Umno seperti biasa melancarkan fitnah berterusan terhadap negeri Pulau Pinang dibawah kepimpinan Guan Eng. Dan seperti biasa juga sentimen agama menjadi pertaruhan mereka semata-mata untuk meraih sokongan Melayu Pulau Pinang yang semakin menjauhi Umno hari demi hari. Selepas kegagalan demo 'Sedaq' baru-baru ini yang jelas ditepis melalui fakta-fakta kerajaan negeri Pulau Pinang yang terus menerus membantu golongan bumiputera, kini Umno sekali lagi memainkan isu agama dengan menuduh kerajaan negeri membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul.
Umno dilihat bermain dengan api perkauman dan keagamaan dengan menuduh kerajaan negeri melalui media mereka utusan meloya dan juga media elektronik mereka tv3 suku. Dan seperti biasa juga pemimpin-pemimpin mereka malah yang berada ditampuk kekuasaan malah yang dah pencen pun seperti orang 'kerasukan hantu' menghentam kerajaan negeri Pulau Pinang semahu-mahunya. Padahal, kerajaan negeri Pulau Pinang tiada langsung agenda untuk membatalkan perarakan menyambut Maulidur Rasul pada 26 Februari nanti.
Kononnya ingin menjadi juara rakyat dengan mencipta pelbagai kontroversi menfitnah kerajaan negeri - negeri Pakatan Rakyat terutamanya Pulau Pinang untuk meraih simpati rakyat dan mengalih pandangan rakyat daripada isu-isu penyelewengan mereka selama ini. Umno melalui pemimpin-pemimpin mereka terus berusaha memutarkan fakta kerana menyedari akan kehilangan lebih banyak kerusi Parlimen dan mungkin juga negeri-negeri pada PRU 13 nanti. Segala bentuk tohmahan yang dilemparkan oleh Umno selama ini sememangnya bertujuan untuk mengaburi mata raktyat dan berharap rakyat dapat mengubah pendirian mereka dan kembali menyokong Umno. Hinggakan mantan memanda menteri yang sebelum ini hebat dikritik oleh Umno sendiri juga seakan ingin menjadi jaguh Melayu dengan turut sama mengambil bahagian menghentam pentadbiran kerjaan negeri.
Padahal, Exco Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim menafikan berita akhbar arus perdana yang mengatakan perarakan Maulidur Rasul dibatalkan di negeri ini. Menurutnya lagi, majlis Maulidur Rasul bermula pada 25 Februari dengan bacaan Yaasin dan tahlil di seluruh masjid negeri ini. Katanya, pada peringkat negeri pula diadakan di Masjid Negeri yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abas.Pada 26 Februari, perarakan diadakan sekitar Dewan Seri Pinang di mana pelepasan perarakan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman. Program 'Himpunan Ummah' pagi itu dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama di dalam dewan di samping mendengar ulasan daripada pakar motivasi terkenal tanahair, Ustazah Bahyah Mahmud dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria.
Itulah Umno sebenarnya..Semakin hari semakin meroyan...
No comments:
Post a Comment