Sunday, February 28, 2010
Khairy Hentam Ku Li...
Ketua Pemuda Umno tak berpotfolio dalam kerajaan , pada kelmarin telah membuat kesimpulan yang pada pendapatnya cukup berprofil tinggi dsan bijaksana. Beliau telah membuat kesimpulan bahawa segala tindakan Tengku Razaleigh yang berpengalaman dalam bidang politik sedalam lautan berbanding dengan beliau sebagai politik murahan dan tidak lain hanya kerana Tengku Razaleigh ingin menjadi hero kerana mendokong perjuangan Pas menuntut royalti minyak Kelantan. Tambahan beliau, Ku LI sepatutnya akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti dan seharusnya sehaluan dengan tindakan Umno melalui kerajaan pusat. Tindakan Ku Li , baginya hanya sekadar ingin meraih simpati rakyat Kelantan dan seterusnya bakal meraih sokongan yang padu dari pemimpin-pemimpin negeri yang lain.
Namun, sedarkah Khairy, komen dan ulasan beliau mengenai tindakan Ku Li ini hanya akan membuka kelemahan diri beliau sendiri dan tergolonglah beliau dengan beberapa pemimpin Umno sebelum ini seperti Tok Pa , Muhyiddin dan juga Ibrahim Ali yang secara terang-terangan tidak meneliti fakta sejarah dan perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri Kelantan. Lantas, terpancarlah kebodohan - kebodohan beliau seangkatan dengan mereka-mereka yang mengenepikan hak rakyat Kelantan selama ini.
Persoalan untuk menjadi 'Hero' dengan beralih arus tidak menjadi isu,kerana Ku Li sebenarnya hanyalah menurut perjanjian yang termeterai selama ini dan akibat kerakusan pemerintah, Kelantan tidak seperti negeri-negeri yang diperintah BN telah diketwpikan hak mereka untuk wang royalti hampir RM 2 bilion. Rakyat bukanlah sebodoh yang disangka Khairy kerana rakyat boleh menilai sendiri dan boleh membuat perbandingan antara kerajaan negeri Terengganu yang menerima royalti semasa pemerintahan BN dan ditarik balik setelah diperintah Pas. Jika kerajaan pusat benar-benar telus dan memperjuangkan hak rakyat, isu wang ehsan tidak sepatutnya timbul langsung dan Kelantan seperti negeri-negeri lain seharusnya menikmati wang royalti minyak sejajar dengan perjanjian terdahulu.
Langkah Khairy serta lain-lain pemimpin Umno yang tidak putus-putus menongkah arus kebenaran berkenaan wang royalti hak Kelantan telah dapat dihidu rakyat dan tindakan mereka yang tidak putus-putus menghentam Ku Li hanya telah menyemarakkan lagi semangat Ku Li untuk bersama kerajaan Kelantan menuntut hak mereka demi untuk rakyat.
Lantas cubaan Khairy untuk mengalih pandangan rakyat dari isu royalti minyak dengan membangkitkan isu ketidaksetiaan Ku Li pada pucuk pimpinan Umno hanyalah lebih kepada kecenderungan beliau yang cuba meraih publisiti dari kalangan ahli-ahli Umno sendiri kerana sejak akhir-akhir ini Khairy dilihat tidak disukai oleh majoriti pemimpin-pemipin muda dalam Umno. Khairy yang sebenarnya ingin meraih sebanyak mungkin publisiti murahan dan bukannya Ku Li seperti yang telah diwar-warkan beliau.
Ku Li mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam Umno jika dibandingkan dengan Khairy, dan Ku Li tidak memerlukan publisiti murahan seperti yang dilemparkan terhadapnya kerana beliau memang telah terkenal dengan tahap kepimpinan beliau. Apalah sangat reputasi Khairy jika dibandingkan dengan Ku Li.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment