Monday, July 19, 2010
Datuk Harussani Berbohong Lagi???
Menurut Ahli Dun Titi Serong Drs Idham Lim didalam blog beliau, 'http://idhamlim.blogspot.com' , perjumpaan yang digembar-gemburkan oleh Mufti Perak Datuk Harussani berkenaan perpaduan antara Umno dan Pas sebenarnya tidak berlaku seperti yang didakwa. Individu Pas yang dikatakan berjumpa dengan Datuk Harussani itu sebenarnya untuk berbincang mengenai perihal lain dan bukannya penyatuan Umno dan Pas. Tambah Drs Idham Lim, beliau tahu individu Pas tersebut dan mempunyai bukti tarikh, waktu , tempat serta topik yang dibincangkan bersama Datuk Mufti.
Apakah Datuk Harussani berbohong lagi ???
Jika benar dakwaan yang dibuat Datuk Harussani, berita pertemuan melibatkan Umno dan individu Pas ini hanyalah tatkala Umno menghadapi krisis kepimpinan yang teruk. Berita seringkali timbul apabila Umno menjadi begitu terdesak dengan sokongan orang Melayu. Bagi Umno , dengan cara melemparkan isu perkauman sebegini sedikit sebanyak akan memberi impak yang positif kepada Umno dari segi sokongan orang Melayu.
Tambahan pula, isu yang sebegini bila digebar-gemburkan media samaada media cetak, elektronik malahan di alam maya blog-blog, Umno akan berjaya mengalih pandangan rakyat dari isu kenaikan harga barangan keprluan baru-baru ini. Taktik pembiasan berita sebegini memang gemar dan seringkali diamalkan Umno untuk sekian lamanya.
Malah teknik sebegini sebenarnya pada kebiasaannya akan membawa kepada perbincangan serta menjadi buah mulut rakyat untuk satu masa yang agak panjang dan seterusnya memberi ruang masa untuk Umno / BN untuk mencongak strategi baru menidakkan hak rakyat seterusnya. Kemelut kehilangan kuasa orang Melayu yang cuba dibawa Datuk Harussani ini lebih mencerminkan betapa tebalnya perjuangan berlandaskan bangsa yang lebih utama berbanding dengan perjuangan agama yang diterajui Umno untuk sekian lama.
Orang Melayu sebenarnya dahagakan perubahan pimpinan selain dari Umno, dan disebabkan oleh senario ini , Umno dalam kepanasan dan akan mencuba seluruh jentera parti untuk cuba memecahbelahkan keutuhan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan isu perpaduan Umno dan Pas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment