Wednesday, February 24, 2010
Letrik Pulak.......
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Chin Fah Kui mengesahkan, kementeriannya telah menghantar kertas cadangan kepada Unit Perancangan Ekonomi tentang semakan tarif elektrik. Seandainya kabinet bersetuju, rakyat AKAN MENIKMATI KENAIKAN tarif elektrik.
"Sudah pasti akan ada sedikit peningkatan, tidak mungkin penurunan," katanya kepada para wartawan dalam majlis Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad.
Belum pun habis cerita mengenai harga minyak Ron 95 yang akan dinaikkan pada pertengahan March nanti, kini kedengaran pula akan keputusan untuk menaikkan tarif elektrik pula. Situasi sekarang yang dilihat mencengkam keadaan ekonomi rakyat, bakal dihentak sekali lagi oleh kerajaan Najib jika kabinet Malaysia melulusannya. Harapan rakyat untuk menikmati kehidupan lebih selesa selepas Tahun Baru Cina tidak kesampaian akibat kerakusan pemimpin-pemimpin kita menaikkan harga keperluan asas rakyat seharian. Jika dahulu , rakyat dijaja dengan pelbagai gula-gula dengan slogan-slogan seperti 'Rakyat Didahulukan......' ataupun 'Juara Rakyat', namun tindak tanduk kerajaan sebenarnya berkisar mengenai cara mana yang terbaik untuk terus menindas rakyat. Sedangkan dengan kenaikkan harga minyak dan tarif elektrik ini akan menjurus kepada kenaikan harga barangan keperluan asas yang lain.
Baru-baru ini TNB dengan bangganya mengisytiharkan keuntungan beratus juta kepada seluruh rakyat, tetapi mengapakah rakyat terus ditindas dengan kadar tarif yang lebih tinggi? Adakah kerana kegagalan kerajaan menangani isu IPP ( Independent Power Provider ) yang sebenarnya mengaut keuntungan ini? Ataupun memang sengaja kerajaan ingin memaksa rakyat mengeluarkan perbelanjaan lebih kerana kegagalan kerajaan berbelanja secara berhemah. Umum mengetahui sejak kebelakangan ini kerajaan seakan-akan kesempitan wang hinggakan terpaksa mengurangkan perbelanjaan subsidi kepada pelajar-pelajar yang tinggal diasrama.
Namun yang lebih menyakitkan hati adalah sikap pemimpin-pemimpin kita yang semakin hari semakin bongkak berbelanja wang rakyat sesuka hati mereka dengan pelbagai bentuk pembaziran yang nyata..umpamanya pneyertaan Petronas dalam F1. Seharusnya kerajaan menimbang semula penyertaan mereka dalam F1 memandangkan jumlah perbelanjaan yang besar harus dikeluarkan untuk menyertai F1. Sedangkan , syarikat - syarikat gergasi seperti Toyota dan Honda sudah pun menarik penyertaan mereka dalam F1.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment