Friday, July 31, 2009

Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong Sorong….


Masih ingatkah kita dengan Kerajaan Perpaduan sedikit masa lalu ? Setelah hampir reda gelombang antara pemimpin PAS , timbul pula cerita cerita TGNA nak berselingkuh dengan UMNO … Aik ni certa apa pula ? Bila masa TGNA berlembut hati nak berdamai dengan Umno dan nak bersama – sama menongkah arus beriringan tangan dengan Pok Jib ? Kena pukaukah TGNA ? Atau kena ilmu guna-gunakah TGNA?

Media pula sekonyong – konyong mengulas kenyataan TGNA .. sekonyong – konyong menyampaikan berita dengan nada yang tersendiri. Juak – juak Umno pula berebut – rebut nak beri komen sehinggakan secara sekelip mata lahir cendiakawan-cendiakawan berilmu tinggi dalam ilmu perpaduan nasional memberi komen. Dicelah-celah itu timbul pula beberapa tokoh yang secara spontan menjadi tokoh agama dan pandai pula berbicara mengenai ilmu perpaduan. Timbul di corong – corong radio, timbul di tv – tv memberi pelbagai komen , timbul didada – dada akhbar mengeksploitasikan secara mendalam kenyataan TGNA tentang kepentingan mencari titik perpaduan antara dua parti yang Melayu yang besar ini. Timbul seakan – akan PAS begitu kemaruk untuk bersatu dengan Umno. Tapi tak sedarkah mereka siapa yang sebenarnya yang “Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong- Sorong”

Patutkah kita melompat ? Media yang terkenal dengan kebobrokkan mereka mengada-adakan cerita , memutar belitkan kenyataan untuk menampakkan keburukan PAS. Walhal lain yang dicakap, lain pula yang diberitakan…Seperti selalu, pengaruh media nasional lebih besar dan lebih berpengaruh dari kenyataan itu sendiri. Tidak mustahil , jika ramai orang yang terpengaruh dengan dan lebih ramai yang akan memihak kepada khabar angin daripada kenyataan itu sendiri. Sedikit sebanyak , setiap berita yang disensasikan akan dapat memberi impak kepada pembaca itu sendiri. Itulah ynag dinamakan “The Power of Media”. Adilkah kita sebagai pembaca disogok dengan berita-berita palsu ? Acapkali , media mengeksploitasikan kenyataan yang benar..Tak sedarkah kita selama ini ?

Ayuh…mari kita bersama-sama memboikot secara total media – media ini sepenuhnya. Tv3 , Tv1, Tv2 …Utusan , Berita Harian … Ayuh sama – sama kita tunjukkan kepada mereka yang rakyat tidak mudah ditipu..tidak mudah diperdaya dan tidak mudah melatah. Rakyat semakin bijak menilai antara emas dengan permata, antara berlian dengan kaca dan antara kebenaran dengan kebatilan.
Umno umpama umpan “taut” yang dah lama dan lapuk…Haruan pun tak bernafsu nak menyambar..Sebab itulah mereka semakin galak menimbulkan pelbagai isu untuk menarik perhatian rakyat. Benda yang kecil diperbesarkan, benda yang tak betul dijaja sebagai satu kebaikan…Itulah Umno, Jelak rakyat terhadap Umno semakin meruap – ruap. Sedarlah ahli Umno sekalian..Hari – hari terakhir kamu semakin menghampiri dan semakin mencengkam kalbu.

Thursday, July 30, 2009

LELAKI



Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di sebalik itu…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dinikahinya…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…
Oleh itu tanyakan diri kita ... Adakah kita Lelaki Sejati ????

Monday, July 27, 2009

Tazkirah....Panggilan Suboh



RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.
Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.
Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.
Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.
Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah) Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.
Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)
Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?
Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya? Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).
Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Friday, July 24, 2009

Kalang Kabut nak Pi Lata Celak Kg Iboi - Mukaiyum

Kemarin 23 Jul 09 jam 1300 ptg - Tuan Hj Rosidi dan anak lelaki nya mai dok hon Toyota Zamry dia depan rumah, ajak pi lawat kawasan nak buat mukayum nu... kat Baling dan dalam perjalanan kami singgah solat lohok kat Masjid Kg.Hangus, ketika sampai tok imam dan siak dah nak tutup pintu masjid aku habak kat dia hop.... hop.....!!! kami nak tumpang solat sat lepas solat kami tutup dan dia kata ok. Lepas solat kami terus bedesup pi ketempat yang di hajati, tu ...dia..haih.. nak masok kawasan tu pun lebih kurang 1 km jalan pulak tak mau cerita nanti yang lain tak mau mai, hang kira la Toyota Zamry yang suspensoin ok pun jadi krok krek krok krek. Jam 2.30 tup tup sampai ke tempat yang dihajati, kira kira nak sampai tempat tu kena lepas dua titi concrete la..nak habak mai.

Apa yang ada kat sana - hampa nak tau...

1. Tempat tidok ala PLKN maksudnya tidok ramai ramai dlm khemah atas pangkin.
2. Sepanjang perjalanan melalui tepi jeram dan air terjun
3. Ada tempat latihan Abseling, cable link dan frog jumping (jangan pecaya 100 peratus)
4. Ada kebun buah buahan dok tengah jujoh boleh petik dgn syarat minta dulu kat tuan nye...!!
5. Dewan yang besak untuk kuliah bolih muat sekitar 1200 orang lebih kalau dok rapat rapat
6. Nyamok insyaallah tak ada tapi jangan lupa bawa mosquito coil
7. Mandi ikut hampa la nak terjun ka... nak lompat tungging buyong ka... itu hak individu jangan
dah timboi lepas tu pi cari bandage sudah
8. Hand Phone 016, 012, 019 dan 013 boleh dapat line yang 017 intermitten kadang ada kadang
tak dak yang cun sekali hampa bawak line teman setia anda 010 dia balance.
9. Kereta Yarover burok untuk side scene dlm kawasan tu memang sedia ada tapi tak dak
steereng hampa pandu lah slow.....slow....
10. Yang last sekali.....hampa pi tengok sendiri.

Cukup takat ni nak cerita lebih tak dak nak tau 25 Jul 09 lepas solat lohok bekumpui kat masjid At taqwa kita bertolak pi ramai ramai secara comboi. Gambar gambar sekitar tempat tu.. nanti
aku publish la itu pun kalau aku gheti.

SOLAT 5 WAKTU TAPI ......


Saya solat lima waktu tapi.....
Ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja
Dan pada masa lainnya saya lupa padaNya
Jika Sholat saya 10 minit , maka cuma 10 minit itu saja ingat
pada Nya. Mungkin dalam 10 minit itu pun saya masih ingat selain daripada Nya. Sujud, rukuk, iktidal dalam solat saya masih kosong...

Saya solat lima waktu tapi....
Saya tidak bersyukur pada Nya
Padahal dulunya saya amat susah,
Allah yang memberi rezeki pada saya
Dengan rezeki itu saya dapat membeli rumah
Dengan rezeki itu saya dapat menampung keluarga
Dengan rezeki itu saya dapat membeli kendaraan dan sebagainya
Tapi.. hati saya masih belum puas
Saya masih tamak akan harta dunia dan masih menganggap serba kekurangan

Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih menggunakan perkataan yang tidak sopan kepada teman-teman
Saya sering menyakiti hati mereka
Saya sering menghina mereka
Saya sering menghina keturunan dan bangsa mereka seolah-olah keturunan dan bangsa saya saja yang paling baik
Pada hal saya sendiri tidak tahu persis tempat saya di mahsyar nanti


Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih sombong dengan ilmu yang saya miliki
Saya masih sombong dengan amal perbuatan yang telah saya perbuat
Saya masih sombong dengan ibadah yang saya lakukan
Saya masih sombong dan menganggap sayalah yang paling pandai
Saya masih sombong dan merasa saya paling dekat dengan Allah SWT

Dengan berbagai macam cara dan berbagai argumen saya berdebat mereka yang tidak sehaluan dengan saya.
Padahal saya sendiri belum tahu,
redhakah Allah SWT dengan apa yang telah saya perbuat itu?

Saya solat lima waktu tapi...
Saya masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh-musuhku
Saya menggunakan wang bahkan harta serta pangkat dan kekuasaan untuk menjatuhkan manusia yang saya tidak suka

Saya solat lima waktu tapi....
Saya amat bakhil dan kikir mengeluarkan wang untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin atau kepada anak yatim-piatu kerana saya takut hartaku habis dan jatuh miskin


Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih menyimpan sifat dengki dan khianat kepada teman-teman yang sukses dinaikkan pangkatnya atau dinaikan gajinya dan atau berhasil dalam usahanya, padahal mereka berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh,
tapi saya hanya bekerja seperti hidup segan, mati tak mau!

Saya solat lima waktu tapi....
Saya mengabaikan anak isteri yang kelaparan dan menderita di rumah,
kerana saya merasa sebagai raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati

Saya solat lima waktu tapi...
masih merungut dan mencaci maki bila saya ditimpa musibah,
walaupun sebenarnya saya tahu sesuatu musibah itu datangnya dari Allah,
kerana perbuatan dan sikap saya sendiri
seharusnya saya sedar kepada siapakah saya mencaci maki itu?

Saya solat lima waktu tapi....
Menuntut ilmu semata-mata mempersiapkan diri untuk berdebat dengan orang lain atau untuk menduga keilmuan mereka dan sengaja mencari-cari yang tidak sehaluan dengan saya,
dan memaksa mereka mengikuti jejak langkah saya,
padahal seharusnya saya sedar tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal soleh dan beribadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah (mempersekutukan Allah SWT dengan yang lainnya)

Thursday, July 23, 2009

Kemiskinan…Kenyataan Yang Pahit



Bila berbicara tentang topik kemiskinan, definasi kemiskinan itu sendiri terbahagi kepada beberapa tafsiran. Secara amnya kemiskinan merujuk kepada ketidaksejahteraan, ketertinggalan dan kemunduran sesuatu golongan masyarakat mengikut ukuran atau norma tertentu terutamanya dari segi ekonomi. Di Malaysia, ketidaksampaian sesebuah ketua keluarga bagi menyediakan keperluan asas untuk membeli keperluan minimum isi rumah meliputi keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal menjurus sesebuah keluarga dibawah taraf kemiskinan.

Pada pandangan Profesor Diraja Ungku Aziz , mengukur taraf kemiskinan seharusnya berdasarkan kepada pemakanan yang perlu bagi pertumbuhan badan dan zat yang diperlukan bagi menghindar penyakit seperti beguk dan anemia , juga perbelanjaan lain yang perlu untuk taraf kehidupan yang sederhana.
Berdasarkan kepada pendekatan ini, MAPEN II pada 2001 telah menganggarkan jumlah perbelanjaan sebulan bagi isi rumah 5 orang , mengikut 3 jenis makanan pilihan bagi Semenanjung Malaysia adalah lebih kurang RM 775.
(Kajian : Kemiskinan dan Pendidikan – Perubahan Minda Orang Melayu kearah Kecemerlangan Akademik – Dr Faridah Abu Hassan , Dr Naimah Ishak , Dr Hamidah Yusof , Dr Habibah Abdul Rahim tahun 2005 )

Bagaimana dengan Tahun 2009 ??? Dengan keadaan ekonomi global yang meruncing , dengan keadaan inflasi yang tinggi sekarang ini , masih mampukah kita kurangkan tahap kemiskinan dikalangan masyarakat . Berapa ramai isi rumah yang mampu menjana pendapatan RM775 sebulan? Dan dalam keadaan sekarang dapatkah jumlah RM 775 menampung perbelanjaan satu isi rumah?. Lebih memburukkan keadaan sekarang , jumlah pekerja yang diberhentikan kerja akibat kemelesetan ekonomi juga semakin meningkat.

Lebih membimbangkan lagi tahap perbelanjaran bagi keluarga yang miskin juga lebih rendah samaada di bandar ataupun di desa. Ini disebabkan oleh masaalah kemiskinan, kesempitan hidup dan kewangan menyebabkan ibubapa tidak mampu menampung perbelanjaan sekolah anak-anak.

Bagaimanakah nasib seorang anak bersama adik - beradik yang lain mampu untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran yang sempurna jika keadaan rumah sendiri tidak kondusif untuk belajar. Pernahkah kita menyingkap permasaalahan mereka ini , hatta , dalam ruang lingkup pekerjaan kita sendiri ? Pernahkah kita sesekali bertanyakan perihal kehidupan orang bawahan kita ? Pernahkah ada sekelumit rasa perihatin dalam hati kita untuk membantu anak – anak dari golongan yang keciciran…Tidak dinafikan memang ada anak – anak dari keluarga ynag kekurangan dari segi ekonomi berjaya dalam pelajaran..contohnya adik Madihah, tapi berapa ramaikah lagi yang terus tercicir dan tidak diperdulikan oleh keluarga masing – masing?

>


Kajian Sosioekonomi Rakyat Termiskin oleh Siwar Chamburi tahun 2001 mendapati tahap pendidikan keluarga termiskin adalah amat rendah dimana 65% - 92 % ketua isi rumah termiskin cuma tamat sekolah rendah dan sekitar 1% - 16% sahaja yang tamat Sekolah Menengah Rendah.

Kerajaan juga seakan tidak membantu rakyat sepenuhnya..Mutakhir ini kenaikkan harga barang ,tol , minyak dan tambang teksi dan bas memburukkan lagi keadaan disamping kenaikkan mendadak barang-barang keperluan harian.

Tanyalah pada diri kita … apa yang kita telah buat untuk membantu golongan ini??? Adakah kita masih lena diulit kemewahan kita sendiri??? Ataupun kita tak ambil peduli langsung ???



Lajnah Kebajikan dibawah seliaan En Abdull Shukor (Shukoq Kuboq) telah mengambil inisiatif menyediakan Tabung Kebajikan Pas Taman Bertam Indah bagi memberi peluang untuk semua ahli mengambil bahagian menderma seikhlas mungkin. Tujuannya untuk kita bersama-sama membuat amal jariah di dalam taman kita ini. Untuk pengetahuan setiap bulan , Pas Cawangan akan mengenal pasti individu atau keluarga yang dirasakan boleh menerima bantuan untuk dibantu sekadar yang mampu. Alhamdulillah, setakat inin sudah hampir 10 keluarga menerima menafaat dari bantuan kebajikan Pas Cawangan Taman Bertam Indah. Tabung Kebajikan ini telah ditempatkan di Kedai Gunting Abang Din di Surau At Taqwa. Marilah kita bersama – sama mengambil peluang ini. Wallahualam.

Monday, July 20, 2009

Rest in Peace...Mr Teoh



Being a Malaysian , I feel terribly disturbed by the recent incident involving the death of Mr Teoh Beng Huat. Whatever reasons behind the death, the incident somehow had diminished even further rakyat confidence to the so (photo from Malaysiakini)
called law enforcement agencies. This has also put the credibility of the government under a microscope. Of late, few incidents involving law enforcement agencies such as the death of Mr Kugan, left unanswered. And this has raised so much questions whether we are safe in our own backyard.

The government with such credibility should buckle up and need to complete the investigation fast . If not , I think rakyat should show them the door out. Do not patronize rakyat with excuses and politicize the incident anymore. We are not that stupid to swallow everything laid down by the corrupted news agencies. Lastly, I hope all the rakyat realize that they can make a change.....and we should hasten the change before its too late to do so.

To the family of Mr Teoh, hope they are strong to go through such predicament and rest assured that all of us are behind them.

LU' LIAN

Mungkin tidak terlambat lagi untuk memperkatakan sedikit tentang Durian untuk kita sama - sama berpengetahuan tentang jenis - jenis Durian di tempat kita ini.

Bila sentuh bab Durian, ada saja cerita yang menarik tentang Durian. Ada yang sanggup berbelanja besar hanya untuk Durian, ada yang sampai terperuk di hospital, juga disebabkan durian dan ada juga yang bermasam muka dengan rakan hanya disebabkan sebiji buah durian. Namun, ada juga kisah yang baik tentang Durian ini. Durian boleh mengeratkan silaturrohim sesama jiran..bak perpatah "orang memberi kita merasa".

Dan bila makan Durian beramai-ramai dan sambil berebut-rebut , dapat juga mengeratkan ukhuwwah sesama sahabat handai.Masa makan Durian jugalah, akan terpacul pelbagai cerita yang lucu dikongsi bersama-sama rakan.

Durian ini ada pelbagai jenis..Kampung, Kahwin dan Siam. Ada yang bentuk buahnya lonjong , ada yang bulat , ada yang macam kucing tengah tidor dan ada yang macam udang merah bentuknya. Rasanya pula, ada yang manis , masam dan yang paling saya suka pahit - pahit manis....


Kita di Penang amat bertuah kerana dianugerahkan ALLAH dengan pelbagai jenis Durian yang paling sedap di dunia. Namun, sedarkah kita atau insafkah kita selama ini dengan nikmat yang ALLAH berikan kepada kita. Jenisnya saja ada berbagai, rasanya pula berlainan pula..hatta baunya juga boleh menyebabkan kita kagum dengan kebesaran ALLAH.


Nama - nama Durian ni pulak berbagai - bagai. Tapi yang peliknya kebanyakan Durian ini namanya lebih kepada nama-nama yang diberikan oleh bangsa Cina...Mungkin sebabnya orang Melayu ni tak berapa nak peduli sangat buah Durian. Kita ni tau makan saja. Ang Heh , Hor Loh , Ang Sim dan Khun Poh, adalah antara nama-nama Durian yang terkenal di Penang. Dan terserlah kelainan baunya, warnanya dan juga rasanya. Tapi yang pasti , setiap nama buah Durian ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Dalam kita menikmati buah Durian ini , haruslah kita berhati-hati juga dengan keburukkan yang ada padanya jika dimakan terlampau lebih . Tak salah saya, kandungan gula dan kolestrol durian juga tinggi. Jadi mereka yang memang ada penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis...berpada-padalah. Kena pula dengan lemang atau pulut lemak...boleh tersandaq ...

Tapi sebelum buah rambai keluaq..cepat - cepatlah pekena Durian..sebab orang - orang dulu cakap , bila rambai keluaq..petandanya musim buah Durian dah habih.

Sunday, July 19, 2009

Wacana Pekerja - 2009



Saya terjumpa email yang dihantar oleh seorang kawan tahun lepas mengenai beberapa kenyataan atau fakta yang memang megejutkan tetapi menjadi hanya fakta untuk selamanya jika kita masih lagi dibelenggu ataupun diperintah oleh mereka – mereka yang tidak mepunyai naluri untuk mengubahnya…..

Tahun 1973 ..Sebuah kereta buatan Jepun hanya berharga RM 7000…Hari ini ianya berharga lebih kurang RM 60 000 ….. 8.5 kali ganda

Tahun 1973 ..Rumah teres dua tingkat berharga lebih kurang RM 45 000…Hari ini ianya berharga sekurang – kurangnya RM 300 000 ….. 6.6 kali ganda

Tahun 1973 .. Gaji permulaan seorang Jurutera yang baru tamat pengajian lebih kurang RM 1000 … Hari ini meningkat ke RM 2000 +/- ….. 2 kali ganda

Tahun 1993 .. Gaji permulaan seorang Penyelia Pengeluaran Pekerja Industri Perkilangan berijazah sekitar RM 1100 … Hari ini ianya meningkat ke RM 1600 +/- …. Tak sampai pun sekali ganda

Tanyakan pada diri kita sendiri adakah ini hanya satu kebetulan ? Atau ianya satu daripada kesan tindakan kita sendiri? Sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi dan punyai tanah yang subur dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan, tapi rakyat masih lagi tertekan dengan kemelut ekonomi dan kebanyakkannya hidup dibawah paras yang sepatutnya.

Perangkaan sebuah bank tahun lalu mengenai tabiat menyimpan rakyat Malaysia amat mengejutkan. Tidak lebih daripada 30 peratus sahaja responden yang mengakui membuat simpanan yang tetap setiap bulan. Dan daripada angka tersebut, 50 peratus mengaku yang simpanan mereka hanya dapat bertahan tidak lebih daripada 6 bulan.


Persoalannya …Megapakah masih ramai rakyat Malaysia yang bekerja masih dibelenggu kesempitan hidup? Mengapakah masih ramai diantara kita berbelanja lebih daripada yang kita mampu? Mengapakah semakin hari semakin ramai yang tersandung hidup mereka angkara abang long ( Ah Long )?

Jadi…wajarkah golongan pekerja dibiar terkontang - kanting mengharungi zaman kemelesetan sekarang ini tanpa bantuan ? Apakah masih ada sekelumit rasa keperihatinan kerajaan sekarang untuk membantu golongan pekerja sekarang. Tidak cukupkah kita disogok dengan agenda politik sempit mereka membelah dan membahagi kemudahan berdasarkan fahaman politik yang sempit . Yang menyokong akan ditatang, namun yang membangkang akan dianaktirikan….
Tidak cukupkah selama ini kita sebagai rakyat Malaysia disogok dengan omongan kosong dan kebobrokkan agenda politik mereka? Setiap hari kita melihat dan mendengar tanpa dapat berbuat apa – apa tentang keputusan kabinet yang menaikkan harga sewenang-wenangnya. Keputusan – keputusan kabinet mutakhir ini lebih mencerminkan bebanan yang bertimpa akan menimpa rakyat..Kenaikkan tambang teksi dan tambang bas sekolah sebagai contoh dan yang terbaru desas-desus kenaikkan tarif elektrik…walaupun TNB mengumumkan keuntugan berbilion ringgit tahun lalu. TNB sepatutnya merupakan sebuah agensi yang menyediakan kemudahan, bukannya untuk membuat keuntungan.

Akibatnya…semakin ramai rakyat dan majoritinya golongan makan gaji bertukar ke duit plastik sebagai alternatif. Pengurus Ekonomi dari syarikat Malaysian Rating Corp Bhd , En Norzahidi Alias , mendedahkan kenaikkan yang menakutkan tentang penggunaan kad kredit di Malaysia. Keseluruhannya jumlah kredit kad sudah meningkat 3 kali ganda sejak tahun 2002 kepada 9.67 juta pengguna dari 2.9 juta , 7 tahun yang lalu. Hutang kredit kad terkumpul rakyat Malaysia sehingga hujung tahun lalu adalah berjumlah RM 23 billion. Dan jika tidak dibendung kemungkinan kita juga akan menghadapi masaalah yang sama dengan rakyat Britain yang berhutang hampir RM 7 Trillion melalui kredit kad.
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dibawah seliaan Bank Negara mendedahkan bahawa 66% daripada kes yang dikendali berpunca daripada masalah hutang kredit kad.

Jadi..Selagi mana kerajaan sendiri tidak menyelia kewangan Negara dengan baik, selagi mana masih ada ketirisan kewangan dalam mengendali projek – projek kerajaan , selagi itulah rakyat akan dihimpit dengan beban yang lebih berat.

Tepuk dada Tanya poket !!!

Wednesday, July 15, 2009

LA MENANG LAGI.....

PAKATAN ( 6 ) - BN (1)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan mengurangkan majoriti Pas pada pilihan raya umum lepas yang melebihi 1,200 undi merupakan satu isyarat jelas bahawa rakyat mahukan pembaharuan. (Utusan Meloya)
Pembaharuan konon...Kalah tetap Kalah ...

Tuesday, July 14, 2009

Hari Mengundi - MU



Hari ini 14 Julai 2009 , merupakan hari penentuan bagi warga MU setelah menjadi tumpuan hampir sebulan yang lalu. Mampukah Umno merampas kerusi kubu kuat PAS atau mampukah PAS menidakkan hajat besar Umno itu? Mengapa begitu pentingnya kerusi Dun MU ini?

Walaupun Umno menang , ini tidak akan merubah apa – apa pun senario politik di Kelanatan. TGNA akan tetap menjadi Menteri Besar Kelantan meskipun kerusi PAS berkurangan kepada 38. Namun, Umno sebagai parti tunjang BN berhempas pulas dan bertungkus lumus melancarkan berbagai – bagai program yang tertumpu ke arah pembangunan MU. Dengan dana kewangan yang banyak, dengan agensi kerajaan yang memihak kepada BN , serangan demi serangan ditujukan kepada pemerintahan Kelantan.

Kononnya selama 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan , tidak ada sekelumit pun kemajuan yang dilaksanakan oleh PAS. Agaknya , masih ramai rakyat Kelantan yang tinggal di atas pokok? Agaknya dah terlalu ramai yang mati lemas di Kelantan kerana terpaksa menyeberang sungai Kelantan yang deras setiap hari untuk ke Bandar atau ke sekolah. Mungkin dah tak terkira ramainya rakyat Kelantan menderita kebuluran akibat ketidakstabilan pemerintahan yang dibawa oleh TGNA sebagai Menteri Besar. Ataupun mungkin semakin sedikit rakyat Kelantan yang berjaya dalam pelajaran?

Ah…Itu semua merupakan satu mainan politik yang diamalkan oleh BN berkurun lamanya. Isu pembangunan merupakan satu isu yang akan dimainkan oleh BN setiap kali PRK. Isu kemodenan , isu infrastruktur , isu kebersihan dan berbagai lagi . BN akan melobi sedaya mungkin dan lebih tertumpu kepada menonjolkan betapa tingginya kecekapan BN mentadbir Negara. Seakan – akan tidak ada parti selain BN yang dapat mentadbir Negara dengan berkesan.

Tingginya harapan seluruh pendokong keadilan untuk melihat Umno tersungkur lagi di MU. Janganlah disebabkan oleh taburan janji – janji seperti peruntukkan jambatan baru, peruntukkan sekolah baru dan infrastruktur baru mengaburi mata pengundi – pengundi MU. Janganlah digadaikan maruah dan Islam hanya kerana kemudahan dunia semata- mata. Janganlah disebabkan wang ringgit , kita rela di enjak – enjak kepala kita. Jangan pertaruhkan masa depan anak-anak kita kerana Umno.




Akhir sekali…kita hanya merancang tapi ALLAH sahaja yang menentukan. Andaikata , PAS menang di MU , Alhamdulillah….tapi andaikata PAS kalah…jadikanlah kekalahan itu satu ujian dari ALLAH.

Selamat Mengundi…InsyaALLAH…PAS akan menang lagi. Takbir !!

Monday, July 13, 2009

Umno as Usual



Yesterday, Julai 12 2009, in an attempt to capture more votes Muhyiddin, who is Umno deputy president, told the remote constituency’s 12,293 voters that should they back Barisan Nasional on Tuesday, they would get a 300-metre bridge connecting Manek Urai Baru and Manek Urai Lama in Kuala Krai.

“We can build it (the bridge), insya'allah, but there is a condition. It is easy - all you need to do is to ‘pangkah’ (vote), but you must vote for BN. If not, there would not be any new bridge. If you want the bridge, vote BN,” Muhyiddin said. ( Malaysiakini)

It’s so funny to hear such remarks from a higher paid civil servant. It is quite understandable if it was coming from JKKP or local Umno Divisional Chief. But to hear it from Deputy PM, means a lot to the whole community. Are we stupid enough just to ignore this kind of statement made by a so called elected Deputy PM ? Aren’t the Kelantanese suffered enough with all the predicament they gone through for the past 20 years knowing the fact that due to their matured political choice of having PAS as the ruling party, causing them their rights to development? This kind of statement just make a lot of people feels more and more disgust towards Umno.

The Kelantanese also are the income tax payers, they also contributed to the country development since Merdeka regardless of their political beliefs. Having said so, why in the world such decision made by DPM? Umno as Usual has shown to the whole world who they really are. Their actions clearly prove to be un professional at all. Being an Umno leader, regardless of their origin, even if they are from Kelantan itself, they would do the same, only being a leader to those who supported them. Seems like they have the utmost right to the taxpayersmoney and could do whatever they like with the money.

Enough is Enough!! Are we willing to sacrifice once again and succumb to Umno wrongdoings? Don’t we want to see changes made by showing Umno the door out? Let us be reasonable to our future generations. Let us be the one who step up and show them we mean business and there is no place for corrupted government from now on.

PRK Manik Urai is just another example of Umno as Usual being a party, which will never uphold the true democracy spirits. PAS on the other hand offers a clean government by upholding Islamic teachings at all time. Wallahualam….

Sunday, July 12, 2009

100 Hari Pok Jib


Bersempena dengan sambutan 100 hari pemerintahan PM yang ke – 6 ini, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru…..dan lain – lain lagi. …
Terbukti sekali lagi, bahawa BN dibawah pemerintahan seorang lagi PM yang hanya megutarakan satu lagi gimik politik bagi mengaburi mata rakyat daripada realiti sebenar ketidakadilan sistem pemerintahan yang diterajui Umno ini. Tetapi , bentuk perlaksanaannya tidak di war-warkan secara telus. Bayangkanlah , betapa ramai dari kalangan rakyat dapat mengecapi diskaun 20 peratus caj tol andaikata ianya hanya berkuatkuasa keatas mereka yang menggunakan ‘smart tag’ atau ‘touch n go’ dan itupun untuk caj yang ke 81 kali dan keatas??? Dan , berapa ramai pulak yang selama ini tidak menggunakan lebuhraya langsung , tetapi terpaksa membayar caj konsensi yang kerajaan buat bersama perjanjian berat sebelah mereka bersama PLUS??? Adakah ini yang dimaksudkan langkah ‘mesra rakyat’ ??? Bunyi memang kuat tapi kesannya amat kecil !

Selanjutnya, pengumuman untuk menawarkan sejumlah 44000 rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada penyewa sekarang ini untuk membelinya , seharusnya diperluaskan keseluruh negara , bukan hanya di Wilayah Persekutuan . Tidakkah dia sedar, dia harus berlaku adil kepada semua ..bukannya untuk segelintir rakyat sahaja! Ketidakseimbangan dalam layanan memang telah BN buktikan sepanjang pemerintahan 55 tahun mereka. Sebelum ini pun memang telah terbukti bagaimana layanan pusat kepada kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang. Bagaimana, majoriti rakyat di negeri pembangkang ditidakkan hak mereka hanya kerana fahaman politik yang berbeza. Bagaimana rakyat yang menyokong parti pembangkang tidak disalurkan bantuan sewajarnya melalui JKK yang sah , tapi penyokong mereka diperuntukkan bantuan melalui JKKP???

Seterusnya …Satu lagi pengumuman melibatkan masyarakat penjaja dan peniaga kecil, di mana mereka akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru. Saya menyarankan agar kerajaan lebih perihatin di dalam isu ini. Persoalan yang sebenarnya adalah …Mengapa semakin ramai rakyat menceburi bidang perniagaan secara kecil -kecilan? Kita sendiri dapat menyaksikan pertambahan yang ketara peniaga kecil sekarang ini dimerata – rata tempat. Adakah ini disebabkan oleh pakej ransangan RM 60 billion yang gagal sehingga menyebabkan penguncupan ekonomi secara berterusan ? Dan adakah dengan mendapat diskaun ini , peniaga kecil ini dapat pulak menurunkan harga jualan mereka untuk dinikmati oleh majoriti rakyat seterusnya?

Selain itu Najib turut mengumumkan kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang telah diberikan setakat ini. Alasannya ialah kerana ramai individu yang terpaksa menyewa teksi seharian selain daripada terpaksa berdepan dengan kenaikkan harga minyak. Jika itu yang menjadi persoalannya, mengapa kerajaan tidak secara terus melihat bagaimana untuk menyelesaikan kenaikkan kos-kos ini , bukannya menambahkan lagi beban yang sedia ada. Tidak cukupkah permit teksi yang ada sekarang ini diatas jalan sehingga mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan pelanggan yang kuasa membeli mereka semakin menurun setiap hari disebabkan oleh kenaikkan harga barang dan kos sara hidup…..

Najib juga mengumumkan bahawa caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang. Menurutnya beliau mendapati ramai penunggang terutama anak-anak muda yang "ke hulu dan ke hilir dengan motosikal kapcai" tidak memiliki lesen memandu kerana kos mendapatkan lesen termasuk latihan adalah tinggi, di antara RM500-RM700 seorang. Ini secara amnya akan meningkatkan lagi penggunaan motosikal dikalangan remaja dan meningkatkan pertumbuhan mat – mat rempit . Walhal , jika mengikut perangkaan JKKR , kadar kematian penunggang dan pembonceng motosikallah yang paling tinggi selama ini , disebabkan tahap keselamatan yang rendah. Seharusnya Najib lebih mengutamakan untuk mengurangkan kos sara hidup agar lebih ramai rakyat terutamanya golongan remaja berkemampuan memiliki kereta sendiri. Kereta nasional kita sepatutnya lebih murah kerana ianya dibuat dalam negara sendiri dan menggunakan sumber asli dari negara kita sendiri…

Inilah sebahagian daripada pakej ‘mesra rakyat’ yang diwar –warkan oleh media pro BN hari ini .. yang lebih tepat sewajarnya di terjemahkan sebagai satu lagi gula – gula politik untuk mengaburi mata rakyat atas kepincangan yang lebih ketara seperti isu rasuah berprofil tinggi , isu kadar jenayah yang semakin hari semakin menghimpit kita , isu ketidak adilan pembahagian royalti minyak, isu kenaikkan kos sara hidup , isu kontrak sosial yang semakin hangat , isu kerajaan negeri Perak dan lain – lain lagi……

2013



Jumaat 15 March 2013 , jam menunjukkan pukul 6:15 pagi. Kami baru selesai menunaikan sembahyang suboh berjemaah dan bersiap – siap untuk menuju ke Putra Jaya. Timbalan Pesuruh Jaya PAS negeri membaca doa selamat agar perjalanan kami diberkati ALLAH sepanjang masa. Rombongan 2 biji bas yang ditempah khas untuk ke Kuala Lumpur ini diatur oleh Naib Ketua Cawangan.
Semua yang hadir pagi itu masih lagi teruja dan seakan tidak percaya dengan perkembangan yang berlaku seminggu yang lalu. ALLAH telah memakbulkan doa seluruh rakyat Malaysia, yang semakin jelek dan benci dengan BN , mambolehkan satu titik sejarah berlaku pada tanggal Selasa 5 March 2013, Pakatan Rakyat menang majoriti kerusi Parlimen dengan menyapu lebih kurang 200 daripada 212 kerusi yang dipertandingkan.
Pada hari ini Jumaat 15 March 2013, satu lagi sejarah akan berlaku, buat pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia dan dunia amnya akan menyaksikan seorang Perdana Menteri Malaysia akan menyampaikan khutbah Jumaat khas di Masjid Putra Jaya. Siapa sangka , seorang Perdana Menteri buat julung kalinya, mampu memyampaikan khutbah Jumaat secara langsung hari ini. ALLAHUAKBAR…..
Tidak mahukah kita menyaksikan perkara ini terjadi nanti ??? Tidak mahukah kita melihat satu perubahan menuju Mardathillah ??? Tidak mahukah kita sebagai seorang rakyat Malaysia dan seorang yang beragama Islam mempunyai hak dan undang – undang Negara yang berlandaskan hukum-hukum dari ALLAH ??? Mahukah kita berterusan ditindas oleh kegobrokkan mereka – mereka yang dari dulu lagi secara terang terangan menolak perlaksanaan hukum – hukum dari ALLAH ???
Alangkah baiknya jika selepas 2013 nanti , tidak ada lagi timbul masaalah – masaalah seperti rasuah , masaalah sosial remaja Islam , masaalah tingginya kadar jenayah di Malaysia hasil daripada keberkatan pemerintahan secara Islam yang diterajui oleh PAS Malaysia.


Alangkah baiknya 2013 nanti , anak – anak kita tidak lagi terdedah dengan bentuk gejala sosial yang lebih teruk lagi. Tidak ada lagi judi dan arak secara terang – terangan. Tidak ada lagi remaja merempit sepanjang malam, tapi digantikan dengan lebih ramai remaja bertahhajud. Tidak ada lagi pusat atau rumah urut yang secara terang – terangan di berikan permit atas dasar pemerintahan sekular BN ! Seluruh rakyat Malaysia tak kira fahaman agama mereka akan menikmati keadilan yang belum pernah mereka rasakan sebelum ini setelah undang – undang Islam terlaksana di Malaysia ini.



Jadi, marilah kita bersama – sama berganding bahu membetulkan saf kita , agar seimbang dan sekata berjuang demi hak ALLAH yang selama ini kita abaikan. Yang selama ini di kotak - katikan oleh cara pemerintahan sekular BN hampir 55 tahun. Mungkin ada yang beranggapan mustahil untuk PAS memerintah dalam masa terdekat ini…tapi ingat “ALLAH Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Bangsa Itu Jika Mereka Sendiri Tidak berusaha Untuk Mengubahnya” . Wallahualam….

Thursday, July 9, 2009

DIARI MU



Salam Perjuangan....

Pertama kali aku bagitau bini aku yang aku nak pi MU dua minggu sudah , dia tanya .. Nak pi buat apa ? Nak pi dengan sapa ? Nak pi berapa hari ? Tidoq kat mana ? Makan macam mana ? Bertubi – tubi aku kena tanya oleh Menteri Dalam Negeri tu… Huh !! Berpeluh gak nak jawab . Dan cam selalu gak, aku gunala nama rakan – rakan yang bini aku biasa dengan depa la ..sapa lagi…Shidi , Pak Ak , Sam , Pak Ya dan Abg Man . Cool la dia sikit . Hasbullah tak pi ka ? Dia tanya . Hasbullah jangan tanya la…selalu sibuk , dia pi kemudian kut , aku jawab. Tenang sampailah masa nak pi …………

Jumaat 3 Julai 2009

4:00 pm – Menteri Dalam Negeri (Bini aku) telepon , masa tu aku tengah meeting kat ofis … Esok nak bawak baju PAS ka ? Rupanya dia nak tolong pack barang aku . Sayang dia kat aku….

5:00 pm – Aku sms kat rakan – rakan yang nak pi besok , saja nak peringat depa , takut ada yang last minit tak boleh pi , boleh gak aku cari pengganti. Teet…teet…teet…Ust Zubir telepon..anak dia masuk hospital..mungkin tak jadi pi. Aiseyman, dah sorang tak jadi…dalam hati…janganlah ada yang lain tarik diri.
Awatla lambat sangat hari Sabtu ni….

Sabtu 4 Julai 2009
12:01 am – Mata tak boleh lelap .. Rasa macam kecik – kecil dulu , tak sabaq nak tunggu pagi. Turun bawah layan Wimbledon Open…Tup ..tup dah pukoi 2 pagi.

02:00 am – Tidoq…..

10:00 am – Ajak bini pi Giant , beli barang dapur , minyak enjin , nak servis kereta. Ni nak jalan jauh ni…

02:00 pm – Call Amir..just nak remind dia , jumpa kat masjid..Kalau nak tau Amir lah yang mula – mula sekali perkenalkan aku kat PAS ni. Dan aku berterima kasih kat dia, kalau tidak mungkin aku jadi ahli Umno seumur hidup. Ingat lagi dulu , selalu gak kami berdua naik moto , pi dengaq ceramah. Masa tu PAS tak brapa kuat..jadi nyamuk, katak dan macam-macam lagi duk dengan kami bertinggung bawah pokok dengaq abang Mat ceramah.

02:45 pm – Abah nak pi mana bawak beg ? Anak aku yang kecik tanya, walaupun cakap dok telo lagi. Abah nak pi berjihad … Bini aku kata !! Sahih dia tak paham… Dah salam semua , dah sayang semua….start kereta pi rumah Pak Ak…Pi rumah Sam … tunggu Pak Ya kat rumah Sam. Tak sampai – sampai , aku call dia , “on the way” , tapi aku dengaq suara anak dia ! Kata “on the way”, tapi dok di rumah lagi…

03:00 pm – Kami pi masjid . Abang Hassan , Mail misai dengan Amir dah ada. Mana pi Zul Usm ? Haji Zainol ? Che Mad ? Call Hj Zainol, dia dok di rumah tunggu pukul 4 petang baru nak mai. Dia ingat pukul 4 baru nak pi …nasib baik aku call. Lepaih 10 minit dia mai , bawak moktan kuning…

03:30 pm – Bertolak ikut Kubang Menerong. Huh .. Dok boh jalan tar baru . Mentang – mentang lah kubu kuat Umno. Aku , Sam , Pak Ak ngan Senator satu kereta..Sepanjang jalan tak rasa letih pon..macam – macam cerita ada…Cerita Benggali ada , cerita askar ada , helicopter dan lain – lain….

05:00 pm – Sampai kat rest area Bkt Sempah , sembahyang…minum petang ..beli minyak wangi ..Dunhill. Jumpa YDP ngan rombongan. Lepaih makan ..jalan lagi. Pak Ak cerita lagi … Hujan lebat.. kabus tebal..rasa macam kat London.

08:00 pm – Sampai kat Bukit Bunga … Sembahyang Maghrib / Isyak. Nampak Sam bawak 2 dompet ! Huh ! Awat hang bawak 2 dompet ? …Senang nak “differentiate” duit kutipan ngan duit sendiri ! dia kata …ada klass Bendahari aku ni… Satu saja dia punya tabiat … suka bawak kluaq duit …dia kira lagi takut tak cukup.. RM 1000 berjaya dikumpul untuk diserahkan untuk dana pilihanraya MU . RM 700 untuk perbelanjaan , minyak dan makan.

09:30 pm – Berhenti kat simpang Machang … Dinner , makan nasi ngan satay ..nasi tak sedap langsung..Ayaq lagi la…manih gila. Blogger Hassan dok klebek handphone dia..Ada jugak orang call dia order GOJI. Lepaih tu ada yang call order makan..sibuk gak blogger kami ni.

11:00 pm – Sampai Manik Urai , Kg Sungai Peria … Tidoq kat banglo dua tingkat. 11 orang kami saja. Sam kata , menyesal dia tidoq antara aku ngan Pak Ak..bunyi kuat , tak boleh lena sampai pukui 2 pagi ..yang aku tau bila aku sedaq dia dok lena lagi…




Ahad 5 Julai 2009
04:45 am – Tersedaq dari tidoq..Haji Zainol ngan Che Mad lama dah bangun..Pak Imam pun dah sampai.huh ..awainya. Sembahyang…mandi…lapaqlah pulak… Lepaih sembahyang subuh berjemaah ngan penduduk setempat, kami sempat bersembang dengan Pak Imam, sayu rasa …geram pun ada … Cxxxxa punya Umno, sampai macam tu sekali penindasan yang depa buat kat orang PAS. Masjid pun kutip duit sendiri , tu yang berselirat wayar letrik..tile tak siap…lampu pun tak sempurna, toilet pun tak berapa siap lagi . Tapi , respek kat depa , walaupun macam tu depa masih lagi kuat beribadat.



07:00 am – Sam call Razali adik Abe Uji ( Calon MU )..Dia antaq sorang Penghulu merangkap SU Dun Guchil En Sukardi .. tak tau pulak aku ada Jawa kat Kelantan , tapi macam biasa jugak, orang Kelantan ni peramah….bawak kami makan lagi..beri penerangan mengenai keadaan Dun Manik Urai di markas Induk. Sam buat appointment nak jumpa calon petang nanti. Abis makan , bertolak ke Rumah Pulau Pinang di Kg Lepan Jenut ( Kampung Lemang Kontot ) , bertemu YDP ngan rombongannya. Campuk semua , kontijen Kepala Batas paling ramai , lebih kurang 43 orang. Dalam perjalanan tu permandangan sebenar wajah Manik Urai terserlah..Kaum Hawa depa pagi – pagi buta dah naik lori pi menoreh (kerja utama depa). Hat jantan, tak berapa nampak..tak tau pi mana..lama sikit baru nampak…Sedih tengok rumah depa, tapi walaupun depa dok macam tu pun depa cerdik dari sesetengah daripada kita yang masih tk reti – reti dok pangkah lagi malaon – malaon yang hari – hari kerja depa dok pikiaq macam mana nak mentekedaghah duit…



09:00 am – Di rumah Pulau Pinang .. Depa dok riuh dah..ramai . Wakil Tanjung dok bersiap nak lepaih tugas kat kami Kepala Batas.. Depa ada 6 orang saja ..mai ngan Estima. Ada yang tua , muda .. tak kawin lagi pun ada .. yang penat ( asma ) pun mai jugak , semangat nak bantu PAS.
Lawyer Rosidi T.P.J (PP) YDP (KB) K.C (B I) K.D.P (BI ) …. Beri penerangan kat semua yang hadir dengan penuh santai tapi bersemangat . Respek kat orang PAS Kelantan , sebab depa dah ready dari awai..Cula dah siap ..program dah diatur..Kami cuma tunggu arahan saja.. Aktiviti pertama ..pi bantu Mazri ( Maei) bersama penduduk setempat bina rumah dia yang uzur..Semua bersemangat kuat , tolak pasir , angkat bata , zing , kayu .. dan ada yang dok saja sebab ramai sangat yang mai..tapi yang penting Maei cukup berterima kasih sebab kami mai tolong dia … Serah derma dari cawangan RM100. Rumah Maei yang lama , uzur sangat, macam mana dia dok …anak ada dua..Rumah la ni aku duduk pun rasa tak cukup besaq. Insaf ….





Jumpa ngan Zainuddin SU Dun Mengkebang … Dia kata InsyaAllah boleh menang…Lega sikit..Umno takdak isu dah, dok main isu lama ..pembangunan . Kondem wakil PAS takdak pelajaran konon…macam depa tu pandai, macam la wakil depa soma pandai..darjah enam pon ada !!! Mxxxxxk Axxn !!! Balik pi markas ..depa beli durian ngan lemang..makan lagi. Awie tukang koyak durian , sebab dia paling kuat antara kami semua.

12:30 pm – Makan nasi ..Depa masak gulai ayam .. ikan masin ..sedap .
01:15 pm – Bertolak ke Guchil , jumpa dengan Abe Uji , calon PAS MU . On the way , sesat jalan , jumpa chinese couple , cakap kelante tunjuk jalan kat kami..Abe Uji dua laki bini memang very humble. Meremang bulu roma salam ngan dia. Alhamdulillah ..duit yang kita kutip untuk dana PRK MU dapat kita serah byhand kat Abe Uji..RM 700.



02:00 pm – Balik pi banglo kami (Masjid Sg Peria) . Sembahyang … mandi … ada yang terbungkang letih .. Blogger kita Abg Hassan dok sibok klebek handphone dia , Hj Sam macam biasa ..kira duit la ….apa lagi .. Pak Ya ..mandi pakai tola basah..nasib tak baik kena candid camera.

05:00 pm – Balik pi Rumah Penang . Aktiviti pasang bendera , buat kerja pembersihan kawasan . Pak Ak and the geng buat meriam PAS daripada bendera..Pandai jugak depa.



07:30 pm – Sembahyang Maghrib berjemaah… Makan lagi…aku dah x boleh pi dah…masuk aja tak kluaq lagi dari kelmarin..so aku skip dinner…Lepaih makan ..taklimat dari Ketua Rombongan…Aktiviti malam ni free ..boleh pi ceramah kat Kg Sungai Sok. Ketua Pemuda PAS ngan Husam Musa.



09:00 pm – Dekat ceramah … Ramai dah orang ..Pak Ak , Pak Ya , Amir..pakat beli kopiah baru . Kopiah Pendang …morah RM 5 dari Penang. Letih punya pasai ..terlentok kepala masa ceramah…Jahatnya Umno .. royalty minyak tak bagi kat Kelantan lebih daripada 20 tahun. Sora Ust Nasaruddin sebijik macam TGHA.

Isnin 6 Julai 2009
12:00 am – Balik ke Banglo .. Orang dah ramai..nasib baik ada ruang kosong untuk tidoq..Sam ready ngan dia punya handphone…evidence konon.

04:30 am – Bangun …Tak sabaq nak pi Penamaan Calon. Sembahyang ..minta doa agar semua berjalan lancar…. Especially untuk memudahkan penamaan calon wakil PAS Abe Uji. Segak berbaju baru PAS Taman Bertam Indah. Lama dah tunggu nak pakai secara official. Lepas sembahyang suboh..bertolak ke lokasi penamaan calon kat Masjid Jauhar , Kuala Kerai. Orang dah ramai…seperti biasa suasana cukup menarik. Lapak la pulak…




07:30 am – Beratur beli nasi dagang..orang dah berpusu – pusu . Suasana semakin hangat dengan gelombang hijau putih. Orang mai dari semua negeri dengan satu matlamat – nak tunjuk betapa ramainya orang benci kat Umno dan BN. Sanggup perabih duit , tinggai anak bini 3-4 hari , sanggup tidoq tempat yang tak selesa, hanya semata – mata nak tunjuk kat Umno, orang dah tak suka kat hampa…Tu pun tak paham – paham. Lautan manusia berduyun – duyun berarak mengiringi Abe Uji ..naik bukit turun bukit …naik lagi bukit…turun lagi bukit..tak sampai – sampai . Semangat punya pasai semua gagah berjalan ke destinasi. Tua muda berpusu – pusu , bertakbir , berselawat dan bertahmid. Jumpa ngan Team Perak Express Sha Reformis ngan Anaz. Respek kat depa ni lengkap peralatan depa dan cepat sungguh buat kerja..kalau tengok physical Anaz ..biar betui….
Hala balik jumpa kawan lama kami , Hashim….sihat walafiat….



12:00 pm – Makan tengahari , Hashim belanja….Lepaih tu bertolak balik ke Pulau Pinang. Sampai kat Jeli berjumpa ngan YB Meru , Dr (tak ingat nama dia) . Kalut bagi tau kita pasai banglo khir toyo…MasyaAllah …RM 24 juta…Mana la dia cekau dut kalu tak duit rakyat ! Tu yang Umno nak sangat kuasa tu supaya depa boleh kuda duit kita puas – puas. Dalam perjalanan berenti merata..bila berenti ja makan …berenti ja makan…dalam kereta cerita Benggali lagi , Payung Terjun , Back pack askar dan macam – macam lagi. Hala balik tak boleh laju sebab bukan kereta JAGUAR nak bawa laju.


07:00 pm – Alhamdulillah sampai kat rumah. Satu perjalanan dan pengalaman yang cukup berharga buat kami semua…Umpama satu tarbiah buat yang pertama kali , perkukuh ukhuwah antara kami , satu bentuk pendidikan kepada kami. Menyedarkan kami ada orang yang lebih susah dan yang lebih buruk keadaannya dari kami. Menyedarkan kami yang kebendaan bukan segala – galanya. Orang Kelantan dah buktikan kepada kita, kesederhanaan di dunia adalah lebih baik. Wallahualam….
YANG BAIK ITU DARI ALLAH , YANG JAHAT ITU DARI UMNO….
Takbir…

Thursday, July 2, 2009

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri.....



SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI…..
Teringat aku masa di sekolah rendah dulu, kelas Bahasa Melayu, bab pantun Melayu , SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI…BERCAKAP BOHONG, LAMA – LAMA MENCURI … Bukan cikgu aku saja , mak pak aku pun dulu pernah guna pantun ini selain daripada pantun – pantun yang seangkatan dengannya. Tapi selepas 30 tahun , baru aku sedar ada kebenarannya pantun Melayu ini. Cuma ada sedikit pembetulan yang perlu kita buat pada rangkap kedua pantun ini. Sepatutnya , pantun ni berbunyi macam ni, SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI , BERCAKAP BOHONG, LAMA – LAMA JADI MENTERI !!!!

Biar betul ?? Tapi kalau difikir-fikirkan, ada kebenarannya. Acap kali, kita rakyat biasa ni kena tipu hidup – hidup tentang banyak perkara, tentang Harga Minyak , tentang PPMSI , tentang KUOTA , tentang BIASISWA , tentang CUKAI dan macam – macam lagi. Kalau nak disenaraikan , mesti berkajang – kajang kertas. Mungkin , pembohongan ni terjadi disebabkan kita juga. Sebabnya , rakyat Malaysia memang suka ataupun senang kena tipu. Kalau tak senang kena tipu, takkan sampai 50 tahun tak sedar – sedar lagi.

Banyak perkara yang berlaku sekarang ini , dapat dielakkan jika ada ketelusan dalam pemerintahan. Banyak dapat di bendung kalau ada ‘check and balance’ dalam kerajaan itu sendiri. Jika ada YB yang benar – benar ikhlas nak berkhidmat kepada rakyat. Bukannya macam sekarang ni, baru sepenggal jadi YB, dah kaya raya bagai nak rak…. Kekadang sedih juga bila teringatkan masa depan anak – anak kita nanti. 30 tahun dari sekarang , apa akan jadi dengan masa depan mereka jika kita tak buat sesuatu sekarang. Sekarang ni semua perlukan duit , nak belajar pun kena ada duit , nak masuk ‘U’ lagi teruk nak kena prepare duit.

Kononnya , dicanangkan perubahan yang ketara dalam pemerintahan yang baru, kononnya kerajaan akan lebih telus , perbelanjaan lebih berhemah , perancangan masa depan akan lebih tertumpu untuk kesejahteraan rakyat - demi rakyat jelata. Tapi , yang aku tau , sekarang ni kalau takdak duit boleh blah…

Ayuh , kawan – kawan sekelian , bangunlah dari retorik mimpi – mimpi indah yang disajikan oleh mereka – mereka yang tak tau malu tu….. 2013 semakin hampir , marilah kita bersama – sama berganding bahu bekerja untuk PAS semampu yang boleh. Ingat akn masa depan anak – anak kita …. Wallahualam

SUARA HATI YDP KEPALA BATAS

Assalamu`alaikum warah matullahi wabarakatuh....

Tuan tuan dan puan puan sekelian .. Inilah buku pertama karangan ketua cawangan kami merangkap YDP PAS Kepala Batas.. 4000 naskah dah yang berada di pasaran. Kami berharap kepada kesemua pelawat-pelawat supaya membeli dan membaca buku ini. Sekurang-kurangnya kita dapat mengetahui SUARA HATI nya. Apabila kita telah mengetahui apa yang terbuku dalam hatinya maka ia akan memudahkan gerak kerja berjemaah. Lalu membentuk `wihdatul fikr dan wihdatul amal` yang bermaksud kesatuan fikrah dalam membentuk kesatuan beramal secara jamaie. Beli jangan tak beli..


Wednesday, July 1, 2009

NOSTALGIA


NOSTALGIA …..
Hampa ingat dak lagi masa kecik – kecik dulu taon 70’ an, berapa punya buaih kita dulu??? Balik – balik sekolah teruih terejun sungai , balik sekolah , takdan buang baju teruih main bola, kerabat pokok nyok , main guli ,main wau , kayuh gerek turun gon??? Tungging buyung memang kita terer … ingat tak ??? Tak pernah pun kita seriau nak balik ghumah malam – malam lepaih mengaji Quran , jalan tepi kuboq. Tak pernah pun kita seriau nak pi main jauh dari ghumah , lari balik ghumah kot ataih ban …… Syok oi….Tu zaman masa kita kecik – kecik lagi. Zaman masa mak pak kita kebanyakkannya masih sokong UMNO, masa mak pak rasa betapa amannya Malaysia masa tu. Masa tu jiran kita, hindu ka, cina ka, siam ka , somanya ada timbang rasa , dok sama – sama cari makan, aman – damai ( lepaih 13 mei la ni ).


Tapi , bebudak la ni … Hampa berani ka nak bagi anak – anak hampa pi main jauh dari ghumah??? Hampa sanggup dak lepaih anak hampa keluaq ghumah pi tusyen kat puji kayuh gerek sorang – sorang ??? Sanggup dak hampa biaq depa pi kedai kat pekan kepala batas sorang – sorang pi beli rempah??? Aku tak sanggup…tak tau la hampa??? Rempit blambak dah la ni, ragut toksah habag la, baru 2 minggu sudah , depa ragut jiran aku dalm pagak ghumah..depa pon berani semacam dah la ni ! Syabu kot ???

Yang aku tau , la ni , polis dok sebok buat benda lain …sebab ada orang dok paksa depa buat benda lain ! La ni silap pakai kale baju pon kena tangkap…bakaq lilin pon kena gak, tulih ‘C4’ , ‘Puaka’ dan ‘Alxxxxuxa’ ataih dinding pon salah dah la ni ! Makin lama makin terok dah la ni , rakyat marhein macam kita la ni dalam ketakutan . Kita patut rasa selamat bila ada polis, tapi la ni kalau nampak polis kita pulak takut. Tak tau la sampai bila lagu ni…Yang aku tau selagi ada depa yang dok ataih tu dok kuda soma benda macam reta pak depa , termasuklah polis..selagi tu la kita takkan aman. Wallahualam…..