Monday, February 1, 2010
Zambry pula mencabar.. Apalah punya syurrr...
Menteri Besar Perak ( Yang Haram ), Zambry berasa dirinya gah dengan bertindak mencabar 28 kerusi Dun pembangkang di Perak dikosongkan supaya pilihanraya kecil diadakan. Gesaan ini dibuat untuk membalas pandangan Ds Nizar yang akan meminta perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun Perak jika keputusan mahkamah memihak kepada beliau pada 9 Februari nanti.
Kenyataan Zambry ini hanya mencerminkan bahawa beliau sebenarnya semakin hari semakin mengelabah menanti hari berakhirnya tugasan beliau sebagai MB Perak ( Yang Haram ). Tambahnya, jika benar Pakatan Rakyat masih teguh disokong rakyat, mereka akan berani berbuat demikian. Apa yang Zambry lupa adalah rakyat sudah pun membuat keputusan mereka pada 2008 yang lalu, namun, BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat melalui cara yang jijik.
Sepatutnya Zambry berani untuk meminta kesemua kerusi BN di Perak dikosongkan juga untuk melihat samada kerusi-kerusi BN tersebut masih lagi disenangi rakyat dan bukannya hanya menuding jari kepada Pakatan Rakyat. Kemelut pemerintahan Negeri Perak sejak 2008 yang lalu dimulakan oleh BN yang merampas hak rakyat Perak bagi sebuah pemerintahan yang dipilih mereka secara sah pada pilihanraya umum. Persoalan samada untuk menunjukkan kekauatan bukannya menjadi persoalan pokok sekarang ini. Yang lebih penting adalah untuk mengembalikan kuasa pemilihan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang berhak memerintah Perak secara sah.
Untuk rekod, Pakatan Rakyat meminta Dun dibubarkan bukannya untuk menunjukkan siapa yang lebih popular tetapi kepentingan rakyat untuk sebuah kerajaan yang sah adalah menjadi tumpuan. Jadi tidak timbul persoalan untuk hanya Pakatan Rakyat sahaja yang mengosongkan kerusi mereka sedangkan BN kecut untuk berbuat demikian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment