Pilihanraya Negeri Sarawak semakin hampir, Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan esok Isnin 21 March 2011, memungkinkan juga semakin hampirnya PRU 13. Najib dan konco-konconya menantikan petunjuk keputusan pilihanraya negeri Sarawak sebagai kayu pengukur penerimaan rakyat secara umum terhadap Barisan Nasional. Bagi Umno/BN , rakyat semakin menerima kepimpinan Najib berdasarkan beberapa PRK kecil sebelum ini yang menyaksikan kecemerlangan BN mempertahankan kubu mereka.
Tambahan pula, Umno/BN dapat merasakan kononnya perubahan sokongan masyarakat Cina dan India disamping Melayu semakin merapati Umno/BN untuk terus memerintah Malaysia. Disebalik segala retorik kecemerlangan pemerintahan duo Najib/Rosmah, rakyat sebenarnya termakan dek berita-berita yang disogok setiap hari oleh satu-satunya media elektronik kendalian Umno/BN. Saban hari media elektronik kendalian Rais Yatim melambakkan pelbagai agenda politik Umno/BN kepada rakyat dan terus menerus mencerminkan kepalsuan yang nyata untuk mengaburi mata seluruh rakyat. Digambarkan saban hari dengan berita-berita mengenai penerimaan rakyat diseluruh negara kepada kepimpinan Najib/Rosmah. Disogok dengan pelbagai pembangunan dan kemudahan yang disediakan Umno/BN terhadap keperluan rakyat. Dipotretkan juga keperihatinan Najib/Rosmah kepada golongan miskin tegar diseluruh negara. Satu-satunya tujuan untuk menggambarkan betapa rakyat seharusnya terus memberi peluang kepada kerakusan Umno/BN memrintah Malaysia untuk 5 tahun lagi.
Disamping berita-berita perihal kebaikkan Umno/BN , media elektronik juga seakan berlumba-lumba mencerminkan keburukkan kepimpinan Pemimpin-Pemimpin Pakatan Rakyat. Digambarkan kerapuhan 'chemistry' antara kepimpinan Pakatan Rakyat serta disogok juga betapa rakyat dikelima-lima negeri yang diperintah Pakatan Rakyat hidup sengsara. Dimanipulasikan dan dikepelbagaian berita-berita palsu untuk mencerminkan keburukkan serta kepincangan Pakatan Rakyat dalam mengendalikan pelbagai isu rakyat dinegeri-negeri tersebut.
Malah dimanipulasikan segelintir rakyat untuk berdemo hampir setiap hari mendesak serta menentang kepimpinan Pakatan Rakyat diseluruh negara. Walhal , rakyat dikelima-lima negeri Pakatan Rakyat hidup seperti biasa dan mungkin juga lebih elok daripada rakyat dinegeri-negeri yang dipimpin Umno/BN sebagai Menteri Besar masing-masing. Statistik MIDA, badan berkanun yang bertangungjawab memantau perlaburan-perlaburan asing diseluruh negara juga menunjukkan kecemerlangan kelima-lima negeri Pakatan Rakyat mengatasi negeri-negeri yang dipimpin Umno/BN.
Serangan demi serangan keatas Pakatan Rakyat serta kesibukan pemimpin - pemimpin Umno/BN yang mulai melobi diri masing-masing sekarang ini memberi petunjuk seakan-akan PRU 13 semakin hampir menjadi kenyataan sedikit masa lagi. Malahan, penangguhan pemilihan pucuk pimpinan Umno dan MCA tahun ini menguatkan lagi desas desus PRU 13 akan diadakan pertengahan tahun ini juga. Malahan kes DSAI semakin menjadi sensasi yang diguna pakai Umno kerana sedar satu-satunya cara untuk melemahkan Pakatan Rakyat adalah dengan mencerminkan keburukkan DSAI dimata rakyat dan seterusnya berharap rakyat dapat menolak DSAI sebagai pemimpin rakyat.
Umno/BN merasakan diri mereka sudah cukup bersedia untuk merampas kembali sekurang-kurangnya 2/3 kerusi Parlimen serta mengambil semula kelima-lima negeri yang diperintah Pakatan Rakyat tahun ini. Kecenderungan serta penerimaan rakyat disetiap program yang dihadiri kepimpinan Umno/BN sekarang ini menguatkan lagi tahap konfiden kepimpinan Umno/BN untuk sekali lagi berjuang menentang kerajaan rakyat Pakatan Rakyat...
Najib/Rosmah sebenarnya pandai memanipulasikan berita berita berkenaan kempipinan beliau yang dikatakan berjaya jika dibandingkan dengan pemerintahan Tun Lah sebelum ini. Tanbahan pula, kemunculan semula Tun Det mempromosikan anak didikan beliau Najib dan memeburukkan DSAI dalam karya terbaru beliau jelas memberi satu lagi petunjuk nyata PRU 13 semakin hampir menjadi kenyataan tahun ini.
Apakah Pakatan Rakyat bersedia mengharungi satu lagi PRU setelah kecemerlangan PRU 12yang lalu? Apakah Pimpinan Pakatan Rakyat cukup bersedia setelah menempuh liku 3 tahun memerintah lima buah negeri? Adakan rakyat akan membuat perubahan besar kali ini dan mengheret Umno/BN kelauar dari PutraJaya? Semuanya akan terjawab bulan Jun nanti ? Wallahualam............
No comments:
Post a Comment