Sunday, July 18, 2010

Penghancur Islam dan Bangsa Melayu .... UMNO


Pendedahan yang dibuat oleh bekas mufti Perlis, Ustaz Asri semasa program wacana bertajuk 'Bolehkah Melayu bersatu ?' di Kelantan baru-baru ini amat mengejutkan seluruh rakyat. Pengakuan mantan PM Malaysia Tun Abdullah di London suatu masa dulu dapat membuka minda orang-orang Melayu yang sebahagiannya selama ini terus mendokong perjuangan assobiyah sempit Umno. Tun Abdullah mengakui kepentingan Pas untuk orang Melayu dengan menyatakan jika Umno menjadi tunjang parti orang Melayu, dan Pas tidak ujud, Umno akan terus MEROSAKKAN masyarakat Melayu dan agama Islam.

Begitu keras pengakuan dan luahan Tun Abdullah terhadap parti yang selama ini menjadi dokongan beliau sendiri , lantas , mencerminkan kebenaran bahawa Umno sememangnya punca segala permasaalahan yang dihadapi orang Melayu dan agama Islam di Malaysia selama ini.

Ketaksuban pemimpin-pemimpin Umno selama ini menggadai maruah agama Islam demi kepentingan politik mereka tidaklah sesuatu yang asing kepada rakyat yang celik, terutamanya, sejak akhir-akhir ini. Penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan Umno serta penindasan berterusan mereka terhadap kebangkitan Islam di Malaysia bukannya sesuatu yang baru. Kelibat Umno dalam menggagalkan perlaksanaan hukum hudud dan qisas di Trengganu dan Kelantan menjadi bukti kukuh mengiakan apa yang dikatakan Tun Abdullah.

Selanjutnya, pengasingan antara politik dan agama oleh Umno juga merupakan salah satu daripada kezaliman mereka terhadap institusi keagamaan itu sendiri. Dizaman Umno kita dihidangkan dengan pelbagai sekatan - sekatan terhadap ilmuan Islam untuk menyampaikan ilmu secara terus kepada rakyat selagi ianya tidak sealiran dengan kehendak Umno. Umno menghalalkan apa saja selagi ianya memberi keuntungan kepada Umno. Contoh terbaik ialah mengenai judi bola yang cuba dilaksanakan pentadbiran Najib kerana ianya akan memenuhu kantung kewangan Umno/BN, malah hukum-hakam Islam dengan jelas telah cuba diketepikan mereka.

Tingkah laku pemimpin Umno yang secara terang - terangan menindas golongan yang tidak sealiran dengan Umno jelas mencerminkan mentaliti rendah pemimpin-pemimpin Umno. Kehendak Umno amat jelas, selagi ianya menguntungkan mereka, Umno tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan apa sahaja yang memberi menafaat kepada mereka biarpun bertentangan dengan agama.

No comments: