Monday, February 8, 2010

Kick My Ass...SPRM Chief



Bunyinya cukup menyakinkan apabila Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru dilantik Datuk Abu Kassim Mohamed, mahu rakyat 'Kick His Ass' jika beliau gagal melaksanakan tanggungjawab beliau untuk menjadikan SPRM sebuah badan yang telus setelah Ketua - Ketua yang lalu telah gagal berbuat demikian.

Imej SPRM sebelum ini amatlah teruk dan Pesuruhjayanya pula dianggap kudeta pihak kerajaan dan pimpinan Umno. Siasatan terpilih yang dilakukan sebelum ini juga dilihat sebagai satu daripada perancangan Umno untuk mengheret seramai mungkin pimpinan Pakatan Rakyat ke penjara. Tambahan pula kelembapan mereka bertindak menangani kes-kes pemimpin Umno juga menjurus kearah ketidakcekapan mereka dalam mengurus masaalah rasuah di Malaysia.

SPRM terus dikecam hebat akibat dari kes kematian Beng Hock semasa dalam tahanan SPRM dan sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia. Untuk menjadikan SPRM telus dan adil bukanlah sesuatu yang mudah jika SPRM terus berada dibawah pengawasan Menteri Dalam Negeri dan bukannya diletakkan dibawah Parlimen Malaysia.

“Saya memerlukan anda untuk menjuarai perjuangan kami. Dengan berbuat demikian, sesiapa yang ingin 'membunuh' SPRM, anda akan menjadi pelindung kami, Tetapi jika saya silap, anda boleh tendang kami,” katanya dengan tegas. Bunyinya cukup menyakinkan ..dan teringat semasa Tun Dollah mula-mula memegang tampuk Memanda Menteri dahulu..Beliau pernah berkata "Saya mahu anda bekerja dengan saya bukannya bekerja untuk saya". Bunyi Tun Dollah juga pun menyakinkan juga dahulu, tapi akhirnya 'habuk pun tarak'.

Diharap Datuk Abu Kassim mengotakan kata-kata beliau kerana untuk menerima tendangan 27 juta rakyat Malaysia amatlah perit untuk dihitung kecuali memang dasar orang yang tak tahu malu. SPRM dibawah Datuk Abu Kassim dilihat dapat dipulihkan jika beliau benar-benar ikhlas untuk melakukan perubahan. Kes-kes penyelewengan pemimpin Umno haruslah dipercepatkan siasatannya dan bertindak pantas untuk mendakwa mereka-mereka yang terlibat tanpa mengira latarbelakang pemimpin-pemimpin tersebut.

Jangan Cakap Tak Serupa Bikin Sudah......

No comments: