Kata Tan Sri Muhyiddin, jika rakyat Galas ingin menunggu Pas membuat pembangunan disana, mereka umpama menuggu 'Bulan Jatuh ke Riba', mereka akan terus ketinggalan dari segi pembangunan. Walhal, banyak lagi tempat-tempat lain seangkatan dan mungin lebih teruk dari situasi di Galas, malahan , negeri termiskin di Malaysia ini bukannya negeri yang dibimbing Pakatan Rakyat ataupun Pas. Negeri termiskin di Malaysia ini hakikatnya dipimpin Umno/BN lebih 50 tahun. Sabah dan Terengganu merupakan negeri pertama dan kedua termiskin di Malaysia walaupun mempunyai sumber hasil bumi petroleum yang banyak selama ini.
Menilai dari cakap-cakap pemimpin berprofil tinggi ini, ianya tidak lebih daripada hanya cakap-cakap seperti kebudak-budakkan dan tidak mencerminkan kewibawaan beliau sebagai pemimpin. Jika inilah mentaliti pemimpin kedua tertinggi Malaysia ini berbicara, sahlah bahawa Umno/BN memang ketandusan kepimpinan yang profesional.
Politik Umno/BN yang didukung selama 50 tahun pemerintahan mereka di Malaysia selama ini tidak lebih daripada berunsurkan penindasan dan peras ugut. Setiap kali pilihanraya kecil diadakan, maka berduyun-duyunlah kelibat pemimpin-pemimpin mereka yang hipokrit kesana kemari dengan wang dana hasil rakyat sendiri.Kononnya menjaja betapa keperihatinan mereka terhadap nasib rakyat selama ini tidak pernah berbelah bagi. Malah mereka sanggup memeras ugut dan merasuah rakyat dengan pelbagai janji pembangunan jika memilih mereka.Bentuk rasuah sedemikian berleluasa sehinggakan puluhan juta ringgit sanggup dijanjikan andai Umno/BN menang dikawasan tersebut.
Rasuah pilihanraya sedemikian terus dimononopoli mereka kerana pemantauan yang dibuat badan berkuasa tidak efektif langsung lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan kepimpinan Umno/BN. Kelantan yang selama ini ditindas dan diketepikan hak mereka oleh kerajaan pusat terus berjaya meloloskan diri dari kelompok negeri termiskin dan bergerak kearah pembangunan yang patut dibanggakan dengan izin Allah dan berkat ketelusan kepimpinan TGNA. Kelantan mahupun negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain langsung tidak diberi layanan baik dan terus ditindas kerajaan pusat, walhal , negeri-negeri dibawah kepimpinan Umno/BN ditonjolkan media sebagai tempat - tempat terbaik untuk didiami kerana diperintah Umno/BN.
Pulau Pinang sebagai contoh yang unik..setelah hampir 3 tahun kerajaan yang dipilih rakyat , Pakatan Rakyat memerintah, KONONNYA orang-orang Melayu di Pulau Pinang sekarang ini sudah ketinggalan dari pelbagai segi jika dibandingkan dengan 50 tahun dibawah rejim Umno/BN. Media memanipulasi dan mensensasikan apa sahaja yang berkaitan dengan rakyat negeri Pulau Pinang kerana ingin menggambarkan betapa seriusnya keadaan orang Melayu Pulau Pinang. Media terutamanya TV3 terus memainkan pelbagai isu biarpun ianya sekadar cakap-cakap kosong kerana pengaruh media cukup besar untuk meracuni pemikiran rakyat yang hanya bergantung kepada TV sebagai sumber berita. Biarpun sesuatu beria itu hanyalah mainan fitnah semata-mata.
Permainan politik sebegini akan terus menjadi darah daging Umno/BN dan hari ini bermulalah lagi satu episod menabur janji-janji kosong kepada seluruh rakyat Galas dan penggunaan rasuah pilihanraya secara berleluasa oleh Umno/BN untuk cuba merampas kerusi Dun Galas ini....
No comments:
Post a Comment