Tuesday, July 14, 2009
Hari Mengundi - MU
Hari ini 14 Julai 2009 , merupakan hari penentuan bagi warga MU setelah menjadi tumpuan hampir sebulan yang lalu. Mampukah Umno merampas kerusi kubu kuat PAS atau mampukah PAS menidakkan hajat besar Umno itu? Mengapa begitu pentingnya kerusi Dun MU ini?
Walaupun Umno menang , ini tidak akan merubah apa – apa pun senario politik di Kelanatan. TGNA akan tetap menjadi Menteri Besar Kelantan meskipun kerusi PAS berkurangan kepada 38. Namun, Umno sebagai parti tunjang BN berhempas pulas dan bertungkus lumus melancarkan berbagai – bagai program yang tertumpu ke arah pembangunan MU. Dengan dana kewangan yang banyak, dengan agensi kerajaan yang memihak kepada BN , serangan demi serangan ditujukan kepada pemerintahan Kelantan.
Kononnya selama 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan , tidak ada sekelumit pun kemajuan yang dilaksanakan oleh PAS. Agaknya , masih ramai rakyat Kelantan yang tinggal di atas pokok? Agaknya dah terlalu ramai yang mati lemas di Kelantan kerana terpaksa menyeberang sungai Kelantan yang deras setiap hari untuk ke Bandar atau ke sekolah. Mungkin dah tak terkira ramainya rakyat Kelantan menderita kebuluran akibat ketidakstabilan pemerintahan yang dibawa oleh TGNA sebagai Menteri Besar. Ataupun mungkin semakin sedikit rakyat Kelantan yang berjaya dalam pelajaran?
Ah…Itu semua merupakan satu mainan politik yang diamalkan oleh BN berkurun lamanya. Isu pembangunan merupakan satu isu yang akan dimainkan oleh BN setiap kali PRK. Isu kemodenan , isu infrastruktur , isu kebersihan dan berbagai lagi . BN akan melobi sedaya mungkin dan lebih tertumpu kepada menonjolkan betapa tingginya kecekapan BN mentadbir Negara. Seakan – akan tidak ada parti selain BN yang dapat mentadbir Negara dengan berkesan.
Tingginya harapan seluruh pendokong keadilan untuk melihat Umno tersungkur lagi di MU. Janganlah disebabkan oleh taburan janji – janji seperti peruntukkan jambatan baru, peruntukkan sekolah baru dan infrastruktur baru mengaburi mata pengundi – pengundi MU. Janganlah digadaikan maruah dan Islam hanya kerana kemudahan dunia semata- mata. Janganlah disebabkan wang ringgit , kita rela di enjak – enjak kepala kita. Jangan pertaruhkan masa depan anak-anak kita kerana Umno.
Akhir sekali…kita hanya merancang tapi ALLAH sahaja yang menentukan. Andaikata , PAS menang di MU , Alhamdulillah….tapi andaikata PAS kalah…jadikanlah kekalahan itu satu ujian dari ALLAH.
Selamat Mengundi…InsyaALLAH…PAS akan menang lagi. Takbir !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment