Thursday, March 31, 2011

Layanan Berbeza Media...

Apabila Ling Leong Sik dan Chan Kong Choy dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menipu PM ketika itu Tun Abdullah dalam skandal PKFZ yang berjumlah hampir RM 12 bilion ringgit, liputannya cukup ringkas dan cepat. Seolah-olah, ada tangan-tangan ghaib menghalang berita ini diketahui keseluruhan rakyat. Malah 'kesensasiannya' juga amatlah terhad dan bersahaja. Liputan media mengenai skandal ini sekadar pemberitahuan kepada rakyat umpama berita umum dan kedua-dua pemimpin ini seakan pemimpin dari dunia luar.

Berbeza dengan layanan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Mereka akan mendapat layanan yang terbaik dari media-media ini. Isu- isu berkaitan dengan pemimpin Pakatan Rakyat akan mendapat liputan yang cukup meluas dan disensasikan sehingga seluruh rakyat hingga ke pendalaman akan menerima informasi. Malah , beritanya akan ditayang siar, diulang cetak berhari-hari malah ada yang berbulan-bulan lamannya.

Yang menariknya, cerita mengenai Pemimpin Pakatan akan menjadi buah mulut pemimpin BN dan mereka akan berlumba-lumba memberi pendapat mereka melalui media-media. Pemimpin-pemimpin BN akan terus menggunakan peluang yang ada ini menghentam semahu-mahunya kerana mereka menyedari peluang terbuka sedemikian akan menjadi pertaruhan yang baik untuk mengelirukan rakyat.

Contoh yang amat jelas adalah berkenaan dengan kes Liwat 2 terhadap DSAI. Pelbagai medium media yang ada dan dikuasai mereka memainkan isu ini hampir saban hari dan seboleh-bolehnya di gambarkan DSAI telah pun bersalah. Keperibadian dirobek , maruah diaibkan, malah ada ketikanya diperbesar-besarkan sehingga tidak masuk akal.

Fikir-fikirkan....

No comments: