Thursday, July 23, 2009

Kemiskinan…Kenyataan Yang Pahit



Bila berbicara tentang topik kemiskinan, definasi kemiskinan itu sendiri terbahagi kepada beberapa tafsiran. Secara amnya kemiskinan merujuk kepada ketidaksejahteraan, ketertinggalan dan kemunduran sesuatu golongan masyarakat mengikut ukuran atau norma tertentu terutamanya dari segi ekonomi. Di Malaysia, ketidaksampaian sesebuah ketua keluarga bagi menyediakan keperluan asas untuk membeli keperluan minimum isi rumah meliputi keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal menjurus sesebuah keluarga dibawah taraf kemiskinan.

Pada pandangan Profesor Diraja Ungku Aziz , mengukur taraf kemiskinan seharusnya berdasarkan kepada pemakanan yang perlu bagi pertumbuhan badan dan zat yang diperlukan bagi menghindar penyakit seperti beguk dan anemia , juga perbelanjaan lain yang perlu untuk taraf kehidupan yang sederhana.
Berdasarkan kepada pendekatan ini, MAPEN II pada 2001 telah menganggarkan jumlah perbelanjaan sebulan bagi isi rumah 5 orang , mengikut 3 jenis makanan pilihan bagi Semenanjung Malaysia adalah lebih kurang RM 775.
(Kajian : Kemiskinan dan Pendidikan – Perubahan Minda Orang Melayu kearah Kecemerlangan Akademik – Dr Faridah Abu Hassan , Dr Naimah Ishak , Dr Hamidah Yusof , Dr Habibah Abdul Rahim tahun 2005 )

Bagaimana dengan Tahun 2009 ??? Dengan keadaan ekonomi global yang meruncing , dengan keadaan inflasi yang tinggi sekarang ini , masih mampukah kita kurangkan tahap kemiskinan dikalangan masyarakat . Berapa ramai isi rumah yang mampu menjana pendapatan RM775 sebulan? Dan dalam keadaan sekarang dapatkah jumlah RM 775 menampung perbelanjaan satu isi rumah?. Lebih memburukkan keadaan sekarang , jumlah pekerja yang diberhentikan kerja akibat kemelesetan ekonomi juga semakin meningkat.

Lebih membimbangkan lagi tahap perbelanjaran bagi keluarga yang miskin juga lebih rendah samaada di bandar ataupun di desa. Ini disebabkan oleh masaalah kemiskinan, kesempitan hidup dan kewangan menyebabkan ibubapa tidak mampu menampung perbelanjaan sekolah anak-anak.

Bagaimanakah nasib seorang anak bersama adik - beradik yang lain mampu untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran yang sempurna jika keadaan rumah sendiri tidak kondusif untuk belajar. Pernahkah kita menyingkap permasaalahan mereka ini , hatta , dalam ruang lingkup pekerjaan kita sendiri ? Pernahkah kita sesekali bertanyakan perihal kehidupan orang bawahan kita ? Pernahkah ada sekelumit rasa perihatin dalam hati kita untuk membantu anak – anak dari golongan yang keciciran…Tidak dinafikan memang ada anak – anak dari keluarga ynag kekurangan dari segi ekonomi berjaya dalam pelajaran..contohnya adik Madihah, tapi berapa ramaikah lagi yang terus tercicir dan tidak diperdulikan oleh keluarga masing – masing?

>


Kajian Sosioekonomi Rakyat Termiskin oleh Siwar Chamburi tahun 2001 mendapati tahap pendidikan keluarga termiskin adalah amat rendah dimana 65% - 92 % ketua isi rumah termiskin cuma tamat sekolah rendah dan sekitar 1% - 16% sahaja yang tamat Sekolah Menengah Rendah.

Kerajaan juga seakan tidak membantu rakyat sepenuhnya..Mutakhir ini kenaikkan harga barang ,tol , minyak dan tambang teksi dan bas memburukkan lagi keadaan disamping kenaikkan mendadak barang-barang keperluan harian.

Tanyalah pada diri kita … apa yang kita telah buat untuk membantu golongan ini??? Adakah kita masih lena diulit kemewahan kita sendiri??? Ataupun kita tak ambil peduli langsung ???



Lajnah Kebajikan dibawah seliaan En Abdull Shukor (Shukoq Kuboq) telah mengambil inisiatif menyediakan Tabung Kebajikan Pas Taman Bertam Indah bagi memberi peluang untuk semua ahli mengambil bahagian menderma seikhlas mungkin. Tujuannya untuk kita bersama-sama membuat amal jariah di dalam taman kita ini. Untuk pengetahuan setiap bulan , Pas Cawangan akan mengenal pasti individu atau keluarga yang dirasakan boleh menerima bantuan untuk dibantu sekadar yang mampu. Alhamdulillah, setakat inin sudah hampir 10 keluarga menerima menafaat dari bantuan kebajikan Pas Cawangan Taman Bertam Indah. Tabung Kebajikan ini telah ditempatkan di Kedai Gunting Abang Din di Surau At Taqwa. Marilah kita bersama – sama mengambil peluang ini. Wallahualam.

No comments: