Rentetan beberapa peristiwa penting sejak kebelakangan menyentuh sebahagian besar hati rakyat terutamanya yang berkaitan dengan telatah kepimpinan Umno berpolitik. Serangan demi serangan berbentuk tohmahan malahan fitnah nyata diperhebatkan oleh media Umno mutakhir ini terhadap Pakatan Rakyat mencerminkan tahap pemikiran dan mentaliti mereka yang semakin bercelaru menjelang hampirnya PRU 13. Serangan keatas negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat terutamanya Selangor dan Puau Pinang jelas menampakkan kepncangan Umno dalam menghadapi gelombang perubahan rakyat. Isu perkauman hebat dimainkan media kerana rata - rata media yang dipimpin secara gelap oleh kepimpinan Umno, MCA mahupun MIC terus bermain kata-kata sesama mereka berkenaan dengan isu dan hak sesuatu kaum agar dpat dilihat sebagai jaguh untuk bangsa mereka sendiri.
Terbaru , Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung sekarang ini juga digunakan bukan untuk muhasabah pari Umno sendiri tetapi lebih menjurus kepada mencari peluang untuk menghentam Pakatan Rakyat. Mentaliti kepimpinan Umno baik dipusat mahupun yang datang sebagai perwakilan memberi ucapan sebahagian besarnya berkisah kepada ingin memburukkan Pakatan Rakyat. Malah rata-rata yang berdiri memberi ucapan termasuklah Presidennya sendiri lebih berupa retorik lama iaitu Umno dan tiada lain selain Umno sahaja yang berhak menjadi parti tunjang pemerintahan negara selama-lamanya. Retorik bangsa Melayu hancur jika Pakatan Rakyat ke PutraJaya dimainkan saban hari sepanjang persidangan , malah diambil kesempatan pula oleh media disiarkan tanpa henti dan sedikit sebanyak telah berjaya mempengaruhi dan menghantui pemikiran rakyat.
Kesinambungan pemerintahan oleh Umno/BN yang menjadi topik paling besar sekarang ini jelas menunjukkan Umno semakin gelabah dengan bayangan mereka sendiri. Umno/BN menjadi semakin bercelaru seperti anak yang kehilangan ibu. Tindakan demi tindakan yang terus menyimpang dari agenda memperkasakan rakyat, terus didokong kepimpinan Umno/BN. Pada pemimpin Umno, agenda untuk lebih mengutamakan pengekalan kuasa mereka kini menjadi tumpuan kerana sebilangan besar mereka ini mengelabah untuk meraih sokongan rakyat. Pemimpin - pemimpin Umno baik diperingkat pusat hingga ke peringakat cawangan sedar akan kesuntukkan masa untuk mereka mengembalikan kepercayaan rakyat keada mereka , oleh itu , cara yang terbaik ialah mencari dan memburukkan keperibadian Pakatan Rakyat adalah jalan terbaik bagi mereka sambil berharap rakyat termakan dengan hasutan sedemikian dan kembali kepada Umno/BN.
Yang nyatanya, rakyat dengan jelas dapat membezakan antara kaca dengan berlian. Umno. Pulau Pinang sebagai contohnya sekarang ini hebat menyerang segala program kebaikan yang cuba dijalankan kerajaan negeri. Fitnah berleluasa , agenda perkauman seolah jaguh kepada orang Melayu terus dimainkan Umno. Sedangkan hak orang Melayu selama 50 tahun yang lalu langsung tidak diendahkan. Umno melalui proksi-proksi mereka secara jeleknya terus cuba menggambarkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat cuba dimonopoli oleh DAP yang kononnya ingin mengusir orang Melayu dari Pulau Pinang. Sedangkan, Umno dan Gerakan sebelumnya bebas berleluasa mengaut segala keuntungan peribadi mereka dan tidak langsung menghiraukan Melayu Pulau Pinang. Kenapa baru sekarang Umno Pulau Pinang merasa terpanggil untuk membela nasib orang Melayu? PAS dan Keadilan serta DAP sememnagnya bersepakatan bahawa hak orang Melayu akan terus terpelihara berlandaskan perlembagaan Malaysia. Cuma perbezannya lebih keada memberi dan menjurus kepada merit seseorang bukannya melalui proksi-proksi politik seperti yang berlaku lebih 50 tahun lalu.
Kepada kepimpinan Umno/BN Pulau Pinang, hanya dengan menyebarkan dakyah perkauman sahaja mereka merasakan sokongan mereka akan dikembalikan rakyat. Namun, apa yang cuba diketengahkan Umno di Pulau Pinang sebenarnya rasa kekecewaan mereka kerana rakyat semkin nampak kebaikan dan menafaat kerajaan baru Pakatan Rakyat walaupun baru menjangkau tahun ketiga. Apa yang sebelumnya tidak diimpikan rakyat kini dapat direalisasikan Pakatan Rakyat. Ketelusan kepimpinan kerajaan negeri yang sebelum ini tidak pernah dirasai juga semakin mendapat tempat dihati rakyat Pulau Pinang. Perbezaan yang nyata hanyalah merupakan retorik dan kesinambungan Umno Pulau Pinang melalui media arus perdana yang semakin jahat menyebarkan fitnah untuk meraih simpati. Janji Paktan Rakyat untuk menerajui Pulau Pinang jauh dari acuan kerajaan korup terdahulu jelas menampakkan hasil yang semakin dirasai oleh rakyat terutamanya yang berpendapatan sederhana dan rendah. Jadi, Umno/BN semakin menggelabah dan mulalah cuba mencari pelbagai jalan salah untuk memburukkan kerajaan negeri.
No comments:
Post a Comment