Saturday, January 23, 2010

Kota Seputeh... Sediakah Kita ?

Bayangan satu lagi PRK semakin jelas dan kali ini Kota Seputeh mungkin menjadi medan pertembungan sekali lagi antara Umno dan Pas. Menurut sumber yang boleh dipercayai, kemungkinan besar PRK Kota Seputeh akan diadakan dalam bulan March nanti. Umno, sudah pun menggerakkan jentera mereka di Kota Seputeh dan terbaru kita dapat melihat kalangan pemimpin - pemimpin tinggi mereka kelihatan berlegar-legar menjalankan aktiviti pelbagai disekitar daerah Kota Seputeh. Naib Presiden Umno , Shafie Apdal dan Ketua Wanita Umno, Sharizat sudah pun menjejakkan mungkin buat pertama kali kaki mereka di Kota Seputeh baru-baru ini.

Kerusi Dun Kota Seputeh ini adalah milik Umno dengan kelebihan hanya 495 undi pada PRU 12 yang lalu. Namun tidak mustahil jika kerusi ini dapat dirampas Pas dalam PRK nanti seandainya gerak kerja untuk menawan kawasan ini dimulai dari sekarang. Umno nampaknya kian terdesak dengan isu yang ditimbulkan mereka sendiri. Dan tidak mustahil mereka akan cuba untuk mengelak satu lagi PRK yang mungkin memalukan mereka sekali lagi. Senario pemerintahan di Kedah tidak akan berubah jika mana-mana pihak menang sekali pun.

Umno perlu menang untuk menjamin dan membuktikan parti mereka masih relevan untuk orang-orang Melayu. Pas pula sebagai underdog hanya perlu untuk mencipta kejutan kerana Pas sudah pun mempunyai majoriti yang cukup untuk memerintah negeri Kedah. Namun amatlah manis jika Pas dapat menambah satu lagi kerusi kerajaan negeri dan membiarkan Umno terus tenggelam dengan isu-isu yang mereka ciptakan sendiri.

Sejarah telah membuktikan cubaan untuk menarik perhatian orang-orang Melayu dahulu adalah dengan membangkitkan isu-isu yang menyentuh isu perkauman. Jadi tidak mustahil bagi Umno untuk membangkitkan isu kalimah Allah sebagai senjata mereka di PRK Kota Seputeh nanti. Kononnya merekalah jaguh yang mempertahankan kalimah Allah untuk orang Melayu, sedangkan sebenarnya rakyat mulai faham dengan lebih jelas tentang penggunaan kalimah Allah.

Umno tidak mungkin dapat menggunakan jentera parti komponen BN yang lain nanti disebabkan masaalah dalaman parti-parti komponen BN sendiri. MCA , MIC , PPP dan terbaru Makhal Shakti semuanya mempunyai masaalah kempimpinan dan hilang kepercayaan dari kaum mereka sendiri. Jadi adalah mustahil untuk Umno bergerak sendiri menangani isu-isu semasa menjelang PRK Kota Seputeh nanti.

Pas pula seharusnya sudah menggerakkan jentera parti untuk menawan Kota Seputeh. Pas harus bertindak mengenal pasti kelemahan - kelemahan yang ada di Kota Seputeh khasnya semasa PRU 12 yang lalu dan bergerak memperbaikinya secepat mungkin. Kelemahan jentera parti dimasa PRU 12 yang lalu jika ada seharusnya diambil iktibar dan memacu laju menangani setiap permasaalahan yang timbul. Hari semakin hampir , dan mahkamah mungkina akan membuat keputusan dimasa terdekat dan pilihanraya kecil mungkin akan berlaku di bulan March nanti. Harapan untuk Pas menang kerusi ini adalah cerah berdasarkan kecelaruan parti-parti komponen BN dan juga Umno sendiri yang diasak rakyat akibat dari skandal-skandal rasuah seperti kehilangan enjin Jet F5E dan kenaikkan harga barangan baru-baru ini. Wallahualam.........

No comments: