Teringat peribahasa Melayu..'Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong - Sorong', itulah perumpamaan tepat untuk keadaan Umno sekarang ini dengan isu lapuk Perpaduan Melayu mereka. Setelah pelbagai tentangan dari kesemua pemimpin termasuklah Mursyidul Am Pas TGNA, Umno seakan - akan kemaruk dengan secara terus terusan mengasak Pas untuk menerima agenda muslihat perpaduan mereka.
UMno yang dilihat semakin hari semakin lemah menuju kemusnahan ingin mengambil segala bentuk kesempatan yang ada untuk memecah belah kesepakatan Pakatan Rakyat. Jika Pas walupun sekelumit pun ingin menerima ajakan ini, media-media Umno akan memperbesarkan agenda ini dan sekaligus meretakkan hubungan akrab Pakatan Rakyat. Mujur juga Pas cepat menyedari agenda politik kotor Umno dan berjaya mengelak tipu daya muslihat mereka.
Pas melalui beberapa Naib Presiden parti dan termasuklah TGNA berulang kali menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno kerana menyedari ajakan Umno merupakan satu lagi umpanan untuk memecahbelahkan Pas dan seterusnya berusaha untuk mencerminkan Pas sebagai anti perpaduan Melayu. Apa pun perancangan Umno sekarang ini melalui kenyataan-kenyataan umpama 'anjing tersepit' oleh beberapa pemimpin tertinggi Umno, jelas menunjukkan berapa terdesaknya mereka untuk cuba mengalih pandangan rakyat dari isu-isu yang lebih penting buat masa ini.
Isu ketirisan dana termasuklah beberapa penyelewengan - penyelewengan lain cuba dikesampingkan jauh oleh pemimpin Umno dari pandangan rakyat dan cara yang berkesan adalah melalui media yang setiap hari menyiarkan berita muka depan isu perpaduan Melayu Pas dan Umno.
Umno sebenarnya amat terdesak sekarang ini setelah menyedari akan kelemahan yang mereka hadapi setelah hampir berakhirnya mesyuarat Agung Bahagian Umno diseluruh negara. Mesyuarat Agung Bahagian Umno di beberapa negeri berlangsung dengan tegang dan sehingakan ada yang terpaksa ditunda akibat percakaran dan perebutan kuasa sesama mereka. Ada juga bahagian yang menyaksikan acara baling kerusi dan pertikamanlidah yang serius sesama mereka seperti tahun sebelumnya. Ada negeri juga masih lagi dibelenggu masaalah kepimpinan yang sampai sekaang masih lagi tidak dapat diselesaikan hatta oleh Najib sendiri.
Justeru itu, dengan memperbesar-besarkan isu perpaduan Melayu bersama Pas, Umno cuba mengalih pandangan rakyat serta berharap rakyat akan menyalahkan Pas jika agenda ini gagal dilaksanakan nanti. Dan seperti biasa juga pemimpin-pemimpin Umno tanpa segan silu mengeluarkan kenyataan - kenyataan sensitif yang berbaur rasis semata-mata untuk meraih sokongan orang Melayu.
No comments:
Post a Comment