, August 28, 2011

Perutusan Hari Raya Aidil Fitri TGNA

Pecutan Terakhir...



Ramadhan 1432 tinggal hanya beberapa hari saja lagi, peluang untuk umat Islam keseluruhannya untuk berlumba-lumba mengejar limpahan ganjaran Allah semakin hari semakin suntuk. Pun begitu, kami di Kepala Batas seperti kelazimannya meningkatkan usaha mendekati golongan yang memerlukan bantuan semampu kami..


YDP meredah malam menyantoni mereka yang memerlukan bantuan





Tak dilupakan juga Warga Emas



Golongan ibu-ibu tunggal juga menerima bantuan

Tuesday, August 23, 2011

PROGRAM IFTAR MTD PINANG TUNGGAL




Tanggal 21 Ogos 2011 / 21 Ramadhan 1432 , MTD Pinang Tunggal berjaya menyemarkkan Ramadhan tahun ini dengan aktiviti Iftar serta pemberian sumbangan kepada fakir miskin dikawasan Dun Pinang Tunggal. Majlis yang turut disertai oleh YDP Kawasan, Ustaz Rosidi Hussein telah dengan jayanya dipengerusi oleh NYPD Kawasan Kepala Batas , En Md Akhir. Majlis turut sama diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat Ketua Penerangan Majlis Ulamak Pas Pusat , Ustaz Nik Ahmad Zawawi, yang sudi memberikan santapan rohani menjelang waktu berbuka puasa....



Ustaz Nik Ahmad Zawawi Menandatangani Buku Lawatan Balai Islam Pas


YDP Kawasan Ustaz Rosidi Menyampaikan Bantuan


Wakil Kepada Aktivis Veteran Pas Hj Saad

Sunday, August 14, 2011

Menuju Negara Berkebajikan




Bersempena dengan Ramadhan seiring dengan matlamat menuju ke pembentukan Negara Berkebajikan, PAS Kawasan Kepala Batas dibawah naungan YDP Ustaz Rosidi Hussain meraikan sebilangan anak-anak yatim serta golongan yang tidak bernasib baik pada Sabtu 13 August 2011 di Pejabat Kadun Penaga. Ustaz Rosidi yang juga merupakan penyelaras Kadun Penaga dalam ucapannya menyentuh perihal kepentingan kita untuk terus menyempurnakan tanggungjawab kita yang berkemampuan untuk terus mendokong aktiviti seumpama ini secara berterusan.



Kadun Penaga merupakan tempat termiskin di Pulau Pinang walaupun Umno telah memegang tampuk kuasa sejak merdeka lagi. Sebagai penyelaras Kadun Penaga, Ustaz Rosidi dibantu JKKK yang dilantik kerajaan negeri gigih membantu semampu mereka memberi bantuan secara berterusan tidak kira aliran politik penduduk setempat biarpun Umno terus berkuasa dikawasan tersebut.



Ustaz Rosidi menyampaikan bantuan



Monday, August 8, 2011

Safari Ramadhan 2

Pas Cawangan Taman Bertam Indah mengambil inisiatif menjejaki golongan yang tidak bernasib baik sepanjang Ramadhan 1432 bagi menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan harian dan wang belanja. Program yang kedua kali ini dibawah bimbingan Ketua Cawangan dan juga YDP Pas Kawasan Ustaz Rosidi Hussain.



Sasaran untuk mencari seramai mungkin golongan yang tidak bernasib baik disekitar Kawasan Kepala Batas menjadi agenda utama sepanjang Ramadhan kali ini. Atas usaha AJK-AJK Cawangan yang bersama-sama berganding bahu menjayakannya serta penglibatan ahli-ahli yang mengambil bahagian bersama menyediakan dana untuk program kali ini.





Melalui JKKK setempat, rombongan kami meredah kampung-kampung disekitar Kepala Batas selepas solat Zohor pada Sabtu dan Ahad menjejaki ibu-ibu tunggal serta warga emas yang tidak bernasib baik.





Penat lelah dipetang Sabtu dan Ahad selepas solat zohor hilang melihat sinar mata penerima bantuan yang begitu gembira menerima sumbangan. Dalam keadaan santai rombongan yang diketuai YDP menyantoni mereka-mereka ini dengan penuh rasa rendah diri. Diharap sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.






Hiba melihat keadaan kehidupan mereka walaupun setelah lebih 50 tahun merdeka ada lagi golongan yang hidup dalam kesempitan biarpun 'MELAYU' telah memegang tampuk kuasa lebih dari setengah abad....





Kepada penyumbang dana,Jazakallah diucapkan, dan kepada sesiapa ynag ingin terus membantu menjayakan program ini , sumbangan ikhlas bolehlah diserahkan kepada :

Ustaz Rosidi Hussain 019 4704800 / HJ Semperna Din 012 4218096
Marzuki Abd Razak 012 4309194 / Ishak Salleh 016 4783659


Kecoh

Mutakhir ini kecoh seMalaysia perihal SPR yang semakin hari semakin bercelaru dengan pembongkaran hari demi hari kepincangan SPR menangani pendaftaran pengundi. Pilihanraya yang dijangkakan semakin menghampiri dihimpit keresahan Pakatan Rakyat akan isu pengundi-pengundi yang jelas dimanipulasikan pihak tertentu. Tuntutan Bersih 2 langsung tidak mendapat tempat dihati SPR dan pengamal undang-undang pula seakan menyepi untuk berganding bahu bersama menangani isu daftar pemilih ini. Ada individu yang langsung tidak tahu menahu bahawa mereka didaftarkan sebagai pengundi. Ada yang langsung tidak faham mengapa nama mereka tiba-tiba timbul didaerah undi yang begitu asing bagi mereka...

Dipihak pemerintah pula, isu ini dianggap remeh dan mengulangi pendapat mereka pilihanraya selama ini cukup bersih dari segala manipulasi mahupun kecacatan. Malah, isu kekalahan mereka di 5 buah negeri pada PRU 12 menjadi senjata utama mereka menidakkan penipuan ini. Namun disebalik semua kenyataan yang cuba dijelaskan, samaada Pengerusi SPR sendiri mahupun pemerintah negara, rakyat terus diselubungi dengan daftar pemilih yang boleh dicurigai.

Samada pilihanraya ke 13 nanti akan berjalan dengan lebih bersih bergantung kepada kerajaan sekarang untuk mengambil inisiatif mempertengahkan segala isu yang berbangkit berkenaan daftar pemilih mahupun ketelusan undian pos. Ynag pentingnya rakyat haruslah sedar akan segala kepincangan dalam setiap kali pilihanraya dijalankan. Penambahbaikkan perjalanan proses demokrasi Malaysia mestilah menjadi keutamaan pemerintah dan SPR untuk mengembalikan proses demokrasi yangh sebenarnya.

Rakyat memerlukan kesimbangan dalam politik dimana-mana saja agar ada 'check and balance' antara pemerintah dan pembangkang. Siapapun yang memegang tampuk pemeintahan memerlukan satu sama lain agar tindak tanduk pemerintahan menjadi pemerhatian pembangkang untuk satu perjalanan dan pengurusan negara yang lebih adil.

Rakyat tidak memerlukan pemerintahan yang dimonopoli oleh mana-mana parti sehingga menyebabkan rakyat ditindas dengan pelbagai permasaalahan akibat kuasa ynag mutlak dimonopoli pihak tertentu. Hinggakan proses demokrasi yang sebenar tidak dapat dijalankan sehingga kini akibat penguasaan pihak tertentu. Sepatutnya SPR berada dibawah kuasa parlimen agar pengamal undang-undang dapat bermesyuarah dikalangan mereka bentuk perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan telus dapat dijadikan sandaran oleh rakyat.

Malah rakyat pula dipersalahkan jika inginkan perubahan dalam proses demokrasi berparlimen Malaysia. Kemanakah hala tuju SPR setelah 50 tahun BN memerintah Malaysia?? Kenapa begitu taksubnya Pengerusi SPR yang bertukar satu demi satu untuk terus mempertahankan perjalanan pilihanraya yang jelas memihak kepada pihak pemerintah??