Fitnah terbaru melibatkan DSAI dan video seks amat mengejutkan kita hinggakan anak-anak kecil yang telah bersekolah juga terperanjat kerana untuk sekian kalinya mendengar serta membaca perihal terperincinya segala yang berlaku dalam video seks tersebut. Ditokok tambah pula dengan komen-komen 'bernas' dari beberapa orang Ahli Parlimen, terutamanya, Ahli Parlimen dari Kulim Bandar Baru, saudara Zulkifli Noordin. Media-media elektronik pula seakan berlumba-lumba untuk mensensasikan lagi berita ini dengan agenda tertentu menjelang pilihanraya negeri Sarawak.
Senario politik Melayu sekarang ini sedang melalui satu fasa yang amat memalukan seluruh mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Ini adalah kerana tahap pemikiran politik sebahagian besar ahli politik Umno,yang dikatakan parti tunjang bangsa Melayu ini , lebih mengutamakan dan lebih terfokus kepada 'kemaluan depan dan belakang'. Dalang video seks terlampau ini merupakan seorang pemimpin Umno yang suatu masa dahulu juga terpalit dengan fitnah menerbitkan buku '50 Dalil'.
Fasa yang dilalui politik Melayu sekarang ini sebenarnya sudah berlaku berabad lamanya oleh bangsa-bangsa asing terdahulu. Untuk kita menyaksikan sekali lagi sandiwara serta mainan politikus kotor dan jijik ini amatlah mendukacitakan seluruh orang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Jika sebelum ini seorang pemimpin tertinggi MCA cuba dijatuhkan oleh seteru beliau dengan adegan video yang serupa, kini politikus Melayu pula cuba mengambil contoh sebegini ingin menghancurkan terus sisa - sisa perjuangan menegak keadilan oleh DSAI.
Kemanakah hala tuju politik orang-orang Melayu sekarang ini hinggakan sanggup menjatuhkan lawan secara tidak profesyional dari segi undang-undang negara mahupun undang - undang Islam. Seharusnya, jika benar apa yang digembar-gemburkan itu, pihak berkuasa dan Jabatan Agama Islam yang lebih dahulu didedahkan dengan video ini bukannya pihak akhbar. Jelas kepentingan politik pihak tertentu menjadi pertaruhan dan mainan politikus kotor dan biadab ini. Maruah dipermainkan sewnang-wenangnya demi survival politik mereka ataupun mungkin juga kerana takut akan menjadi penghuni disalah satu penjara yang mereka bina jika DSAI berjaya menawan Putrajaya.
Rakyat Malaysia yang waras seharusnya bertindak bijak menilai kemelut politik Melayu sekarang ini kerana jelas dengan terangnya Umno terdesak teruk untuk memastikan Pakatan Rakyat ditolak rakyat. Jalan mudah untuk meruntuhkan kesepakatan dan sokongan rakyat terhadap DSAI ialah dengan menjatuhkan kredibiliti DSAI dimata rakyat.
Namun apa yang terjadi sekarang ini merupakan satu hikmah kerana sedikit demi sedikit terbongkarlah segala kerja jahat pemimpin-pemimpin Umno yang menggelarkan diri mereka pembela bangsa dan agama. Amat tidak wajar jika rakyat terus menerus memperjudikan masa depan generasi akan datang dengan membiarkan Umno melalui kuasa yang ada pada mereka sekarang ini mencorak dan melakar sejarah hitam pemerintahan yang berlandaskan korupsi kuasa yang melampau.
Tambahan pula Umno melalui kuasa yang ada pada mereka sekarang ini dilihat menjurus kepada perlakuan diluar norma -norma dan garis panduan politik yang bersih. Ketaksuban Umno kepada kuasa yang ada pada mereka setelah lebih setengah abad berkuasa menjadikan kepimpinan mereka bertindak menyimpang dari asas perjuangan mereka sendiri. Jelas , Umno mengepalai gagasan yang dilihat menuju kepada kehancuran setelah rata-rata rakyat berpendapat, tindakan Umno melalui video seks ini memakan diri dan lebih tepat lagi berjaya meraih simpati rakyat kepada DSAI. Sedikit demi sedikit rakyat terutamanya yang diatas pagar dapat menghayati penderitaan yang ditanggung DSAI sekeluarga dan berpendapat Umno telah bertindak melampaui batas setelah salah seorang pemimpin mereka menjadi dalang video seks palsu pemimpin pembangkang.
Jelas sekali episod video seks ini memperlihatkan kepada masyarakat Malaysia dan dunia umumnya betapa murahnya maruah seseorang itu demi kuasa dan darjat. Dan politik orang-orang Melayu sekarang ini meniti kearah fasa yang jijik dan kotor akibat kerakusan pemimpin untuk terus berkuasa.
No comments:
Post a Comment