Thursday, February 4, 2010
Liwat Lagi...
Setelah 2 hari bermulanya kes perbicaraan Datuk Sri Anwar Ibrahim, pelbagai spekulasi mulai timbul dan rakyat seakan - akan melihat sejarah 10 tahun yang lalu akan berulang kembali. Kes Liwat I beberapa tahun lalu yang mendapat liputan meluas media samaada tempatan mahupun luar negeri berulang sekali lagi dengan pelakon utama yang sama tetapi pelakon pembantu yang berbeza. Kes Liwat II bermula dengan penuh dramatik setelah pelbagai usaha untuk menidakkannya dari pihak Datuk Seri Anwar gagal dilaksanakan. Hinggakan permohonan perbicaraan Qazaf keatas Saiful juga gagal diperolehi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rakyat akan dihidangkan sekali lagi dengan pelbagai adengan - adengan yang memualkan pihak pendakwaan dan saksi-saksi mereka yang mungkin seperti kes Liwat I dahulu yang berkesudahan dengan pembuangan kes setelah yang tertuduh menderita tanpa sebab. Ataupun, perbicaraan ini mungkin akan menambahkan lagi kepopulariti Datuk Seri Anwar kerana kebanyakkan rakyat merasa sangsi dengan pertuduhan ini.
Kita bukanlah pakar dalam mengendali kes - kes sedemikian ini tetapi menilai fakta-fakta kes cukup membuat kita berasa simpati kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bayangkanlah seorang anak muda yang lebih bertenaga gagal menghalang seorang lelaki berumur hampir 65 tahun dari meliwat beliau !
Mungkinkah akan ada sekali lagi adengan mengusung katil keluar masuk mahkamah kali ini? Ataupun mungkinkah akan ada adengan yang lebih dahsyat lagi daripada itu sebagai galang bukti untuk mensabitkan kesalahan Datuk Seri Anwar Ibrahim ?
Perbicaraan ini juga akan membawa Malaysia kembali dikenali ramai seantero dunia kerana yang tertuduh bukannya calang-calang orang. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga merupakan ikon kepada banyak negara dunia ketiga dan sentiasa menjadi tempat rujukan mengatasi pelbagai permasaalahan berkaitan pentadbiran. Malah Datuk Seri Anwar Ibrahim juga baru-baru ini terpilih sebagai 50 tokoh paling berpengaruh didunia oleh majalah antarabangsa pada tahun 2009.
Harapan rakyat hanyalah agar Datuk Seri Anwar Ibrahim diadili dengan adil oleh mahkamah Malaysia supaya integriti mahkamah kita ini akan terus dpandang relevan oleh seluruh rakyat. Jika mahkamah gagal dan dinilai berat sebelah oleh rakyat, hasil dari tindak tanduk hakim mahkamah tersebut, maka, musnahlah harapan rakyat kepada segala bentuk perundangan untuk membela rakyat selama ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment