Friday, June 26, 2009



FORUM PERDANA :


HALA TUJU PAKATAN RAKYAT


TAPAK EXPO SEBERANG JAYA, PULAU PINANG


SABTU 27 JUN 2009


JAM: 9:30 MALAM


PENCERAMAH: YB DR MANSOR OTHMAN

YB ZURAIDA KAMARUDDIN

YB USTZ DR MUJAHID YUSOF RAWA

PENGERUSI MAJLIS : YB YUSMADI YUSOFF


sumber : wrlrakira8047

DARI MEJA KETUA CAWANGAN KAMI...

SIAPA AHLI DAN SEKUTU UTAMA `NATO` ???

Salam perjuangan...


Mungkin kita pernah mendengar perkataan NATO. NATO adalah North Atlantic Treaty Organisation atau dalam bahasa melayu bermaksud Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara. Ia merupakan perikatan ketenteraan antara beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat. NATO ditubuhkan pada 4 April 1949 dengan Perjanjian Atlantik Utara. Negara-negara ahlinya bersetuju bekerjasama dari segi ketenteraan kalau salah satu daripada ahlinya diserang. Negara-negara besar seperti Amerika syarikat, Itali, Perancis dan Jerman adalah ahli-ahli utama NATO.


Sebenarnya, apa yang saya nak berkongsi pandangan dengan para Du`at sekelian,`NATO` yang ber`inverted commas` di atas bermaksud No Action Talk Only. Cakap sahaja buat kerja tak jalan.Sebagai peringatan untuk diri saya yang serba kekurangan ini dan para Du`at semua, cakap tak serupa bikin, Allah tak suka. Allah amat membenci kepada mereka mereka yang mengatakan sahaja tetapi mereka tak lakukan apa yang mereka katakan.


Renung dan tenung-tenunglah ayat AlQuran dalam surah As Soff : 2-3.Dalam satu hadith daripada Ibnu Umar Radiyallahu`anhuma.. telah bersabda Rasulullah SAW.. Maksudnya ..`Janganlah kamu semua bercakap banyak selain daripada mengingati Allah `Azzawajalla kerana sesungguhnya bercakap banyak itu akan menyebabkan hati menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah `Azzawajalla adalah mereka yang berhati keras. (Hadith Tirmidzi)


Rasulullah SAW juga menempelak mereka yang suka komplen-komplen sahaja dan cakap-cakap kosong sahaja seperti sabdaannya ` Apabila berkata seorang lelaki itu, orang ramai sekarang ini telah rosak maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak antara mereka`. ( Boleh rujuk kitab hadith Riyadhussolihin, Hadith Muslim).


Oleh itu, rakan-rakan sekelian, Janganlah kita mengisi borang menjadi ahli `NATO` mahu pun `Kelab Penyokong `NATO` atau pun sekutunyaaaaaaa. Sekian.. Wassalam...

COME ONE.. COME ALL


Assalamua`laikum...


Blog PAS TBI Kepala Batas ini masih dalam pembikinan.. masih dalam `constuct` lagi.. masih banyak kekurangannya.. Pelawat2 dan sesahabat yang melawat blog ini.. boleh memberi komen berguna kepada kami untuk kami menampilkan `presentation` yang lebih menarik lagi di masa hadapan..


Kepada ahli-ahli cawangan .. manfaatlah sebaik mungkin blog ini.. Rajin-rajinlah melawat blog ini untuk mengetahui maklumat terkini mengenai aktiviti parti.. Jangan lupa.. sertailah program parti di peringkat cawangan dan juga kawasan kerana sebagai ahli Jamaah Islam PAS ini kita telah mewaqafkan diri kita untuk ditarbiyah.. Jadi penglibatan anda semua adalah kekuatan kita bersama dalam memacu dan memandu PAS sebagai `transport` terbaik dalam mencari `Mardhatillah`..


Sekian .. Wassalam..