Thursday, July 2, 2009

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri.....



SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI…..
Teringat aku masa di sekolah rendah dulu, kelas Bahasa Melayu, bab pantun Melayu , SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI…BERCAKAP BOHONG, LAMA – LAMA MENCURI … Bukan cikgu aku saja , mak pak aku pun dulu pernah guna pantun ini selain daripada pantun – pantun yang seangkatan dengannya. Tapi selepas 30 tahun , baru aku sedar ada kebenarannya pantun Melayu ini. Cuma ada sedikit pembetulan yang perlu kita buat pada rangkap kedua pantun ini. Sepatutnya , pantun ni berbunyi macam ni, SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI , BERCAKAP BOHONG, LAMA – LAMA JADI MENTERI !!!!

Biar betul ?? Tapi kalau difikir-fikirkan, ada kebenarannya. Acap kali, kita rakyat biasa ni kena tipu hidup – hidup tentang banyak perkara, tentang Harga Minyak , tentang PPMSI , tentang KUOTA , tentang BIASISWA , tentang CUKAI dan macam – macam lagi. Kalau nak disenaraikan , mesti berkajang – kajang kertas. Mungkin , pembohongan ni terjadi disebabkan kita juga. Sebabnya , rakyat Malaysia memang suka ataupun senang kena tipu. Kalau tak senang kena tipu, takkan sampai 50 tahun tak sedar – sedar lagi.

Banyak perkara yang berlaku sekarang ini , dapat dielakkan jika ada ketelusan dalam pemerintahan. Banyak dapat di bendung kalau ada ‘check and balance’ dalam kerajaan itu sendiri. Jika ada YB yang benar – benar ikhlas nak berkhidmat kepada rakyat. Bukannya macam sekarang ni, baru sepenggal jadi YB, dah kaya raya bagai nak rak…. Kekadang sedih juga bila teringatkan masa depan anak – anak kita nanti. 30 tahun dari sekarang , apa akan jadi dengan masa depan mereka jika kita tak buat sesuatu sekarang. Sekarang ni semua perlukan duit , nak belajar pun kena ada duit , nak masuk ‘U’ lagi teruk nak kena prepare duit.

Kononnya , dicanangkan perubahan yang ketara dalam pemerintahan yang baru, kononnya kerajaan akan lebih telus , perbelanjaan lebih berhemah , perancangan masa depan akan lebih tertumpu untuk kesejahteraan rakyat - demi rakyat jelata. Tapi , yang aku tau , sekarang ni kalau takdak duit boleh blah…

Ayuh , kawan – kawan sekelian , bangunlah dari retorik mimpi – mimpi indah yang disajikan oleh mereka – mereka yang tak tau malu tu….. 2013 semakin hampir , marilah kita bersama – sama berganding bahu bekerja untuk PAS semampu yang boleh. Ingat akn masa depan anak – anak kita …. Wallahualam

2 comments:

michael jackson said...

hampa punya artikel `e-class` dan `ikhlas` la ... ada ummpphh.. baguih .. kalau hampa boleh mantain macam ni sampai bila-bila .. kira hampa hebat la caw lain tak boleh celen hampa kira caw PAS terbaik di dunia la Ayuh teruskan

Anonymous said...

Betoii..betoii....( ikut rentak Epin )Memang hebat.Depa - depa ni cuba nak pecahkan minda org Kepala Batas supaya melihat PAS sebagai satu jemaah yang akan mengantikan UMNO di Parlimen Kepala Batas.Teruskan perjuangan wahai perjuang - pejuang PAS TBI