Kata Najib, kenaikan harga beberapa barangan keperluan penting rakyat baru-baru ini merupakan perlarasan subsidi yang akan berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM 750 juta setahun. Jika dinilai jumlah yang berjaya dijimatkan amatlah cukup tinggi untuk seluruh rakyat marhein dan tidak terkira bagi kita untuk menghitungnya dan mencerminkan kononnya Najib berani membuat perubahan demi kepentingan masa depan rakyat. Namun disebalik kenaikan harga barangan ini, rakyat masih lagi diulit mimpi indah dibuai media kerajaan yang mengeksploitasi rakyat dan pertubuhan-pertubuhan yang mesra kerajaan untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyokong kenaikan ini.
Walaupun rata-rata rakyat merungut, kerajaan Najib masih terus - menerus menggunakan kuasa mutlak mereka bermaharajalela dengan pelbagai langkah-langkah penindasan rakyat. Belum pun reda sebahagian rakyat berbelanja menghantar anak-anak ke menara gading baru-baru ini dan ada yang masih lagi termenung panjang berfikir untuk menyelesaikan segala hutang mereka kerajaan pimpinan Najib meneruskan juga kenaikan ini.
Protes demi protes yang diajukan rakyat tidak langsung diendahkan malah kerajaan Najib masih terus dengan agenda memperkayakan kroni dengan ketirisan teruk perbelanjaan kerajaan hari demi hari. Tiada langsung keperihatinan kerajaan kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah. Inflasi terus meningkat tahun demi tahun, kenaikan gaji pekerja tidak dapat menampung perbelanjaan harian rakyat , namun ini tidak mematahkan langsung hasrat kerajaan Najib menghimpit rakyat dengan kenaikan harga ini.
Tidak mustahil selepas ini akan ada kes - kes yang melibatkan peningkatan rakyat terjebak dengan gejala Along kerana tidak mampu lagi menampung perbelanjaan harian mereka. Tidak mustahil juga akan ada peningkatan yang ketara gejala jenayah samaada ragut ataupun pecah rumah kerana akan ada rakyat yang ingin mengambil jalan mudah untuk 'survival' mereka seharian.
Akan ada juga mereka-mereka yang terjebak dengan hutang kad kredit yang tinggi dan hanyut dengan gejala kehabisan wang gaji untuk membayar hutang kad kredit mereka. Ini semua bagi kerajaan Najib hanyalah merupakan satu fenomena biasa yangtidak dapat dielakkan dan hanya menyalahkan rakyat jika peningkatan gejala negatif ini meningkat.
Saban hari rakyat akan terus dibelenggu dengan kenaikan barangan keperluan asaas yang lain kerana tidak mustahil ada golongan yang merasakan kenaikan harga barangan lain dalah suatu yang mesti dilakukan untuk menampung perbelanjaan pemimpin-pemimpin Umno.
Lebih menyedihkan, tatkala umat Islam di Malaysia bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal, Najib dan konco-konconya tanpa segan silu menambah kesempitan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.
Kononnya , kerajaan Najib akan memantau agar barangan keperluan lain tidak meningkat akibat penyelarasan subsidi ini, rakyat sudah pasti akan menyaksikan barangan keperluan yang lain akan meningkat selaras dengan kenaikan harga barangan asasi tadi.
Kepada seluruh rakyat Malaysia..sudah tiba masanya mereka menilai semula sokongan mereka kepada Umno kerana jelas sekali kepimpinan yang ada sekarang ini lebih mementingkan kantung mereka dari keputusan untuk membela nasib rakyat.
No comments:
Post a Comment