Sejak kebelakangan ini timbul geng-geng haprak Umno sekali lagi menghentam Pakatan Rakyat terutamanya pemimpinnya DSAI dan TGNA...Nama-nama seperti Umu Hafilda, Nallakarupan, Ezam Mat Noor dan Nik Sapeia timbul kembali. Tak lupa juga dengan Daim Zainudin serta Zainuddin Maidin di Kedah dan terbaru Rahim Thamby Chik. Kembalinya hulubalang-hulubalang lapok Umno ini tak lain tak bukan untuk cuba mengalih pandangan rakyat dari isu-isu korupsi serta penyelewengan dana kerajaan.
Tujuan mereka-mereka ini cuma untuk menimbulkan pelbagai cerita mengenai DSAI dan TGNA semata-mata untuk mengalih pandangan rakyat menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak dan mungkin juga PRU13 tahun ini. Kemunculan mereka-mereka ini setelah hampir 4 tahun menyepi diri seakan - akan mengiakan lagi desas desus PRU 13 nanti mungkin akan dijalankan pada bulan Jun ataupun selewat-lewatnya Disember 2011 nanti.
Umpama penyayi 60an yang cuba membuat 'public appearance' sekali lagi, Umi Hafilda dengan lagak bak seorang yang cukup bersih menghentam DSAI dengan tohmahan salah laku seks dan liwat sekali lagi. Timbul pula cerita berkenaan 18 pita rakaman seks DSAI dalam simpanan beliau kononnya. Dan akan dibongkar beliau sedikit masa lagi atas nama untuk menyelamatkan rakyat dari ditipu terus DSAI. Apa yang cuba diketengahkan Umi jika diperhalusi tidak membawa makna kerana setelah 10 tahun berlalu. Jika keikhlasan menjadi ukuran, kenapa tidak dibongkar tahun 1998 dahulu? Jika benar secara 'coincidence' dan tanpa mengira timing yang tepat menjelang pilihanraya, pengakuan Umi ini boleh dianggap 'irrelevant' dan DSAI pun sudah didapati bersih dari tuduhan Liwat thun 1998 dahulu.
Dan seperti diduga Umno membuat 'roadshow' Umi keserata tempat menabur fitnah-fitnah dan cuba mempengaruhi minda makcik-makcik dikampung. Kemunculan Daim serta Zainuddin Maidin seakan-akan menepati masa dan cukup sinonim dengan hujahan-hujahan hipokrit mereka kepada TGNA dan DSAI. Apakah kemunculan mereka ini semata-mata untuk mempamerkan diri mereka semula sebagai calon? Ataupun mungkin juga bertujuan menarik minat Najib supaya lebih mengutamakan pengalaman mereka yang sudah biasa menang dalam pilihanraya. Malah, mungkin juga tujuan mereka ini tidak lain hanyalah untuk persediaan kerajaan menarik menghadapi PRU 13 nanti.
Memandangkan undi anak-anak muda yang berjumlah hampir 4 juta orang mungkin menjadi penentu PRU 13 nanti, Umno seboleh-bolehnya ingin memastikan undi orang-orang lama dari saluran satu terus menjadi pendokong mereka. Jalan mudah hanyalah dengan membawa masuk sekali lagi geng - geng Umno tua ini untuk cuba mengembalikan nostalgia lama pengundi saluran ssatu nanti. Padahal, geng-geng Umno haprak ini sebenarnya sudah lama ditolak jauh samaada oleh pengundi lama mahupun pengundi baru kerana nyata sekali rekod pentadbiran mereka juga penuh dengan kekalutan serta penyelewengan.
Kemunculan soldadu-soldadu lapok ini memungkinkan lagi betapa hampirnya PRU13 dan Umno menggunakan mereka-mereka ini utuk cuba mengembalikan sokongan rakyat yang semakin menjauhi Umno sekarang ini. Rakyat terutamanya dinegeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat semakin selesa dan mesra dengan aspek-aspek kepimpinan yang jelas telus dan berwibawa. Malah dengan pencapaian-pencapaian yang menggalakkan di negeri-negeri tersebut membuatkan Umno tidak senang duduk lantas mencuba pula kapal-kapal lama dan cabuk ini untuk cuba menarik minat rakyat.
Namun, jangkaan mereka meleset kerana rakyat lebih berminat untuk terus memberi sokongan yang lebih baik memandangkan pelbagai fitnah yang dilempar keatas kedua-dua pemimpin ini jelas tidak dapat diterima akal dan terang-terangan bermotifkan politik. Alangkah baiknya jika soldadu-soldadu ini cermin diri dahulu sebelum ditempelak rakyat.
No comments:
Post a Comment