Sunday, July 11, 2010

Perkasa Cina .. Perkasa India .. Perkasa Melayu...


Terdengar cerita berkenaan MCA ingin mempunyai NGO versi Cina seperti Perkasa Melayu kononnya ingin memperjuangkan kepentingan bangsa Cina di Malaysia..Khabarnya juga ingin mengimbangi Perkasa Melayu yang ditunjangi Raja Katak Ibrahim Ali yang semakin lantang memperjuangkan hak orang Melayu. Mungkin juga sedikit masa lagi kita akan ada pula Perkasa untuk bangsa India,,kemudian Iban,,kemudian Kadazan,,dan akhir sekali Perkasa untuk Bangla pun ada....

Langkah MCA ini jelas menunjukkan konsep 1Malaysia yang cuba diketengahkan oleh Najib hanya lebih kepada slogan kerana parti-parti politik pendokongnya juga nampaknya jelas menyimpang jauh dari matlamatnya...Konsep 1Malaysia Najib nampaknya akan berkubur bersama-sama tertubuhnya NGO-NGO yang berteraskan kepentingan sesuatu bangsa. Sejak beberapa pemimpin tertinggi Umno menyatakan sokongan yang teguh kepada Perkasa, MCA dan MIC seakan-akan lemas dengan tekanan dari penyokong-penyokong mereka untuk bertindak.

Program-program yang cuba diketengahkan kerajaan untuk mempromosikan konsep 1Malaysia jelas sekali gagal memperbaiki keretakan yang ada dikalangan parti-parti komponen BN. Jelas sekali 'ketidaksenangan' sesetengah pemimpin-pemimpin parti komponen BN terhadap Umno yang menyokong secara langsung Perkasa tidak dapat dibendung lagi.

Naib presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai, yang membuat cadangan itu juga membayangkan agar kumpulan berkenaan diterajui oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) yang seringkali dilihat lantang membuat tuntutan mengenai kepentingan masyarakat Cina.

Katanya, tanggungjawab itu tidak sesuai dipikul oleh MCA kerana ia parti politik dan NGO dibolehkan bertindak dalam cara yang berlainan.
Komuniti Cina dan persatuan Cina seperti KLSCAH boleh memainkan peranan itu. MCA hanya boleh bertindak sehingga peringkat tertentu - ia sepatutnya NGO menentang pencabarnya,” kata Lim.

No comments: