Wednesday, March 3, 2010

Onk..Onk...Onk...Onk...



Semakin hari semakin meriah suasana politik Malaysia sekarang ini lebih-lebih lagi akibat perbuatan beberapa ahli-ahli politik PKR melompat parti baru-baru ini. Dan terbaru, adalah seorang Ahli Parlimen PKR dari Parlimen Bagan Serai yang sebelum ini tidak langsung kedengaran cerita mengenainya. Namun secara tiba-tiba, Mohsin Fadzli Samsuri 65 , bertindak keluar PKR dan menjadi ahli parlimen bebas berkuatkuasa serta merta hari ini.

Pada sidang media, pagi ini di Ampang, Mohsin diiringi oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim. Salehuddin sebelum ini juga muncul pada dua sidang media di mana dua ahli parlimen PKR berkenaan mengumumkan tindakan keluar parti mereka. Mohsin yang memenangi kerusi Parlimen Bagan Serai pada PRU 12 yang lalu dengan menewaskan calon Umno dengan majoriti lebih daripada 3000 undi bertindak mengikut langkah 3 lagi bekas ahli PKR iaitu Datuk Zahrain , Tan Tee Beng dan Fairus. Langkah Mohsin itu telah mengurangkan jumlah kerusi Parlimen ahli PKR kepada 27 , manakala DAP kekal dengan 28 dan Pas 23. Pun begitu, Pakatan Rakyat sebelum ini telah pun berikrar untuk terus menyokong Datuk Seri Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia.

Apakah langkah keluar parti ini akan berterusan sehingga BN mendapat 2/3 majoriti di Parlimen ? Menurut bekas setiausaha PKR , Datuk Salehuddin , sekurang-kurangnya 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti sedikit masa lagi. Jika benar apa yang diperkatakan beliau, Malaysia akan menyaksikan BN kembali menguasai 2/3 majoriti kerusi di Parlimen Malaysia dan seterusnya boleh bertindak sesuka hati mereka dan meuluskan undang-undang dan polisi 'jakun' mereka sesuka hati.

No comments: