Wednesday, March 30, 2011

Projek Mee Segera PRK Bukan Rasuah - Nazri Aziz



Pemberian bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan kepada rakyat menjelang pilihan raya adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.

"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)...sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ab Aziz dalam soalannya ingin tahu sama ada pemberian bantuan segera ketika pilihan raya atau pilihan raya kecil merupakan satu bentuk rasuah dan adakah kerajaan bercadang menghentikan bantuan seumpamanya ketika kempen pilihan raya.

Menjawab soalan Ab Aziz mengenai jumlah aduan rasuah yang diterima Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ketika pilihan raya kecil bagi tempoh 2008 hingga 2010, Mohamed Nazri berkata sebanyak enam kes diterima dan disiasat dalam tempoh itu.

Amat malang sekali kerana rakyat Malaysia mempunyai seorang Menteri yang mempunyai mentaliti sedemikian hanya kerana hendak menghalalkan cara Umno/BN berpolitik. Biarpun amat jelas sekali cara yang tidak beretika dilakukan acapkali menjelang PRK sesuatu tempat. Adakah logik puluhan juta dijanjikan kepada rakyat setiap kali sebelum pilihanraya kecil sedangkan manifesto sebelum itu tidak pernah menjanjikan apa-apa. Apakah logik jika kita mengatakan perbelanjaan sepanjang kempen pilihanraya hanya satu kebetulan ????????

Sedangkan, hak keseluruhan rakyat tidak dipertimbangkan seadil-adilnya malah rakyat dikawasan PRK sahaja yang mendapat menafaat yang kadangkala tidak masuk akal langsung. Bahkan jika difikirkan, segala janji-janji pilihanraya kecil terang-terangan mempunyai agenda untuk memancing undi. Jika benarlah apa yang dikatakan manifesto pilihanraya, mengapa secara terpilih sahaja projek-projek mee segera ini dilaksanakan? Jika Meteri-Menteri kita ini mempunyai pandangan yang memperlekehkan tahap pemikiran rakyat sedemikian, secara, amnya tidak dapat tidak, kita haruslah menolak pemikiran yang sedemikian.....

No comments: