Apakah mungkin segala bentuk serangan bertalu arus terhadap DSAI ketika ini tidak lebih daripada cubaan nekad Umno yang dilihat semakin terdesak sekarang ini? Umno melalui bala tenteranya cuba memainkan pelbagai isu menjelang Pilhanraya Negeri Sarawak yang semakin hampir dan tidak dapat dielakkan lagi. Dan mungkin juga disebabkan oleh pertuduhan liwat 2 yang kelihatan semakin tersasar ? Isu DNA serta kekalutan keterangan saksi pendakwa dan terkaitnya Najib dan Rosmah dalam kemelut kes Liwat 2, Umno dilihat cuba pula taktik yang lebih tragis melalui fitnah yang lebih besar dengan harapan ada rakyat bersetuju dengan video lucah tersebut dan kembali memberi sokongan kepada Umno/BN.
Tatkala kita semakin mual dengan helaian serta huraian kes Liwat 2 yang semakin jijik, timbul pula serangan terbaru ini. Namun, Umno dilihat akan lebih kehilangan sokongan akibat video lucah ini memandangkan semakin ramai rakyat bersimpati dengan DSAI. Percaturan yang dibuat Umno ini dilihat memberi kelebihan kepada DSAI kerana rata-rata rakyat berpendapat apa yang cuba ditonjolkan oleh video tersebut tidak dipercayai rakyat.
Serangan yang mengaibkan ini dilihat telah menjadikan DSAI semakin dihormati dikalangan rakyat kerana rata-rata berpendapat adalah mustahil DSAI sanggup melakukan perbuatan zina yang menjijikkan ini. Tambahan pula terbongkarnya dedahan demi dedahan yang dilakukan oleh YB Johari Abbdul dan CheGu Bard, dua individu yang dikatakan antara yang pertama melihat video lucah tersebut. Secara tegasnya kedua-dua individu tersebut menafikan bahawa DSAI terlibat dan ini adalah satu lagi konspirasi politik untuk menjahanamkan peluang Pakata Rakyat ke PutraJaya. Malah percanggahan fakta yang sedikit demi sedikit didedahkan oleh yang menuduh antara dua Datuk , Thamby dan Eskay , menjelaskan lagi motif untuk cuba menjatuhkan DSAI.
Senario politik sekarang ini yang menjurus kearah menggunakan pelbagai isu yang mengaibkan untuk menjatuhkan lawan oleh Umno jelas menunjukkan Umno terdesak untuk menawan hati rakyat. Segala bentuk penipuan dan fitnah menjadi mainan mereka hanya semata-mata untuk mengekalkan kuasa mereka untuk 5 tahun lagi. Rakyat disogokkan dengan cerita-cerita serta komen - komen yang mengaibkan saban hari samaada dari media cetak mahu pun media elektronik hampir saban hari.
Kelebihan yang mereka miliki iaitu media elektronik digunakan sebaik mungkin untuk menyalurkan segala bentuk berita yang ada diantaranya begitu jijik untuk ditontoni apa lagi oleh kanak-kanak.
Apakah rakyat Malaysia sekarang ini begitu dangkal sehingga dapat dipermainkan sedemian rupa oleh media-media ini? Apakah rakyat Malaysia sudah cukup bersedia mengharungi fasa politik yang jelas menuju kearah kehancuran moral dan akhlak pemimpin? Sanggupkah kita sebagai rakyat Malaysia yang semakin matang mahu melihat segelintir pemimpin-pemimpin haprak ini terus menggunakan pendekatan yang mengaibkan ini demi survival politik mereka? Jika jawapan kepada persoalan ini dibiarkan tanpa diselesaikan oleh rakyat, Malaysia sudah pasti akan terus diperintah oleh kepimpinan yang korup dan jijik akhlaknya.
Sebagai individu muslim, kita seharusnya lebih bersikap radikal dan menolak secara total permainan politik sedemikian dan bergerak menuju kearah memastikan hanya individu yang beragama dan berakhlak tinggi sahaja yang layak menerajui negara yang kita cintai ini dari sekarang. Kepada seluruh kepimpinan Umno, bersedialah kalian untuk keluar dari PutraJaya selepas PRU13 nanti kerana besar kemungkinan , dan jika diizinkan ALLAH, rakyat akan sebulat suara menolak Umno/BN keluar dari PutraJaya.
Kemunculan sekali lagi fitnah melalui jalan yang menjijikkan ini sedikit sebanyak telah menghidupkan kembali sisa - sisa perjuangan PKR melalui slogan 'keramat' REFORMASI. Jelas terpancar diwajah-wajah kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat betapa keazaman mereka semakin tinggi dengan kemunculannya video seks ini. Malah, tidak mustahil jika nanti, rakyat termasuklah ahli-ahli Umno sendiri akan bangkit mempertahankan DSAI. Bagi individi muslim, pendekatan terbaru ini jelas mencerminkan ketandusan idea dan ketakutan yang amat ketara Umno terhadap DSAI menjelang PRU 13 dan pilihanraya negeri Sarawak.
No comments:
Post a Comment