Saturday, July 30, 2011

Perutusan Ramadhan YAB TG Nik Aziz : Ramadhan Bulan Hidayah




Firman Allah SWT :

ياأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa..” – Al-Baqarah, ayat 183

Alhamdulillah, sekali lagi tetamu mulia bernama Ramadhan menjenguk ke dalam ruang hidup kita. Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba di destinasinya ia akan terhenti walau apa pun usaha untuk menegahnya daripada berhenti. Syukur kepada Allah SWT, ia masih belum terhenti sehingga ke saat ini untuk membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.

Sebagaimana yang seringkali saya nyatakan sebelum ini, Ramadhan tidak usah lagi disebut sebagai bulan puasa. Kadang-kadang sebutan bulan puasa lebih terkenal dari sebutan bulan Ramadhan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadhan sebagai bulan untuk berpuasa. Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan-tuntutannya sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadhan. Ini merupakan satu kesilapan dalam memahami tuntutan Ramadhan.

Perkara paling penting dalam menyambut Ramadhan ialah taqwa kerana itulah matlamat daripada ibadat puasa. Taqwa tidak lahir melainkan dengan hidayah. Dan hidayah hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah SWT. Hati yang mendapat hidayah akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al-Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota-anggota yang lain.

Hidayah ialah satu benda yang tidak diajar dalam sekular, komunis, kapitalis mahupun sosialis. Tidak pernah ideologi sekular mengajar penganutnya berusaha mencari hidayah. Kapitalis hanya mengajar penganutnya mencari harta kekayaan tetapi tidak pernah menyebut persoalan hidayah. Umat Islam yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi ini hanya akan meratibkan soal-soal lahiriah tanpa menyentuh soal hidayah. Bahkan ia akan dilabel sebagai hak peribadi yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa sekalipun.

Inilah silapnya pemikiran kebanyakan individu masyarakat pada hari ini. Sedangkan hidayah ialah satu nikmat daripada Allah SWT. Di dalam surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membaca permohonan mendapatkan hidayah atau petunjuk ke jalan yang lurus. Firman Allah SWT :

اهدنا الصراط المستقيم

Yang bermaksud : “Tunjukilah kami jalan yang lurus..” – Surah al-Fatihah, ayat 6

Sekiranya hidayah ialah persoalan yang tidak penting, maka apa perlunya untuk dipohon di dalam solat? Apa perlunya untuk sentiasa diangkat permohonan ini kepada Allah SWT berbelas-belas kali dalam sehari? Jawabnya, hidup ini tidak akan bererti melainkan dengan hidayah daripada Allah SWT. Justeru, mereka yang mendapat hidayah dianggap sebagai orang-orang yang mendapat nikmat yang besar. Firman Allah SWT :

صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين

Yang bermaksud : (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. – Surah al-Fatihah, ayat 7

Dan siapa pula orang-orang yang mendapat nikmat tersebut? Mereka bukan semestinya orang-orang yang kaya, berpangkat dan berpengaruh yang pada hari ini dipandang mulia di hadapan manusia kerana kekayaan, jawatan dan pengaruhnya. Mereka ialah orang-orang yang disebut oleh Allah SWT :

مَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ

Yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya..” – Surah an-Nisa’, ayat 69

Selain memohon untuk diberikan hidayah, semarakkanlah Ramadhan dengan bacaan al-Quran sebanyak-banyaknya. Selain membaca, fahamilah makna dan beramallah dengan kandungannya. Al-Quran ialah manual yang diturunkan Allah SWT untuk manusia menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ini kerana bumi ini diciptakan oleh Allah SWT dan manual penggunaannya hanya dikeluarkan oleh Allah SWT. Memahami al-Quran membawa kita mengenali di antara dosa dan pahala, syurga dan neraka. Ia umpama lampu suluh yang menyuluh gelap pekat jahiliyyah. Sebagaimana kita akan mencari lampu suluh untuk menyuluh laluan pada saat malam pekat, demikian juga laluan hidup perlu disuluh agar bercahaya. Lampu suluh kehidupan ialah al-Quran. Inilah penyuluh yang akan menerangi laluan di dunia, alam kubur bahkan apabila bangkit di akhirat nanti. Mereka yang menolak al-Quran hakikatnya menolak lampu suluh yang disediakan oleh Allah SWT. Mereka perlu bersedia untuk menghadapi kegelapan di alam kubur dan kegelapan di hadapan Allah SWT kelak.

Bahayanya masyarakat yang hidup tanpa lampu suluh ini sangat besar. Pengalaman saya bermusafir ke Uzbekistan baru-baru ini cukup mengajar saya bagaimana teruknya masyarakat apabila mengenepikan al-Quran selaku manual hidup. Di bumi yang tersemadinya jasad muhaddis agung al-Imam al-Bukhari Rahimahullah itu, hari ini masih ditadbir dengan nilai-nilai komunis sekalipun Uzbekistan telah merdeka dari Soviet Union,ia masih mengekalkan beberapa dasar yang begitu sekali memberikan kemudharatan kepada Islam. Bumi ini yang pernah melahirkan ulama-ulama besar seperti Imam Bukhari, Abu Laits As Samarkandi, Imam Bahaudin, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tirmizi, Imam Nakhai dan lain-lain, hari ini seolah-olah kehilangan kesemua kebanggaan yang pernah dicatat di dalam sejarah. Masjid-masjid cukup besar namun sunyi dari diimarahkan. Lebih teruk apabila anak-anak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan datang ke masjid dengan alasan belum cukup umur. Akhirnya pendidikan Islam semenjak kecil tidak disemai dan melahirkan masyarakat yang hanya Islam pada nama tetapi tidak pada amalan kehidupan.

Inilah rupa wajah masyarakat yang tidak dibentuk dengan acuan al-Quran. Bagaimanapun, usaha-usaha untuk menyemarakkan dakwah mula berjalan dan saya berharap suatu hari nanti bumi Uzbekistan ini berjaya mengulangi sejarah kegemilangannya insya-Allah.

Apa yang penting, perkongsian ini untuk mengingatkan kita bahawa begitulah bahayanya apabila al-Quran dikesampingkan. Ditambah pula dengan para ulama yang tidak mahu turun ke medan menegakkan pemerintahan yang berlandaskan Islam, sedikit demi sedikit nilai Islam akan dicabut. Apabila ia berjaya dicabut, ia akan mengambil masa yang lama untuk disemai semula.

Justeru, jadikanlah Ramadhan sebagai ruang untuk menyemarakkan al-Quran. Ibubapa berperanan di rumah, guru-guru di sekolah dan kerajaan pula di dalam negara. Semua pihak perlu bekerjasama dan insya-allah saya yakin dengan usaha berterusan, masyarakat umat Islam dapat kembali menghayati al-Quran dalam kehidupan.

Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih mesra Qalbu bagi diri kita berbanding dengan Ramadhan yang telah berlalu.

YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 27 Julai 2011

Saturday, July 23, 2011

Bicara Ku Li...

Ku Li ajak rakyat bersama Amanah lawan penyelewengan
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
July 22, 2011

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah tiba masanya untuk rakyat negara ini bangkit menentang segala penyelewengan yang berlaku termasuk rasuah, kronisme, sikap pelampau dan pembaziran.

Tegas beliau, rakyat jangan membiarkan perbuatan memanipulasikan politik digunakan untuk memecahkan perpaduan rakyat melalui dasar dan keputusan yang memihak kepada pihak yang berkepentingan.

“Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun untuk memecahkan rakyat majoriti melalui dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan minoriti yang berkepentingan.

“Saya memerhatikan dengan hati yang gusar melihat keadaan yang amat merunsingkan iaitu keadaan perhubungan antara kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan jika keadaan ini saya tambahkan lagi dengan perbuatan sesetengah pihak dan orang perseorangan yang secara terang-terangan sengaja merosakkan institusi-institusi perpaduan negara untuk kepentingan mereka,” katanya pada perasmian Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Tegas Tengku Razaleigh (gambar) yang lebih dikenali sebagai “Ku Li”, masa untuk melihat segala penyelewengan yang berlaku sudah tamat dan sekarang untuk bangkit menyatakan pendirian masing-masing.

“Inilah masanya golongan majoriti yang menyepi selama ini mendengarkan suara mereka, inilah masanya ayah yang selama ini senyap untuk bersuara bersama alunan dan jeritan suara yang lain dan bertanya ‘kami mahukan kebenaran, tidak paparan palsu dan penipuan’.

“Inilah masanya suri rumah tangga yang selama ini berdiam diri dan tidak bersuara berkata ‘saya mahukan masa depan anak-anak saya yang bebas daripada segala macam masalah yang dicetuskan oleh pelbagai pihak dan individu politik, ekonomi dan kumpulan sosial yang berkepentingan sendiri’.

“Ini masanya untuk orang muda dan dewasa yang bekerja berkata ‘kami mahu tahu ke manakah arah tuju negara kita dan kami mahu tahu bahawa keputusan dan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik dan benar’,” katanya.

Ahli Parlimen dan Ketua Umno Gua Musang ini berkata, Amanah yang dianggotai beberapa tokoh pemimpin bukan untuk menentang kerajaan tapi adalah untuk hak rakyat.

“Suara ini adalah suara perpaduan, suara solidariti, suara kebenaran dan kita akan berdiri teguh menentang wabak rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau dan pembaziran.

“Kita akan berkata dahulukan kepentingan kebangsaan yakni kepentingan negara dan kepentingan rakyat, ini matlamat kita,” katanya.

Amanah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibarisi beberapa tokoh terkenal tanah air termasuk Datuk Seri Daniel Tajem, Datuk Seri Ong Tee Keat, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis selaku timbalan presiden.

Sementara naib presiden pula dibarisi Wan Saiful Wan Jan, Dr Patau Rubis, Ong Hock Siew, Datuk Mohd Azmi Razak, Ragunath Kesavan, Tan Sri Simon Sipaun dan Mohd Lukhman Ghani.

Amanah dilancarkan dengan enam tujuan utama iaitu mengembalikan legasi, janji-janji dan ideal Bapa Malaysia dan pengasas-pengasas negara ini agar kesemua rakyat Malaysia dapat hidup bersama sebagai satu komuniti yang adil, progresif, bersatu dan gembira.

“Saya berdoa moga-moga kita tidak lagi lepas tangan dan berdiam diri menjadi pemerhati dan tidak terlibat, melihat perkembangan dan berlalu di depan kita, mengharapkan orang lain akan melakukannya.

“Jika kita bersikap demikian bererti kita berada dalam dunia ilusi dan impian dan kita akan menghadapi padahnya apabila padah itu berlaku nanti, kita perlu melakukan sesuatu yang berlain,” tambah Tengku Razaleigh.

Dari: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ku-li-ajak-rakyat-bersama-amanah-lawan-penyelewengan/


Ku Li: Gugur pemusatan kuasa di tangan PM, Peguam Negara
Oleh G Manimaran
June 19, 2011

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar pemusatan kuasa di pejabat Perdana Menteri dan Peguam Negara dikaji balik agar kepentingan rakyat jelata tidak terus terhakis sebagaimana disaksikan sejak tiga dekad lalu.

Dalam pandangan yang lantang terbaru ini, Ahli Parlimen Gua Musang (gambar) itu berkata, cabaran pada hari ini ialah meneliti kembali pemusatan kuasa di tangan individu tertentu termasuk perdana menteri dan mengembalikan persekitaran politik yang “imbang dan periksa” demi rakyat menikmati amalan demokrasi yang tulen.

“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu mendapatkan balik hak-hak kita dalam (negara) demokrasi, bahawa kuasa dan jawatan adalah satu amanah dan tanggungjawab, bukan untuk kepentingan peribadi ataupun sebagai satu peluang untuk memperkayakan diri.

“Kita, sebagai rakyat yang aktif dalam politik dan bertanggungjawab, perlu menekankan semula konsep obligasi sosial dan tanggungjawab awal ke atas mereka yang mahukan jawatan politik. Kuasa ada tugas, bukan satu jawatan,” kata beliau ketika berucap pada majlis Perak Lectures anjuran Perak Academy di Taiping malam tadi.

Bekas menteri kewangan itu berkata, kerajaan juga perlu memikirkan semula dasar-dasar ekonomi negara ini khususnya dalam memfokus objektif nasional yang sangat memerlukan tindakan segera.

“Dasar ekonomi bukan hanya mengenai penjanaan kekayaan tetapi juga memerlukan satu dimensi moral yang mengambil kira kebaikan kesemua rakyat sebagai satu keutamaan berbanding keuntungan (semata-mata),” kata beliau dalam ucapannya yang secara panjang lebar menyentuh perubahan dalam keutamaan negara sejak tiga hingga empat dekad lalu berbanding teras mesej disampaikan ketika perisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka pada 1957.

“Falsafah yang menjadi panduan ialah tanggungjawab (pemegang) jawatan awam. Jawatan awam dilihat sebagai satu tugas, bukan satu peluang (mencari kepentingan diri).

“Jawatan awam juga sebahagian daripada komitmen politik untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil, saksama, kohesi dan seimbang,” kata beliau sambil menambah, elemen-elemen itu disepadukan oleh keperluan tanggungjawab turun-temurun bagi mereka yang akan menggantikan kepimpinan pada masa-masa mendatang.

Justeru kata Tengku Razaleigh, salah satu kerugian besar dalam dunia pemegangan jawatan awam dan politik di Malaysia pada hari ini ialah kehilangan tanggungjawab turun-temurun ini atau yang bersifat generasi.

Katanya, setiap tindakan dan pendekatan kelihatan dikelilingi oleh sikap tamak dan keinginan mahu menjadi bilionair, yang turut membawa kepada piramid kroni dalam parti-parti politik pemimpin yang memerintah dan sekutu-sekutu dalam bisnes.

“Ia kombinasi hierarki kroni politik dan kroni bisnes yang membawa kepada pemusatan kuasa dalam kepimpinan politik semasa dan di pejabat Perdana Menteri,” kata Ketua Umno Gua Musang ini, yang pernah menyaingi Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden Umno pada 1987.

Dr Mahathir yang memegang jawatan perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981 digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Oktober 2003 dan kemudian oleh Datuk Seri Najib Razak sejak April 2009.

Sehubungan itu kata Tengku Razaleigh, pemusatan kuasa di tangan satu individu telah membawa kepada manipulasi sistem politik iaitu institusi-institusi kuasa termasuk media.

Banyak media sama ada akhbar atau stesen televisyen dimiliki oleh parti-parti politik teras dalam Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

Dakwaan sebelum ini menyebut bidang kehakiman turut hilang kebebasan ketika era kepimpinan Dr Mahathir, tetapi perdana menteri keempat itu menafikan perkara tersebut banyak kali.

“Sebagai pertukaran kepada pemusatan kuasa, sikap tamak dan kepentingan peribadi digalakkan menerusi (kepimpinan melalui) teladan dan dalam topeng kesetiaan kaum yang sewajarnya menerima ganjaran,” katanya.

Bertolak daripada itu, Tengku Razaleigh berkata, persekitaran ini wujud di semua parti dalam struktur kuasa yang ada sekarang.

“Situasi ini adalah sesuatu yang sangat bahaya dan sukar untuk dipatahkan sebab pemusatan kuasa sudah wujud sejak tiga dekad lalu,” kata pemimpin kelahiran Kelantan ini.

Tengku Razaleigh juga menarik perhatian bahawa persekitaran itu juga membawa gaya kepimpinan politik “talam dua muka” dan “cakap angin” — seolah-olah mempamerkan kepimpinan ‘cakap tak serupa bikin’.

Malah menurutnya, sikap sedemikian membawa politik yang menggalakkan pendekatan atau amalan mengaburkan maklumat.

“Tema yang ketara ialah polisi menggunakan (elemen) perkauman dan agama di satu pihak dan bercakap mengenai perpaduan di pihak lain dengan menjadikan rakyat sebagai tebusan dalam usaha kekalkan status quo kuasa.

“Akibatnya, kebimbangan mengenai perkauman dan agama mencengkam setiap aspek kehidupan, dalam politik, ekonomi, pendidikan dan pekerjaan, sedangkan realiti semasa tiada kaitan dengan agama atau kaum,” kata beliau.

Dari: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ku-li-gugur-pemusatan-kuasa-di-tangan-pm-peguam-negara/


Ku Li: Melayu tidak rasis tapi dimanipulasi pihak berkepentingan Oleh Syed Mu’az Syed Putra
July 22, 2011

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan orang Melayu bukan rasis tetapi membawa sikap perkauman kerana telah dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan.

Dalam ucapan perasmian Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang diketuai beliau, Tengku Razaleigh (gambar) berkata orang Melayu yang bersifat rasis adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan “kurang Islamik.”

“Saya tahu bahawa orang Melayu termasuk kaum-kaum lain di negara ini tidak rasis dan tidak pernah rasis tetapi bersikap perkauman kerana dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak sebagai ‘komunalis’ yakni kaum yang bersifat perkauman.

“Bagi orang Melayu sikap seperti itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang Islamik mereka cenderung ke arah perkauman atau rasis, berbalik kepada zaman jahiliah sebelum Nabi Muhammad SAW (yang) berdakwah menentang kepercayaan dan fikiran jahiliah,” katanya di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Amanah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibarisi beberapa tokoh terkenal tanah air termasuk Datuk Seri Daniel Tajem, Datuk Seri Ong Tee Keat, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis selaku timbalan presiden.

Sementara naib presiden pula dibarisi Wan Saiful Wan Jan, Dr Patau Rubis, Ong Hock Siew, Datuk Mohd Azmi Razak, Ragunath Kesavan, Tan Sri Simon Sipaun dan Mohd Lukhman Ghani.

Amanah yang dilancarkan hari ini terbuka kepada seluruh rakyat negara ini untuk menyertainya dengan bayaran RM10 (untuk ahli biasa) dan RM100 (untuk ahli seumur hidup).

Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan “Ku Li” berkata Amanah bukan sebuah pertubuhan pendesak atau mahu bermain politik.

“Kita berkumpul sebab kebanyakan daripada kita secara tulus berasa amat prihatin dan risau, gundah dan sedih melihat apa yang berlaku di negara kita yang tercinta.

“Warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama jangan berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap salah laku buruk dan keadaan yang dasyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku.

“Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara kita selama ini akan hancur musnah,” katanya dalam ucapan yang bertajuk “Suara Menuntut Kebenaran, Keadilan dan Rasa Timbang Rasa.”

Tegas Ahli Parlimen dan Ketua Umno Gua Musang ini, pihaknya akan cuba mengembalikan nilai-nilai teras dalam membina kehidupan perpaduan dan sikap menerima antara satu sama lain.

“Rakyat mahukan perubahan dan mengharapkan perubahan dan kita mempunyai misi yang cukup mendesak untuk bergerak menuju ke arah itu, kini terserah kepada kita semua untuk melakukan perubahan.

“Saya ingin menggalakkan saudara menghubungi saudara-mara dan sahabat handai untuk menolong kita mendapatkan sokongan mereka terhadap usaha mulia ini... mari kita pacukan gerakan ini sampai ke tahap dapat menjangkit ke seluruh negara,” katanya.

Amanah dilancarkan dengan enam tujuan utama iaitu mengembalikan legasi, janji-janji dan ideal Bapa Malaysia dan pengasas-pengasas negara ini agar kesemua rakyat Malaysia dapat hidup bersama sebagai satu komuniti yang adil, progresif, bersatu dan gembira.

Selain itu Amanah juga bertujuan memperakui, menegakkan semula dan menghormati kedaulatan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia, memastikan institusi-institusi kebangsaan menghormati dan mempertahakan undang-undang, prinsip demokrasi, hak dan nilai-nilai universal.

Ia juga bersandarkan tujuan menyokong kerajaan dan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab, berdaya saing dan berkesan, bebas rasuah dan kronisme, bersih dan jujur, adil dan amanah yang boleh menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

Selain itu kata Tengku Razaleigh, beliau sendiri akan turun ke seluruh negara untuk meruntuhkan “tembok” persengketaan antara satu sama lain.

“Jangan lagi majoriti daripada kita yang selama ini membisu tidak dipedulikan di negara yang menjadi kebanggaan dan sanjungan kita.

“Jika misi ini dikendalikan dan diuruskan dengan betul, jujur dan ikhlas negara kita yang bertuah dan hebat ini boleh menjadi satu ruang dan tempat untuk melahirkan kemakmuran dan keamanaan untuk semua,” katanya.

Dari: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ku-li-melayu-tidak-rasis-tapi-dimanipulasi-pihak-berkepentingan/

Saturday, July 16, 2011

Bersih..Harapan Baru

Deruman kereta tidak kedengaran langsung sepanjang jalan Tuanku Abdul Rahman dari stesyen LRT Bank Negara menuju ke Masjid Jamek pagi 9 Julai 2011. Bandar Kuala Lumpur umpama diserang garuda..sunyi dan sepi. Tiada langsung kelihatan deruan kereta, tiada langsung kelihatan 'Mat Bangla' , malah tiada juga kelihatan bas-bas mini wilayah yang sentiasa sibuk dijalanan....Nampaknya, PDRM dibawah telunjuk IGP Umno, amat berjaya mengekang aliran lalu lintas pada pagi itu.

Namun, kekangan ini langsung tidak memberi kesan kepada puluhan ribu rakyat untuk membanjiri jalan menuju stadium keramat 'Stadium Merdeka'. Rakyat dari seluruh negara beduyun-duyun menongkah arus kekangan polis bersatu hati menuntut pilihanraya yang bersih. Deruman enjin diganti dengan laungan takbir...tempik sorak serta jeritan rakyat berkumandang tatkala disembur gas pemedih mata mahupun pancutan air yang cuba menghalang kemaraan rakyat menuju stadium.

Rakyat berbilang bangsa tak kira tua dan muda bersatu hati mahukan perubahan demi masa depan generasi akan datang. Jika difikirkan apa faedahnya ? Apa rasionalnya berhimpun ?

Buat pertama kalinya ada diantara kami merasa pedihnya gas pemedih mata, buat pertama kalinya kami dikejar polis dan buat pertama kalinya hati ini pengalaman baru menyelubungi hati yang berdebar dan bersemangat untuk menentang kebatilan.

Bersih 2 yang julung kali kami sertai memberi kesan yang amat mendalam pada setiap peserta. Kekangan pihak berkuasa melalui media massa, sekatan jalan raya malah ugutan penangkapan sedikit sebanyak menimbulkan persoalan dikalangan kami. Namun setelah melihat sambutan rakyat dari setiap lapisan masyarakat , tua muda , lelaki dan perempuan, malah berbilang bangsa memberi satu kekuatan dihati kami untuk terus bersama-sama rakyat yang lain menuntut keadilan.

Pasca Bersih 2 pula lebih menyakitkan hati lantaran tohmahan demi tohmahan keatas rakyat terus dimainkan media. Malah ada pemimpin-pemimpin Umno melabelkan rakyat sebagai pengkhianat negara kerana inginkan ketelusan. Kami dicemuh, malah ada yang sanggup memutarbelitkan fakta untuk terus menafikan hak rakyat kepada sebuah pilihanraya yang adil. Pecacai-pecacai dari cerdik pandai pula berduyun-duyun mengutarakan komen-komen yang jika dibandingkan dengan segala sijil yang ada pada mereka selama ini seharusnya dibuang kedalam tong sampah.

Najib pula seperti biasa menafikan hak rakyat dan terus mempertahankan SPR sebagai telus dan saksama dalam mengendalikan pilihanraya. Alasan bahawa Pakatan berjaya menafikan majoriti 2/3 dalam dewan rakyat diulang kali dan menjadi alasan untuk terus mempergunakan SPR. Namun, Najib perlu sedar, jika SPR lebih telus dalam PRU 12 yang lalu, Pakatan Rakyat sebenarnya sudah membentuk kerajaan bukannya BN.

Kepimpinan PDRM pula seperti cuba berdolak dalik setelah keganasan yang dilakukan mereka mendapat kecaman masyarakat dunia. Sesetengahnya menjadi seperti cacing kepanasan cuba mengenepikan fakta yang jelas terpampang dimedia-media elektronik masa kini. Keganasan FRU serta Polis menangani pendemo jelas menyalahi hak rakyat dan terus menjadi bualan seluruh dunia lantas mereka cuba pula untuk menyalahkan rakyat sebagai pencetus provokasi. Kepada PDRM , usahlah terus menerus menegakkan benag basah sehingga mencerminkan kebodohan sendiri. Rakyat sekarang ini celik IT malah dapat menilai yang mana kebenaran dan yang mana pembohongan.

Kerajaan seharusnya lebih gentlemen untuk menilai tuntutan Bersih 2 untuk satu pilihanraya yang adil dan saksama dan memberi kebenaran sepenuhnya kepada rakyat untuk memilih barisan kepimpinan yang benar-benar disenangi rakyat.......

Thursday, July 14, 2011

WORLD BERSIH

BERSIH KUALA LUMPUR


BERSIH PORTLAND


BERSIH SAN FRANCISCO


BERSIH OTTAWA


BERSIH OSAKA


BERSIH NEW ZEALAND


BERSIH NEW YORK


BERSIH MELBOURNE


BERSIH LONDON


BERSIH HONG KONG

BERSIH GENEVA


BERSIH WASHINGTON DC


BERSIH CANBERRA


BERSIH SYDNEY


BERSIH ADELAIDE


BERSIH FRANCE

Monday, July 11, 2011

Bersih



Kata arwah mak, apa-apa pun yang kita buat mestilah BERSIH...Kalau berpakaian, pakai pakaian yang bersih... kalau makan, makan makanan yang bersih...kalau minum , make sure minum air bersih ... bak kata, semuanya mestilah bersih kerana kebersihan mencerminkan keimanan...

Tapi, yang herannya, kenapa pula bila rakyat mahukan kebersihan dalam pilihanraya, rakyat ditolak mentah-mentah..Rakyat dikatakan cuba bermain api , cuba mencetuskan huru hara, cuba juga untuk mencetuskan ketidakstabilan politik ? Malah ada yang sanggup mengatakan , rakyat dipengaruhi anasir luar kerana cuba menyatakan pendirian mereka ?

Mungkin juga demonstrasi jalanan bakal menjadi satu krisis jika tidak ditangani dengan baik..mungkin juga akan ada kejadian huru hara akibatnya , jika ada provokasi..mungkin juga ada peniaga-peniaga yang rugi semasa demonstrasi nanti...Tapi jika ianya dikawal selia oleh pihak polis dengan baik..ini semua tidak akan menjadi satu halangan. Bukan kita tidak biasa menganjurkan perarakan besar ? Maulud Nabi, Hari Kemerdekaan malah citra warna juga mendapat sambutan puluhan ribu rakyat..tapi tidak pula kedengaran huru hara berlaku.



Bersih 2 baru sahaja berakhir dengan jayanya biarpun ditentang habis-nabisan oleh pihak polis atas arahan kerajaan, rakyat puluhan ribu terus mara menuju Kuala Lumpur. Birpun, tembakan gas pemedih mata mahupun pancutan air dari pihak FRU hari itu, rakyat bangkit menyatakan pendirian mereka, mereka mahukan pilihanraya yang bersih dari segala anasir-anasir penipuan.

Tuntutan-tuntutan yang dibuat bukannya memerlukan perubahan kearah keburukan, malah bukannya inginkan sesuatu yang diluar kemampuan SPR mahupun kerajaan. Yang pastinya, rakyat dapat menilai dengan waras apa yang selama ini diamalkan SPR perlukan pembaikan kerana jelas pilihanraya selama ini memerlukan anjakan paradigma jika ingin melihat demokrasi yang sebenarnya dipraktikan di Malaysia.




Sekalung Tahniah kepada seluruh rakyat yang menyertai Himpunan Bersih 2 tahun ini, kerana anda berjaya membuka mata seluruh rakyat Malaysia yang lainnya. Diharap yang lainnya akan terus menjadikan Bersih 2 sebagai wadah untuk membuktikan kepada kerajaan, rakyat akan bangkit di PRU 13 nanti dan nantikan perubahan yang lebih besar InsyaAllah.....

Wednesday, June 29, 2011

Durian

Mungkin tidak terlambat lagi untuk memperkatakan sedikit tentang Durian untuk kita sama - sama berpengetahuan tentang jenis - jenis Durian di tempat kita ini.

Bila sentuh bab Durian, ada saja cerita yang menarik tentang Durian. Ada yang sanggup berbelanja besar hanya untuk Durian, ada yang sampai terperuk di hospital, juga disebabkan durian dan ada juga yang bermasam muka dengan rakan hanya disebabkan sebiji buah durian. Namun, ada juga kisah yang baik tentang Durian ini. Durian boleh mengeratkan silaturrohim sesama jiran..bak perpatah "orang memberi kita merasa".

Dan bila makan Durian beramai-ramai dan sambil berebut-rebut , dapat juga mengeratkan ukhuwwah sesama sahabat handai.Masa makan Durian jugalah, akan terpacul pelbagai cerita yang lucu dikongsi bersama-sama rakan.

Durian ini ada pelbagai jenis..Kampung, Kahwin dan Siam. Ada yang bentuk buahnya lonjong , ada yang bulat , ada yang macam kucing tengah tidor dan ada yang macam udang merah bentuknya. Rasanya pula, ada yang manis , masam dan yang paling saya suka pahit - pahit manis....


Kita di Penang amat bertuah kerana dianugerahkan ALLAH dengan pelbagai jenis Durian yang paling sedap di dunia. Namun, sedarkah kita atau insafkah kita selama ini dengan nikmat yang ALLAH berikan kepada kita. Jenisnya saja ada berbagai, rasanya pula berlainan pula..hatta baunya juga boleh menyebabkan kita kagum dengan kebesaran ALLAH.


Nama - nama Durian ni pulak berbagai - bagai. Tapi yang peliknya kebanyakan Durian ini namanya lebih kepada nama-nama yang diberikan oleh bangsa Cina...Mungkin sebabnya orang Melayu ni tak berapa nak peduli sangat buah Durian. Kita ni tau makan saja. Ang Heh , Hor Loh , Ang Sim dan Khun Poh, adalah antara nama-nama Durian yang terkenal di Penang. Dan terserlah kelainan baunya, warnanya dan juga rasanya. Tapi yang pasti , setiap nama buah Durian ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Dalam kita menikmati buah Durian ini , haruslah kita berhati-hati juga dengan keburukkan yang ada padanya jika dimakan terlampau lebih . Tak salah saya, kandungan gula dan kolestrol durian juga tinggi. Jadi mereka yang memang ada penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis...berpada-padalah. Kena pula dengan lemang atau pulut lemak...boleh tersandaq ...

Tapi sebelum buah rambai keluaq..cepat - cepatlah pekena Durian..sebab orang - orang dulu cakap , bila rambai keluaq..petandanya musim buah Durian dah habih.

Sunday, June 26, 2011

Umno atau Pas...?

Apa bezanya antara Umno dan Pas ? Tanya seorang sahabat yang merupakan pendokong kuat Umno pagi Ahad lalu....Apa yang hendak Pas perjuangkan sehinggakan sanggup menentang pemerintah Muslim dan sanggup pula bersekongkol dengan Dap dan Pkr demi kuasa, tambahnya lagi...Apakah selama ini Umno telah merosakkan Islam ? Apakah selama ini syiar Islam tidak berkembang di Malaysia dibawah pemerintahan Umno ? Selagi Umno memegang tampuk pemerintahan, Umno akan menjaminkan Islam terus berkembang di Malaysia dan akan terus menjadi agama rasmi Malaysia..tambahnya lagi. Jadi apa yang Pas perjuangkan selama ini sinonim dengan perjuangan Umno, dan kesimpulannya, Pas tidak perlu menentang Umno..malah seharusnya Pas membantu Umno mana yang patut bukannya menentang Umno.....Begitulah akhir kalam sahabat saya Ahad lalu...

Alangkah baik jika apa yang dikatakan beliau mengenai Umno semuanya benar ...Alangkah baik jika Umno benar-benar perjuangkan Islam selama ini...Bersyukur kita jika pemimpin-pemimpin Umno menjadikan Islam sebagai panduan dalam segala tinndkan mereka selama ini. Malah Pas mungkin tidak ujud jika Umno mentadbir negara berlandaskan hukum Islam selama ini...

Pemimpin-pemimpin Umno dari dulu hinggalah sekarang lebih mesra dengan maksiat dan penyelewengan. Umno lebih rela bersekongkol dengan Mca dan Mic yang jelas sependapat dengan Umno, lebih rela kepada negara sekular dari Islam. Bagi Umno, Mca dan Mic walaupun menentang Islam, pemimpin-pemimpin mereka lebih arif akan tindak tanduk Umno kerana sealiran dengan mereka. Bagi Umno, pemimpin-pemimpin Mca yang korup adalah lebih mulia dari pemimpin-pemimpin Pas. Umno rela berpandukan Mca dari cuba mendalami hukum - hakam Islam dalam pemerintahan mereka seharian. Jika benarlah Umno inginkan Islam membangun, kuasa memerintah selama 50 tahun ini tiada langsung kearah melaksanakan hukum hakam Islam dalam pemerintahan. Ynag dibanggakan hanyalah syiar-syiar umpama mendirikan masjid yang indah-indah. Menjadikan cuti - cuti berkaitan dengan Islam satu kewajipan.

Lihat saja akan tingkah laku pemimpin-pemimpin Umno baik yang berjawatan besar mahupun yang sekecil-kecil kuman dalam Umno di kawasan-kawasan kita. Semuanya mengejar keduniaan yang melampau. Jika yang kecil pun sanggup berbuat onar menipu kesana kemari demi projek, apatah lagi yang berjawatan besar. Sanggup menggadai agama untuk mencapai kesenangan dunia , malah sanggup pula mempersendakan hukum agama demi kuasa.

Jika dinilai antara Umno dan Pas, jelas Umno 'champion' sebagai perosak bangsa dan agama. Bantuan sekolah agama rakyat, tulisan jawi malah mempersendakan hukum Islam seperti hukum hudud menjadi mainan kepimpinan Umno selama ini. Malah pemimpin - pemimpin Umno sanggup pula menggadai maruah agama dan bangsa demi kuasa. Jadi ingin dinali samada Umno lebih Islamik dari Pas...'jauh panggang dari api'.

Jadi kepada seluruh ahli-ahli Umno, renungkanlah dengan lebih ilmiah dan dengan mata hati agar tidak terus terpesong dari landasan agama. Pemimpin rasuah menjadi sanjungan, hukum agama menjadi mainan malah akhlak pemimpin serta keluarga menjadi taruhan Umno selagimana ingin berkuasa...Renungkanlah bersama...

Sunday, June 19, 2011

Pembaharuan....



Muktamar Pas sudah pun melabuhkan tirainya, Saf kepimpinan yang baru sudah pun dilantik perwakilan, usul-usul sudah pun diluluskan perwakilan...Kepimpinan Pas negeri pun sudah dilantik , jadi tibalah masanya untuk kita seluruh rakyat berganding bahu bersama saf kepimpinan Pas yang baru seiring dengan kepimpinan Pakatan Rakyat mengembalikan kuasa kepada rakyat.

Pas dibawah kepimpinan TGHH diapit kemas oleh Bang Mat dan 3 Naib Presiden , Hj Mahfuz, Sallahudin Ayub dan Husam Musa boleh dikatakan dapat menerajui seluruh rakyat kearah negara berkebajikan kelak. Rakyat seharusnya menarik nafas lega kerana perwakilan Pas bijak menilai keadaan serta kehendak majoriti rakyat yang inginkan perubahan kepada tampuk pemerintahan negara sekarang ini.Dan dengan terpilihnya yang dikatakan golongan profesional Pas serta didokongi pula oleh ulamak-ulamak dalam Pas , rakyat seharusnya bersiap sedia untuk bergerak menuju ke PutraJaya.

Saf kepimpinan Pas yang baru kali ini boleh dikatakan dihormati kawan dari Pakatan Rakyat malah digeruni pula oleh BN. PRU 13 nanti akan menyaksikan Pas dibawah kepimpinan baru ini bergerak seiring dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain untuk bersama-sama rakyat memastikan BN keluar dari PutraJaya dan segala bentuk penindasan serta rasuah akan berkubur bersama BN.

Sebagai langkah pembaharuan ini, Pas dibawah kepimpinan TGHH dilihat mampu mengangkat martabat Islam diMalaysia khasnya malah tidak kekok jika dikatakan Pas akan menggantikan Umno sebagai sebuah parti dominan Melayu Islam nanti. Penantin lebih 50 tahun rakyat mungkin akan menjdi kenyataan sedikit masa lagi memandangkan Umno semakin dijauhi orang - orang Melayu dan Pas telah dijadikan alternatif kerana komitmen serta konsistensi pemimpin-pemimpin Pas berjuang kerah keadilan melalui penerapan Islam dalam wadah perjuangan Pas.

Malah, rakan-rakan bukan Islam dari Dap dan Pkr juga semakin mengenali Islam melalui Pas. Akhlak pemimpin-pemimpin Pas terus menjadi ikutan kepimpinan bukan Islam yang lain dari Pakatan Rakyat kerana mereka-mereka ini mulai melihat keindahan Islam itu melalui kerjasama serta penjelasan berterusan pemimpin-pemimpin Pas.

Umno yang disebut-sebut sebagai parti untuk orang Melayu semakin dilihat ditinggalkan rakyat lebh-lebih lagi oleh generasi muda dewasa ini. Generasi muda Malaysia menjadikan Pas sebagai pengganti kepada Umno kerana Pas dilihat bersih dari pelbagai bentuk rasuah. Malah Pas dilihat lebih sebagai sebuah parti kerana penerapan nilai Islam dalam kehidupan seharian dapat mendidik ahli-ahli Pas agar mendekati Islam dengan mendalam. Aktiviti-aktiviti yang berbentuk memperkuatkan kerohanian jiwa dengan Islam memberi satu bentuk tarbiah halus kepada mereka yang dahagakan penerapan Islam dalam kehidupan seharian.

'Pas for All' mahupun tagline yang baru iaitu 'Menuju Negara Berkebajikan' telah dibuktikan bukan hanya satu 'tagline' tetapi lebih kepada satu bentuk perjuangan menuju kearah kehidupan yang seimbang didokongi dan diimbangi oleh kesempurnaan ajaran Islam itu sendiri dalam kehidupan seharian. Dan tidak mustahil jika suatu hari nanti Pas, akan menjadi sebuah parti dominan Melayu Islam dan rakyat tidak kira samada Islam mahupun tidak dapat menjadikan Pas sebagai wadah perjuangan demi redha ALLAH swt...InsyaALlah.

Saturday, June 18, 2011

Dangkal.....

Kata Rais Yatim, serangan keatas portal-portal serta laman sesawang milik kerajaan sekarang ini ada kaitannya dengan penganjuran Bersih 2 nanti. Tambahnya, ianya didalangi oleh mereka-mereka yang inginkan kekalutan ini dapat memburukkan ime negara dimata dunia.

Dangkalnya pemikiran pak menteri kita ini, apakah ketaksuban beliau kepada kuasa mengaburi akal fikiran beliau? Apa kaitannya himpunan Bersih 2 dengan serangan siber ini? Janganlah kerana begitu takut dengan demokrasi, rakyat cuba diperbodohkan sekali lagi. Dek kerana media-media dibawah kuasa beliau, dicanangnya seluruh negara seolah-olah serangan siber menjurus kepada himpunan Bersih 2 , tujuannya cuma untuk menjelmakan rasa benci rakyat kepada Bersih 2.

Namun, pak menteri seharusnya lebih berwaspada dengan kenyataanya, kerana, rakyat sekarang ini bukannya senang hendak dimainkan dengan kata-kata semata. Politik dangkal yang beliau cuba ketengahkan ini, mungkin berjaya meraih sokongan mereka - mereka yang seangkatan dengan beliau. Tetapi tidak mustahil juga , akibat kedangkalan beliau, yang menentang Bersih 2 dulu pun semakin terbuka minda mereka untuk menyokong himpunan Bersih 2 nanti.

Sejak akhr-akhir ini, rakyat disogokkan hari demi hari akan keburukan himpunan Bersih 2 yang dijadualkan awal Julai nanti. Hari demi hari, Bersih 2 digambarkan akan menjadi medan pertumpahan darah yang amat dahsyat. Hari demi hari, keluhan pelbagai pihak ditonjolkan dan disensasikan media dan tujuannya cuma untuk cuba menggagalkan himpunan ini nanti. Malah, hari demi hari juga rakyat cuba digertak oleh ancaman untuk diambil tindakan jika meneruskan hasrat untuk berhimpun nanti.

Dan yang terbaru dan paling sensasi datangnya dari pak menteri kita sendiri iaitu serangan siber datangnya dari parti politik yang inginkan perhimpunan Bersih 2 menjadi kenyataan..Apa punya menteri la ....?????

Saturday, June 4, 2011

Dah Meroyan...Tak Tentu Hala..

Seperti yang dijangka, pemimpin-pemimpin Umno mula diserang penyakit 'gila meroyan' setiap kali berakhirnya pemilihan Pas. Mereka, seperti 2 tahun yang lalu berlumba-lumba cuba menonjolkan diri masing-masing memberi komen-komen 'bodoh' mereka berkenaan calon yang dipilih perwkilan Pas. Dan seperti selalunya, ada saja ketidakpuasan hati mereka sedangkan tiada seorang pun dari kita yang mempelawa mereka memberi komen-komen 'dangkal' mereka. Dan mulalah timbul isu - isu seperti perwakilan Pas telah membuat percaturan yang salahlah, hala tuju Pas semakin terpesonglah, malah ada yang sampai menuduh Pas menjadi talibarut DAP dan PKR.

Media-media arus perdana pula serta editor-editor mereka yang memang dari dahulu lagi diiktiraf sebagai pencacai 'nombor wahid' Umno umpama 'lembu gila' menyondol kesana-sini tak tentu arah. Yang pastinya mereka-mereka ini mempunyai tujuan yang satu iaitu memecah belahkan perpaduan serta keakraban kepimpinan Pas samaada yang baru dan yang lama. Timbul pula sekarang kononnya Pas menolak glongan ulamak. Kononnya , Pas tergelincir dari landasan menegakkan perjuangan Islam dan bermacam-macam lagi. Namun dihati mereka, sebenarnya mempunyai rasa gerun yang teramat sangat setelah perwakilan Pas membuat perubahan yang jelas akan memberi impak yang besar menjelang PRU 13 nanti.

Perwakilan Pas tahun ini berpendapat barisan pemimpin yang baru dipilih semalam akan membawa satu perubahan dan akan memberi impak yang menyeluruh untuk menghadapi PRU 13nanti. Perwakilan kali ini rata-rata berpendapat perlantikan Hj Mat Sabu sebagai Timbalabn Presiden Pas yang baru mencerminkan kesediaan ahli untuk memastikan Pas diterima sebagai parti yang akan mencorkkan politik Malaysia yang lebih dinamik. Pengalaman meluas Mat Sabu dalam Pas dan terbaru dalam saf kepimpinan Pktan Rakyat, membawa erti yang amat besar kepada seluruh rakyat.

Apakah Mat Sabu akan berjaya membawa corak yang lebih agresif dalam berhadapan dengan Umno pada PRU nanti bergantung penuh kepada seluruh jentera parti. Yang pastinya, Umno serta konco-konconya kini semakin resah dengan polar perubahan yang melanda dunia politik sekarang ini. Jika kesederhanaan pemimpin terdahulu yang diharapkan, Umno sebenarnya bermimpi, kerana Abang Mat bukan calang-calang orang. Abang Mat merupakan seorang pemimpin yang terkenal dibarisan hadapan dalam apa jua keadaan. Yang pastinya, Abang Mat akan berusaha lebih keras lagi untuk bersam-sama Presiden Pas membawa Pas menuju kepada pembentukan Negara Berkebajikan sedikit masa lagi.

Tidak kiralah apa saja kritikan mahupun tohmahan dari Umno selepas ini, yang pastinya saf kepimpinan Pas kali ini yang diterajui oleh TGHH sebagai Presiden, Abang Mat sebagai Timbalan Presiden serta barisan Naib Presiden yang mantap akan memberi nafas baru kepada Pas untuk bergandingan bersama Pkr dan Dap menuju ke PutraJaya.

Biarlah Umno syok sendiri membuat pelbagai andaian dan tohmahan berkenaan barisan kepimpinan Pas yang baru ini, Apa yng pentingnya adalah seluruh jentera Pakatan Rakyat merenung sejenak kepentingan kita untuk menjayakn program untuk memperkasakan Pas dalam kancah politik Malaysia.

Wednesday, June 1, 2011

Bila Lagi Kita Nak Sedar?

Setelah minyak, gula dan kini tarif elektrik pula, kerajaan Najib masih lagi terus cuba memperbodohkan rakyat. Kenaikkan tarif elektrik yang dicanangkan akan hanya melibatkan 25% daripada keseluruhan pengguna jelas hanya merupakan satu lagi bentuk alasan yang cuba mempermainkan kecerdikan rakyat keseluruhannya. Tidakkah menteri-menteri kabinet kita sedar akan impak yang secara tidak langsung akan diterima rakyat? Apakah kerajaan Najib lupa teori 'Chain Reaction' ?

Apabila tarif elektrik yang tinggi melibatkan keseluruhan industri samaada makanan mahupun perkhidmatan, syarikat-syarikat akan cuba mencari dana untuk menampung keperluan industri akibat kenaikkan ini. Jadi, kesimpulannya, penggunalah akan menjadi sasaran yang paling cepat untuk menampung keprluan modal syarikat , pengiraan yang cepat adalah menaikkan harga...Jadi jika kerajaan berpendapat majoriti rakyat terlepas akibat kenaikkan ini, kerajaan hanya cuba untuk bermain kata-kata malah secara terang-terangan cuba mempermainkan tahap pemikiran keseluruhan rakyat.

Malah atas alasan lain yang cuba digunakan kerajaan umpamanya kenaikkan ini sebagai pemangkin kepada alternatif pencarian punca kuasa , kerajaan Najib berharap rakyat akan lebih keliru dan akan terus mendiamkan diri dan terpaksa akur sekali lagi akan kenaikkan yang membebankan ini. Tambahan pula perbandingan harga antara negara-negara jiran menjadi alasan kukuh untuk terus memperbodohkan rakyat.

Namun, disebalik segala alasan yang cuba diaturkan pemerintah, rakyat semakin sedar apabila kantung poket mereka dilihat semakin menyusut dari tahun ke tahun. Kalau dulunya, rakyat masih lagi berkesempatan untuk sesekaali keluar berbelanja bersama keluarga, kini, rakyat semakin tertekan dengan kadar harga barangan serta perkhidmatan yang semakin meningkat. Malah, kadar inflasi yang jelas melebihi kadar kenaikkan gaji pekerja memburukkan lagi keadaan. Tak dapat tidak rakyat terpaksa menanggung kenaikkan ini tanpa mendapat perhatian serta pertimbangan yang menyeluruh kerajaan Najib.

Malangnya, tahap kesedaraan serta kepekaan rakyat atas segala bentuk penindasan ini dengan alasan demi kemajuan masa depan, terus membelenggu sebahagian besar pemikiran rakyat. Rakyat masih lagi senang dimanipulasikan , dan ada yang secara terang-terangan digunakan untuk memberi komen-komen didada-dada akhbar dan media elektronik menyokong penuh tindakan kerajaan ini. Sedangkan, kerajaan seharusnya terlebih dahulu memikirkan ksejahteraan rakyat dan memberi kelebihan dan keutamaan kepada tahap kehidupan rakyat.

Apakah secara jujurnya kita dapat menerima segala bentuk penindasan ini? Apakah kita masih lagi merasakan kerajaan Najib berhak berbuat apa sahaja dalam kuasa yang ada pada mereka termasuk menindas rakyat ? Atau apakah kita merasakan kita tidak berhak untuk menyuarakan pendapat kita ?

Sunday, May 29, 2011

Najib Kena Belasah 3-1

Peminat No 1 Manchester United ( The Red Devils), Najib semalam menyaksikan perlawanan bolasepak diskrin gergasi bersama 10,000 belia dalam program Himpunan Sejuta Belia di Dataran PutraJaya. Perlawanan yang berkesudahan dengan pasukan pilihan Najib telah dibelasah 3-1 oleh Barcelona. Turut serta bersama beliau adalah beberapa menteri kabinet termasuklah isteri beliau Rosmah Mansor.

Begitulah kesudahannya jika yang menerajui pemerintahan lebih suka kepada perkara yang tidak membawa faedah langsung kepada negara. Jika pasukan negara yang bertanding , pengorbanan ini bolehlah dikatakan berbaloi, namun, sebaliknya, PM tanpa rasa segan silu bersama isteri menghabiskan masa menonton perlawanan yang jelas tidak memberi apa-apa menafaat kepada pembangunan sukan negara.

Mungkin juga ini sebagai petanda yang BN akan kalah pada PRU 13 nanti ???????

Himpunan 1 Juta Belia

Dalam keadaan yang mendesak, kerajaan Najib menerusi pelbagai agensi kerajaan dan malah pihak swasta yang berkepentingan menghimpunkan belia-belia di Putrajaya dengan tema untuk pertahankan Putrajaya. Umpanan menerusi pelbagai aktiviti keseronokan duniawi, Najib cub menyogok belia-belia ini demi kuasa yang semakin meruncing untuk BN.

Najib serta seluruh pemimpin-pemimpin BN yang lain sedar selama ini, kuasa yang ada pada mereka terhakis hari demi hari. Najib sedar Umno sebagai parti tunjang BN menuju kearah kehancuran. Najib sedar semakin ramai rakyat membenci Umno dan BN, malah Najib juga sedar, BN tidak lagi akan mendapat sokongan penuh rakyat dalam PRU 13 nanti.

Laungan pertahankan putrajaya tidak pernah diungkap sebelum ini, kini meniti dibibir-bibir seluruh kepimpinan Umno dan BN. Pertahankan Putrajaya kinimenjadi slogan yang cukup sinonim dengan BN dan Umno khasnya kerana pemimpin-pemimpin Umno sedar, jalan yang akan dilalui kepimpinan yang aad sekarang ini cukup berliku dan sukar.

Kononnya belia-belia ini dapat membantu mengekalkan kuasa yang ada pada BN pada PRU 13 nanti dan kononnya generasi muda ini tidak sepatutnya menggadaikan kuasa yang ada pada BN. Najib umpamakan kehancuran pada Malaysia jika BN tewas dan gagal pertahankan Putrajaya, dan generasi muda ini dapat menjadi pendokong kepada kesinambungan kuasa BN.

Sepatutnya Najib sedar , majoriti mereka yang tertarik datang keperhimpunan ini tidak lain dripada mereka-mereka yang inginkan keseronokkan. Mereka-mereka yang mungkin dipaksa, disogok dan ada juga hanya datang untuk bersuka-suka dengan aktviti - aktiviti yang disediakan.

Najib dan kepimpinan BN seharusnya lebih peka kepada kemahuan rakyat. Dalam pelbagai - bagai cengkaman kewangan yang kerajaan dan pelagai bentuk saranan untuk menghapuskan subsidi, himpunan yang mungkin memakan perbelanjaan jutaan wang ringgit rakyat pula diatur demi kepentingan politik mereka. Malah, PLKN yang menelan ratusan juta ringgit juga khabarnya akan dilanjutkan tempohnya.

Jika benarlah Najib dan BN telus dan ikhlas untuk membantu rakyat, seharusnya Najib telah bergelumang sekarang ini menghapuskan segala projek-projek yang tidak mendesak keperluannya buat masa sekarang. Rasuah serta ketirisan dana yang seharusnya menjadi agenda utama kerajaan dan bukannya menghapuskan subsidi secara tergesa-gesa hinggakan rakyat semakin terdesak untuk meneruskan kehidupan harian. Indeks harga barangan keperluan yang semakin meningkat berbanding dengan kenaikkan gaji pekerja seharusnya menjadi agenda utama Najib dan BN secra khusus. Bukannya laungan pertahankan Putrajaya, kerana, mahu atau tidak , Najib dan BN InsyaAllah akan ditolak keluar dari putrajaya selpas PRU 13 nanti.

Saturday, May 21, 2011

Tak Dak Modai Lain dah...

Desas desus kenaikan harga minyak RON 95 dan juga tarif elektrik semakin kuat kedengaran sejak akhir-akhir ini. Malah , PM , TPM dan tak ketinggalan Menteri Hal Ehwal Pengguna pun berulang kali melempar bebrapa petunjuk mengiakan perbuatan mereka ini sedikit masa lagi. Selari dengan slogan 'Rakyat DiDahulukan' kerajann pimpinan Najib telah membuktikan kepada rakyat, kerajaan lebih rela untuk memberi keutamaan kepada projek-projek besar dan akan terus menekan rakyat untuk dana-dana mereka.

Kerajaan Najib semakin hari semakin tertekan kononnnya kenaikan harga-harga barangan utama ini tidak dapat dielakkan lagi memandangkan kewangan kerajaan yang semakin hari semakin meruncing dan tidak dapat lagi menampung subsidi. Namun, yang terjadi sebaliknya, kerajaan terus menerus berbelanja keatas benda-benda yang tak sepatutnya seolah-olah segala duit yang ada umpama 'Bapak Depa Yang Punya'.

Malah tiada usaha langsung kearah membendung pelabagai ketirisan yang berlaku keatas dana-dana yang ada. Rasional untuk menarik kembali subsidi pebagai barangan utama kini telah menampakkan kesannya keatas rakyat. Kadaar inflasi yang dicatakan setakat ini iaitu 4.9% jelas membebankan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah. Hasil dari usaha tranformasi kerajaan Najib atas alasan untuk memperbaiki perbelanjaan kewangan negara jelas membebankan rakyat. Sebaliknya, kerajaan Najib terus juga menampung serta memperkayakan kroni-kroni yang ada. Subsidi korporat yang berjumlah RM19 bilion terus juga dilaksanakan dan tiada usaha langsung untuk cuba mengurangkannya. Projek-projek memperkayakan kronii terus diusahakan, perbelanjaan untuk PLKN contohnya, menelan hampir RM 570 juta duit rakyat.

Dan acapkali, modal yang diguna pakai oleh kerajaan Najib dalam menghalalkan tindakan mereka dan sama seperti sebelumnya adalah 'Harga barangan kita jauh lebih murah berbanding dengan negara jiran'. Namun, seperti selalunya, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang akan terus menjadi batu penghalang kepada usaha-usaha pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk cuba merubah senario pemerintahan negara. Masih ramai lagi antara kita terutamanya pengundi-pengundi Melayu menjadi pak turut untuk terus memberi undi mereka kepada pemimpin-pemimpin BN walaupun sedar akan keburukkan pemerintahan mereka selama ini.

Akan ada rakyat yang cuba bengkit, namun akan ada juga rakyat yang bermati-matian mempertahankan mereka dek kerna sehelai dua kain pelikat atau pun seratus dua wang undi. Akan ada terutamanya golongan yang sedikit 'berumur' memberi kelebihan kepada BN untuk terus menindas generasi muda akan datang dan terus memberi sokongan padu kepada BN. Lantaran dari itulah sampai sekarang Malaysia terus diperintah oleh BN yang bermaharajalela melakukan apa saja kerana kuasa ditangan mereka.......

Tuesday, May 17, 2011

Bangang..Bengong....


Zahid kata YB Nurul Izzah sengaja cuba meraih simpati rakyat dengan sms ugutan yang diterimanya..Kata Zahid Nurul Izzah sengaja mengada-adakan cerita untuk mengaburi mata rakyat tatkala bapanya DSAI diperinah untuk membela diri kes liwatnya. Kenyataan bangang beliau ini jelas menunjukkan ketidakperihatinnya pemimpin Umno selama ini yang sanggup melakukan apa saja termasuklah menghiris perasaan sesiapa sahaja walaupun berkenaan perkara serius seperti ugutan ini.

Kedudukan beliau sebagai seorang menteri sepatutnya lebih terpelihara jika beliau berfikir sebelum mengeluarkan bait-bait kata sedemikian. Kedangkalan beliau jelas terserlah dengan komen sedemikian lantas lebih mencerminkan kelemahan diri sendiri dalam berpolitik. Rakyat juga menolak kepimpinan yang sedemikian kerana keperibadian sedemikian tidak seharusnya datang dari seorang menteri kabinet.

Hari ini, sekali lagi Zahid cuba bermain kata-kata dengan berlakon kononnya bersimpati dengan nasib rakyat jika minyak RON 95 dinaikkan. Umpama pelakon terkenal Zahid menunjukkan keperihatinan beliau dan berharap kerajaan cuba mencari alternatif lain untuk menampung subsidi minyak ini. Rakyat harus sedar atas mainan politik dan sandiwara pemimpin-pemimpin Umno ini.

Yang memegang tampuk pemerintahan dan yang bersekongkol dalam kabinet kerajaan adalah pemimpin-pemimpin Umno sendiri dan merekalah yang sebenarnya membuat keputusan samaada ingin menaikkan harga minyak ataupun tidak, jadi, tidak timbul persoalan kononnya mereka turut bersimpati dengan nasib rakyat. Hentikanlah lakonan busuk ini dan hentikanlah cubaan untuk memperbodoh-bodohkan rakyat lagi. Jika benarlah kerajaan cukup teruk untuk menampung subsidi bekalan-bekalan harian rakyat, seharusnya kerajaan memberhentikan segala projek-projek yang membazirkan duit rakyat serta merta. Projek - projek yang tidak berfaedah sepeti pembinaan menara-menara simbol 1Malaysia yang menelan berjuta-juta ringgit diseluruh negara seharusnya diberhentikan. Kesimpulannya...BANGANG BIN BENGONG...