Sunday, March 27, 2011
REFORMASI ! REFORMASI ! REFORMASI !
Hujan turun dengan lebatnya, aku serta kawan-kawan masih lagi ditangga masjid setelah selesai menunaikan solat Isyak berjemaah. Deruan angin yang kencang serta titisan hujan yang membasahi bumi menenggelamkan perbincangan hangat antara penyokong tegar Umno dan Pas. Isu yang berbangkit adalah perihal video lucah DSAI.
Sesekali terdengar helaian ketawa antara mereka dan masing-masing terus menegakkan hujah walaupun dari riak wajah ahli Umno tersebut, beliau juga seakan terkilan dengan cara mengaibkan yang cuba dibawa pemimpin - pemimpin Umno ini. Aku tidak tertarik langsung untuk bersama-sama menghangatkan isu tersebut antara mereka. Yang jelas, Umno mungkin akan kehilangan sokongan atas pagar hasil kerja tangan mereka sendiri.
Waktu itu sepatutnya , aku serta rakan-rakan sudah bergerak menuju ke Permtang Pauh utntuk mendengar penjelasan dari 3 individu penting video lucah,DSAI , CheGu Bard serta YB Johari Abdul dijadualkan berucap malam ini di Taman Pauh. Deraian hujan yang lebat tidak melemahkan semangat kami untuk terus menunggu hujan reda dan akan kami harungi malam yang kelam ini jika keadaan mengizinkan.
Jam menunjukkan 9:45 malam, hujan semakin reda , malah, dengan redanya hujan, perbincangan hangat antara Umno dan Pas tadi secara automatiknya terhenti. Kami bingkas bangun dar kaki tangga masjid dan bergerak pulang untuk bersiap-siap ke ceramah isu semasa di Taman Pauh.
Sesampai kami diselekoh Jalan Baru, Perai dihadapan Megamall, keadaan lalu lintas sesak dengan ratusan kereta 'bumper to bumper'. Suasana seakan tahun 2008 lalu semasa meraikan kemenangan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Hati semakin tak sabar untuk mendengar ulasan oleh DSAI serta rakan-rakan berkenaan isu video lucah. Namun, hati sedikit menyumpah kerana keadaan sesak sebenarnya adalah angkara pihak Polis yang sengaja mengadakan sekatan jalan untuk melemahkan semangat begitu ramai rakyat untuk ketapak ceramah di padang awam Taman Pauh. Aku berani jamin, malam tadi beribu orang menyumpah arahan Ketua Polis untuk mengadakan sekatan jalanraya tersebut.
Pun begtu biarpun keadaan lalu lintas yang sesak serta hujan yang lebat, suasana malam tadi seakan - akan tahun 1998 , bila mula DSAI ditangkap angkara konspirasi Liwat 1 dahulu. Walaupun keadaan padang yang becak dan berlumpur, ribuan rakyat tegak berdiri disimbahi hujan mendengar satu demi satu terbongkarnya rahsia video lucah konspirasi terbaru untuk menjatuhkan DSAI. Kehadiran Ibu-Ibu bersama anak-anak kecil biarpun dalam keadaan sebegini mengingatkan aku betapa pengaruh REFORMASI masih lagi tegar dalam benak pendokong-pendokong Paktan Rakyat. Smabutan yang luar biasa rakyat menyambut kehadiran DSAI jelas menunjukkan rakyat menolak konspirasi politik kotor Umno.
Sesekali jeritan REFORMASI serta laungan keramat ALLAHUAKBAR berkumandang membelah langit malam mencetuskan suasana yang begitu bersemangat ketika itu. Kedinginan malam tidak langsung menganggu bapa-bapa serta ibu-ibu separuh abad berdiri tegak mendengar penjelasan CheGu Bard , antara individu yang terawal menonton video konspirasi tersebut.
Mungkin suasana sebegini dahulunya hampir lenyap , kini, dengan timbulnya konspirasi video lucah ini, hikmahnya, rakyat seolah-olah bangkit dari lena masing-masing dan bermulalah era REFORMASI membebaskan DSAI dari angkara jahat Umno. Bak kata CheGu Bard, kemunculan kospirasi video lucah ini, telah menjelmakan kembali semangat hulubalang-hulubalang PKR yng sebelum ini semakin tenggelam. Kemunculan kembali mereka-mereka yang seangkatan dengan kepimpinan PKR suatu masa dahulu mencerminkan semangat REFORMASI mula berputik, dan Umno sebenarnya telah menghidupkan kembali ' The Sleeping Dragons'.
Titik tolak kebangkitan rakyat membela DSAI mungkin telah bermula dan tidak mustahil jika rakyat akan menyaksikan satu lagi gerakan tsunami baru menjatuhkan Umno/BN terus dari persada kepimpinan negara. Konspirasi video lucah ini mungkin telah memakan diri pembawa fitnah ini kerana harapan untuk melihat rakyat menjauhi DSAI meleset, malah, terjadi sokongan yang lebih kuat kepada beliau. Senjata Makan Tuan agaknya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment